16 Dec 2018
(Ahad)
Minggu ni kiter cuti 3 hari. Yahoooo......masa untuk merajinkan diri menghabiskan cerita kembara kami. Doakan semoga idea untuk menulis terus datang tanpa dipaksa. 💪💪💪
*********************************************************************************
|
Minion dan rakannyer.....💚 |
Pagi yang gelap, kini sudah cerah. Kami bangun awal lebih dari biasa, sebab hari ni kami akan meninggalkan kota Bangkok dan meneruskan perjalanan ke Pak Chong, Khao Yai, bersama Pakcik Harris. Arghhh, agak sayang meninggalkan Monumer ni sebab sangat selesa, bersih dan tenang. Tapi dalam banyak2 tempat kat sini la aku kena cramp kat kaki. Uhhh....sakitnyer, dari mata mengantuk terus celik. Tak tau apa punca, kalo kata kena aircond, tak juga sebab katil aku kat bawah dan terlindung dari terus kena angin. Oh ya, kemarin dulu Pakcik Harris pesan, dier akan amik kami di luar (Jalan besar), sebab kami deal terus dengan dia, bukan melalui pihak hostel. Tak ada breakfast disediakan di hari terakhir ni. Dalam jam 7.45 am, Abg Pok kata Pakcik Harris dah ada kat luar, jadi yang dah selesai bersiap angkut beg memasing menuju ke van Pakcik kat luar sana. Tak de la jauh mana jalan kaki, dekat je dalam 3 minit. Tak sempat keti basah kau dah sampai.....Gitewww ibaratnyer. Sempat pula aku singgah 7E beli Meji. 😋
|
Dalam Van, Pakcik isi minyak......sempat lagi singgah 7E kat sini pula. Pendek kata asal jumpa 7E je mesti singgah. |
Jarak perjalanan dari Kota Bangkok ke Khao Yai ialah 173km, kira-kira 2 jam 30 minit. Jauh juga kan. Orang kata semakin kita menuju ke utara, suhu akan semakin sejuk terutamanya di Chiang Mai. Tapi sepanjang kembara kami aku rasa macam sama je dengan Malaysia. Panas lit2. Mungkin belum tiba musim gelombang angin sejuk dari China. Khao Yai yang telah dinobatkan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO, merupakan bandar ketiga terbesar di Thailand. Terdapat empat wilayah atau daerah di Khao Yai iaitu Saraburi di sebelah barat, Nakhon Nayok dan Prachinburi di sebelah timur, manakala Nakhon Ratchasima pula di sebelah utara. Puncak tertinggi di Khao Yai terletak di Khao Rom dengan ketinggian 1,351 m dari aras laut. Akhirnya kami tiba di destinasi yang dituju iaitu
Bann Yang Tree homestay yang terletak di Pak Chong, Khao Yai. Lama kami menunggu, tapi tak de orang. Sunyi je, hari minggu orang pegi sembahyang agaknya.
|
Tak de orang, macamana nak check in.... |
|
Sudahnya kami merayau2 di perkarangan homestay ni. |
|
Dari luar nampak cantik dan mewah. |
|
besar nyer rumah... |
|
Sempat KT berkenalan dengan Cik Bunga.... |
Setelah lama menunggu baru la datang pekerjanya, ker owner homestay ni? Tak pasti la, yang penting dah boleh simpan beg. Sempoi je pakai selipar Jepun dengan short pants. Akhirnya kami dapat bilik. KL dengan husband dapat 1 bilik, kami pula geng gegirl dapat 1 bilik ala2 studio. Dalam ni ada 1 bilik kecik lagi, ada 3 katil Queen, ada TV tapi tak pasang pun, ada jajan sikit (Biskut dier manis gilerr), ader ais box, ader kettle dan ada toilet. Tak ada dapur disediakan di sini. Oleh kerana kami bertiga kurus, mulus jadi aku, Z dan A share katil. Cuma aku tak suka kat tengah, macam tak bernafas rasanya.
|
Bilik kami kat hujung sebelah kiri tu, tingkat bawah. |
|
Ada 1 bilik lagi dalam ni. Ini tempat KT dan KH. Kami punya kat luar. Sape punya bantal bucuk tu, ngaku cepat!! 😂 |
|
Bilik mandi. Tak ada selipar ok.....benci la....😓 |
Mulanya aku kecewa dengan bilik ni, sebab tak sama macam Monumer. Hehhehe....giler tak aku. Tapi redha aje la untuk 2 hari ni. KH kata tempat ni dekat dengan pekan Pak Chong, dimana di situ ader gerai makan halal di sebelah Pasar Malam. Homestay ni kami dah bayar awal sebelum kembara lagi iaitu sebanyak RM 102 untuk 2 malam. Selesai masukkan beg, kami pun bergerak menuju ke destinasi pertama. Tak tau nama tempat ni sebab ditulis dalam tulisan Thaland, tapi macam kebun strawberry. Mana tau? sebab ader banyak gambar strawberryyyyyyyyy.......Kami 5 orang amik gambaq kat luar ni je. Kalo nak amik gambar close up dengan hiasan kat dalam tu kena bayar. Aku tak ingat berapa. Sebenarnya tempat ni tak masuk dalam iti, tapi Pakcik yang bawa....Ikut je la. Lagipun tak rugi apa, Kalo nak masuk kau bayar, tak nak tak pe. Itu je....
|
Tuan tanah ala2 model, tapi malu2 kucing 🙈 |
|
Depan pintu masuk |
|
gengku yang tak masuk |
|
Cantik kan.... |
Dengan menyandarkan landskap semulajadi yang subur, lembah, air terjun dan biodiversiti yang kaya dengan flora dan faunanya, menjadikan Khao Yai destinasi percutian sepanjang tahun yang menjadi pilihan pengunjung tempatan mahupun luar negara. Jadi jangan lupa masukkan Khao Yai dalam iti korang tau....
|
meriah dengan bunga-bungaan |
|
Sape nampak KL?? |
|
Bahagia je dier walaupun amik gambar selfie je |
|
Sape ble baca? apa maksud nyer.... |
|
💕 |
|
Tnggu sikit masa lagi mungkin baru penuh bunga kat sini |
|
Pokok strawberry |
|
Kat luar ni pun cantik juga. |
|
KT nak minta strawberry tu, tapi minion tak nak.....😹 |
|
Hello..... |
Dalam setengah jam kami pun bergerak menuju ke saraburi. Misi menjejak sunflower katanyer.....
Bersambung.....
Rujukan:
http://www.thailand-guide.com/khao-yai/