Thursday, June 6, 2024

Trip Santai ke Korea: Nami Island (Part 3)

Part 2:  https://nienatama.blogspot.com/2024/04/trip-santai-ke-korea-cara-pergi-ke-nami.html

Setelah menempuh perlayaran selama kira2 10 minit, Akhirnya kami tiba di Pulau Nami. Musim sejuk sudah berakhir, tiada sudah salji menumpuk, yang tinggal hanya pasir dan rerumput yang bakal subur menjelang musim panas.
Landing ja Ferry, ramai yang mengambil peluang bergambar berlatar belakangkan tumpukan ais yang tinggal ini. Saya inda pasti adakah ianya salji ori atau buatan. Saya tidak pigi dekat2. 
Cantik arca ni. Dekat kayu tu ada perkataan sapaan dari beberapa negara. Contohnya "Hello", "Hei", "Assalamualaikum" dan lain-lain lagi. 
Suka saya tengok gambar ni. Comel. Selalu ada tu kan dalam drama korea... Biasanya orang duduk2 di sini menghangatkan badan sambil membakar marshmallow. 
Sebenarnya Pulau Nami ni tidak la terlalu besar. Keluasannya hanya lah sekitar 460,000 meter persegi. Pada asalnya Pulau Nami merupakan daratan yang terbentuk akibat kenaikan air sungai Han Utara. Dulu2 ianya hanyalah sebuah pulau biasa saja, tiada yang menarik. Sehingga la pada tahun 1965, Min Byeong- Do, seorang lelaki yang baru saja menamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Korea, membeli pulau ini. Beliau mula menanam ribuan pokok di sini. Tujuannya, satu hari nanti dia mau membangun tempat ini sebagai salah satu kawasan pelancongan.  
Setahun selepas itu, beliau telah membangunkan Gyeongchun Tourisme Development Inc. Keadaan pokok2 yang ditanam sudah mula menampakkan hasil. Tumbuh subur menghijau. Perlahan2 beliau mula membangun beberapa bangunan dan ikonik berkaitan seni dan budaya. 
Pulau Nami terus menjadi terkenal apabila drama "Winter Sonata" memilih Pulau Nami sebagai salah satu tempat pengambaran. Best ni cerita dia. Punya sedih....kawan saya sanggup beli 1 set CD dia. Kenangan betul..... 
Menurut sejarahnya, Pulau Nami mendapat nama daripada nama seorang Jeneral yang pintar, bijak dan baik. Kepintarannya sudah terserlah sejak kecil lagi. Masa umur beliau menginjak ke 17 tahun, Nami diangkat menjadi jeneral. Kemudian diberi kepercayaan memegang jawatan penting ketika berusia 25 tahun. Mungkin sekarang jawatan yang dia kena galas tu ialah Menteri Pertahanan. Bukan calang2 itu jawatan kan. Muda lagi. Biasanya orang tua2 yang dianggap banyak pengalaman hidup yang diberi jawatan berat begini. Tetapi ini Jenaral Nami yang baru berusia 25 Tahun. Macam baru keluar Uniba ni kan. 
Ini la ba kan hal dunia. tidak lekang dari ujian. Kalo kita berjaya, ada yang gembira ada juga yang tidak ceria. Sama juga halnya kalo kita kecundang dalam hidup ni. Berapa ramai yang turut sama menyokong kita saat kita jatuh?? Itu la yang terjadi pada Jeneral Nami. Kepintaran yang membawa kecemerlangan dalam hidupnya menjadikan ada rakan yang iri hati. Lalu menyebar pula fitnah mengatakan Jeneral Nami ni mau mengambil alih kedudukan raja. 

Di sini memang banyak ni tempat membakar ni. Kalo musim sejuk rajin orang duduk di sini menghangatkan badan
OK sambung cerita. Akibat dari gosip yang tiada kesahihannya itu, Raja merasa murka dan tanpa usul periksa, terus menjatuhkan hukuman mati mandatori kepada jeneral. Kepalanya dipenggal, tangan dan kakinya dipotong dan dilempar begitu saja di dalam sungai. Masyarakat setempat yang mengetahui kebaikan jeneral merasa sedih atas kematian nya, mereka berinisiatif untuk mencari potongan jasadnya dan kemudiannya menguburkannya dengan cara yang baik di Pulau Nami. 
Pulau Nami menjadi salah sau lokasi healing kepada rakyat tempatan. Biasanya mereka akan menghabiskan masa di sini pada masa hujung minggu atau pada cuti umum. Ya la bukan jauh pun. 1 jam lebih saja dari Seoul. Boleh la untuk menghilangkan tekanan sebab di kawasan bandar, dikatakan sudah tidak banyak taman yang menghijau. 
Ini kalo tiba musim bunga atau musim luruh.....punya cantik ni tempat. Tengok pokok2 tu...sekarang nampak togel, nanti masuk musim luruh warna dia merah, kuning, hijau....
sisa salji yang masih menumpuk di sini. 

Nah ada si Goblin menyubuk kita dari balik pohon......
Kami sebenarnya mencari basikal yang boleh di sewa......Rupanya tempat sewa basikal tu di tengah2. Di sebelah bangunan bumbung kon ni. 
Sini tempat kaunter bayar Basikal dia ada di depan bangunan ni cuma saya tidak terambil gambar basikal tu. Kami sewa basikal seorang 1. Siuk pula, lama sudah saya tidak naik basikal ni. Rasa macam penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok pula.....hehehh
Singgah sini untuk bergambar. Cantik, ini kalo musim salji.....uihhh...ble kita buat beruang ais...
Teringat terus cerita winter Sonata ba...Dulu2 suka potong rambut macam si Yoo Jin. Terus bila tengok cermin menjelma muka si Yoo Jin di cermin...heheh. Begitu kuat penangan cerita winter sonata tu pada golongan remaja
Kawasan yang tenang, damai, sunyi ni...salah satu tempat yang ada di Nami Island juga, cuma nya kau kena naik basikal baru boleh sampai sini. Melainkan kau sudah tau tempat ni dan terus menonong ke sini jalan kaki. 
Oleh sebab kami naik basikal jadi kami singgah2 kalo jumpa tempat cantik. Kalo ada banyak masa boleh la kau jalan santai2 menyusur jambatan ni. Malangnya kami tidak banyak waktu, cukup sekadar ambil gambar. Kalo kau berada di sini kan, kau pejam mata dan bayangkan kau berada di Iselwald, Swiss.....Lepas tu ada si Jeneral Jeong Hyeok main piano di sini.....
Jalan lurus. Masaalahnya basikal ni berat mau di kayuh. Tau kenapa sebab tayar dia kurang angin, lepas tu terlalu pendek. Laju2 kami mengayuh basikal, sebab masa 1 jam mau habis sudah, kalo lambat kena bayar lebih lagi. Di sini kami sudah berpecah, tidak sudah bertunggu-tungguan...siapa yang cepat, dia dulu. 
Lepas hantar basikal kami mau makan, tapi singgah dulu la di kedai ni
Ini restorant yang kami mau pigi. Satu2nya restoran halal di Nami Island. 
Makanan yang kami order....Tengok tin pepsi tu, macam yang dulu2 punya kan...Yang warna kuning tu timun dan lobak putih yang di jeruk. sedap juga. Lepas makan kami pigi solat. Restoran ni menyediakan tempat solat....ada saya ambil gambar tapi cari2 tidak jumpa. Banyak ba gambar kami di sini.....sampai nda terjumpa sudah dalam hp.
Selesai segalanya kami pun mau beransur pulang.....dalam perjalanan pulang ke tempat feri tu sempat ambil gambar.....
Sambil tunggu feri sampai, kami terjenguk2 kawan kami. melilau mata mencari. Harap2 dorang sampai la di jeti sebelum feri sampai.
Tunggu punya tunggu, akhirnya feri pun sampai, kami tidak boleh tunggu lagi. si I, msg dia...kami naik feri dulu Nanti kami tunggu di seberang. Bukan apa, lepas ni kami kena pergi ke lokasi seterusnya. tidak boleh berlama2 di sini. Saya faham mungkin kawan kami sangat teruja mengambil gambar jadi dia selalu hilang dari radar. 
Cantik perumahan beseberang sama Pulau Nami ni
Ini di seberang tanah besar. selepas dari Pulau Nami
Bangunan cafe yang kita nampak dari dalam feri tadi. Ini pandangan dari darat
Sambil2 tunggu dorang kami lepak di sini. Ini dekat jeti feri
Cafe mart dekat jeti feri. I mau beli kopi tapi mahal. terus dia nda jadi.
Love gambar ni. Suka saya tengok. Ini tentera bersama ibu bapa dia. mungkin dia sedang cuti dan dia menghabiskan masa cuti bersama ibu bapanya. Oh ya kawan kami akhirnya naik feri seterusnya. Lepas dorang sampai baru kami pigi ke Bus Stop untuk tunggu bas ke destinasi seterusnya
Saya ambil gambar ni dari bus stop. 

Bersambung....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...