6 Mac 2024
Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulillah, nasib baik kaki saya ni nda sakit sudah. Selesai semuanya kami pun sarapan pagi dulu, makan maggie, buat air panas di luar bilik. Saya ada bawa ikan bilis goreng. Ini memang saya sentiasa bawa kalo pigi travel di luar Asia Tenggara. Penyelamat segalanya. Pembuka selera, ya juga. Pendek kata kalo kau tidak jumpa restorant, kau makan maggie atau roti sama bilis ni pun sudah cukup mengenyangkan dan yang penting membekalkan tenaga. Kawan2 pun ada bawa tempe goreng, A pun bawa bilis juga tapi dia bawa yang tidak pedas. I (kawan saya) call kawan kami di bilik sebelah. Tapi tidak di angkat. Dia bilang tadi sebelum mandi ada dia wsap dan call juga tapi sama juga tidak diangkat. Saya kata mungkin sedang mandi. Lepas kami sarapan call lagi sama juga tidak diangkat. Biasanya kalo berpergian kemana-mana kami bergerak awal. Lagi2 kalo destinasi tu agak jauh. Kira2 jam 8 baru dia angkat. Rupanya baru bangun tidur. Terlajak tidur. Kepenatan kali...Makanya kami bergerak agak lewat iaitu lebih kurang jam 9 pagi. Masa cari maklumat perjalanan, saya banyak merujuk website ni:
https://preparetravelplans.com. Sangat membantu sebab dia bagi pilihan kepada kita mau ikut route yang murah atau yang mahal. Kami pilih guna ITX Train. Laluan kami dari Myeongdong ialah:
Myeongdong Station (Line 4)- Dongdaemun Station (Turun sini dan tukar line 1)- Cheongnyangni Station--> Exit 4
|
Ni kami di Dongdaemun Station. Mau tukar line dari line 4 ke line 1 untuk pigi ke Cheongnyangni Station |
|
Tunggu subway line 1 di sini |
Perjalanan ke sini (Dongdaemun) hanya mengambil masa kira2 5 minit sahaja dengan kos kira2 $1400 won atau RM 5. Oh ya, sebenarnya untuk pigi ke Nami Island, ada 2 terminal yang boleh membawa kita ke sana, iaitu stesen Yongsan dan Stesen Cheongnyangni. Kami pilih Stesen Cheongnyangni, sebab stesen ini paling sesuai bagi kita yang dari Stesen Seoul, Myeongdong, Hongdae dan Dongdaemun. Lagipun katanya perjalanan lebih cepat sampai ke Nami Island berbanding kita dari stesen Yongsan. Gambar di bawah ni ialah gambarajah yang menunjukkan perjalanan menuju ke Nami Island dari Cheongnyangni Station. Mudah faham kan bila tengok gambarajah dibawah ni
|
Credit Photo: https://preparetravelplans.com |
Stesen Cheongnyangni adalah stesen train utama di Korea Selatan. Semua train yang menghala ke bahagian timur Korea Selatan akan memulakan/ berhenti di teminal ini.
|
Kami sudah sampai di stesen Cheongnyangni subway. Keluar ikut exit 4, untuk pergi ke stesen Train Cheongnyangni. Dekat saja...lokasinya bersebelahan saja. Bangunan depan kami ni la stesen train tu. sebelah bangunan lotte tu |
|
Kena naik tangga di belakang tu, tapi sebelum naik tangga begambar dulu. Nanti balik mungkin malam sudah nda nampak lagi bangunan. |
|
Bila sudah naik tangga tu kita masuk pintu ni |
|
Nah...rupanya luas ruang dalam ni. Ingatkan kecil saja. |
|
Beli tiket di kaunter |
Tiket train boleh dibeli secara online atau di kaunter. Nasib baik kami tidak beli tiket online, kalo tidak memang hangus. Jika mau dapat train awal pagi, kita dinasihatkan untuk membeli tiket secara online. Biasanya slot pagi cepat habis, terutamanya pada musim cuti sekolah. Oleh kerana kami belum beli tiket, maka kami terus pigi ke kaunter tiket, tempatnya di sebelah kanan-hujung sekali.
|
Ni tiket kami, Harga tiket ialah $ 5,700 won. Masa perjalanan 40 minit. bergerak jam 10.14 pagi. Gerabak 7, seat 8B. Nanti turun di stesen Gapyeong. |
Stesen Cheongnyangni ke Stesen Gapyeong:
Tambang Perjalanan Sekali = 5,700 won
Masa Perjalanan Diperlukan = 40 minit
|
Ini contoh tiket. Credit photo: https://preparetravelplans.com/ |
|
lepas beli tiket. kami cepat2 masuk, sebab nda lama lagi jam 10. Macam biasa kena scan dulu bar code di tiket kita. |
|
Turun ke bawah ikut signboard yang bertulis no 4 tu |
|
di sini tempat tunggu train. kita pigi sebelah yang no 4 tu |
|
ambil gambar dulu. Di sini train dia datang tepat masa. Mulanya kami tersilap naik train, masuk sudah tapi ahjuma tu bilang kamu mau pi mana? kawan saya bilang mau p Nami Island. Dia kata bukan ini train dia, kamu keluar dulu. Tunggu train selepas ini. Jadi kami pun keluar semula. |
|
Ini baru train yang betul sebab dia ada kerusi macam ni. kan dalam tiket kita tadi ada no seat kita. Tapi train yang sebelum ni dia punya kerusi macam yang dalam subway. |
|
Sudah sampai Gapyeong Station. keluar la kita....Jangan risau telajak stesen sebab setiap kali train berhenti dia akan maklumkan nama stesen. |
|
Keluar di sini |
|
Bangunan stesen Gapyeong tu ada di belakang. Jadi bila kami nampak nama Gapyeong ni, kami terus ke sini ambil gambar. |
|
Gambar sendiri...wajib ada😅 |
|
Bergambar di depan bangunan Gapyeong station |
|
Ini dataran di depan banguanan Gapyeong Station. Luas tempatnya. |
|
comel |
|
bas |
|
Perjalanan bas |
Lokasi seterusnya akan kita pigi dari Gapyeong Station ni ialah Terminal Feri Gapyeong. Ada 2 cara untuk kita ke sana. Pertama, boleh naik Gapyeong City Tour atau cara kedua, kalo mau cepat boleh naik teksi. Kami pilih naik bas saja la, sebab murahhhhh.....Harga tambang untuk Gapyeong City Tour ni ialah $8,000 won untuk orang dewasa. Kalo kanak2 murah lagi tambangnya, iaiu 6000 won. Tambang bas boleh dibayar guna T-Money. Tap saja T-Money kita ni, bila sudah masuk dalam bas tu. Yang bagusnya bila kita naik bas ni, kita boleh naik dan turun bas tanpa had, kemana saja destinasi sekitar Gapyeong. Jarak perjalanan dari Gapyeong ke terminal feri ialah 5 minit sahaja. Dekat kan? Jalan kaki pun boleh....ehhhhhh.....kalo kau si Badang la. Kalo macam kita ni nda payah la.
|
Kawan saya begambar di bus stop di hadapan stesen Gapyeong. Tapi bukan di sini tunggu city bus tu. Tapi kita kena pegi menyeberang jalan. Bus stopnya ada di seberang jalan tu. |
|
Credit Photo:https://preparetravelplans.com/ Ini bus stop nya ada di seberang jalan. |
|
Dalam bas menuju ke Terminal Feri Gapyeong |
Naik Feri
|
Ini sudah sampai di Terminal Feri. Bas akan turunkan agak jauh dari terminal feri. Jadi kita kena jalan kaki lagi pigi terminal tu. |
|
Gambar ni berseberang saja sama bangunan warna merah (Gambar di atas). Saja saya ambil gambar untuk kenangan.... |
|
Jalan terus lagi. Terminal feri tu ada di hujung sana. Menara tinggi ni ialah menara untuk zip wire ke Nami Island. Untuk pigi Nami Island ni ada 2 cara iaitu menaiki feri atau naik skyline zipwire. Kalo berani dan tidak gayat boleh cuba naik skyline, kalo gayat macam kami, mari la naik feri saja kita...Ini menara, tinggi dia 80 meter. Waktu operasi ialah bermula jam 1100 am- 0300 pm. Hujung minggu pula bermula pada jam 900 am - 600 pm. Walaupun begitu, kalo kau berani macamana pun tetap ada hadnya. Yang naik ini kena la mempunyai berat sekitar 35-120kg sahaja dengan tinggi sekitar 140-200 cm. Dan sudah pasti wajib sihat tubuh badan. Kalo tidak sihat, ada sakit jantung...naik feri saja kita. Lelaki di depan kami ni, orang Malaysia. Dorang semua naik zipwire... |
|
Masuk dari pintu ajaib ni kalo mau naik zip wire |
|
Tiba la kita di terminal feri. kecil saja sebenarnya. Tidak jauh beza dengan 12 tahun yang lalu. Beli tiket di sini |
|
Kemudian kita mau tunggu feri sampai, kita tunggu di dermaga dia. Jadi kita lalu sini, kasi tunjuk tiket kita pada orang tu, dia akan scan tiket kita dan boleh la kita pigi ke dermaga. |
|
ambil gambar dulu sini untuk kenangan |
|
Sini la tu tempat tunggu ferry. |
|
Feri bertolak dari Gapyeong ke Nami Island selang 30 minit antara 8-9 pagi. manakala setiap 10-20 minit antara jam 9-6 petang. Selepas jam 6 petang kekerapan feri ialah selang 30 minit. Feri terakhir bertolak dari Nami Island ialah pada jam 9 malam. |
|
smart |
|
Suasana dalam feri. Kalo cepat dapat la tempat duduk, kalo tidak berdiri saja. Perjalanan feri ni menuju ke seberang tidak lama, kira2 10 minit saja. Kalo jumpa orang Malaysia di Korea ni, itu tidak sudah menghairankan. Biasa. Lagi2 kalo di Myeongdong tu macam kita di KL ba.... |
|
Kami dalam feri |
|
lebihan salji... |
|
Sampai sudah kami |
Bersambung...
Rujukan: