Monday, October 21, 2024

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad)

Salam. Hi semua...

Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iaitu ke Kawaguchico. Satu tempat yang tak boleh kau nak skip. Nak skip boleh, tapi sayang. Tempat untuk kita melihat Gunung Fuji dalam jarak yang lebih dekat. Sebenarnya ini kali pertama bagi aku dan beberapa orang rakan menjejakkan kaki ke Narita mahupun Haneda airport. 2019 aku pegi ke Japan tapi landing di Osaka dan balik ke Malaysia melalui Nagoya. Nak ke Kawaguchi ni ada banyak cara. Boleh naik bas atau train dari Shinjuku. Beberapa hari sebelum berangkat, KH ada update dalam group kami, mengatakan bahawa tiket Fuji Excursion Limited express train yang boleh dibeli melalui klook, dah sold out. Ini train dari Shinjuku terus ke Kawaguchi. Maknanya dari Narita kita kena amik train menuju ke Shinjuku terlebih dahulu. Oleh sebab tiket train Fuji tu dah sold out, maka KH minta kawan2 lagi 3 orang yang sampai awal, beli tiket bas dari Narita Airport ke Kawaguchi melalui kaunter atau di mesin. Kawan2 yang lalu dari KK-Shanghai- Narita sampai awal ke Narita iaitu pada jam 2 petang. KH ada sekali kan link youtube tentang perjalanan dari Narita ke Kawaguchi. Sambil2 bersantai aku buka link youtube yang KH bagi dalam group kami. Link tu menunjukkan cara bagaimana orang tu ke Kawaguchi menaiki bas dari Narita Airport. Orang tu beli tiket bas di Kaunter Narita Airport bus tapi dah sold out, makanya dia cari cara lain. Tapi dia ada kata, tiket ni boleh dibeli secara online melalui Japan  Bus Online. Aku pun saja2 cuba masuk, ehh betul la, boleh beli dr website ni dan masih ada kosong. Tapi masaalahnya, bayaran perlu menggunakan kad kredit ataupun bigpay, wise dan sebagainya. Debit Card dia tak boleh terima. Aku maklumkan dalam group tentang tiket ni boleh dibeli online tapi masa tu masing2 sibuk, makanya tak terbeli. Sampai la 24hb Mei, yang kita ada banyak masa di hotel, Kota Warisan, kitaorang cuba2 masuk website Japan Bus Online untuk beli tiket. Alhamdulillah masih ada kosong, tapi yang boleh lepas hanya 2 tiket je boleh beli. Lepastu dah sold out. Sebenarnya sekali pembelian boleh beli untuk 3 orang. Tapi mungkin hanya ada 2 yang kosong, jadi butang untuk 3 person tu tak aktif. Makanya kami berharap semoga ada dijual tiket bas di kaunter tiket, bila buka pagi ni. Mungkin sebab bas menuju ke Kawaguchi tu hanya sekali sehari sahaja, maka tiket online terjual sangat cepat. 

tempat lepak malam tadi di L-1F
Boleh tukar duit juga kat sini. 
Malam tadi kitorang tido atas kerusi ni. Bukan kita je ya ramai lagi. Jangan risau kat Narita ni banyak disediakan kerusi. Lagipun malam tak ramai orang, maka kau tak menganggu pun orang nak duduk. Kami pilih tempat ni sebab dekat dengan toilet. Toilet dier bersih gills, aku je tak sempat amik gambar. Tapi itu la, KC kata dia tak boleh tido sebab, asal ader je orang masuk toilet mesti ada bunyi ting tong dan suara cakap2 dalam bahasa Jepun. Tak faham apa yang dimaksudkan. Tapi aku todo je. Tido2 ayam. Heheh....
Suasana pagi di Narita Airport
Malam tadi selesai urusan Imigresen dan ambil beg, kami keluar dari pintu B ni. Berdepan dengan Pintu B ni, terletaknya kaunter Narita Bus Airport. 
Pagi ni beberapa perkara perlu diuruskan. Sementara menunggu kaunter Narita Airport Bus buka, maka kami menyelesaikan perkara lain dulu. A belum ada kad suica, maka dia perlu beli dulu. Maka kami pun turun ke tingkat bawah (B1) dimana terletaknya tempat penjualan tiket train. 

A beli suica card kat sini. Bila beli automatic dalam dia akan terisi 500 yen
Kat mesin ni tak ada untuk topup suica card. Hanya ada untuk refund dan penukaran wang sahaja. 
Dah buka kaunter tiket bus, I dan KT pun pegi ke sana untuk beli tiket bas. Tapi pegawai tu kata, tak ada bas ke Kawaguchi. Bermakna, betul la hanya 1 bas sehari menuju ke Kawaguchico, iaitu yang boleh dibeli online. Kalo yang itu dah sold out bermakna yang di kaunter pun dah sold out. Dia syorkan untuk naik train ke Shinjuku station dan kemudian ambil bas/ train ke Kawaguchico. 
Maka di sini kami pun berpisah haluan. Dorang KC, KT, I dan A akan bergerak ke Shinjuku. Manakala aku dan KH stay di Narita sampai jam 1030 pagi. Dorang kena bergerak awal untuk dapatkan transport ke Kawaguchi seawal mungkin. Sebelum berpisah sempat kami ambil gambar bersama Sabrina. Sabrina ni orang Malaysia juga tapi dia belajar di Korea. Dia tengah tunggu kawannya sampai dari Korea. Katanya tak sama flight, kawannya datang kemudian. 
Kemudian au dan KH naik ke Tingkat 4 untuk bersarapan pagi
Big camera pun ader kat sini. Kedai ni bukan jual barangan berkaitan kamera saja ya, tapi jual macam2 barang.
Tempat yang kami nak pegi ialah Restorant La Toque
Jalan terus je, Kedai tu berdepan dengan 7E. Jauh juga dari escalator tadi tu
Akhirnya sampai.....
KIta tengok dulu makanan yang ada. Kat luar ni ada replika makanan yang ada di sini. Sekali dengan harga. Disini juga ada ditulis Halal Kitchen
Antara menu yang ada (1)
Menu 2
Menu 3. Ada banyak lagi sebenarnya. Cuma yang ini je sempat ambil gambar. Na order kena masuk dalam
Ada disediakan juga tempat menyimpan beg
Pilih menu
Kemudian terus bayar
Dressing
Macam ayam goreng kan tapi ni kari
Roti naan. Ingatkan besar rupanya kecik je. Rasanya sedap juga cuma dia masih tak boleh lawan roti naan di Kyoto. heheh
Ruang dalam restorant. Masa ni tak ramai lagi yang masuk. Tapi tak lama tu baru ada 1 keluarga masuk ke sini
Lepas makan kami turun semula ke Tingkat 1
Kitorang lepak kat sini sementara menunggu jam 1030. Kat sini ader tempat charge hp. Masa kitorang duduk di sini, ada remaja lelaki menyemperin kami. Yang pakai baju kotak2 depan kami tu. Katanya dia dari Indonesia dan akan meneruskan perjalanan ke Hokaido. Bekerja dalam bidang perhotelan. katanya dia dulu belajar di sini, dan kemudian terus bekerja. Kembali ke Indonesia sebab ada keluarga yang meninggal. Rasanya dia balik selepas PKP. kemudian dipanggil balik oleh majikan lama, tu yang dia balik ke Jepang. Selamat maju jaya adik....
Jam dah menunjukkan pukul 10.15 pagi. Maka kami pun bergerak keluar. Pintu paling dekat ialah pintu 2-1F ni. Dah keluar ambil arah ke kiri. Jalan terus je sampai jumpa tiang No. 10
Kat sini ada juga bas percuma yang boleh membawa kita ke Terminal 1. Jauh sangat tak juga, kiranya macam KLIA1 ke KLIA2 la. 
Masa berjalan tu aku nampak ni dan aku amik gambar. Jepun memang terkenal dengan manhole cover yang unik dan menarik. Salah satunya ini. 
Boleh juga keluar dari Pintu 1-1F ni. yang ini lagi dekat dengan tiang No. 10 tu
NI dia tiang No 10.
Bas yang akan sampai dulu di letakkan pada petak 1 dalam skrin tiang no 10. Di sana tertulis "Fuji-Q Highland
geng naik bas
Dah ada orang Q, kami pun mengekor dibelakang dorang
kira2 15 minit sebelum bas sampai, akan ada pekerja dari syarikat bas datang untuk bai tag pada bagasi kita. Dia akan minta kita tunjuk tiket dulu, kemudian baru dia bagi tag pada beg kita. 1 salinan no tag bag, diberi pada kita, simpan dan jangan hilang
Ok bas dah sampai
Pada dinding bas ada tertulis destinasi bas ini iaitu di Mt. Fuji Station dan Kawaguchico. Bas ini tak berhenti di mana2 station tetapi akan terus ke destinasi terakhir yang tertulis. 
Sebelum naik bas, pemandu bas akan check nama kita dalam senarai penumpang yang dia pegang. Dah ada nama kita, baru dia persilakan kita naik. Dia tak tengok pula tiket kita. Boleh duduk dimana-mana kerusi. Di skrin dalam bas, menunjukkan destinasi terakhir bas ini. Jadi tak risau kita tersalah naik bas.
Bas ini juga akan berhenti di Terminal 1 untuk mengambil penumpang.
Kemudian bas akan berhenti di kawasan rehat untuk memberi peluang penumpang ke tandas, merokok atau membeli jajan 
Perjalanan menuju ke Kawaguchi mengambil masa kira2 3 jam 35 minit. Ini dah sampai di Fuju-Q Highland. Taman tema yang ada di Kawaguchi. Fuji Highland ni berdekatan dengan Kawaguchi
Yeahh...dah sampai. Bas ni akan berhenti di Kawaguchi Station, yang mana kat sini juga stesen keretapi Kawaguchi. Train coklat tu tak bergerak ya. Yang itu mercu tanda bagi Kawaguchi.
Bas hijauni akan menuju ke Tasik Kawaguchi
Bas turun kan kita di sini. Bangunan kat depan tu ialah stesen keretapi. Kat sini tak ada pula pekerja bas keluarkan beg kita. Kita yang kena keluarkan sendiri. 

Destinasi kami seterusnya ialah menuju ke Kawaguchico Station Inn. Letaknya berhadapan dengan stesen keretapi ni je. Maka berjalan kaki la kita
Menginap di sini
Cantik hiasan hotel ni
Check in
Dapat bilik Tingkat 3. Bilik ni ada 6 katil, 3 kiri dan 3 kanan. Setiap katil ada lampu tido sendiri, ada plug dan ada tirai. Ni sebab kitorang memang kawan2, tido tak payah la tarik tirai pun. heheh....Selimut selesa, tebal, bantal dan tilam pun empuk. Aku rasa hotel ni lebih selesa dari hotel yang kami menginap pada tahun 2019.
Kat tengah bilik ada 1 meja makan. Masa makan, kat tengah ni la kami duduk bersila makan ramai2. Meja tu fungsi dier untuk letak barang je. Selain itu, kat hotel ni jga ada menyediakan tuala, selipar, sikat, tuala muka dan bathrobe.
Satu je kekurangan dier, tandas ada kat luar bilik. Lepas tu becampur pula lelaki perempuan boleh guna tempat ni kecuali bilik tandas je beza. Cumanya sepanjang berada di sini, agak jarang terserempak dengan lelaki cuci muka. Mungkin sebab dorang lambat bangun. sesekali jumpa juga. itu pun dia masuk tandas. Yang ini ruangan untuk tandas, letaknya tak jauh dari bilik kami. Ada 3 singki dan di dalam ruangan ni (disebelah kanan) ada 2 bilik untuk tandas lelaki dan perempuan (sebelah menyebelah). Walaupun letaknya sebelah menyebelah tapi kalo kau melabur memang orang sebelah tak dengar pun. Japan kan memang mementingkan privacy. Dalam bilik tandas untuk perempuan tu ada 2 lagi bilik tandas di dalamnya. Tapi sempit gills, memang muat2 untuk badan kau je. nak pusing2 memang payah la, dan kalo orang yang badan besar memang merana la. heheheh....Aku rasa semua bilik tak ada tandas dalam bilik sebab semua orang ke sini kalo pagi2. Ruangan ni hanya untuk kau cuci muka, berus gigi, buang air je. Mandi pula ada ruangan khas kat atas.
Gambar blur pula. Yang ini gambar tandas perempuan. Dalam ni ada 2 lagi tandas. Pintu dier nampak kurus, tau dah ruang dalam mesti sempit.
Ok sekarang aku nak bawa korang naik atas di Tingkat 4 iaitu tempat mandi. Bilik ni memang khas utk tempat mandi je semua. Tak ada bilik penginapan dan tak ada tandas. Pun share juga lelaki perempuan, kecuali kolam renang je asing. Naik je tangga akan jumpa mesin basuh ni, sekali dengan mesin pengering. Tak free ye, kena masuk duit dalam tabung, baru dier berfungsi. Cumanya semua bahan cuci disediakan. Maka aku dan KH, amik kesempatan cuci baju dulu, sementara tak ada orang ni, karang berebut pula kalo lambat2.
Kat sini ada 2 bilik mandi. Pun share juga lelaki perempuan. Tapi itu la aku cakap, aku tak pernah lagi terserempak dengan lelaki semasa aku mandi. Maksudnya berganti bilik mandi ni. Cuma sekali je terserempak dengan orang lelaki yang nak cuci pakaian. Itu pun dier ada kat tempat mesin basuh tu je, lepas tu dier turun bawah balik. Tempat aku berdiri ambil gambar ni pintu sebenarnya. Nampak tak bilik mandi dier ada 2 ruangan lagi kat dalam. 1 bahagian basah dan 1 bahagian kering. Aku suka gillss, memang selesa. Masa nak mandi tu kau tarik la pintu supaya tak basah di bahagian kering. Lepas mandi kau ble lap2 badan kat tempat kering tu. Aku ni jenis tak suka lepas mandi, badan basah2 terus pakai baju. Makanya dengan ada ruangan kering ni, sangat selesa. Dulu kat Nagoya pun hotel dier pun macam ni juga styel bilik mandi dier.
Lepas tu kat sini ader disediakan pengering rambut. Kalo kau pegi hujung lagi sebelah kanannya ada singki
singki ni
Tadi aku ada cakap kan, kat sini ada kolam renang. Yang ini diasingkan lelaki dan perempuan. Bila kita buka pintu kita dihidangkan dengan pemandangan ni...👇
Ini dia kolam renangnya. Korang tau tak, kalo cuaca elok, kat cermin tu kita akan dihidangkan dengan pemandangan Gunung Fuji yang cantik. Nampak sangat jelas dan besar dilihat dari sini. Sebab tu aku kata rugi kalo tak lajak sampai ke Kawaguchico. Tapi sekarang, hujan kat luar sana, makanya tak nampak gunung fuji.
Selesai segala urusan, kami keluar semula menuju ke 7E, nak beli nasi. Kat dalam bilik taka ada microwave. tapi kalo nak panaskan makanan boleh minta pekerja hotel tolong panaskan. cuma lecehnya kena turun bawah di tingkat 1. Yang ini ialah bangunan stesen keretapi Kawaguchico.
7E tu terletak di sebelah kiri bangunan keretapi. maknanya kalo kita dari stesen eretapi, kau menyeberang jalan dan ambil ke arah kiri, jalan terus sampai jumpa 7E. Berdepan dengan 7E, ader orang jual jajan. kalo non muslim ble la cuba makanan tempatan masyarakat jepun.
cantik bas dier kan....
sampai....
aiskrim pelbagai perisa. Malangnya tak semua boleh kita makan
Hanya aiskrim hijau ni je yang boleh kita makan, yang terjamin kehalalan nya. Rupanya ini je gambar yang aku ada ambil kat sini. Kitorang beli nasi, salad dan ikan bakar kat sini.

Logo kedai
Tempat beli sovernier
Antara barangan yang dijual
Cantik dia tanam pokok renek kat pokok ni

Kawan aku dah sampai....cantik bunga kat atas ni
Selesai untuk hari ni

Jumpa lagi....

Sunday, October 20, 2024

Summer di Japan: Cara beli tiket bas dari Narita Airport ke Kawaguchico melalui online (Part 2)

 26 Mei 2024 (Ahad)

Salam n Hi semua.

Di sini aku nak cerita pasal cara beli tiket bas dari Narita ke Kawaguchi melalui online. Tiket bas ni laku keras tau, jadi kalo korang berhajat untuk ke Kawaguchico, dari Narita Airport, kena beli awal. Ini salah satu cara yang paling mudah, dan yang penting tak memenatkan kita. Tak perlu angkut2 bag naik turun train dan bas. Bas ini akan membawa kita terus menuju ke Kawaguchico. 

Mula2 taip "Japan Bus Online". Nanti akan keluar alamat websitenya dan kita klik di situ. 
Dah keluar paparan macam gambar kat atas ni, korang cari perkataan "Bus Journey" (Yang aku tandakan dengan anak panah warna biru), dan klik kat Bus Journey- Airport bus. 

Dia akan keluar paparan begini iaitu beberapa destinasi yang bas akan pergi dari mana ke mana. Jadi kita cari Bus from Narita Airport to Chiba. Then cari lagi destinasi menuju ke "Mt. Fuji/ Kawaguchico/ Fuju Q Highland". Klik kat situ.
Lepas tu dia akan keluar macam dalam gambar atas ni pula. Di paparan ini dia menyatakan tentang berapa tambang menuju ke Kawaguchi, tarikh dan jadual bas sampai di terminal mana kita berada. Kalo korang perasan di sebelah kiri tu, ada jadual waktu bas akan berangkat. Contoh: "Narita Airport Terminal 2 No. 10 (Map)". No 10 yang dia tulis kat situ bermaksud- Tiang No.10 dimana bas akan berhenti. Maka kita kena cari tiang No.10 tu dan tunggu bas di situ. begitu juga kalo korang dari mana2 terminal, pastikan tiang no berapa kita perlu menunggu bas. Kalo kita klik (Map), dia akan menunjukkan di mana kedudukan tiang no 10 tu. Kalo kita dari Terminal 2 , bas akan sampai tepat jam 10.30 pagi. Tarikh tu memang tak ikut tarikh kita pilih. Sabar. Abaikan je dulu part tarikh tu. Kemudian korang klik "Select" kat bawah sekali tu. Oh ya di sini dia ada nyatakan bahawa, seorang penumpang hanya dibenarkan membawa 1 bagasi sahaja. Kalo ada 2 bagasi besar, selebihnya tu dia syorkan menggunakan perkhidmatan pengiriman barang. Leceh la sikit. Tapi pastikan kita hanya ada 1 beg besar sahaja. Kalo ada beg galas kecil, boleh bawa naik atas. 
Kat sini baru kita boleh pilih tarikh. Letak la tarikh bila kita nak pergi ke Kawaguchi tu. Lepastu kat bawah dia akan bagitau berapa lagi tinggal seat yang kosong. Then kita tekan select. Select yang atas sekali (departure jam 10.25 pagi)
Isi maklumat kita di sini

Klik terminal mana kita berada. Contoh: kami dari Terminal 2, maka aku klik di no 2. Arrival: klik Kawaguchico. Kemudian klik berapa penumpang yang nak naik bas ni. Tambang untuk seorang ialah 6000 Yen. Yang ini aku kurang pasti berapa boleh masukkan jumlah penumpang untuk sekai pembelian. Sebabnya,  masa aku cuba2 masuk ke website ni, seminggu sebelum berangkat. Aku masukkan jumlah penumpang 3 orang, sebab kitorang ada 3 orang yang dari KL. Butang tu aktif untuk 3 orang. Kemudian bila kami nak beli sehari sebelum berangkat, nak klik 3 penumpang tu tak boleh. Dia cuma boleh sampai no 2 je. Ingatkan hanya boleh beli 2 tiket untuk 1 pembelian. Bila cuba lagi sekai untuk beli tiket untuk A, dah sold out. mungkin sebab hanya tingga 2 seat je lagi tinggal, sebab tu tak boleh beli lebih. Yang itu je aku kurang pasti...
Kemudian scroll bawah lagi, klik pada terms and conditions dan klik Next
ok, korang akan dapat paparan ni, pastikan maklumat semua betul. kemudian scroll bawah lagi....


Dah scroll tu koranga kan jumpa paparan ini. Dah tiba masa pembayaran. Pada bahagian: "4 character code:.......". Yang ini korang buka email, nanti japanbusonline akan bagi kita verification code (Gambar seperti di bawah). Masukkan maklumat yang diperlukan, tik butang yang bersesuaian dan kemudian Make Payment.  
Yang ini contoh email dari japanbusonline untuk bai kita verification code. 
OK selesai buat pembayaran. Semua maklumat tentang tiket bas akan di emailkan kepada kita. Nak print boleh, kao tak nak simpan je dalam hp. nanti dah tiba masa berangkat tunjuk je pada pemandu bas tiket kita yang ada dalam handphone.

Harap dapat membantu korang yang nak pegi Kawaguchi dari Narita. 
Bye....

Sunday, October 6, 2024

Summer di Japan: Dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Part 1)

 23 Mei 2024 (Khamis)

Salam. Hi Semua....

Aku memulakan perjalanan dari Labuan Ke KL pada  23 Mei 2024 (Khamis). Makanya aku ambil cuti sehari awal pada 24 Mei (Jumaat). Kembara kami kali ni terdiri dari 6 orang iaitu KH, KT, KC, I, A dan aku. 3 daripada kami mengambil flight dari KK-Shanghai- Narita. Kami bertiga pula (KH, A dan aku) mengambil flight dari Kul-Manila- Narita. KH dah sampai awal di KL dan menginap di Kota Warisan. Kami juga akan menyusul sama. Oleh kerana flight aku dan A hampir sama sampai di KL, maka kami berjanji akan jumpa di KL dan naik grab sama2 ke Kota Warisan, malam nanti. 

Flight kami ke Manila esok 24 Mei 2024 adalah pada jam 2.10 pagi. Mesti ramai yang pelik, kenapa nak kena amik flight ke KL awal gilerr? Sebenarnya dalam siri perjalanan jauh, aku memang biasa amik flight ke KL awal sehari, dan alasannya memang aku dah ada maklumkan dalam cerita kembara yang lepas2. Tapi tak apa untuk pembaca baru, aku cerita balik, kenapa mesti ambil flight awal ke KL, alasannya ialah: untuk mengelakkan pelbagai risiko pembatalan flight di saat akhir atas sebab cuaca dan sebagainya. Aku amik flight MAS dari Labuan pada jam 6.00 petang. Sampai di KL kira2 pada jam 8.30 malam.

Dah sampai....
Kena pegi ke KLIA2 dulu

Dah jumpa A, kami tengah tunggu grab nak ke Kota Warisan

24 Mei 2024 (Jumaat)
Oleh kerana kami sampai malam tadi, kami sempat berehat panjang siang ni. Sempat jalan2 di area Kota Warisan. Ini kali pertama aku ke sini. Selalunya kami menginap di Tune Hotel je. Menarik la, banyak kedai2, tempat makan pun banyak pilihan, dobi banyak...macam2 lagi la. Yang penting aku jumpa kedai M&B tu. Dulu ada kat KLIA2 sekarang dah tutup. Aku sempat basuh baju dan jemur di bilik tau, dan kering pulak tu..😅Kalo boleh malas nak bawa baju kotor, tu yang basuh dulu. Sebelum ke airport, kami sempat makan malam di Kota Warisan dulu. Aihh... banyak betul makanan yang menarik hati di sini, cuma perut je tak cukup ruang nak sumbat. Dah cukup rehat yang panjang, kami pun memulakan perjalanan ke KLIA..
Dah sedia memulakan perjalanan menuju Tokyo malam ni....
Replika kapal terbang di KLIA
Naik bas ke KLIA2. 
Flight kami ke Manila adalah pada jam 2.10 pagi, 25 Mei 2024. Nampak tak aku habiskan masa satu hari di Kota Warisan. Hehheh... Sebenarnya boleh je, kalo aku nak ke Kul 24hb Mei (Jumaat). Lepas balik sekolah tu terus terbang ke Kul. Sampai Kul dalam jam 8.30 malam dan tunggu flight seterusnya pada jam 2.10 pagi, Tapi masaalahnya, aku pasti tak dapat rehat yang cukup. Mandi pun tak. Ni nak transit lama di Manila pula karang. Kalo dah mereput di airport memang tak ada nya nak baring kuak lentang punya. Paling tak kau tidur sambil duduk. Macam tak biasa kan...😜 Siang tadi dah dapat rehat yang cukup, inshaallah mereput di Manila nanti tu tak ada rasa apa la. Kacang aje 😛

25 Mei 2024 (Sabtu)
Kali ni kami pilih Philippine Airline. Makanan dalam flight menuju ke Manila. KH dah request Halal food sebelum kami terbang. Rasa dia? emm...boleh la. Tapi masih tak boleh lawan nasi lemak Pak Nasir. Roti tu aku simpan tau, buat makan kat Manila Airport nanti...hehhe
Penerbangan dari Kul- Manila mengambil masa kira-kira 3 jam 55 minit. Kami sampai di Manila dijadualkan pada jam 6.05 minit pagi. Transit 8 jam 25 minit sebelum terbang ke Tokyo pada jam 2.30 petang. Kita beli tiket return Kul-Manila-Tokyo-Manila-Kul dengan harga RM1,877, inc. luggage 30kg. Tiket ni dibeli pada bulan januari. Aku tak pasti murah ke mahal tapi ok la kot dengan harga tu, dan yang pastinya, ini la yang paling murah antara yang lain. Akhirnya kami sampai di Manila Airport. Waktu Manila sama dengan Waktu di Malaysia. 
Sementara menunggu flight seterusnya pada jam 2.30 petang, kitorang lepak di sini (gambar atas) sambil makan maggie.  Hehehhe.....Pilihan kerusi pasti la hujung2 yang tak ramai orang. Kat Manila Airport ni ada jual mangga jeruk yang sedap. Kat kedai ni ada jual. Tapi aku tak ada langsung tukar duit peso ya. Heheheh.....Sebab aku tak berhajat untuk membeli sesuatu di sini. 
Hallo Royal Brunei....
Manila Airport ni kecik je sebenarnya, tapi aku rasa ok je. Menurut pembacaan kat Manila Airport T1 ni ada prayer room,  iaitu di level 4, West Wing, bersebelahan dengan bilik gereja kecil. Tapi masalahnya kitorang tak jumpa. Sudahnya kami solat di ruang tersorok di sebelah kedai. Tak menganggu laluan orang dan ada juga orang yang tido kat situ. Masa menunggu flight kami pada jam 2.30 tu, ada juga yang kami nampak orang solat di celah2 kerusi di ruang menunggu, tapi kat tepi2 dinding la, juga tak menganggu laluan orang. Kawan aku makan jajan, yang dibawa dari Malaysia. 
Cantik
Menunggu flight kami di gate 14 yang dijadualkan berlepas jam 14.30 petang
Ni pula makanan dalam perjalanan menuju ke Tokyo. Roti ni pun aku simpan, kot lapar nanti kat Narita Airport, boleh la buat alas perut sementara menunggu ke pagi esoknya.
Hallo Japan...
Penerbangan menuju ke Narita dari Manila Airport mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit. Perbezaan waktu antara Manila dengan Tokyo ialah 1 jam, iaitu Tokyo awal 1 jam berbanding Manila. Kiranya bila kami sampai di Tokyo pada jam 8.00 malam, bermakna di Manila masih lagi jam 7.00 malam. Dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai di Narita.
Singgah sat amik gambar
Gambar kami semua di sini....Geng 3 orang lagi dah sampai awal sebenarnya. Jam 2 petang lagi dah sampai. Tapi depa pegi jalan2 di luar....
cari port lepak
Kat sini tempat beli tiket bas ke mana2 destinasi termasuk la ke Kawaguchi
Di Narita Airport ni ada disediakan prayer room. Lokasinya ialah di level 1. Nampak signboard atas ni? Prayer room tu terletak di sebelah kanan yang ada simbol bulat tu...
Bersebelahan dengan kaunter yang bertulis "NAA"..
Ruang dalam musola
Sangat selesa....kat dalam ni ada disediakan tempat mengambil wudhu. Jadi senang tak payah pegi toilet. Tempat amik wudhu tu betul2 terletak di sebelah kiri selepas kita masuk dalam ruangan ni.
Malam ni mereput dulu di airport. Esok pagi kami akan bergerak ke Kawaguchi....Selain kami ramai je yang tido atas kerusi. Jadi kami pun join sekali... Heheh. Tak payah cari hotel. Jimat...
Bersambung....

Melancong ke Yunnan: Naik Train dari Kunming ke Lijiang (Part 4)

15 September 2025 (Isnin) Salam n Hi. Hari ni kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Lijiang. Barang2 sudah siap dikemas malam tadi, ting...