14 Dec 2022 (Rabu)
Ihlara Valley
Lokasi terakhir lawatan kami pada hari ini iaitu ke Ihlara Valley. Lokasinya agak jauh dari tempat yang kami pergi sebelum ni. Mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan menuju ke sini, iaitu berjarak sekitar 64 km dari Kaymakli UC. Mr. Yunus kata korang boleh tido dulu, sampai nanti dia akan kejutkan. Ehh...rugi kalo tido, lebih baik tengok pemandangan. Di luar sana kelihatan gerimis muncul lagi, walaupun turunnya agak manja2 sikit. Dalam hati aku menitip doa, semoga cuaca hari ini menyebelahi kami. Biar la redup dan mendung tapi jangan la hujan....40 minit perjalanan Mr. Yunus singgah ke satu tempat....Dia kata, kalo dia bawa pelancong dia akan bawa singgah ke sini, walaupun tak ada dalam senarai lawatan hari ni. Tempatnya cantik, tetapi menyeramkan. Jika gayat, sila jangan berdiri di tepi jurang...
|
Cantik tempat ni. Pokok hanya tinggal ranting ketika musim sejuk |
|
Mendung tak bererti hujan
|
|
Kat bawah sana tu sebenarnya Lembah Ihlara. Nampak anak sungai mengalir berwarna biru, kat situ la akan kami jejaki nanti. kat sebelah kawan aku berdiri tu adalah jurang. Lepas ambil gambar ni masing-masing cepat2 lari ke atas. Gayat...kalo salah langkah, ke bawah owhhh..... |
|
Kami ber-4 |
|
Rumah comel di tepi tebing |
|
Jurang dalam |
|
Dari sini, macam Mr. Yunus boleh melompat ke tebing sebelah. Tapi sebenarnya tak boleh |
|
Gayat tak? |
|
Lembah Ihlara dari pandangan atas |
Kami meneruskan perjalanan ke pintu masuk utama ke Ihlara Valley. Bila sampai, aku hairan kenapa sunyi, sepi dan tak banyak kereta? Hanya ada 2, 3 buah kereta sahaja dan aku mengira itu adalah milik pekerja2 di sini. Bukan kah ini antara salah satu yang menjadi tempat tarikan pelancong?? Akhirnya aku memutuskan, kemungkinan hari ni adalah hari rabu, hari bekerja bagi masyarakat Turki, wajar la kalo tak ramai orang. Ehh... tapi tak kan la pelancong tak datang ke sini, kalo kata awal pagi, tak juga dah cecah tengahari ni, walaupun keadaan nampak redup... Dalam aku bermonolog sendiri, baru la ada satu, dua kereta yang menyertai kami di sini......
|
Bangunan kecik tu bukan rumah tapi tandas. Kawan aku kata bersih.... |
|
Tak lama lepastu baru la ada beberapa buah kereta menyertai kami |
|
sunyi sepi, menyenangkan juga membekukan bila berlamaan duduk dikerusi ni 😅 |
|
kaunter tiket dan pintu masuk. Lepas beli tiket, Mr. Yunus tunjukkan jalan yang bakal kami jejaki dan check point terakhir, dimana dia akan menunggu kami nanti. |
Mr. Yunus menemani kami membeli tiket dan menghantar sehingga ke pintu masuk utama. Cuaca agak redup, sejuk dan kemungkinan bakalan hujan dipertengahan jalan. Mr. Yunus pinjamkan kami 1 payung, sambil menitip pesan bahawa, beliau tidak akan menyertai kami menyelusuri denai Lembah Ihlara yang cantik itu. Tetapi akan menunggu kami di Belisirma. Bayaran masuk ke Ihlara Valley adalah 90 Lira. Perjalanan dari pintu masuk utama hingga ke Belisirma mengambil masa kir-kira 1 jam dengan berjalan kaki.
|
400 anak tangga yang perlu dituruni hingga ke bawah. Tangga yang diperbuat daripada kayu ini memang dijaga dengan baik. Tak nampak kayu reput sepanjang menuruni tangga ni |
|
Kami di permulaan perjalanan. Mr. Yunus yang ambilkan gambar |
|
Tebing tinggi yang curam |
|
Ni kalo musim bunga mesti cantik gilerr... |
|
Saja ambil gambar ni sebab aku rasa cantik |
|
Pemandangan dari atas ni pun cantik gilerr...tengok dataran kat sebelah sana tu. Kosong je tak ada orang yang duduk di situ. Ini bermakna masih banyak tanah kosong yang belum diterokai... |
Lembah Ihlara merupakan salah satu ngarai terbesar di dunia. Ia terbentuk hasil daripada hakisan aliran lava yang meletus dari gunung berapi Hasan berjuta tahun dahulu. Lembah yang mempunyai ketinggian mencapai 110 meter dan terbentang sepanjang 16 km ini terletak di antara Nevsehir dan Aksaray. Seiring indahnya sebuah nama "Ihlara", menarik ramai pengunjung untuk menyelusuri keindahan alam semulajadinya dan membawa kita kepada sebuah perjalanan sejarah yang panjang terpahat kukuh didalamnya. Lembah Ihlara mendapat nama sempena bandar yang menaunginya iaitu "Ihlara". Semasa zaman pemerintahan Rom dan Byzantine, ia dikenali sebagai Chlorus dalam bahasa Yunani Purba. Kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Greek sebagai "Chliara", dan kemudiannya ditukar kepada nama "Ihlara" sehingga la sekarang.
|
Sungai melendez ada pantaran untuk ambil gambar dan berehat |
|
Anak sungai yang cetek.... |
|
kalo buat aktiviti berkhemas mesti best kat tepi sungai ni kan |
|
Air sungai yang jernih tapi sejuk |
|
Lagi pemandangan tepi sungai |
Terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Melendiz, menjalar sepanjang 14 km, mengalir dari Selime ke kampung Ihlara. Seperti di kawasan lain di Cappadocia, Lembah Ihlara juga antara tempat yang dijadikan sebagai tempat perlindungan. Dikatakan bahawa Lembah Ihlara merupakan penempatan awal bagi masyarakat Kristian yang melarikan diri dari tentera Rom. Masyarakat pada ketika itu cenderung memilih kawasan ini sebagai tempat perlindungan atas beberapa faktor, antaranya adalah kerana sumber air yang banyak iaitu dari sungai Melendiz dan banyak tempat tersembunyi yang sesuai dijadikan penempatan.
|
Cantik tempat ni tapi menyeramkan kalo malam |
|
Ada ikan dalam sungai ni |
|
Penjual |
|
Dah dapat air, bayar kat sini. Kalo duit baki kau kena lempar, jangan menangis pula tau....😅Macam aku awal2 sampai memang terkedu duit kena lempar2 manja. |
|
Jangan marah, banyak pula tepek gambaq muka kami 😅 |
|
cantik dan bersih...tapi sejuk gillss |
|
Kami lagi....😛 |
OK kami meneruskan perjalanan yang berbaki lagi 1 km.......kami jalan santai je. Sesekali kami berpampasan dengan pengunjung yang datang dari berlawanan arah. Perjalanan kami kali ni hanya di kawasan tanah rata.....berbanding di awal tadi yang terpaksa menuruni tangga. Sekarang aku terfikir kenapa Mr. Yunus turunkan kami di sini, bukan dari Belisirma. Beliau sebenarnya berpegang kepada prinsip "Bersusah2 dahulu bersenang-senang kemudian"....Kalo la diakhir perjalanan kami ni terpaksa mendaki 400 anak tangga, pasti kepenatan dan kehausan. Aku dah tengok seorang wanita yang kepenatan mendaki tangga tadi semasa kami dalam perjalanan turun. Banyak kali dia berhenti. Aku senyum pun lambat dia nak balas. Aku faham dia bukan sombong tapi kepenatan. Terima kasih Mr. Yunus kerana sangat memahami...😅
|
Kat belakang ni rasanya pernah dijadikan penempatan dan mungkin juga ada gereja dalam ni |
|
Bayang kan kau berjalan malam2 kat sini, sekali kau suluh ader orang tengah angkat tangan....kau rasa? |
|
Kreatif tapi menyeramkan |
|
Aku selalu banyak berjalan di belakang dorang sebab aku leka ambil gambar.....sebagai penulis blog aku kena ada gambar yang diambil sendiri, sebab payah nak minta gambar pada orang. |
Belisirma
Akhirnya sampai ke penghujung perjalanan. Nasib baik cuaca redup, sejuk dan tak panas. jadi tak rasa penat gilss....
|
Kat sini la Mr. Yunus tunggu kami |
|
Banyak restoran kat sini tapi tak pasti buka ke tidak. Sunyi je....Ke dia buka malam je |