Wednesday, September 13, 2023

Bercuti ke Turki: Dari Istanbul Ke Bursa....(Part 21)

 22 Dec 2023 (Thur)

Bursa

Bursa ialah sebuah bandar yang terletak di barat laut, Turki. Ia diisytiharkan sebagai bandar ke-4 paling ramai penduduk. Menurut sejarahnya, Bursa pada asalnya adalah ibu kota pertama dan kedua semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah antara tahun 1335-1363. Bursa terkenal sebagai pusat industri automotif di Turki. Semua kilang pengeluar kereta seperti Fiat, Renault dan Karsan beroperasi di sini. Begitu juga dengan kilang pengeluar komponen automotif yang terkenal seperti Mako, Bosch, Valeo sudah beroperasi di sini sejak berdekad lamanya. Selain industri automotif, Bursa juga menjadi pilihan bagi industri tekstil dan makanan untuk bertapak di sini. Semuanya tersusun mengikut zon. 
Hari ni kami akan ke Bursa. Yeahh... bandar lain dari Istanbul. Mengikut info dari Google map, jarak dari Istanbul ke Bursa tak begitu jauh. Hanya mengambil masa kira-kira 2H40M dengan menaiki kereta. Untuk pergi ke Bursa juga ada pelbagai cara boleh diikuti, antaranya ialah boleh naik bas, atau kalo kau kaya boleh la sewa teksi...atau dengan menaiki Ferry. Kalo bercuti aku suka buat catatan dalam buku sebelum hari kejadian. Dari Itinerary, info tentang penerbangan, bajet yang sudah dikeluarkan, alamat hotel....kiranya apa jua la info yang sudah dishare dalam group kami akan aku catat dalam buku. Masa buat catatan ni, aku perasan dalam itinerary asal, perjalanan kami ke Bursa hanya balik hari. Aku suarakan cadangan kat group: "Korang, cuba tengok itinerary, 22hb yang kita nak ke Bursa tu...Apa kata kalo kita bermalam 1 malam di Bursa, supaya tak kelan kabut kita nak balik ke Istanbul? Ambil hotel murah2 je...Hotel kat Istanbul, biar je tak payah Checkout". Semua setuju. Rupanya KH memang terfikir juga nak buat macam tu tapi dia takut kami tak setuju. Maka, awal pagi selepas subuh kami terus bergegas menuju ke pelabuhan. 
Seawal subuh kelihatan para pemancing sudah mula menghumbankan tali pancing di pinggiran Selat Bosphorus. Kami memilih menaiki feri untuk ke Bursa sebab, pelabuhannya tu dekat dengan hotel penginapan kami. Maka pagi2 lagi kami meredah kesejukan menuju ke stesen tram Sirkeci. Naik tram dari sini dan turun di Eminonu, dimana terletaknya Jeti Feri ke Bursa. Sebenarnya Sirkeci dan Eminonu ni jaraknya terlalu dekat. Jalan kaki pun boleh sampai sebenarnya, tapi masa ni kami tak tau lagi. Yang kita tau hanya 1 station saja dari Sirkeci, cuma takut ambil masa kalo jalan kaki. Hari terakhir kami berada di Istanbul, kami menyempatkan diri berjalan2 di tepi laut. Masa tu baru tau yang jarak Sirkeci dan Eminonu tu terlalu dekat. 5 minit ble sampai... 😁
keluar dari tram di Eminonu Station, terus pergi ke arah kanan, jangan lupa lalu di pinggiran laut supaya senang tengok bangunan jeti. Jalan terus sampai jumpa bangunan ni. Kami beli tiket pada hari yang sama kami berpergian. Tapi sebenarnya ianya boleh dibeli secara online. Tapi leceh, nak kena ada no telefon Turki. Kaunter tiket terletak di sebelah pintu masuk. Nampak tak kawan aku berdiri tu, kat situ la tempatnya. Lepas beli tiket, pergi ke sebelah kiri dan masuk ke pintu utama tu. Sebelum tu kita kena scan bag yang kita bawa dan kemudian baru masuk ke dalam ferry.
Tengok jam tu sudah menunjukkan jam 7.58 pagi. Tinggal beberapa minit lagi sebelum ferry bergerak. Nasib baik kami sempat. Walaupun sudah 7.58 pagi tapi persekitaran masih remang2 subuh lagi. Masih gelap. Tapi waktu subuhnya lebih kurang je dengan di Sabah. Cuma kalo kat sini jam 5.45 dah mula siang dan 7.58 pagi kalo di Sabah, sudah terang benderang.
Tiket feri dari Istanbul ke Bursa berharga 110 TL. Seat E60. Mungkin ini feri paling awal bergerak iaitu pada jam 8.00 pagi. Kami menaiki feri yang dikendalikan oleh syarikat Budo dari jeti di Eminonu. Dari sini Ferry ni kan turun di jeti Mudanya, Bursa.
Ruang dalam ferry. Perjalanan mengambil masa kira2 1 jam 15 minit. Aku sebenarnya tak berapa minat naik ferry ni. Suka laut tapi itu la naik feri ni lama gills rasanya. Bukan apa aku dah puas naik ferry dari Labuan ke Menumbok. Rasa bosan pula. Tapi tak pe la...kita sambung tido je. 
Ada juga kedai jual jajan dalam ferry ni. Penjual tu handsome.....😍
Feri Budo
Sudah sampai di Bursa. Uhh sejuk gills kat Bursa ni. Mungkin sebab dekat laut jadi angin tu kuat sangat, tambah la sejukkan. Tapi tak pe kita pakai baju tebal.
Bangunan kat depan ni ialah terminal feri dari Bursa ke Istanbul.
Ruang hadapan terminal. Kat hujung sebelah kiri tu tempat beli tiket. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah kami kena beli Bursa Kart yang akan digunakan untuk semua pengangkutan awam di Bursa. 
Beli kat mesin ni. Ada di luar bangunan terminal. 
Kami mengambil sedikit masa untuk mengambil gambar di sekitar terminal Mudanya... Bangunan yang nampak sipi2 kat sebelah kiri tu ialah cafe. Ehh, ada signboard BURSA la. Jom ambil gambar dulu. 
Hai.....
Oleh sebab sejuk kami singgah minum cai dulu di cafe ni....
Menikmati panasnya secawan Cai. Kat sini gelas cai dier kecik gills. Kalo macam aku yang memang suka minum minuman panas, tak cukup ni.....

Di sini aku simpan cara nak ke Bursa dari Istanbul menaiki Feri. Mana la tau esok2 kita nak ke sana lagi ble la rujuk balik. 

  • Naik Feri dari Jeti Eminonu, Istanbul - Jeti Mudanya, Bursa
  • Dari Mudanya, ambil bas No 1M ke Emek Station. (Gunakan Bursa Kart)
  • Dari Emek Station naik metro dan turun di Sehrekustu Station. 
  • Dari sini Ulu Camii yang mana terletaknya Masjid Besar Bursa tak jauh dah. Boleh tanya orang ramai....depa akan tunjukkan lokasinya. 
Lepas minum cai kami pun bergerak ke perkarangan di hadapan Terminal feri. Sepatutnya bas 1M akan masuk ke sini untuk ambil penumpang. Bas tu biasanya warna kuning. Tapi memang semuapun bas warna kuning....Emm....yang penting kita kena tengok No bas yang tertera dihadapan bas, mesti bas no 1M. Tunggu punya tunggu bas 1M tak muncul2 juga. Kami syak kami terlambat, sebab semua penumpang feri dah tak ada di sini, jadi bas tak masuk ke perkarangan terminal. Tadi sebelum amik gambar memang banyak bas kuning masuk sini. Tapi tak pe.....kita tak tau kan. Ini kan namanya pengalaman...kalo tak amik gambar tadi, bila lagi kan...lepas ni mungkin tak berpeluang amik gambar kat signboard BURSA tu.....
Oleh sebab bas 1M tak muncul2, kami pun bergerak keluar ke jalan besar. Kat situ macam ader kedai runcit dan ada bus stop. Ingat nak tanya orang....
Masih di Mudanya....
Kena pegi ke deretan kedai di sebalik lori tu, kat situ ada Bus stop
Masih di Mudanya. Berdekatan dengan terminal feri. Cantik pokok ni...
Banyaknya burung merpati
Kami tunggu bas kat sini. Kat sebelah ni ada kedai runcit, Tuan Kedai kata ya tunggu bas di sini. Bas no 1M. Dipendekkan cerita, Bas sampai kami pun naik. Bas akan turunkan kita di Emek Station. Itu merupakan station terakhir untuk bas 1M. Aku ingatkan dekat perjalanan dari Mudanya ke Emek ni, Rupanya jauh ....dekat 30 minit juga la.  
Bila bas berhenti rasa pelik juga. Eh betul ke di sini? Macam berhenti kat tepi jalan je ni...Tapi tengok orang ramai turun, kami pun turun juga la. Ikut je kemana orang pergi....Rupanya betul la, akhirnya ia akan membawa kita ke Istasyon (Station) Emek. Gamar kat atas ni memang tak ada tulis "Emek" Tapi sebab ini memang tangga yang menuju ke station metro kita masuk je la dulu, kalo salah kita cari jalan lain. Bak kata orang Sabah..."Kita Radu ja dulu" 😀
KH tengok Bursaray Map.... Ya betul la...ada metro yang akan membawa kita ke Sehrekustu Station.
Top up Bursa Kart dulu takut tak cukup duit dalam tu. Bursaray metro ni ada 2 line je. Line 1: Emek- Arabayatagi. Manakala line 2: Universite- Kestel. Jadi kita yang nak pegi ke Ulu Camii kena amik line 1. 

Ikut petujuk arah tu....Ia menunjukkan tentang arah ke Sehrekustu
Singgah kedai beg dulu, sebab Z nak beli beg....
Selesai semuanya kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat penginapan kami di Hotel Grand Heykel. Menurut kata Cik Google, 17 minit masa diambil untuk sampai ke lokasi dengan berjalan kaki. Bismillahirrahmanirrahim....Semoga dipermudahkan perjalanan....
Pemandangan disepanjang pejalanan mencari Hotel Grand Heykel
Penjual dengan gerobok hijaunya...
Tiba di Hotel Grand Heykel
Lobi Hotel. Kami selesaikan urusan Checkin dulu. Masih awal tak boleh masuk lagi....Lepas checkin ni kami keluar semula untuk makan di Iskandar kebab. 
Hotel ni hotel 3* tapi selesa gills. Yang kami amik ni mungkin family room sebab agak besar juga. Harga semalam ialah RM189. Yang ini ruang tamu, ada 1 katil, sofa, aisbox. Aku amik katil kat luar ni. Agak selesa....
Dalam ni ada 1 bilik lagi. Bilik air pun terletak dalam bilik ni
Ini bilik air dier. Bersih dan besar. 

Iskandar Kebab
Dari hotel kami menuju ke Iskandar Kebab. Oh ya hotel Grand Heykel ni juga dikenali sebagai Hotel Grand Sculpture. Jaraknya tak jauh 2 minit sahaja. Tapi sebab kitorang sesat menyesat punya pasal perjalanan yang pada mulanya hanya 2 minit menjadi ke puluh minit. Ditambah pula masing2 bawa beg galas sbb tak boleh tinggal di hotel. Beg ni ringan je tapi bila dah penat, 1 coklat pun terasa berat. Jalan kat Bursa ni, dia nampak landai dari jauh macam jalan rata je, bila kau dekat dia punya tinggi..... macam nak merangkak je, nak sampai ke penghujung. 😅
Akhirnya sampai juga kami di sini. Kapus2 minta air....Heheh...OK Tipu. Iskender Kebap ni salah satu restoran yang disebut2 dalam group Road To Turkey (RTT). KH kata kita kena cuba makan kat sini....Sebenarnya Iskender Kebap ni banyak cawangan, tapi yang ini Restoran mereka yang utama. "Kebapçı İskender" adalah tanda dagangan keluarga İskenderoğlu, yang masih menjalankan perniagaan makanan di Bursa. Menu ni boleh didapati di banyak restoran di seluruh Turki. Kebanyakannya di bawah nama "İskender kebap", "Bursa kebabı" atau "Uludağ kebabı".
Kawan aku KE suka gillss simpan tisu yang ada nama restoran....Kalo dia ada memang dia simpan ni
Ruang dalam Restoran....ramai betul orag makan masa ni tapi nasib kami baik. ada 1 meja kosong
Kaunter pembayaran. Banyak pinggan hiasan kat atas tu...Dari luar kedai dia macam kedai kayu lama...tapi bila masuk dalam. ok je bersih....
İskender kebap ialah hidangan Turki yang terdiri daripada daging kebab döner yang dihiris dengan sos tomato panas di atas kepingan roti pita dan disapu dengan mentega susu kambing biri-biri istimewa dan yogurt yang telah dicairkan. Ia boleh disediakan daripada kambing atau ayam panggang yang dipotong nipis dan berhati-hati. Sos tomato dan mentega cair biasanya dituangkan ke atas hidangan secara langsung di atas meja. Ia adalah salah satu hidangan paling popular di Turki. Mengambil namanya daripada penciptanya, İskender Efendi, yang tinggal di Bursa pada akhir abad ke-19 semasa zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyyah- Saduran dari Wikipedia...

Tak tau apa yang best nak order, kita order menu yang sama. Tak ada buku menu, kita intai2 meja sebelah, kita pun cakap nak menu macam tu. Kebab? Yes....Heheheh..... Sebenarnya aku bukan peminat kambing. Tak makan kambing pun sebenarnya. Makan sikit boleh, Kalo nak tanya sedap ke tidak, untuk aku yang bukan peminat kambing pasti la aku cakap tak sedap, tapi bagi peminat kambing, ini mungkin antara menu yang WAJIB dicuba bila sampai di Bursa. Selain kambing, rupanya dia juga hidangkan ayam. Kalo tau, aku pilih kebab ayam. Sebenarnya kat bawah hirisan daging tu ada roti kat bawah. Jadi aku makan roti je. Kambing makan 1 hiris je. Terus aku macam ting tong, kepeningan...😅Lepas makan kami balik ke hotel. berehat sekejap dan keluar semula selepas itu
Bersambung......


Monday, September 11, 2023

Bercuti ke Turki: Hagia Sophia (Part 20)

21 Dec 2022 (Wed)
Bergambar kenangan di Ihlara Valley, Cappadocia
Kami meneruskan perjalanan ke Hagia Sophia. Dari Capa- Sehremini ke Sultanahmet mengambil masa 25 minit menaiki tram. Selain dari menaiki tram, boleh juga naik bas. Cuma agak leceh bagi kita yang tak biasa dengan jalan2 di Istanbul. Maka untuk mengelakkan tersesat kemana2 maka tram adalah pilihan terbaik. Tak perlu dah tukar tram sbb ia jalan sehala menuju ke Sultanahmet.
Suasana pagi di depan Hagia Sophia. Masa ni kami dalam perjalanan menuju ke Muzium Roman. Gambar Hagia Sophia pada waktu siang diambil sebelum kami ke Restoran Nussantara. Pagi2 dah mula ada Q untuk masuk ke Hagia. Sebaiknya untuk datang ke sini datang la seawal 7 pagi. Hagia Sophia pada asalnya dibina sebagai sebuah gereja bagi penganut Kristian Ortodoks antara tahun 532- 537 SM atas arahan Maharaja Justinian pada zaman Empayar Byzantine. Semasa era pemerintahan Maharaja Justanian I, berlaku rusuhan besar-besaran yang dinamakan sebagai "Rusuhan Nika". Rusuhan berlaku kerana rakyat tidak bersetuju dengan sistem cukai yang diperkenalkan oleh Maharaja Justinian yang dianggap menekan rakyat. Perusuh telah bertindak membakar 2 buah bangunan gereja utama yang ada di sana. 
Dua bangunan gereja yang di bakar oleh perusuh tadi ialah Hagia Eirene dan Hagia Sophia. Rusuhan Nika yang berlaku selama 3 hari berturut-turut, memusnahkan sebahagian besar bangunan gereja tetapi akhirnya Maharaja berjaya mengawal keadaan dengan bantuan tenteranya. Selepas rusuhan tamat Maharaja melihat keadaan kerosakan pada kedua2 bangunan gereja dan berpendapat bahawa untuk membaikpulih mana-mana bahagian bangunan yang rosak tidak begitu sesuai tetapi ia perlu dibangun semula. Tetapi masaalahnya jatuh kepada soal kos. Pasti ianya melibatkan kos yang besar. Tapi kedua-dua gereja ni sangat bererti bagi masyarakat Kristian pada era tersebut dan ia tidak boleh dibiarkan rosak begitu saja tanpa pembelaan. 
Maharaja Justanian berfikir panjang dan harus mengambil tindakan yang pantas tapi dalam masa yang sama mengambil kira pelbagai aspek. Kedudukannya sebagai Maharaja yang agak goyah perlu diperbaiki segera. Melihat kepada pengaruh ajaran kristian yang kuat dalam masyarakat Rom, Maharaja berfikir bahawa ini peluang terbaik untuk beliau menarik semula sokongan rakyat yang sempat menyusut akibat sistem cukai yang diperkenalkannya. Maka pembinaan semula Hagia Sophia yang lebih besar dan baru adalah jalannya. 
Maka Maharaja Justanian pun mengumumkan projek pembinaan semula bangunan gereja tersebut. Rekaan yang lebih indah dan unik difokuskan kepada bumbung berkubah yang dihiasi dengan lukisan2. Dua orang arkitek ternama pada ketika itu dipertanggungjawabkan untuk mengalas tugas ini. Mereka ialah Anthemius dan Isidorus yang mula membuat beberapa lakaran bangunan Hagia Sophia, mengikut gambaran impian maharaja. Dalam proses melakar ni, kedua arkitek ini menemui permasalahan iaitu macamana nak bina kubah atas struktur 4 segi? Kubah ni pastinya besar dan berat. Silap sikit pasti malapetaka jadinya. Setelah berbincang2 akhirnya Anthemius yang merupakan pakar matematik mendapat idea iaitu dengan membina 4 tiang gergasi disetiap bucu binaan tersebut sebelum membina lengkungan yang menghubungkan keempat-empat tiang tersebut. Setelah 4 tiang dan lengkungan tersebut disambung maka pastinya ada ruang lompong ditengahnya. Maka ruang kosong ini akan disimen sehingga rata dan akhirnya ia akan menjadi tapak bagi kubah gergasi tersebut.
Hagia Sophia siap dibina sepenuhnya pada tahun 537 iaitu mengambil masa kira-kira 5 tahun 10 bulan sahaja dengan kudrat 10,000 orang pekerja yang diketuai oleh Anthemius dan Isidorus. Proses pembinaan bangunan Hagia Sophia yang baru ini juga bukan satu kerja yang mudah terutamanya dibahagian bumbung kubah. Pernah beberapa kali roboh semasa proses pembinaannya. Ini disebabkan perkiraan Anthemius dalam merekabentuk kubah tersebut agak tersasar, tapak kubah yang sepatutnya bulat tidak terbentuk sempurna, tetapi menjadi sedikit bujur, menyebabkan struktur kubah menjadi longgar dan tidak dapat menampung bahan dengan baik. Walau apapun, masyarakat tetap dapat menikmati keindahan bangunan Hagia Sophia dengan rekaan baru, berbumbung kubah sebelum ianya roboh ditimpa gempa bumi yang berlaku pada tahun 558. 
Arghhh...rosak lagi! Maharaja Justinian yang masih memerintah, mengarahkan sepupu kepada Isidorus yang bernama Isidorus The Younger untuk mereka dan membaiki semula rekaan asal kubah yang roboh. Kita panggil sepupu Isidorus ni sebagai Ity ya. Maka si Ity ni pun memulakan tugasnya. Dia baiki kerosakan dan keretakan yang ada dengan menggantikannya dengan bahan yang lebih ringan untuk binaan kubah, Manakala rekabentuk ukuran kubah ditinggikan sehingga 6 meter. Rekaan akhir ditangan Ity ni berjaya dan kekal bertahan hingga kini. Sejak dari itu, ia menjadi inspirasi kepada binaan bangunan lain selepas itu. 
Masuk abad ke 13, Empayar Byzantine mula mengalami tekanan dan cubaan rampasan kuasa dari pelbagai kuasa asing. Antaranya Tentera Salib Kristian yang diketuai oleh Henricus Dandolo berjaya menakluki Constantinople. Sepanjang Dandolu berkuasa, beliau sempat membuat beberapa perubahan pada Hagia Sophia dan kesannya masih dapat dilihat pada hari ini. Namun, kuasa Dandolo belum cukup kuat sehingga empayah Byzantine berjaya merampas kembali Constantinople. Sejak itu Byzantine tak pernah tenteram, ada saja empayar2 baru, terutamanya kerajaan yang disokong oleh pemimpin2 muslim mencuba untuk masuk line  dalam proses mereka memperluaskan empayar mereka. Tapi Byzantine tetap kekal bertahan. Sehingga la pada abad ke-15, semasa pemerintahan Raja Constantine ke 11, akhirnya kuasa Empayar Rom runtuh ditangan Sultan Muhammad Al-Fatih II, Pemerintah Kerajaan Islam dari Empayar Uthmaniyah yang terkenal sebagai Sang Penakluk. 
Selepas kejatuhan Constantinople kepada Empayar Uthmaniyah, Sultan Muhammad Fatih mula menukar nama Constantinople kepada "Istanbul". Hagia Sophia yang selama ini menjadi gereja Ortodoks Byzantine juga ditukar menjadi masjid. Kesemua eleman yang bercirikan kristian yang ada di kubah dan tiang bangunan Hagia Sophia diturunkan atau ditutup. ia kemudian digantikan dengan eleman berunsurkan islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. 
Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniayah, Hagia Sophia mula hilang serinya. Fungsinya sebagai masjid hanya kekal sehingga tahun 1935 sahaja. Selepas itu ia telah ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki dibawah pimpinan Mustafa Kemal Ataturk yang memperkenalkan dasar sekularisme. Walaupun penukaran status bangunan ini menjadi kontroversi di kalangan rakyat dan pemimpin, namun Kemal tetap dengan pendiriannya untuk menjadikan Hagia Sophia sebagai Muzium yang mempamerkan karya seni era Byzantine dan Uthmaniyah. Kerajaan Turki pada ketika itu menyatakan bahawa penukaran Masjid Hagia Sophia kepada muzium adalah selaras dengan usaha untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat disebar secara saksama. 
Sisi lain bangunan Hagia Sophia diwaktu malam. 
Masuk ikot sini. Kalo malam, clear je tak de orang. Kita boleh terus masuk. 
Kosong kan sunyi je.....sebab ini dah malam, dah nak masuk waktu solat Isyak. Kalo rombongan pakej pelancongan rasanya tak datang waktu malam. 
Nak masuk kena buka kasut dan simpan dekat rak yang disediakan. Inshaallah tak hilang.
Ada polis juga berjaga di sini untuk keselamatan. 
Pintu masuk....
Masya Allah...Cantiknya...
Selepas 83 tahun berlalu, Hagia Sophia kekal berstatus muzium, sehingga la pada tahun 2018 ia mula menampakkan sinar bahagia kepada masyarakat islam. Kerajaan Turki di bawah pimpinan Erdogan berusaha sedaya upaya mengembalikan status Hagia Sophia kepada masjid. Walaupun menerima kritikan hebat daripada masyarakat antarabangsa namun Erdogan buat tak tau dan jalan terus je. Akhirnya pada Julai 2020, Hagia Sophia kembali diisytiharkan sebagai Masjid selepas Erdogan sign Deklarasi penukarannya. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.....
Apabila masuk waktu solat, para pengunjung perlu ke belakang dari penghadang besi putih ni.

Selepas pengumuman penukaran statusnya, laungan azan kedengaran dari menara Hagia Sophia. Jurucakap Presiden mennyatakan kepada media bahawa Hagia Sophia akan menjadi masjid yang berfungsi dan terbuka kepada siapa sahaja. Perubahan statusnya yang kembali menjadi masjid tidak akan menjejaskan status Hagia Sophia sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dan beliau menjanjikan bahawa "Icon Kristian" yang terdapat di dalamnya akan terus dilindungi.  

Walaupun kini Hagia Sophia kembali berfungsi sebagai masjid, ia tetap dibuka dan boleh dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa diluar waktu solat. Tidak ada bayaran dikenakan kepada pengunjung. 
Ruangan atas tidak dibuka kepada kunjungan awam.
Lampu-lampu cantik menghiasi ruang dalam Hagia Sophia. Ia digantung rendah dari siling agar memberi cahaya di bahagian lantai masjid. 
Sebahagian cakera gergasi berbingkai bulat.  Terdapat 8 cakera bulat gergasi ni di gantung di setiap tiang utama. Setiap satunya dilukiskan dengan menggunakan kaligrafi Arab nama Allah, Nabi Muhammad, 4 Khulafa' al- Rasyidin: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali) dan 2 cakera lagi dilukiskan nama Hasan dan Husain iaitu cucu kepada Nabi Muhammad
Nampak tak kain putih yang ada kat atas bumbung kubah kecil tu? Disebalik kain putih tu sebenarnya ada hiasan mozek imej wanita yang sedang memangku anaknya. Ia ditutup dengan tirai kain berwarna putih sebab ia berada pada arah kiblat masyarakat islam ketika menunaikan solat. Ia salah satu eleman ikon kristian yang tidak dihapuskan, sesuai dengan kenyataan Jurucakap Priseden bahawa akan melindungi ikon kristian yang terdapat di dalamnya. 
Penulis mengabadikan kenangan di dalam Masjid Hagia Sophia
KH & Z
me lagi......
Kat luar halaman....
Me belatarbelakangkan masjid
Jom balik. Sebenarnya dari Hagia Sophia ke hotel penginapan kami, boleh je jalan kaki. 16 minit boleh sampai katanya. Tapi kami memilih untuk menaiki tram. Dari Sultanahmet turun di Sirkeci. Mengambil masa kira2 19 minit. Dari Sirkeci station tram, jalan kaki balik hotel. Sebenarnya setiap kali kau naik tram ni, tambang untuk seorang ialah 9.90 Lira akan dipotong dari Istanbul Kart. Kira2 RM1.80 duit Malaysia. Ok la kan kira murah daripada kau jalan kaki meredah kesejukan malam. Soal keselamatan inshaallah ok. Cuma jalan di Istanbul ni agak berbukit, agak menguras tenaga juga tu.....

Maka dengan ini tamat la cerita kita di Topkapi.....Esok kita kan ke Bursa.......

Bersambung.....

Rujukan:
https://iluminasi.com/bm/sejarah-hagia-sophia-di-turki-gereja-yang-kini-kembali-bergelar-masjid.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Aya_Sophia

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...