Thursday, October 31, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Selamat Pagi Chiang Mai (Part:20)

21 Dec 2019 (Jumaat)
Hari-21

Aku terjaga bila kak D kejutkan untuk solat subuh. Bangun, cuci gigi, basuh muka, amik wudhu dekat singki di hujung gerabak. Kelihatan si comel pramugara sedang sibuk menyusun katil penumpang, menukarkannya menjadi kerusi dan mengasingkan cadar dan sarung bantal kotor. Sangat cekap, sopan dan menghormati penumpang, sesekali dia melihat hp dan menaip sesuatu....hehheh.... Kami tiba di Chiang Mai kira2 jam 7.00 pagi. Aktiviti masayarakat Chiang Mai sudah pun bermula walaupun pagi masih awal benar.

Sempat pula amik gambaq dengan si comel. Gigih tunggu dier abih keje 😅
Masih di Stesen Keretapi Chiang Mai....
Lagi...perkataan Chiang Mai itu wajib di cari...😝
Di luar perkarangan Stesen Keretapi Chiang Mai. 
Kami dalam tuk2, sumbat ramai2....Nasib tuk2 ni jenis besar. beg semua simpan atas bumbung...
Di Chiang Mai kami akan menginap 3 malam di The Grace House, berjarak kira2 2.8 km dari stesen train tadi, dengan menaiki tuk2 hanya 10 minit perjalanan diperlukan. Tuk2 hanya bergerak santai di pagi hari jumaat itu, jalan yang agak lenggang kerana masih awal pagi lagi. Sambil2 tu kami menikmati udara pagi hari di Chiang Mai.

Chiang Mai merupakan bandar ke-2 terbesar yang terletak nun jauh di utara Thailand. Berjarak kira2 700km di barat laut Bangkok. Chiang Mai dilintasi oleh Sungai Ping, yang merupakan salah satu hulu Sungai Chao Phraya. Sejarah Chiang Mai bermula di bawah pemerintahan  Raja Mengrai pada tahun 1296. Ia dibuka bagi menggantikan Chiang Rai sebagai ibu kota Kerajaan Lannathai. Dengan pembukaan kota baru ini, Raja Mengrai melengkapinya dengan pembinaan tembok kota serta parit yang berbentuk bujur sangkar mengelilingi kota untuk melindunginya dari serangan luar, terutama Kerajaan Burma.
Kak T di hadapan The Grace
Cafe ni kat depan bangunan, rumah kami kat belakang cafe ni je ha....
Papan kenyataan......ramai yang menitip memo sambil pin duit dari negara masing2. Dolar Brunei pun ader tu....
The Grace House tersenarai dalam agoda
Sementara menanti bilik siap, rehat kejap di ruang tamu
Tuan rumah dier p pasar, jadi kena tunggu dier balik...
Ok sambung cite......Apabila Kerajaan Lannathai semakin lemah, Chiang Mai sempat dikuasai oleh kerajaan Burma. Pada tahun 1767, perang antara Kerajaan Burma dan Ayutthaya semakin parah, ramai penduduk Chiang Mai lari meninggalkan tempat sendiri. Akhirnya 7 tahun kemudian Chiang Mai berjaya direbut kembali oleh Raja Taksin yang berjaya mengusir Burma dari Chiang Mai dan kejayaan rampasan semula itu adalah petanda rasmi, Chiang Mai menjadi sebahagian daripada milik Siam. Chiang Mai tumbuh dan berkembang menjadi pusat kebudayaan, ekonomi dan perdagangan serta berfungsi sebagai ibu kota tidak rasmi di utara Thailand dan menjadi kota terpenting di Thailand selapas Bangkok.

Sudah dapat bilik. Sebelah menyebelah je dengan depa yang lain. Bilik ni agak kecil tapi masih selesa dan ada ruang untuk solat. 
Dalam bilik ni ada 2 lagi bilik kecik, 1 toilet, 1 lagi menempatkan singki sahaja. ok juga...boleh juga cuci pakaian, dan jemur kat situ.....dan ianya cepat kering!!
Oleh kerana kedudukan geografi Chiang Mai yang berada di penghujung utara Thailand, maka suhu persekitaran lebih sejuk berbanding kawasan di sebelah selatan. Min suhu sepajang tahun adalah 28* C, Suhu paling panas adalah pada bulan april iaitu 36*C, manakala paling sejuk dicatatkan pada bulan Dec, sehingga mencapai 14*C pada malam hari. Selain kerana suhunya yang agak sejuk dan nyaman, Chiang Mai mucul sebagai salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong kerana nilai budayanya yang masih kekal hingga ke hari ini.

Bila dah dapat bilik kami berehat sekejap, selepas solat jumaat kami menyusur jalan menuju ke muslim street. Pastinya di situ banyak makanan halal di jual.

cantik.....ada gaya Inggeris
Banyak restoran di tepi jalan ni
Israel punya ke??
Orion Bar tak buka lagi. Aku suka part kerusi dier tu.....Tong gas yang diubah suai jadi kerusi. Kreatif!
menjimatkan....


sempoi je, tak geli pun....
Ada banyak kuil lama juga kat Chiang Mai ni, tapi tak pegi sebab kat Ayutthaya dah pegi melawat kuil. Cukup la tu buat penambah ilmu. Oh ya target kami petang ni selain untuk jalan2 cari makan, adalah untuk mencari tour packages ke Chiang Rai esok. Jadi kami skodeng la agent travel yang menawarkan perkhidmatan tour ke Chiang Rai.

Tuan punya syarikat.....
Muka monyok sebab lapar...😝
Sesi perbincangan....
Selesai perbincangan, kami meneruskan perjalanan.....tak lama tu jumpa masjid
Ruang bangunan masjid. 
Kat luar masjid ramai orang jual makanan
Ahernya jumpa kedai makan halal....Yang ini Sophea.....Tengahari tu tak makan kat sini
Makan kat kedai ni....apa nama ye?
Aku terperasan rata2 wanita dan lelaki yang punya gerai makan di Muslim street ni bermata sepet ala2 cina. Bila kita baca sejarah, rupanya Thailand juga mempunyai penduduk Islam. Yang duduk di sebelah utara ni komuniti islamnya berketurunan Cina Hui yang rata2 nya mendiami kawasan bandar. Kebanyakan orang Cina Islam di negara itu tergolong dalam kumpulan yang dipanggil Chin Ho atau Haw dalam bahasa Thai. Namun tidak semua orang Chin Ho itu beragama Islam. Masyarakat Chin Ho merupakan golongan pendatang yang membawa bersama tradisi mereka dan adat masyarakat Hui Islam di China. Salah satu masjid Cina yang terkenal ialah Masjid Baan Haw.

Lepas makan, jalan2 jumpa pula orang jual beg ni tepi jalan. 
Berdepan dengan gerai tepi jalan tu ada ni, Nightbazaar Chiang Mai...KL pg cucuk duit kat ATM, ader benda dier nak beli kat gerai tadi tu...Jadi sementara tu kami turun ke bawah skodeng apa yg ada di sini




Kalo jalan2 di Chiang Mai, pasti akan terperasan banyak nyer kedai massage. Kebanyakan geng kami ni memang suka pg massage. Aku tak suka bukan aper, geli nyer......hehheh! Boleh pilih nak kaki saja atau seluruh badan. Harga pun berbeza, bermula dari 100 baht- 1000 baht perjam. 
Kalo jalan terus akan membawa kita ke masjid....


Aku suka kedai makan Sophia ni, nasi dier berasa....
Sunyi je kan...mungkin malam baru ramai orang
Bangunan rendah2 aje...



antara hotel yang ada di Chiang mai
sape boleh baca?
Parit yang mengelilingi tembok kota
Setelah puas berjalan2, kami kembali semula ke hostel. Rasanya macam tak banyak kami explore bandar Chiang Mai ni......Sebab tak nampak pun tembok kota. Mungkin lain kali perlu pergi lagi. Malam tu kali pergi pasar malam Chiang Mai.....Perghhhh....ramainya umat manusia. Bergerak pun perlahan, jem teruk! Dalam keadaan ni, sempat aku berangan...kalo la aku tinggi macam Mat Salleh, alangkah bagusnya....Kebarangkalian terpisah dari kawan2 pun ader ni. Akhirnya kami mengalah, tak nak teruskan perjalanan sampai ke hujung pasar malam. Semput tak selesa bernafas. Kami menepi mencari jalan pulang. Yang tinggal KL dan suami dier...kami semua balik. S dan Z, sakit kepala depa p naik tuk2 balik hostel. Kami jalan kaki, lepas tu sempat pula singgah kedai makan Sophia, makan malam katanyer. 😂

Esok kena bangun awal sbb trip ke Chiang Rai bermula jam 6 pagi!

Bersambung......

Sunday, October 6, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Naik keretapi ke Chiang Mai-(Part 19)

20 Dec 2018
Khamis
Hari ke- 10

Pagi yang masih cerah. Alhamdulillah...
Malam tadi aku kemurungan bila terkena membeli ikan yang mahal!!!!😭😭 Kan petang semalam pg pasar malam. Sepanjang berada di Thailand ni, dah lama aku tak makan ikan. (Hantu ke aper ni??) Oh ya aku lupa nak habaq, Tahun lalu masa kembara ni, aku masih menghidapi exzema yang boleh dikatakan teruk. Kalo boleh dikatakan exzema la, sebab melalui pembacaan aku, itu la dier namanya. Dah beberapa tahun sebenarnya dapat exzema ni, seingat aku dari 2015 atau 2016. Bayangkan berapa lama aku menderita. Mula2 puncanya (Doktor kata) pencuci pinggan atau serbuk cuci kain. Yang kena tu cuma dekat jari dan tapak tanggan. Stress owhhh....gatal giler. Ehhh....asal pula ko melalut citer pasal exzema ni?? Sebenarnyer ader kaitan dengan ikan tadi. Apa yang aku perasan bila makan ayam, dier punya gatal tu...uhhh, azab sungguh sampai tak boleh bawa bincang punya. Sebab tu 10 hari di Thailand ni, bila aku rasa dier dah mula nak merebak balik, aku cuba nak elakkan makan ayam. Uhh...takut aku. Ayam kat pasar malam pula, ayam goreng. Tak jumpa ayam masak 3rasa ke, tomyam ke.... Jumpa ikan terus macam, ada harapan untuk baik. Sebab sebelum aku memulakan kembara, dier dah elok sikit, sekali.......aku pg bersihkan habuk rumah, dier datang balik. Ok lupakan pasal kemurungan tadi. Malas nak mengingat kisah kejam yang dah berlalu. 

*Nanti aku buat entry khas utk exzema ni. Saja nak share pengalaman dan memberi sokongan kepada rakan diluar sana yang masih berjuang utk bebas dari exzema durjana ni!! 💪💪Anda masih berpeluang untuk sembuh seperti sedia kala.

Malam ni kami akan bergerak naik train ke Chiang Mai. Check out pukul 1130 am. Jadi pagi ni kami tak bercadang kemana2. Kemas barang, check out, baru fikir nak cari makan. KN ajak sarapan pagi di beranda dapur. KD awal2 lagi dah ke seberang sungai nak ke pasar pagi katanya mencari kuih muih. Dier balik aje bawa beberapa jenis kuih muih, satu tu dier dapat "kerbau guling". Sedap juga. 

Pagi di Ayutthaya....
Bantun. 
Tengok kapal lalu lalang sedang tarik bantun ni buat aku teringat zaman kanak2 dulu di Kg. Gadong Limbang. Rindu pula zaman tu, zaman yang kita tak sibuk pun tengok hp. Zaman tu kita dengar radio, tengok tv, bermain. Hp ada tapi yang jenis besar gedabak. Kalo orang call tarik antena dulu. Kebetulan rumah kami dulu dekat dengan sungai Limbang, selalu la nampak kapal macam ni lalu, tarik kayu balak. Sekarang dah pindah tak de dah kenangan macam tu.  

Asal bagi jelingan maut tu......😂😂
Lepas sarapan kitorang balik bilik masing2, tengah rehat2 tu kami dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkn. A bagitau Z yang ayah dier meninggal. Ahhhh?? Aku macam blur padahal dah dengar jelas. Terus terbangkit dari perbaringan. Sungguh! Kami semua terkejut. Aku tengok muka dier kosong, langsung tak menangis. "Betul ke A"?? Kami bertanya. "Ya betul, adik aku baru msg", katanya. Dier terduduk, sambil memandang Z. Barangkali memikirkan jalan terbaik yang patut dia ambil. Kami sekarang berada beribu batu jauh dari Sabah. Akhirnya kami bertanya, apa rancangan dia. Dia amik keputusan untuk balik segera ke Sabah. Kami sokong apa saja keputusan yang dia ambil. Z terus hubungi kakaknya yang bekerja dengan agent tiket, bertanyakan harga tiket paling murah dari Bangkok terus ke Sabah. KD juga menghubungi kenalannya bertanyakan soalan yang sama. Sambil2 tu A bercerita, dia sikit lagi tak jadi join trip ni sebab ayahnya baru saja menjalani pembedahan. Seingat aku baru seminggu katanya. Tapi sebelum berangkat tu ayahnya dah menunjukkan tanda2 positif untuk sembuh, itu yang membuatkan hati dia agak ringan untuk meneruskan kembara ni.

Bila terjadi peristiwa ni, aku teringatkan tentang perancangan kami yang sudah diatur rapi. Kalo dikira malam 19hb, kami dijadualkan akan bertolak ke Chiang Mai, tapi sebab tersalah tarikh masa beli tiket, ianya dibawa ke malam 20hb. Itu lah hikmah disebalik kesilapan tarikh tu sebenarnya. Bayangkan kalo kami sudah berada di dalam train menuju ke Chiang Mai, dimana berita sedih tu sampai kepada A, kami masih lagi berada di dalam train. Allah SWT permudahkan urusan A hari tu. Urusan beli tiket sudah selesai, KD maklumkan kepada owner homestay minta tolong carikan grab untuk A terus ke airport Bangkok, yang lain tolong A berkemas. Akhirnya jam 10 lebih A bertolak. Kami semua menghantarnya dengan iringan doa semoga dia selamat sampai ke Sabah.

Aku kagum dengan ketabahan hati A. Kuatnya hati dia tak menangis. Aku tau dia simpan sebak itu jauh di dalam hati. Barangkali kenangan dia menjaga ayahnya selama ni yang menjadi kekuatan jiwanya. Disela2 ceritanya ada nada sebak, sesekali aku ternampak dia menyeka air mata yang cuba jatuh dari kelopak matanya. Sungguh, aku terkesan dengan peristiwa tu. Aku pula yang menangis. Ya Allah, mohon untuk dijauhkan aku dari ujian seberat ini. 😭😥 Kami mohon kepada owner untuk check out selepas zuhor, simpan barang dan kemudian bergerak mencari tempat makan. Sebelum tu pegi stesen keretapi dulu untuk tukar resit tu kepada tiket sebenar. Stesen keretapi ni dekat je dengan homestay, jalan kaki boleh sampai dan dekat juga dengan 7E. Disitu la kami membeli nasi.

Stesen keretapi Ayutthaya
Tempat beli tiket
KD tanyakan dikaunter kalo2 tiket A, boleh refund.....tapi aku tak ingat apa keputusannnya.
Ruang menunggu
Lepas selesai urusan tiket keretapi, kami terus cari tuk2 untuk pg ke restoran muslim. Mulanya nak dapatkan tuk2 dari depan stesen ni je, tapi agak mahal la pula. Akhirnya kami pegi menyeberang sungai. Di sana kebetulan pula jumpa balik Pakcik semalam tu, terus kami ambil dia je untuk bawa kami pusing2 untuk hari terakhir di Ayutthaya. Pakcik tu baik, tak banyak songeh. Bila minta dibawakan ke restoran halal dier ok je walaupun dia bukan muslim. Orangnya sangat bersopan santun. Rezeki dia agaknya bila dapat penumpang macam kami. Ehhhh......??😅

Tengah deal dengan driver tuk2 di depan stasiun train. Mahal. Bukan rezeki kau la nampaknya bang.....
Destinasi pertama kami hari ini ialah terus ke restoran halal. Pakcik terus bawa kami bila ditunjukkan alamat, tahun lalu depa ni dah pernah ke sini jadi depa tau restoran halal ni. Pakcik terus memecut ke sana dengan kelajuan maksima sebuah tuk2.. 😂 Laju sangat karang, tesungkur pula.

Ini dia restoran tu. 
Yang gagah berdiri bercermin kaca ni sebenarnya adalah homestay, jadi korang kalo nak tinggal sini pun ok. Aku kira restoran ni sangat bagus. Luas dan bersih. Ada ruangan terbuka ada juga ruang beraircond. Kat luaq panas, tak payah la tawaduk sangat nak duduk luar, mari la kita duduk bersejuk2 kat dalam ni. Kat sini juga ader mosola, ada tandas yang bersih dan boleh dikatakan bertaraf 4*. Makanan nya juga sedap. 😋

Sape boleh baca nama restoran ni. Ader jual jajan juga kat sini. 
Depa tengah nak beli jajan khas Ayutthaya....
Lepas makan tak tau nak pegi mana dah, tiba2 lalu dekat kedai massage. Terus minta Pakcik berhenti. Singgah pula kat sini. Tempat massage ni dipunyai oleh orang non muslim, tapi sangat positif orangnya. Kat dalam ni ader bilik kecil untuk tukar baju. Bila kami nak minta izin untuk solat dengan buat gaya takbiratu irham....dier kata boleh. Alhamdulillah.. Untuk Pakcik tu pula, aman je hidup pakcik tu, bila selesai massage, kami nampak dier tertidur di dalam tuk2 nya. Bosan kot menunggu orang sejam 2. Lama tu..... kalo tahap kesabaran tak tinggi mana, memang ditinggalnya kami kat situ.. 😂

Kemudian kami kembali ke homestay, sebelum tu pakcik bawa kami pegi beli jajan khas Thailand pula.

Nampak macam bihun kan. Benda ni manis. 
Nak order boleh wsapp no yang tertera. Sape boleh baca tulisan Thai ni? Niwatt...tolong translate...
Kalo nak beli manisan tu, kena beli sekali dier punya kulit tu. Nak panggil kulit ke?? Dia macam kulit popia tu tapi tebal sikit. kulit yang ni depa buat sendiri. Kalo nak makan, hamparkan kulit yang macam popia tu, kemudian masukkan inti yang macam bihun ni pula, lepas tu gulung macam kita gulung popia tu....lepas tu dah boleh makan. Sedap la juga, manis. 
Tak de bahasa melayu atau BI jajan ni
Mak Ani tengah pak kan kulit "popia"
Pak man tengah mengacau masakan. Benda ni la yang akhirnya nanti jadi macam bihun tu
 Tiba di homestay, lepak pula di dapur sambil tengok kapal. Mengantuk. Mak Temah kata boleh tumpang mandi kat tandas bawah ni, nak solat boleh naik atas, solat di ruang legar kat atas tu. Rupanya bila naik kat atas tu, cantik pula tempat dier, bersih...ader toilet tapi kena share.

Luas juga kat atas ni kan
Gambaq tak berapa nak cantik, hp murah la katakan....Ini kat ruang atas. Kitorang solat kat ruang sebelah sini, kami tak pegi hujung sana. Tak ramai orang yang menginap kat atas ni jadi agak selesa. 
NI toilet dier. Luas dan bersih. 
Selesai semuanya, kami pun bergerak ke stesen keretapi. Sebelum tu amik gambaq dulu dengan Mak Temah ni. Muka garang tapi baik juga. 
Lama nau ketapi ni. Tu menahan sakit gg tu.....😂
Ini je keje untuk menghilangkan rasa bosan....
2
Muka suci tanpa bedak. Elok la naik ketapi nanti terus tido....tak yah cuci muka....😂
3
Ketapi dah sampai. Handsome pula mamat pamugara ni....😂
Amboi semangat tunggu ketapi 😂
Sempat lagi.....😁
Katil aku. tingkat atas. Mengikut pengalaman malam2 sejuk giler ni. Oh ya cadar, sarung bantal, selimut semua baru ya, jadi tak de la mewarisi ayaq liur basi orang sebelum tu kan...😂 Eh Lupa Stokin pun baru 😅
Sebelum tdo sempat berfikir tentang A, Menurut update nya di telegram, dier dah sampai ke Tuaran jam 12++ malam. Oh ya aku lupa nak cite pasal keruntuhan kerajaan Ayutthaya kan? Ok nanti aku update cita di part 18. Yang ini tak sesuai nak cite. Korang pun mesti tau kan pasal sejarah tu? Tapi tak pe, aku nak cite juga, esok aku dah tua boleh la buka balik sambi2 baca pengelaman ketika muda. 😂
Satu lagi, balik citer pasal exzema tu kan, sekarang aku dah bebas 95%, inshaallah sembuh dari exzema. Alhamdulillah....Sepanjang aku kena ni, paling teruk adalah awal tahun 2019, balik dari kembara Thailand tu la. Sangat teruk sampai aku balut tangan dengan tisu, macam orang accident pula. Setelah beberapa tahun tu, aku jumpa juga akhirnya penawar yang sesuai. Aku pegi klinik biasa je, dier bagi antibiotik, lotion yang bertindak sebagai glove (sapu 4 jam sekali), kemudian ubat sapu. Alhamdulillah....kosnya dibawah RM50. Tapi aku kena juga hati2, kadang tu macam ada gatal2 kat jari, terutamanya lepas menyiang ikan. Aku terus je sapu lotion aveeno....alhamdulillah tak jadi dier.

Ok gais, jom tido......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...