Sunday, October 20, 2024

Summer di Japan: Cara beli tiket bas dari Narita Airport ke Kawaguchico melalui online (Part 2)

 26 Mei 2024 (Ahad)

Salam n Hi semua.

Di sini aku nak cerita pasal cara beli tiket bas dari Narita ke Kawaguchi melalui online. Tiket bas ni laku keras tau, jadi kalo korang berhajat untuk ke Kawaguchico, dari Narita Airport, kena beli awal. Ini salah satu cara yang paling mudah, dan yang penting tak memenatkan kita. Tak perlu angkut2 bag naik turun train dan bas. Bas ini akan membawa kita terus menuju ke Kawaguchico. 

Mula2 taip "Japan Bus Online". Nanti akan keluar alamat websitenya dan kita klik di situ. 
Dah keluar paparan macam gambar kat atas ni, korang cari perkataan "Bus Journey" (Yang aku tandakan dengan anak panah warna biru), dan klik kat Bus Journey- Airport bus. 

Dia akan keluar paparan begini iaitu beberapa destinasi yang bas akan pergi dari mana ke mana. Jadi kita cari Bus from Narita Airport to Chiba. Then cari lagi destinasi menuju ke "Mt. Fuji/ Kawaguchico/ Fuju Q Highland". Klik kat situ.

Lepas tu dia akan keluar macam dalam gambar atas ni pula. Di paparan ini dia menyatakan tentang berapa tambang menuju ke Kawaguchi, tarikh dan jadual bas sampai di terminal mana kita berada. Kalo korang perasan di sebelah kiri tu, ada jadual waktu bas akan berangkat. Contoh: "Narita Airport Terminal 2 No. 10 (Map)". No 10 yang dia tulis kat situ bermaksud- Tiang No.10 dimana bas akan berhenti. Maka kita kena cari tiang No.10 tu dan tunggu bas di situ. begitu juga kalo korang dari mana2 terminal, pastikan tiang no berapa kita perlu menunggu bas. Kalo kita klik (Map), dia akan menunjukkan di mana kedudukan tiang no 10 tu. Kalo kita dari Terminal 2 , bas akan sampai tepat jam 10.30 pagi. Tarikh tu memang tak ikut tarikh kita pilih. Sabar. Abaikan je dulu part tarikh tu. Kemudian korang klik "Select" kat bawah sekali tu. Oh ya di sini dia ada nyatakan bahawa, seorang penumpang hanya dibenarkan membawa 1 bagasi sahaja. Kalo ada 2 bagasi besar, selebihnya tu dia syorkan menggunakan perkhidmatan pengiriman barang. Leceh la sikit. Tapi pastikan kita hanya ada 1 beg besar sahaja. Kalo ada beg galas kecil, boleh bawa naik atas. 

Kat sini baru kita boleh pilih tarikh. Letak la tarikh bila kita nak pergi ke Kawaguchi tu. Lepastu kat bawah dia akan bagitau berapa lagi tinggal seat yang kosong. Then kita tekan select. Select yang atas sekali (departure jam 10.25 pagi)

Isi maklumat kita di sini

Klik terminal mana kita berada. Contoh: kami dari Terminal 2, maka aku klik di no 2. Arrival: klik Kawaguchico. Kemudian klik berapa penumpang yang nak naik bas ni. Tambang untuk seorang ialah 6000 Yen. Yang ini aku kurang pasti berapa boleh masukkan jumlah penumpang untuk sekai pembelian. Sebabnya,  masa aku cuba2 masuk ke website ni, seminggu sebelum berangkat. Aku masukkan jumlah penumpang 3 orang, sebab kitorang ada 3 orang yang dari KL. Butang tu aktif untuk 3 orang. Kemudian bila kami nak beli sehari sebelum berangkat, nak klik 3 penumpang tu tak boleh. Dia cuma boleh sampai no 2 je. Ingatkan hanya boleh beli 2 tiket untuk 1 pembelian. Bila cuba lagi sekai untuk beli tiket untuk A, dah sold out. mungkin sebab hanya tingga 2 seat je lagi tinggal, sebab tu tak boleh beli lebih. Yang itu je aku kurang pasti...

Kemudian scroll bawah lagi, klik pada terms and conditions dan klik Next
ok, korang akan dapat paparan ni, pastikan maklumat semua betul. kemudian scroll bawah lagi....


Dah scroll tu koranga kan jumpa paparan ini. Dah tiba masa pembayaran. Pada bahagian: "4 character code:.......". Yang ini korang buka email, nanti japanbusonline akan bagi kita verification code (Gambar seperti di bawah). Masukkan maklumat yang diperlukan, tik butang yang bersesuaian dan kemudian Make Payment.  
Yang ini contoh email dari japanbusonline untuk bai kita verification code. 
OK selesai buat pembayaran. Semua maklumat tentang tiket bas akan di emailkan kepada kita. Nak print boleh, kao tak nak simpan je dalam hp. nanti dah tiba masa berangkat tunjuk je pada pemandu bas tiket kita yang ada dalam handphone.

Harap dapat membantu korang yang nak pegi Kawaguchi dari Narita. 
Bye....

Sunday, October 6, 2024

Summer di Japan: Dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Part 1)

 23 Mei 2024 (Khamis)

Salam. Hi Semua....

Aku memulakan perjalanan dari Labuan Ke KL pada  23 Mei 2024 (Khamis). Makanya aku ambil cuti sehari awal pada 24 Mei (Jumaat). Kembara kami kali ni terdiri dari 6 orang iaitu KH, KT, KC, I, A dan aku. 3 daripada kami mengambil flight dari KK-Shanghai- Narita. Kami bertiga pula (KH, A dan aku) mengambil flight dari Kul-Manila- Narita. KH dah sampai awal di KL dan menginap di Kota Warisan. Kami juga akan menyusul sama. Oleh kerana flight aku dan A hampir sama sampai di KL, maka kami berjanji akan jumpa di KL dan naik grab sama2 ke Kota Warisan, malam nanti. 

Flight kami ke Manila esok 24 Mei 2024 adalah pada jam 2.10 pagi. Mesti ramai yang pelik, kenapa nak kena amik flight ke KL awal gilerr? Sebenarnya dalam siri perjalanan jauh, aku memang biasa amik flight ke KL awal sehari, dan alasannya memang aku dah ada maklumkan dalam cerita kembara yang lepas2. Tapi tak apa untuk pembaca baru, aku cerita balik, kenapa mesti ambil flight awal ke KL, alasannya ialah: untuk mengelakkan pelbagai risiko pembatalan flight di saat akhir atas sebab cuaca dan sebagainya. Aku amik flight MAS dari Labuan pada jam 6.00 petang. Sampai di KL kira2 pada jam 8.30 malam.

Dah sampai....
Kena pegi ke KLIA2 dulu

Dah jumpa A, kami tengah tunggu grab nak ke Kota Warisan

24 Mei 2024 (Jumaat)
Oleh kerana kami sampai malam tadi, kami sempat berehat panjang siang ni. Sempat jalan2 di area Kota Warisan. Ini kali pertama aku ke sini. Selalunya kami menginap di Tune Hotel je. Menarik la, banyak kedai2, tempat makan pun banyak pilihan, dobi banyak...macam2 lagi la. Yang penting aku jumpa kedai M&B tu. Dulu ada kat KLIA2 sekarang dah tutup. Aku sempat basuh baju dan jemur di bilik tau, dan kering pulak tu..😅Kalo boleh malas nak bawa baju kotor, tu yang basuh dulu. Sebelum ke airport, kami sempat makan malam di Kota Warisan dulu. Aihh... banyak betul makanan yang menarik hati di sini, cuma perut je tak cukup ruang nak sumbat. Dah cukup rehat yang panjang, kami pun memulakan perjalanan ke KLIA..
Dah sedia memulakan perjalanan menuju Tokyo malam ni....
Replika kapal terbang di KLIA
Naik bas ke KLIA2. 
Flight kami ke Manila adalah pada jam 2.10 pagi, 25 Mei 2024. Nampak tak aku habiskan masa satu hari di Kota Warisan. Hehheh... Sebenarnya boleh je, kalo aku nak ke Kul 24hb Mei (Jumaat). Lepas balik sekolah tu terus terbang ke Kul. Sampai Kul dalam jam 8.30 malam dan tunggu flight seterusnya pada jam 2.10 pagi, Tapi masaalahnya, aku pasti tak dapat rehat yang cukup. Mandi pun tak. Ni nak transit lama di Manila pula karang. Kalo dah mereput di airport memang tak ada nya nak baring kuak lentang punya. Paling tak kau tidur sambil duduk. Macam tak biasa kan...😜 Siang tadi dah dapat rehat yang cukup, inshaallah mereput di Manila nanti tu tak ada rasa apa la. Kacang aje 😛

25 Mei 2024 (Sabtu)
Kali ni kami pilih Philippine Airline. Makanan dalam flight menuju ke Manila. KH dah request Halal food sebelum kami terbang. Rasa dia? emm...boleh la. Tapi masih tak boleh lawan nasi lemak Pak Nasir. Roti tu aku simpan tau, buat makan kat Manila Airport nanti...hehhe
Penerbangan dari Kul- Manila mengambil masa kira-kira 3 jam 55 minit. Kami sampai di Manila dijadualkan pada jam 6.05 minit pagi. Transit 8 jam 25 minit sebelum terbang ke Tokyo pada jam 2.30 petang. Kita beli tiket return Kul-Manila-Tokyo-Manila-Kul dengan harga RM1,877, inc. luggage 30kg. Tiket ni dibeli pada bulan januari. Aku tak pasti murah ke mahal tapi ok la kot dengan harga tu, dan yang pastinya, ini la yang paling murah antara yang lain. Akhirnya kami sampai di Manila Airport. Waktu Manila sama dengan Waktu di Malaysia. 
Sementara menunggu flight seterusnya pada jam 2.30 petang, kitorang lepak di sini (gambar atas) sambil makan maggie.  Hehehhe.....Pilihan kerusi pasti la hujung2 yang tak ramai orang. Kat Manila Airport ni ada jual mangga jeruk yang sedap. Kat kedai ni ada jual. Tapi aku tak ada langsung tukar duit peso ya. Heheheh.....Sebab aku tak berhajat untuk membeli sesuatu di sini. 
Hallo Royal Brunei....
Manila Airport ni kecik je sebenarnya, tapi aku rasa ok je. Menurut pembacaan kat Manila Airport T1 ni ada prayer room,  iaitu di level 4, West Wing, bersebelahan dengan bilik gereja kecil. Tapi masalahnya kitorang tak jumpa. Sudahnya kami solat di ruang tersorok di sebelah kedai. Tak menganggu laluan orang dan ada juga orang yang tido kat situ. Masa menunggu flight kami pada jam 2.30 tu, ada juga yang kami nampak orang solat di celah2 kerusi di ruang menunggu, tapi kat tepi2 dinding la, juga tak menganggu laluan orang. Kawan aku makan jajan, yang dibawa dari Malaysia. 
Cantik
Menunggu flight kami di gate 14 yang dijadualkan berlepas jam 14.30 petang
Ni pula makanan dalam perjalanan menuju ke Tokyo. Roti ni pun aku simpan, kot lapar nanti kat Narita Airport, boleh la buat alas perut sementara menunggu ke pagi esoknya.
Hallo Japan...
Penerbangan menuju ke Narita dari Manila Airport mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit. Perbezaan waktu antara Manila dengan Tokyo ialah 1 jam, iaitu Tokyo awal 1 jam berbanding Manila. Kiranya bila kami sampai di Tokyo pada jam 8.00 malam, bermakna di Manila masih lagi jam 7.00 malam. Dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai di Narita.
Singgah sat amik gambar
Gambar kami semua di sini....Geng 3 orang lagi dah sampai awal sebenarnya. Jam 2 petang lagi dah sampai. Tapi depa pegi jalan2 di luar....
cari port lepak
Kat sini tempat beli tiket bas ke mana2 destinasi termasuk la ke Kawaguchi
Di Narita Airport ni ada disediakan prayer room. Lokasinya ialah di level 1. Nampak signboard atas ni? Prayer room tu terletak di sebelah kanan yang ada simbol bulat tu...
Bersebelahan dengan kaunter yang bertulis "NAA"..
Ruang dalam musola
Sangat selesa....kat dalam ni ada disediakan tempat mengambil wudhu. Jadi senang tak payah pegi toilet. Tempat amik wudhu tu betul2 terletak di sebelah kiri selepas kita masuk dalam ruangan ni.
Malam ni mereput dulu di airport. Esok pagi kami akan bergerak ke Kawaguchi....Selain kami ramai je yang tido atas kerusi. Jadi kami pun join sekali... Heheh. Tak payah cari hotel. Jimat...
Bersambung....

Wednesday, October 2, 2024

Trip Santai Ke Korea: Hari terakhir di Seoul (Part 8)

 8 Mac 2024 (Jumaat)

Hari ni adalah hari terakhir kami di Seoul. Flight kami Incheon-KK dijadualkan pada jam 1.05 pagi, 9 mac 2024. Makanya siang ini kami pigi tempat yang dekat2 saja. Malam tadi saya sudah selesai mengemas barang, tinggal kasi masuk barang2 asas saja lagi seperti beg makeup, toiletries dan lain2 la. Sempat lagi ni mandi nanti petang sebelum pigi airport. Kami berkira2 paling lambat kami pigi airport adalah jam 8.30 malam. Biar awal, tidak kalut nanti. Tanpa mau berlama-lama di dalam bilik, maka kami terus bergerak di awal pagi tu. Desinasi pertama kami ialah pigi ke Dangdaemun Design Plaza, kemudian baru pigi Istana, dan akhir sekali pigi ke Namdaemun Market mau beli kerongsang. 

Dongdaemun Design Plaza

Dongdaemun Design Plaza menjadi destinasi pertama kami hari ni sebab kami mau ambil gambar di perkarangan bangunan ni saja. Mau pigi istana belum buka lagi. Lagipun DDP ni lebih dekat dengan Myeongdong, 1 stesen saja. Jadi nanti tidak perlu lagi pigi singgah sini. Waktu puncak pasti ramai ni orang di sini. Masa kami tiba, tidak ramai orang, yang ada hanya orang yang mau pigi kerja.

Myeongdong St- Dongdaemun History & Culture (Line 4: Biru)- Exit 1

Dongdaemun Design Plaza (DDP) yang terletak di area Jung-gu, dirasmikan pada Mac 2014. Ia mula dibina pada April 2009 dan siap sepenuhnya pada November 2013. Berbekalkan kepada simbol  'Dream, Design and Play' untuk DDP, maka Zaha Hadid dan Samoo selaku arkitek DDP, mengangkat konsep neofuturistik pada rekaannya. Dinding luarnya menggunakan lebih 40,000 panel aluminium. Menjadikan ia berbeza dari bangunan yang lain. Bangunannya  mempunyai bentuk struktur memanjang dan melengkung. Bila tengok dari atas macam kapal ufo. Maka tidak disangkal lagi kalo ia dinobatkan sebagai bangunan paling ikonik dan menjadi destinasi pelancongan popular di Korea Selatan.

Pintu keluar Exit 1 di Stesen Dongdaemun History & Culture Park 
Pintu masuk ke DDP Market
Pintu masuk ke DDP Market, gelap je sebab masih awal pagi
Merujuk kepada Sejarah, DDP sebenarnya dibina di atas tapak bekas Stadium Dongdaemun yang dibina pada tahun 1925. Lama betul tu kan. Kira sudah jadi bangunan bersejarah. Tapi, selepas saja berakhirnya Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988, stadium ini sudah tidak digunakan dan lama kelamaan bangunannya menjadi usang. Maka akhirnya Pihak berwajib memutuskan untuk merobohkan stadium Dongdaemun dan membina DDP. DDP dibina sebagai kompleks yang menyokong penyebaran budaya dan pembangunan reka bentuk dan fesyen di Korea Selatan. Maka pelbagai acara kebudayaan termasuk pameran, pertunjukan fesyen, rancangan pelancaran produk, forum dan persidangan di adakan di sini. Selain dari acara berprestij, DDP juga menempatkan pelbagai ruang pameran, muzium reka bentuk, ruang rehat berbumbungkan langit, ruang santai, kedai cenderamata dan restoran.

Oleh sebab kami kesuntukan masa dan ingin pergi ke Istana. Kami tak berlama-lama di sini, hanya berlegar di kawasan perkarangan bawah bangunan. Tak banyak gambaran kawasan ini dalam simpanan gambar aku, maka aku pinjam gambar dari beberapa web.
Credit Photo: https://english.seoul.go.kr/dongdaemun-design-plaza-to-emerge-as-a-space-for-creation-and-knowledge/
Credit Photo:https://travel-stained.com/dongdaemun-design-plaza-seoul/
Credit Photo:https://travel-stained.com/dongdaemun-design-plaza-seoul/
DDP boleh diakses menggunakan subway line 2/4/5, kemudian turun di stesen Dongdaemun History & Culture- Exit 1, yang ini betul-betul terletak di sebelah DDP saja. Di atas saya ada tuliskan laluan kami menggunakan line 4 sebab kami dari Myeongdong. Selain itu kita juga boleh naik subway line 1/ 4 dan turun di stesen Dongdaemun- Exit 7. Tapi dari sini kita kena jalan kaki kira-kira 5 minit untuk sampai ke DDP. Dewan pameran dibuka dari jam 1000 pagi- 700 malam, pada hari selasa, khamis, sabtu dan ahad. Manakala setiap hari rabu dan jumaat pula, DDP memulakan operasi pada jam 1000 pagi- 900 malam. Masuk adalah percuma.


Istana Gyeongbokgung

Dongdaemun History & Culture Park Station (Exit 10)- Gwanghui-Dong (line hijau)- 
Gyeongbokgung Station- Exit 5 
 Kami meneruskan perjalanan menuju ke Istana Gyeongbokgung. Perjalanan kami adalah seperti di atas. Pendek cerita kami sampai di Gyeongbokgung Station.
Tong yang diubah menjadi kerusi.
Letak cermin pun menarik
kerusi dia cantik.
Istana Gyeongbokgung yang bermaksud 'Istana Yang Sangat Diberkati oleh Syurga', pada asalnya dibina pada tahun 1394, oleh Raja Taejo iaitu raja pertama dan pengasas Dinasi Joseon, selepas 3 tahun Dinasti Joseon diasaskan. Ia merupakan istana terbesar daripada 5 istana yang dbina semasa pemerintahan Dinasti Joseon yang masih kekal hingga kini. Semasa pemerintahan Dinasti Joseon, ia dikenali sebagai istana diraja utama yang berfungsi sebagai kediaman keluarga diraja dan bangunan kerajaan.
Dari stesen subway tadi akan jumpa bangunan ni disebelah kiri, tapi tak payah pigi sini, jalan terus ja
ok terus ke depan. dimana orang ramai pigi, kita ikut saja, pasti semua ramai2 tu pigi istana.
Sudah sampai di perkarangan istana, kami nampak ramai orang pakai hanbok. Dimana dorang sewa tu ya....?? berteka teki kami sendiri. Akhirnya kami ditegur oleh seorang wanita bertudung. Dia minta tolong diambil gambar bersama suaminya. Dari cara dia bercakap kami tau dia dari Indonesia. Bila kawan kami tanya asal mana. Dia jawab dari Makasar. Terus teringat saya, Youtuber dari Makassar, yang kerja kapal persiaran tu. Siapa nama dia ya?? Lupa!! Oh ya, alang2 sudah beramah mesra, terus kawan kami tanya di mana dorang sewa hanbok tu? Dia bilang: "Di sanaaaaa.....mari la kami pun mau kasi pulang sudah ni". Jadi kami pun mengekor la dorang berdua.
Ini la kedai tempat sewa hanbok tu. Banyak sebenarnya, tinggal kita pilih mana yang berkenan di hati. Pasangan tadi tu sewa hanbok di tempat lain. Lawa kan baju hijau di atas ni?? Tapi harga dia pun lawa juga. Kalo saya pakai ngam dengan tudung saya warna hijau...😀
Istana ini terus diperluaskan semasa pemerintahan Raja Taejong dan Raja Sejong Agung. Peranannya sebagai istana utama berlangsung cukup lama, sehinggalah istana tersebut terbakar semasa perang Imjin yang berlangsung pada tahun 1592-1598 dan kemudiannya ia ditinggalkan sehingga 2 abad lamanya. Semasa pemerintahan Raja Gojong (abad ke-19), puteranya iaitu Raja Heungseon membaik pulih kira-kira 500 binaan bangunan istana Gyeongbokgung yang terbakar di atas tapak 40 hektar. Dalam baik pulih tersebut, seni bina kuno Korea masih dikekalkan dengan tidak mengubah penampilan istana Diraja Joseon.

Saya lupa berapa sudah harga sewa hanbok tu. Tapi masih dalam harga mampu sewa la. hehehh....Sekali seumur hidup orang bilang.. Ni kami begambar dengan pakaian hanbok. Siap sewa beg lagi kami. Sebenarnya kita boleh juga sewa aksesori lain seperti sepit rambut, reben.....tapi berbayar ya. Tidak termasuk harga sewa baju.Kalo mau set rambut pun dorang ada buat. Kita pakai baju ni bukan sendiri ya, ada orang tolong pakaikan. Baju dan seluar asal kita simpan dalam almari. Beg pun begitu jua. Inshaallah tidak hilang sebab berkunci. Kunci almari kita pegang. Sewa baju ni ada tempoh masa dia. kami ambil 1 jam. Lewat 10 minit, ada extra charge dia kenakan, dan ada deposit. Sebenarnya tidak cukup ni 1 jam, kelan kabut kita, kena ambil 2 jam baru berbaloi. Mulanya kami pun tidak tau kalo 1 jam tu tidak cukup. Tapi sekarang tau sudah..
Antara hanbok yang ada...ini di kedai lain. Cantik2 ehh...
Ini gambar dalam perjalanan menuju ke kedai hanbok tadi. Ramai orang pakai baju hanbok tu. Selepas selesai bersiap kami pun bergerak menuju ke istana.
Istana Gyeongbokgung dibuka setiap hari kecuali hari selasa. Masa operasinya berbeza mengkut bulan iaitu bermula bulan November-Feb dibuka bermula jam 900 pagi- 500 petang. Mac-Mei & Sept- Okt dibuka bermula 900 pagi- 600 petang. Manakala pada bulan Jun-Ogos dibuka dari jam 900- 6.30 petang. Mau datang sini pastikan 1 jam sebelum ianya ditutup. Kalo 30 minit lagi mau tutup tapi kita baru sampai, tidak dibenarkan masuk sudah. Saya syorkan ambil masa 2 -3 jam untuk explore semua kawasan dalam istana, apa lagi bila tiba musim bunga dan musim luruh pasti tak cukup 2-3 jam. Di istana Gyeongbokgung ini juga diadakan beberapa upacara.

  • Pertukaran pengawal diraja di Gwanghwamun Gate- pintu utama pada jam 1000 pagi dan 2 petang selama 20 minit.
  • Upacara Bertugas Pengawal Pintu Gwanghwamun: 11:00, 13:00 (10 minit)
  • Latihan Tentera Penjaga Pintu (Gerbang Hyeopsaengmun): 9:35, 13:35 (15 minit)
Sebenarnya ini kali ke-2 saya ke sini. Kali pertama dulu pada tahun 2012. Lama gill sudah kan. Tapi masa tu kami tidak sewa hanbok sebab kami pigi Korea guna travel agent. 
Kami sempat tengok upacara pertukaran pengawal diraja tu. Nanti saya up video. Saya la tu teruja gills, dan yang bikin lambat tu saya juga. Heheh...sorry la kawan, begini la ni kalo sudah penulis blog. Semua benda dia mau ambil. Bahan untuk menyembang di blog. 😎
Kenangan untuk dilihat2 masa tua nanti...heheh

Kalo kita ada banyak masa boleh la kita menyempatkan diri menonton upacara ini. Bayaran masuk ke istana ialah 3000 won (Dewasa) dan kanak2 (7-18 tahun ialah sebanyak 1500 won. Manakala bagi warga emas berumur 64 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah, masuk adalah percuma.

Uii na, banyak betul gambar si kawan. scroll laju2 kalo bosan ya
Ada juga gambar saya sama si pengawal tu. Saya ingat tu pengawal semua tua2, rupanya ada juga yang muda2, macam budak2 sekolah remaja tu. ternampak masa dorang berkawad tu, kebetulan dia dekat tempat kami berdiri.

Istana Gyeongbokgung boleh diakses dengan menaiki subway line 3 dan turun di stesen Gyeongbokgung- Exit 5, kemudian jalan kaki 3 minit menuju ke istana. Selain itu boleh juga guna subway line 5 dan turun di Stesen Gwanghwamun- Exit 2. Jalan kaki 7 minit menuju ke istana. Jika tidak mau susah2 naik subway, boleh juga naik teksi.

Gambar terakhir...heheh

Namdaemun Market

Gyeongbokgung Palace- (jalan kaki 4 minit)- The National Folk Museum of (line hijau) -5 stop)- samsung main Building (jalan kaki 6 minit- Namdaemun market
Destinasi seterusnya kami ke Namdaemun Market. Selain mau beli keronsang, kami juga mau pigi beli souvenier di kedai cik Salmah. 
kalo nampak bangunan oren sebelah kanan ni dan kau nampak ada bentuk cermin mata di bangunan sebelah kiri tu, haa... dia la tu bangunan Namdaemun Market. 
Oleh kerana saya mau cari "Danmuji"-jadi kami mau pi pasar Namdaemun dulu. Pasar ni berada di luar bangunan. DanMuji ni ialah lobak putih yang dijeruk, selalu ada dalam drama Korea. Mulanya saya nda tau ini lobak putih. Tapi ada kawan saya cerita dia selalu nampak dalam drama korea yang dorang makan ini, jadi dia mau tau rasa jeruk lobak putih ni. Kawan saya tak suruh beli pun, cuma saya yang saja mau cari untuk oleh2. Cari punya cari, ada kami jumpa...cumanya dia dijual dalam plastik besar dan tidak ada pula tanda halal tu. Saya ada tunjuk 1 kad yang di dalamnya ada tertulis tentang "halal" dalam tulisan Korea pada si penjual. Kad ini ada di syorkan dalam group RTK. Penjual tu baca la kad tu kan. dia kata Danmuji ni hanya lobak putih yang dijeruk, jadi memang tiada unsur2 meragukan. Tetapi, secara peribadi, untuk bagi orang lain makan sesuatu makanan, saya perlukan tanda "halal" itu, supaya tidak timbul rasa was2. Makanya saya tidak jadi beli dan kami tinggalkan pasar tu, sambil menjinjing plastik buah apple dan limau. Lain yang dicari lain pula yang dapat. hehehh....
di luar bangunan pun banyak kedai2
masa kami pigi sini tidak begitu ramai orang
salah satu pintu masuk, dia tulis sana jewelry, maka kita masuk saja dari sini. Tapi orang bilang, untuk memudahkan, kalo mau pigi kedai cik salmah , kau masuk dari Gate 5. cari escalator dan naik ke level 2. Sampai level 2 kau u-turn ke belakang escalator jalan sampai hujung dan cari kedai no 76. Aduh..rupanya tiada pula kedai Cik Salmah tu diambil gambarnya. Kedai Cik Salmah ni jual barang2 souvenir. Nda banyak saya beli di sini. Saya beli la keychain juga sikit untuk pelajar yang ada membantu saya buat kerja hari tu. Tapi sebenarnya kalo kita rajin mencari dan membanding harga, ada ja kedai yang jual barang2 lebih murah dari kedai Cik Salmah. Cuba kamu cari info di tiktok atau di group RTK tu, ramai yang share kedai lain selain Cik Sal punya kedai. 
Dari kedai Cik Sal kami terus pigi ke kedai kerongsang. Caranya ialah kau pi belakang kedai Cik Sal ni, ada pintu keluar pigi bangunan sebelah. Masuk pigi pintu Gate 3, atau mana2 la kau jumpa pintu, pigi la menyebelah ke bangunan satu lagi. Yang ini orang syorkan kedai Encik Ismail. Masuk saja dari gate 3 ni, kau jumpa kedai pertama di sebelah kanan, itu la kedainya. Tapi yang kami pigi ni, bukan kedai Encik Ismail tapi kedai Cik Minah. No kedai dia 163. Ini pun ada di syorkan di group RTK. Itu la saya kata kalo rajin dan banyak masa, kau pigi la menyerve dulu harha mana paling murah (Uii ayat mu bah, apa itu?? -"Menyerve"-"Survey")
Kau tengok tu, cantik2 ba, bekilat lagi tu. Saya suka pakai kacip tudung tu, jadi saya beli beberapa set untuk saya sendiri dan adik beradi saya. Saya inda ingat berapa harganya 1 set tapi kalo saya banding harga PS (personal shopper- betul ka juga tu ejaan saya itu) jauh lebih murah. Memang la ba murah sbb kita p sendiri, kalo PS dia kira tambang dia lagi. Saya tengok harga PS jual set kacip tudung tu boleh sampai harga RM35 1 set owhhh.... Dan saya menyesal tidak beli set kerongsang ibu dan anak tu. Sama juga style dia dengan kacip tudung cuma bezanya dia ada pin. Tapi ndapa nanti deepavali ni saya p sana lagi, saya mau beli lagi tu kerongsang! Siapa mau kirim? Bah duitnya sekali! Kirim pakai air liur tidak dilayan! 😂
Credit Photo: https://koreajoongangdaily.joins.com/
Selesai membeli kerongsang, kami pun balik ke Myeongdong. Kami jalan kaki dari Namdaemun Market ke Hoehyeon Station. Ambil Line 4 (biru muda) dan turun di Myeongdong station dan cari exit 1. Kenapa di exit 1? Kalo p hotel kami kena ke exit 9 @ 10. Sebabnya kami mau makan dulu di Restoran Kampungku. Untuk pergi ke restoran kampungku Kita kena cari kedai Daiso 12 tingkat tu. Itu panduan kita. Jadi paling dekat kena keluar ikut exit 1. Dari kedai Daiso tu (muka menghadap ke jalan raya. Pintu Daiso belakang kita), pigi ke arah kiri, jalan terus, sampai jumpa replika hurup SEOUL besar. dalam perjalanan menuju ke replika tu, kau akan jumpa kedai Alpha, Hotel Prince dan bangunan The North Face. Selepas bangunan The North Face, Kau belok ke arah kiri dan akan nampak replika SEOUL yang besar ini.
Itu replika SEOUL yang saya maksudkan. Pigi ke arah itu dan ambil gambar la kita dulu....hehehh
Taraaa,,,,,,comel pula nama SEOUL ni. Ok nampak ka Pacific Hotel di belakang tu? Pigi ke arah hotel tu.
Ini gambar yang saya ambil dari goggle map. Goggle ambil gambar ni pada tahun 2009. Masa tu belum ada lagi arca SEOUL. Ini la gambaran pada tahun 2009. Jalan terus lagi ke depan. 
Bila kita sudah dekat depan hotel tu kita akan jumpa 2 persimpangan dilema. Kita kena pilih simpang yang betul. Kalo tidak kita akan sesat kemana2, bukan kenyang yang dapat tapi penat menimpa diri. Pada mulanya kami ambil simpang kanan. Kanan ni biasanya betul. Jalan punya jalan, nda pandai jumpa2 restoran. Makanya kami balik semula ke Pacific hotel dan ambil simpang sebelah kiri. 

Bila ambil simpang kiri kita akan jumpa restoran ni dulu. Jangan singgah, jalan terus saja....
Sampai la jumpa tembok ni, yang tertulis Kampungku Restorant. Restoran Kampungku ini letaknya bersebelahan dengan restoran Bakso Bejo Korea iaitu Restoran yang menghidangkan makanan menu Indonesia. Kau boleh pilih mana satu restoran yang menepati citarasamu.
Masa kami sampai Restoran Kampungku tu penuh dengan orang yang sedang makan. jadi kami pun tunggu samai ada meja kosong. Gigih kan menunggu...padahal petang karang mau balik Malaysia sudah ni. Aduii...lucu pula bila dikenang. Tekak melayu betul, mau juga mencari nasi! Sambil sambil menunggu meja kosong kami pigi la ke cafe halal berdepan dengan restoran kampungku untuk makan aiskrim. Sampai habis aiskrim kami, belum juga ada tanda2 orang keluar dari restorant kampung ku. Selagi orang belum keluar, bermakna restorant masih penuh. Maka kami pigi ke kedai runcit halal betul2 bersebelahan dengan restoran kampungku. Signboard dia berwarna oren dalam gambar di atas. Kami beli kacang, seaweed yang penting snack Korea la. Semuanya ada tanda halal di sini. Dan untuk makluman, harga di kedai ini lagi murah dari kedai Korea mart yang ada di Myeongdong Street. Jadi sila la ke sini kalo mau membeli makanan korea yang ada logo halal. 
Sambil makan aiskrim kawan saya membeli ini. Saya ingat lembut, keras rupanya, nasib tidak patah gigi saya. hehhe....logo halal tu ada tap di belakang bungkusan ni.
Tunggu punya tunggu, nda juga pandai kosong restorang kampungku tu. Makanya kami terus pigi ke kedai Bakso. Masuk dari pintu restoran Vegan Kitchen tu dan naik ke tingkat 1. Saya rasa dorang berkongsi bangunan ni. Saya ada mengambil gambar restoran tapi aduhhh, payah pula di cari. Di sini ada juga musola disediakan 
Gambar ehsan google
ehsan google
Ehsan google. Menu di restoran Bakso ni sedap juga la. Pedas macam juga kita makan di Indo....

Dipendekkan cerita, selesai makan kami kembali ke hotel. dari bangunan Daiso tu kita pigi menyeberang ke sebelah sana untuk balik ke hotel. Jangan risau ada juga zebra cross depan Daiso tu. Di hotel, kawan saya sempat lagi mandi manda dan kami bergerak ke airport jam 8 malam. Awal kami gerak ke airport walaupun flight kami pada jam 1 pagi. Biar awal jangan lewat. Dari Myeongdong Station kami naik subway dan turun di Seoul Station. Kemudian naik train menuju ke Incheon Airport. Sebenarnya ada bas dari Myeongdong tapi kami takut jem di jalanan, jadi kami ambil keputusan naik train. Selamat...
Di Seoul Station ada escalator untuk beg. Jadi inda la kita payah mengangkut beg turun naik tangga. heheh....
Sudah ambil beg kita ikut ja signboard menuju ke stesen KTX
Ikut signboard yang mengarah ke Incheon Int Airport
Pegi ikut signboard biru. Kita akan naik airport all stop train. Yang ini berhenti di banyak stesen dan harganya lebih murah tetapi lambat mau sampai. Sesuai untuk orang2 yang tidak mengejar masa, macam kami masih bersantai2 lagi lenggang kangkung sebab flight kami jam  1 pagi.
Turun ikut escalator ni
Ikut signboard
Masa untuk naik train
Sudah tiba di airport. Kami guna T-money saja untuk bayar tiket
Sekarang masih berada di Basement 1. Ikut signboard untuk pigi ke Terminal 1
Orang naik bas, dorang dari bawah tu akan naik ke atas. Kemudian kami lepak2 sampai jam 9.30 kami terus masuk ke ruang departure. Sebab dari sini kita kena naik bas menuju ke gate kita. 

Maka berakhir la percutian kami di Korea....Lepas ni boleh dah masuk cerita Trip to Japan Mei 2024. Cerita trip ke Indonesia Dec 2023 masih menunggu giliran untuk dimasukkan di blog ni. Tapi sabaq na.....Kita dulukan cerita ke Japan sebab yang itu seminggu je. Kalo kemabar ke Trans Java tu ambil masa 2 minggu. cerita nya panjang sikit. Kita ambil cerita trip pendek dulu. Jumpa lagi di cerita akan datang...

bye...

💗
Niena T

Ref: https://visitkorea.or.id/article/dongdaemun-design-plaza-ddp
https://www.architectmagazine.com/project-gallery/dongdaemun-design-plaza-ddp

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...