Wednesday, July 8, 2015

Hanoi: (2) Menuju ke Halong Bay dan belayar bersama "Star Cruise".....Teruja!! :D

3 Jun 2015 (Rabu)

Cerah pagi di sini agak awal. 5:40 pg dah agak terang, macam jam 6.00 pg di Sabah. Teruja sangat ari ni nak naik Star Cruise (***** Cruise la sangat kan...:D :D) sambil menikmati keindahan batu2 yang muncul dari balik air di Halong Bay....Selain dari Sapa, Halong Bay juga menjadi kegilaan ramai bagi pelancong seluruh dunia.

Janjinya semalam jam 8.00 kena berada di lobby hotel. Tak bawa banyak barang, cukup bag galas kecik je. Yang lain kami tinggalkan dalam stor hostel. Tunggu punya tunggu akhirnya org tu pun sampai. Untuk ke Halong Bay ni kami amik pakej lawatan 2D1N dengan bayaran USD 100. Agak mahal kata si kawan tu. Tak pe la, bukan rezeki dapat yang murah. Bak kata org mengembara ni adalah untuk kita mengutip pengalaman. Lepas ni, inshaallah kalo ada misi "balik kampung" ke sini lagi, ble la cari yang lagi murah. Belajar dari pengalaman katanyer. Awak nanti ble la cari yang lagi murah dari yang kami dapat ya...:) Ada lagi yang lebih murah untuk day trip: usd 20-35. Jauh lebih murah berbanding yg awak gugel, USD 50 ye untuk day trip?? ;)

Perjalanan menuju ke Halong Bay memakan masa lebih kurang 3 jam dengan jarak kira2, 170 km dr bandar Hanoi. Tour Leader kami memperkenalkan diri dengan nama "Tuant" dari AST Travel. Orangnya boleh tahan handsome (ehekkkkkkk....ehehehkkkkkk- gelak cik ponti), tinggi dan fasih berbahasa Inggeris. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan panorama indah sawah padi nan hijau. Di sini tidak kelihatan padi berteres, masih lagi di tanam di kawasan tanah pamah. Sesekali......bukan sesekali, kerap kali juga la, kelihatan beberapa kuburan di tengah sawah. Barangkali kepunyaan tuan tanah.

Ok kat sini aku sertakan depa punya info. Boleh online booking kat website depa. Kat situ ble tengok pakej yang ditawarkan sekali dengan harga. Kami ari tu booking dari hostel je, depa arrangge kan. Dengarnyer kalo amik dari hotel dapat discount. Ye la kot, sebab aku tengok kat website AST ni harga pakej utk 2D1N= USD110. Kalo amik dari hostel dapat USD100. Beza USD 10 je pon.....Ehhhh.......Lebih kurang RM 30++ juga tu.....Bajet kena jaga..

AST TRAVEL
ADD: 56 Cau Go Str., Hoan Kiem District, Hanoi, Vietnam
24/7 Service: (+84-4) 39262628
Hotline: +84 983103197
Email: info@asttravelvietnam.com
Web site: http://www.asttravelvietnam.com/



#Salah buh watermark (WM): Pemandangan di sekitar jeti di pelabuhan Halong Bay
Halong Bay juga dikenali dengan nama "Vinh Ha Long"oleh masyarakat Vietnam merupakan sebuah teluk yang terdiri daripada 2000 pulau batu kapur. Ini lah yang bertanggungjawab merachun kami untuk bertandang ke sini. Selain di Halong Bay, Pulau batu kapur juga boleh kita temui di Guilin China, pastinya hampir sama bentuk muka buminya tapi berbeza dari segi budaya dan cara hidup. Guilin, mu tunggu kami datang....:D. Inshaallah bila nilai RM semakin kukuh di pasaran dunia. :D. Menurut Tuant, Halong Bay bermaksud Naga yang sedang turun ke bumi. Dikatakan ketika Vietnam berperang dengan China, maka turunlah segerombolan Naga ke bumi untuk membantu orang2 Vietnam. Cerita rakyat ini diikat kukuh lagi, bila mana kita melempar pandang ke arah bukit bukau batu kapur yang beralun-alun seperti badan naga. Keunikan bentuk muka bumi berkoloborasi dengan air laut nan hijau, mengangkat Halong Bay jmenjadi salah satu dari Tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO sejak 1994.

kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan, bas akhirnya berhenti rehat di satu bangunan kedai menjual pakaian tradisi, kraftangan Vietnam dan sebagainya. Tapi tujuan paling besar bas tu berhenti di sini untuk memberi laluan kepada sesiapa yang nak berkunjung ke "singing room"...

Berselfie di hadapan bangunan singing room...hehheheh
Biasa kita lukis guna pensel dan warnakan, yang ini dijahit mengikut warna. Menarik!







Sementara menanti geng lain melepaskan hajat. yang ini kat luar bangunan di bahagian belakang. ader jual buah2an dan jajan. Kat belakang kami tu si Tuant :)

Perjalanan diteruskan yang berbaki 2 jam lagi. Kali ni aku melelapkan mata sekejap. Tau2 dah sampai pun ke Pelabuhan Balong Bay. Semua bayaran masuk, boat dan sebagainya diuruskan oleh si Tuant. Dari jeti ni kami diminta naik bot kecil menuju ke "star cruise" nanti...:). Rupanya boat kecik ni pun kepunyaan tuan punya junk boat. Tau sebab di subuh ari keesokkan arinya, aku nampak depa tidoq atas boat kecik tu. Lagi sepanjang kami p dari satu destinasi ke satu destinasi di sekitar Teluk ni, mesti guna boat kecik tu.

Geng 1 kapal. sume Mat Salleh yang datang dgn partner masing2 kecuali yang tengah berdiri boy n girl tu. Depa tak kenai sebelum tu, pastu si Tuant arrangekan bilik depa share 2 orang. Mat Salleh tak pe la, dok bedua wpon tak kenai. 
#Salah buh watermark. Halong Bay sebenaqnyer...Bot kecil yang akan membawa kami ke "Star Cruise"
Halong Bay City dari kejauhan

lagi junk boat


Bot meninggalkan jeti Halong Bay

Antara junk boat yang membawa para pelancong menyusuri teluk Halong Bay. Yang ini nampak besar yang boleh memuatkan 20-30 org dan untuk trip lebih dari 3 hari.


Sebahagian Bandar Halong Bay yang dijepret dr atas jambatan
Untuk ke Halong Bay ni, terdapat pelbagai pilihan samada nak amil day trip aje atau bermalam. bermalam pula nak pilih bermalam atas junk boat atau kat hotel sekitar Halong Bay City. Kalo aku better pilih tdo atas boat. Kalo nak bermalam atas boat pula, ader beberapa pilihan samada nak pilih 2D1N, 3D2N atau lebih lama lagi. Terserah, sambil tengok poket cukup lagi tak duit....hehehhe.

emm....mcm penat la,  sikit masa lagi, nak kena masuk kelas. So, aku sambung kendian, okkk......
"OK BAHHHH... KALAU KO"....

Bye..

Note:
Tq: K. Has/ K. T/ Zymah atas sumbangan gambar

Rujukan: 
http://backpackology.me

Friday, June 26, 2015

Hanoi (1)

Hi n Assalamualaikum....

I terpaksa skip entry pasal Kemboja & Shanghai......kalo tak trip Hanoi ni memang aku akan lupa terus jalan ceritanya. Ehek....ehek......nampak norr pemalasnyer. Bukan malas tapi I is banyak keje....:D...:D...:D

2 Jun 2015 (Selasa)

Flight kami hari ni seawal 6.15 am dan di jangka tiba di Noi Bai International Airport kira-kira pada jam 8.15 am. Perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Hanoi mengambil masa 3 jam sahaja. Tapi balik nanti dari Hanoi ke KL mengambil masa 4h15m. Kenapa jadi begitu jauh perbezaannya? Sebab.......masa Hanoi lewat sejam dari kiter. Kalo depa jam 8 am kiter di sini dah jam 9 am....:). Lebih kurang la..

Trip kali ni dianggotai oleh 4 orang sahaja. Kak Pok, Kak T, Zymah n Aku. Dengan Kak T ni, ader beberapa kali juga kami pernah travel bersama. Rasanya 2x, p Shenzhen dan ke Jogja. Selebihnyer dier tak dapat join, kadang2 sebab dier dah ader plan ngan geng2 dier p tempat lain, ari tu kami p kampuchea, dier p Umrah, jadi masa tu tak ngam dgn planning kami. Zymah pula geng baru....hehhe....Sebelum ni ader gak ajak tapi mungkin dier tak ready lagi atau ader hal, jadi dier menolak. Uiiihhhh....semalam tak dapat tido lena. 1 pasal sejuk gillllsss, 2 pasal kena marah sbb tdo kat surau. Wakakkakakak......padan muke kot na...tapi org tu marah bukan tuju kat aku, dier marah sbb org tido tu menghalang tempat org nak solat. Aku tido jauh di tepi, so bukan aku la yg kena marah. wekkekekkek.......Sudahnyer dlm flight aku balun tido cukup2!!

Trip kali ni kami buat tak lama, 5 hari je. Kalo ikut Iti, hari ni kami akan bermalam di Hanoi, esoknya ke Halong Bay Bermalam di "Star Cruise" (kononnya....:p). Lusa terus naik train malam ke Sapa dan bermalam di Sapa, dan kemudian balik semula ke Hanoi dan terus balik ke Malaysia pada 7hb.

Tiba di Noi Bak International Airport... 
Oh ya, Kebetulan pula kali ni kami bertembung dengan geng 1 keje kami. Depa pun sama mai bercuti ke Hanoi tapi depa lain group dan tempoh percutian agak lama iaitu 8 hari. Tengah sembang2 tu C. Siow tanya "kamu tinggal di mana"? "di May De Ville Backpacker Hostel"......."eh sama la...." pastu pakat gelak berjemaah. Semuanya kebetulan kan. Sampai je kat luar dah ader org pegang kertas yang ditulis nama kawan kami (group sebelah) C. Siow dan kak T. Tapi yang buat aku tergelak nama kak T di tulis Har**** BUNTU HAS**...Hehehhe.....hey ko ingat Binti tu nama bapa orang ye? Ye Ye je ko tulis buntu kan?? Kalo depa tau maksudnya mesti depa gelak sakan kan...Emm....macam2....:D :D

Kami di lobby Noi Bak Airport, menanti limosin hostel datang amik...:D 
Oleh kerana depa ramai, so depa p dulu naik bas, kami yang 4 org ni tunggu lagi limosin datang amik. Cewahhhhh....LIMOSIN....wakakakka!! Dalam perjalanan menuju ke hostel, baru aku nampak, rupanya Hanoi terbahagi kepada 2, 1 bandar baru dan 1 lagi bandar lama. Hostel kami terletak di Old Quarter. Kami dah tempah awal melalui Booking.com dengan harga USD 40 semalam. Kak T amik sekali hotel pick up dengan bayaran USD23.

May De Ville Backpackers Hostel
Address: 1 Hai Tuong lane, Ta Hien street, Hoan Kiem district, Hanoi, Vietnam
Phone:+84 4 3935 2468

Perjalanan menuju ke Old Quarter......
Jambatan merentasi Red River
Bangunan tinggi2 di sebelah sana terletaknya bandar baru. Menuju ke Old Quarter, kiter perlu membelok ke kanan. 
di sini jalan raya nampak lenggang aje kan, tp tengok nanti bila dah masuk bandar.... 
Akhirnya Limosin (:D) berhenti di satu lorong. Aku tengok kiri kanan tak de pun nampak rupa hotel ke, yang aku nampak orang tengah duduk2 di tepi lorong. Driver bagitau, hostel terletak di dalam lorong tu dan kami kena jalan kaki. Ingatkan jauh tapi tak dekat je.

Limosin berhenti diluar lorong dekat si ayah dengan 2 orang anaknya dan kemudian jalan kaki di mana tempat aku berdiri. Aku berdiri di hadapan hostel.
Kalo naik bas dan cari sendiri hostel ni tanpa GPS, aku ingat jenuh juga nak cari, sebab hotel ni terletak di celah-celah lorong dan agak tersembunyi. Makanya aku syorkan mana2 yang nak tinggal kat sini better amik hostel pick up, senang. 23 USD je. Kalo ramai ble patak2 (kongsi). Kalo tak ble amik teksi tapi aku tak sure berapa harga tambang. Perjalanan dari Airport ke hostel macam 30-45 minit kalo tak silap. Tapi kalo jiwa kental, ok je naik bas lagi murah. Di sini ada 2 jenis bas yang ble membawa kita ke Old Quarter.

1. Naik shuttel bus syarikat (Jetstar, Vietnam Airlines dan Kumho Viet Thanh)

     - Keluar je dari arrival hall- belok ke kanan- jalan terus dalam 50 meter. Dekat ajer, dari pintu tu            pun kiter dah nampak bas tu. Tambang bas VND 40.000.

     - Setiap bas ni dia akan berhenti di pejabat depa masing2. Contohnya kalo Jetstar dia akan
       berhenti di Pejabat Jetstar (206 Tran Quang Khai Street). Kalo Vietnam airlines berhenti di 
       hadapan pejabat depa di 1 Quang Trung. Kumho Viet Thanh pula berhenti di 204 jalan Tran
       Quang Khai. So dari sini pandai2 la cari hostel masing2, kalo sesat jalan kaki ble amik teksi atau        tuk2.

2. Naik Bas Biasa.

    - Keluar dari Arrival Hall- belok kanan- jalan terus dalam 150 meter- menyeberang jalan- sampai         ke stesen bas. Tambang VND7000.

   - Ada 2 bas yang beroperasi. Bas No. 17 dan No 7

       a. Bas No. 17 akan berhenti di terminal Long Bien (dekat Old Quarter)
       b. Bas No. 7 pula akan berhenti di Terminal Kim Ma. Lepas tu ambil bas No. 9 untuk ke Long                Bien

* Setibanya di Long Bien, untuk sampai ke Old Quarter, kiter perlu jalan kaki dalam 20-30 minit. Kalo tak larat ble ambil teksi atau tuk2. (Psttt...tuk2 kat sini cuma muat sorang ye, so kalo hang ader banyak luggage, agak2 la, kesian kat pakcik tu nanti tak larat kayuh basikal...;) Satu lagi, nanti bag letak kat mana? atas riba?? Oh...TIDAKK!!

* So, Pilihan terletak di tangan anda..

Masih berdiri di hadapan May De Ville Backpacker Hostel (sebelah kiri). Huan Kiem Hostel ni terletak bersebelahan hostel kami. Pintu masuk ke hostel memang kecik comel aje dan agak tersembunyi. Kalo cari sendiri agak sukar tanpa GPS, sebab dia bukan terletak di jalan utama. 
     
Sementara menanti urusan check in. Kat belakang Zymah tu geng kami (geng 1 keje) tengah pilih2 pakej yang ditawarkan. 
kami.....
Pemandangan dari luar bilik




Disediakan beberapa komputer siap talian internet. Ble guna. Free je.....

Basikal untuk di sewa

Lobi Hostel



kesian selfie depan cerimin.....:D :D

Kalo nak beli air mineral botol besar better beli kat sini lebih murah berbanding kat luar. Sini depa jual dalam VND10.000. Kat luar VND 15.000

Masa nak urus check in dan pilih pakej Halong Bay, mula2 Amoi tu tawarkan kami pakej berharga USD189, jika bermalam. Masing2 berpandangan dengan membawa makna yang sama "MAHALNYER".....Amoi tu gelak bila kami buat muka tempoyak, sempat pula dier tanya "mahal ke"? Lalu dier terangkan kepada kami kalo tak nak yang mahal depa ader pakej yang lagi murah dengan harga USD100. Semua aktiviti sama kecuali jenis "Star Cruise" berbeza. Kami sepakat bersetuju untuk ambil pakej ni iaitu bermalam di sini semalam. Sebab apa amik yang bermalam, sebab kami nak tengok sunrise n sunset....Aktivitinya: Berenang, berkayak, melawat Gua, mencandat sotong, melawat ladang ternakan tiram seterusnya tengok mutiara depa dan belajar masak masakan depa. 

Minah ni pula pandai tanya, apa kami punya plan selepas ni. Bila kami kata nak p Sapa, dier kata kenapa tak nak amik pakej dorang terus. USD 60 je. Inc. penginapan, makan, jungle trekking ke Ta Van Village, Cat2 Village dan Tour Guide. Nampak macam menarik. Memandangkan masa kami di Sapa agak singkat iaitu sehari semalam maka kami setuju amik ni. Sebenanrnya kami dah tempah Sapa Cozy 2 Hotel melalui Booking.com. Apa yang buat kami tertarik hati dengan pakej yang ditawarkan ialah, service dier. Esok nak p Halong Bay, akan ader bas datang amik. Barang boleh tinggal dalam stor. Balik dari Halong Bay, bas syarikat tadi akan hantar balik ke hostel May De Ville. Kami boleh gunakan bilik mandi depa di Tingkat 2 untuk mandi sebelum bertolak ke stesen train. Nak p Stesen train ader orang datang amik dan hantar kami ke stesen train dan terus tunjukkan gerabak. Barang juga masih boleh ditinggalkan di sini. Balik dari Sapa nanti ada orang datang ambil dan terus hantar kami ke May de Ville hostel balik. Boleh mandi sebelum di hantar ke airport. Semua dah masuk dalam USD60 tadi. Kecuali tiket train USD80 tak masuk. 

Tapi sebenarnya, kalo hang ader banyak masa contohnya 2 hari di Sapa, hang ble p sendiri, tak yah amik pakej dan ader banyak masa untuk explore. Lebih jimat di situ. Teksi juga senang untuk didapati di stesen train hanoi, walaupun train sampai di subuh hari. :)......So, kami punya iti simpan baik2, kot la akan datang nak mai Hanoi lagi....:) Selesai semuanya kami naik ke bilik untuk mandi (semalam tak sempat mandi hokey...ehek...ehekkkkk...ehekkkkk......), solat, makan dan rehat2 jap.

2.00 pm

Jalan kaki ke Hoan Kiem Lake. 15 minit jalan kaki dari hostel. Keluar dr pintu hostel, belok ke kanan menuju ke jalan utama. Tiba di jalan utama, belok kanan dan jalan terus. sampai di simpang 3, belok kanan- jalan terus sampai jumpa round about- ok dari sini dah nampak dah tasik tu- menyeberang jalan menuju ke tasik. Tepi tasik ni, ader banyak bas. dari sini boleh naik bas menuju ke mana2 destinasi sekitar Hanoi, contohnya nak p Ho Chi Minh Museum, Lenin Park, Temple Of Literature dan lain-lain lagi. Boleh cari di goggle map untuk tahu nak naik bas mana.....

Kalo ader lesen, ble sewa motor. Ader kat simpang betul2 di lorong nak masuk hostel. 
jalan terus ye...
sampai ke hujung nu, yang ader signboard warna hijau. Sampai situ belok kanan dan jalan terus sampai jumpa round about. 
Candid....rakan-rakanku....:)
Ni dier kawasan round about tu. dari sini hang dah ble nampak tasik...:)
menyeberang kat sini....

bas ni ble bawa kiter p mana2 destinasi sekitar bandar Hanoi yang aku sebut tadi....
Cantiknya depa di perkampungan di Sapa....:)


Dalam perjalanan ke tasik tadi kami jumpa kedai jual lukisan. Sejak akhir2 ni aku suka kumpul lukisan sebagai ole2 atau kenangan di satu2 tempat yang aku p. Dulu suka kumpul pinggan, sekarang lukisan. Puas hati ble tengok hari2...:)




Lukisan ni sangat cantik, simple tapi belum mampu menarik hati ku untuk membelinya. 
Eh kami lagi

aikkkk....lagi??? hehhehe.....
Cantik bila di dedikasikan dlm sebuah karya tapi nampak berserabut jika kita lihat dalam keadaan sebenar. Realiti di sini (Vietnam) wayar berselirat tidak ditanam di dalam tanah.

Cantik dan simple...

Meh, aku lambakkan gambaq candid depa.....sume nak amik gambaq dengan lukisan padi padi tu....:)

Haa...tu kawan kami dekat kete hijau tu. depa dah nak balik hostel, kami baru nak p tasik. 
Kak T, amik muka ja naaa....lukisan tak yah...hehehh



Ader banyak lukisan lagi kat dalam. Tapi bahaya masuk dalam ni, takut nanti tak dapat keluaq.....kan? macam Supermeng kat Shanghai tu ari kan Meng pasai minum teh tu, rupanyer suh beli...hadoiiiii......:D
Seluaq gajah pun ader kat sini. Depa tengah pilih2 nak beli ole2 apa nak bawa balik Malaysia...Aku tak minat, dah beli tu ari kat Phnom Penh
key chain comel2 belaka....
Corak pada ikan ni disulam guna tangan kalo tak silap. 



Kalo nak shopping kain, baju kurung ready made, aku ingat Hanoi bukan tempatnyer. Kalo nak cari tu sume kat Ho Chi Minh. Di sini port untuk pengemar bag pack, kasut pelbagai jenama, jaket, peralatan mendaki dan lain-lain.
Topi tentera tu, bukan sebarang topi tau, itu jadi helmet pun boleh, p sawah pun ye juga....



Akhirnya, aku berkenan membeli lukisan di sini. Mamat ni kesian, 1 tangan tak ada tapi gigih orangnya. dan orang2 macam ni memang dikurniakan bakat yang tinggi dalam bidang seni. Dier tengah buka lukisan dari frame..
taraaaaaaa........ini dier lukisan yang ku beli. pemandangan di Halong Bay....Dapat dengan harga USD35

Dah beli mestilah amik gambaq kat sini....
kalo nak beli lukisan di Hanoi, mai la datang ke kedai ni...


Comel je kak T buat gaya macam tu...hehhehe




Tengah runding aper tu Cik Nanie??? Nak mintak diskaun lagi la tu.....emmmm.....

kami pengemar lukisan....
Idea sama tapi berlainan warna. Cantik....
amboiiii, kak T tengok apa tu, ader cicak ke??
eksploitasi wanita

Gambar kat atas Zymah mengingatkan aku pada Pablo Picaso dan Pokcik Rambrant (ntah betul tidak ejaan nama pokcik tu)
jambatan karat yang dah jadi monumen sejarah bagi Hanoi
lagi...eksploitasi wanita






agak2 ader tak yang nak beli karya ni??















Kyusyuk memilih lukisan
siap susun seiring agar kami dapat kombinasi warna yang sesuai dan menarik. Kak T nak beli 3 set....

Ini dier.....




Barisan penilai karya...Seriusnyer.....ehek...ehekkkkk....
Sementara depa menilai karya aku p makan buah langsat......
sekali tanya harga USD 5 kalo tak silap....aihhhh...mahal gilllllsss!! tak jadi la...abis kena sumpah seranah dek makcik ni sbb aku tak jadi beli. hehhehe.....Menurut kata tokeh kedia lukisan ni, langsat tu harganya memang mahal, sebab dier bukan buah yang selalu ada. macam kiter juga la. tapi kat malaysia tak de la mahal giler macam tuhhhh.....
korang ni tengok aku ke????
di Tepi tasik.....simple tapi menarik. Tengok cara depa buh cat minyak atas kanvas. Tu kalo rajin, akan datang ble try....




kaum wanita yang gigih bekerja


minah ni tengah pack lukisan kak T n Kak Has

Perjalanan di teruskan ke tasik. Semua rasa riang sebab dah dapat lukisan...









ader KFC tapi tok sah la masuk. Tahan je selera sampai balik malaysia nanti...


kami d tepi tasik....












amboiiii...kak T, macam Boss.....hehehhe...
aikkk....baca ikrar ke cik nanie??
Thap Rua - The Tortoise tower- jepret dari jauh je tak dan nak pusing, panas gillllsssss....



Tasik di Hanoi ni biasa2 je, jika dibandingkan dengan Tasik di China, jauh lebih baik dari segi infrastruktur. 













Masuk sini akan menuju ke jambatan merah tadi. masuk berbayar ye. 



















sisi lain....hehhe
1


2


3: ntah aper yag kak has tunjuk tu..:D
lambakan topi 
skuter comel



Roti







Dalam perjalanan balik ke hostel, jumpa geng kami cikgu teo. Ni tengok dok lepak sementara menanti geng lain tengah massage. 

Hanoi ketika ini sangat panas. Dugaan....nasib baik bukan waktu puasa. ble la minum air buat penghilang dahaga. Aku yang tak suka minum air putih ni pun ble abih sebotol. Separuh dari tasik tu je yang kami sempat jelajah, dengan peluh berjejeran, masing2 nak balik hostel. Gambaq dengan cikgu Teo kat atas ni, ini la kali terakhir kami bertemu dengan geng bas sekolah kami, sebab malam tu depa dah berangkat ke Sapa. Kami pula masih bermalam di hostel. Plan nak melawat Lenin Park, Temple Of Literature dan lain-lain terpaksa dilupakan, masing2 penat dengan cuaca panas begitu...

Aku stop dulu la. Jumpa lagi entry ke-2 nanti.....Bye......

#Tq kak Hasnah/ Kak T/ Zymah atas sumbangan gambar....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...