Thursday, November 30, 2023

Bercuti Ke Turki: Grand Bazar (Part 25)

 24 Dec 2023

Grand Bazar

Assalamualaikum dan Hi semua....

Hari ni adalah hari terakhir kami berada di Istanbul sebelum balik Malaysia ke esokkan harinya. Maka aktiviti pada hari terakhir ini sudah pasti membeli barangan untuk ole2 nak dibawa balik. 

Kami memulakan perjalanan pagi ni menuju ke Grand Bazaar. Hari ni hari sabtu, pasti ramai masyarakat tempatan mengambi kesempatan untuk keluar jalan2. Salah satu tempat tumpuan pasti la di sini kan. Jadi, kami tak nak bersesak2....nak jalan santai2 je......Maka kami keluar awal pagi. Macam peniaga pula kan datang awal gila nak buka kedai...Macam biasa dari hotel kami berjalan kaki ke Sirkeci Tram Station. Ambil tram yang menghala ke Bagcilar, Perjalanan menaiki tram mengambil masa 6 minit sahaja dengan 3 station. Kos tambang kira2 15 Lira.

Sirkeci- Gulhane-Sultanahmet--> Cemberlitas

Turun di Cemberlitas Station dan kemudian berjalan kaki menuju ke Grand Bazaar. Sebenarnya Grand Bazaar ni sangat luas dan dia dekat je dengan Sirkeci. Seperti yang aku pernah tulis pada part sebelum ni, Sirkeci dan Eminonu tu sangat dekat dan boleh je jalan kaki. Grand Bazar ni pun keluasannya sampai la ke Eminonu. Tapi sebab kami tak tau, makanya semua perjalanan naik tram je, tak kira jauh atau dekat....😀
Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk ke Grand Bazaar
Salah satu pintu masuk Grand Bazaar
Grand Bazaar merupakan salah satu pasar berbumbung terbesar dan tertua di dunia. Terletak di tengah kota Istanbul, tepatnya di Kapalicarsi, sangat mudah diakses dari Sultanahmet dan Sirkeci hanya dengan menaiki tram. Grand Bazaar dibina di atas tapak berkeluasan 30,700 meter persegi ini terbentang dari barat ke timur antara Masjid Beyazid dan Nuruosmaniye. Mempunyai 61 rangkaian lorong berbumbung dan lebih 4000 kedai di dalamnya. 

Grand Bazaar mula dibina semasa musim sejuk iaitu pada tahun 1455/56, sebaik sahaja selesai penaklukan Uthmaniyyah ke atas Constatinople. Ia merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan Uthmaniyyah untuk merangsang ekonomi Istanbul. Sultan Mehmed II juga mempunyai bangunan yang dikhaskan untuk pedagang tekstil dan permata berhampiran dengan istananya di Constatinople. Maka tidak hairan la hingga kini Turki dilihat sebagai salah satu negara yang terkenal sebagai pemain dalam industri tekstil, kerana pihak kerajaan sangat menyokong aktiviti perniagaan terutamanya dalam bidang tekstil.
Lampu hiasan yang sangat cantik...Kalo tak memikir kesukaran mengangkut lampu ni, aku dah rembat 1 sebagai kenang-kenangan. Tapi apakan daya....
Tudung 
Aku selalu tengok kat RTT, ramai yang rembat lampu comel ni
zoom sket buat rachun. Pelita ni kalo letak bersusun masa hari raya cantik gillss. Ohh....aku sebenarnya tertarik dengan paip tu. Kalo kat kampong aku paip tu dipanggil "Sigupan". Bukan apa, teringat abah aku. Nak beli 1 untuk dia. Lama betul aku tenung bendalah tu, menimbang2...nak beli ke tak? Beli...Tak...Beli...Tak. Akhirnya aku putuskan untuk tengok2 kot ada kat tempat lain lagi. Emm.....sampai ke sudah aku tak jumpa dah paip ni....Itu la, pengajarannya, kalo dah berkenan dengan barang tu terus beli. 

zoom sket. Cantikkan baju ni.....
Beg Mutara juga ada dijual di sini
Cantik...tapi tu la berat pula nak bawa. 
Old Bazaar- kalo nak cari barangan antik kat sini la tempatnya.
Beberapa tahun kemudian, Sultan Suleiman 1 (Mehmed II) membina pasar tertutup yang ke-2 iaitu "Sandal Bedesten" yang terletak di Utara Istanbul. Selepas Sandal Bedesten siap dibina, maka pedagang tekstil berpindah ke sini. Manakala Cevahir Bedesten dikhaskan untuk barangan mewah. Pada mulanya kedua-dua bangunan bazaar ini sangat terpencil, namun seiring berjalannya waktu, lama kelamaan ramai penjual membuka kedai mereka berdekatan bazaar dan Masjid Beyazid. 

Makanan khas Turki. Ada manisan, tek dan kopi. Aku paling suka teh apple......sedap gills!
Kedai Saffron

Awal abad ke-17, Grand Bazaar hampir siap sepenuhnya. Empayar Uthmaniyyah yang semakin luas meliputi 3 benua dan kawalan penuh terhadap komunikasi jalan raya antara Asia dan Eropah menjadikan Bazaar menjadi hub perdagangan di Mediterranean, sehingga Eropah tidak dapat menandingi pasaran di Grand Bazzar terutamanya dari segi kepelbagaian dan kualiti barangan yang dijual. 
Barangan hiasan Turki
Abad ke-19, pertumbuhan insudtri tekstil di Eropah Barat semakin menampakkan taringnya. Ini disebabkan oleh pengenalan kepada kaedah pengeluaran secara besar2an (kilang) dan membekalkan bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan barangan dijual dipasaran tertutup sahaja. Ini merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan pasaran tekstil di Turki. 
Kita masuk sini sorang2 boleh sesat ya.....tak tau dah berada di mana sekarang
Pakaian dan tudung
Kitorang ada beli tudung kat kedai ni. 
Seronok kan jalan2 tengok2 barang.....tak beli pun tak pe. Terapi bagi orang perempuan...
Hiasan Galata Tower
Pada tahun 1894, berlaku gempa bumi yang kuat di Istanbul sehingga merosakkan bangunan Grand Bazaar. Semasa proses membaik pulih bangunan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan bangunan bertutup. Pada tahun 1914, Sandal Bedesten yang menjual barangan tekstil telah ditukar kepada rumah lelong untuk permaidani. 
Beg dengan hiasan khas Turki
Kawan aku borong teh kat sini. Teh tu ada macam2 fungsi.....untuk buang angin, gastrik, awet muda...ehhh
Owner kedai. memang pandai memujuk. hehehh...sampai aku terjebak lagi nak beli manisan Turki tu kat kedai dia ni
Pelbagai coklat, kekacang
Teh yang dihidangkan secara percuma. Ada pelbagai perisa dan fungsi. Kalo korang stress teruk pun ada teh khas untuk tu....hehheh
Sambil menerangkan pada KH fungsi teh.....terjebak juga dia. beberapa bulan lepas tu aku jumpa KH, "kak dah habis ke teh yang kakak beli di Turki?" "Tak habis pun sebab kakak ja 1 orang yang minum"....hehheh
kawan aku Z pun terjebak beli manisan rasanya...

Jeruk pelbagai warna....
Salah satu pintu masuk dan keluar
Masjid berdekatan Grand Bazaar. Salah satu contoh masjid adalah gaya Baroque Uthmaniyyah. 
Arca ditepi jalan
Sejadah yang kitorang beli di Grand Bazaar. Cantik
lambakan duit dari pelbagai negara....
Kitorang pegi Nur Muhammad, jumpa 1 kedai...ingat nak cari sejadah. Nampak Replika Quran ni. cantik kan.....
Aku biasanya beli piring yang ada nama negara tu, tapi kali ni tak beli piring
Hiasan
Dipertengahan jalan nak balik kitorang jumpa 1 kedai yang buat perkhidmatan hantar ke airport. Kami terus deal dengan kedai ni. Lebih murah dari bas yang diuruskan oleh pihak hotel....
Malam tu aku dan Z keluar lagi pegi Grand Bazaar sebab dia nak beli tudung dan sejadah. Sejadah dan tudung yang dia beli siang tadi tak cukup. KH tak join sebab kaki dier sakit. Aku beli sejaha corak bunga. Cantik dan ringan sesuai dibawa untuk pergi travel

Ramai yang sudah mau pulang...
Uhhh...masih meriah....
shopping mall dier ada di bawah tanah tapi kitorang tak masuk pun ke sini sebab nak pergi beli sejadah dan tudung je.
Balik dari Grand Bazar kami ke kedai ni pula beli manisan khas Turki. Aku beli ole2 untuk keluarga dan kawan2 sekolah. Baru aku tau manisan ni keras bila kita nak potong.

Sebenarnya malam ni kitorang juga ada pergi ke kedai Oriental Sal Gift Shop. Kat sini beli keychain je sebenarnya. Bila banyak tu dia bagi beg yang ada tulisan Istanbul. Tapi aku cari gambar tak ada pula....Jadi malam ni kami Overtime lagi kemas barang. Tak nak kelan kabut esok...

Bersambung......

Bercuti ke Turki: Taksim (Part 24)

 23 Dec 2023

Taksim

Selesai urusan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Taksim. Sebenarnya untuk ke Taksim ada beberapa cara. Naik metro boleh, naik tram pun boleh. Nak mudah naik metro, nak berjalan banyak...naik tram. Oleh kerana kami nak test kekuatan kaki, maka kami mengambil keputusan untuk naik tram. 😅

Dari Hotel kami berjalan kaki menuju ke Gulhane Tram Station. Perjalanan menaiki tram mengambil masa kira-kira 11 minit menuju ke Findikli. Sampai di Findikli, kena jalan kaki pula menuju ke Taksim Square. Perjalanan mengambil masa kira2 11 minit. Total masa menuju ke Taksim adalah 22 minit. 
Tram di Turki
Hagia Sophia dari dalam tram
Kalo hati serapuh tisu, jangan beli aiskrim ni. Nanti kau juga yang sakit hati. Aku dan kawan2 tak beli pun aiskrim ni, sebab tau hati kami tak sekebal besi. 😅 Kita nak makan aiskrim modo. 
Penjual roti dijalanan. Roti ni sedap tau, sebab ada bijan. 
Panorama Restoran ni, salah satu restoran yang viral juga di RTT. Restoran yang menyajikan makanan halal dan sedap juga la katanya......
Bangunan kayu yang cantik. tak tau bangunan apa...
Lagi Hagia Sophia dari kejauhan....

Pemandangan sepanjang berjalan kaki menuju ke Taksim Square....
Jalan yang rata, sejuk2 manja.....
bangunan cantik berwarna warni
nampak tak jalan raya tu? Macam tak berapa nak tinggi kalo dalam gambar tapi kalo kau lalui sendiri, baru terasa kaki kau sakit nak mendaki. Rasa macam nak minta orang tarik dengan tali je naik atas tu. Jadi kena pakai kasut yang sesuai dan selesa. 
Masa berjalan ni, terfikir juga kenapa tak sampai2 ni? Penat gilerr, banyak kali kami berhenti, mengatur nafas....😅Tu la, nak test kaki konon. Jangan dicabar jalan2 di Istanbul ni, semua naik bukit...😁
Baru nampak ramainya orang. Ini bermakna, kita dah sampai di area Taksim.
Dataran Taksim merupakan pusat bandar moden Istanbul yang paling terkenal. Terdapat banyak hotel dan restoran, bar, panggung wayang, kelab malam berhampiran dataran dan di sepanjang jalan Istiklal. Ditambah lagi adaya stesen bas dan stesen metro yang menghubungkan Taksim dengan kawasan lan, menjadikan Taksim sentiasa sibuk. Biasanya Dataran Taksim akan digunakan sebagai lokasi sambutan tahun baru, perarakan, konsert dan apa saja pertunjukan.  

Gambar di atas ialah Cumhuriyet Aniti atau Tugu Republik. Ia merupakan monumen terkenal yang terletak di Dataran Taksim. Direka dan diukir oleh Pietro Canonica iaitu seorang pengukir dari Itali. Monumen ini dibina bertujuan untuk memperingati pembentukan Republik Turki pada tahun 1923. Proses pembinaannya mengambil masa 2 tahun setengah dengan sokongan kewangan dari penduduk tempatan. 
Monumen Republic yang berbentuk segi empat dan berketingian kira2 11 meter adalah mengambarkan pengasas Republic Turki. Setiap sisinya mempunyai ukiran manusia. Yang paling ditonjolkan ialah sosok Mustafa Kemal Ataturk. Ismet Inonu dan Fevzi Cakmak. Monumen ini dibina dengan 2 sisi yang berbeza, yang mana disebelah utara mengambarkan Ataturk dengan menggunakan pakaian tentera semasa perang Kemerdekaan Turki, manakala di sebelah selatan , mengambarkan Ataturk dan rakan-rakannya mengenakan pakaian barat Moden, jni melambangkan peranannya sebagai ketua komander tentera dan yang kedua melambangkan peranannya sebagai negarawan. 
Majid Taksim yang terletak di tengah bandar Istanbul. Mempunyai kubah setinggi 30 meter dibuka secara rasmi oleh Erdogan. Pembinaannnya dianggap sebagai simbol islam dan ia sengaja dibina di Taksim kerana sebelum ini Turki sering dianggap simbol sekularisme yang dibawa ole Mustafa Kemal Atarturk. 
Tugu Republic dari sisi belakang
Kalo malam pasti cantik tempat ni meriah dengan lampu pelbagai warna...
Bergambar kenangan bersama tram lama di Dataran Taksim. Biarpun ia tram lama, namun ia masih berfungsi sebagai salah satu tarikan pelancong. Ia membawa pelancong yang tunel ke Dataran Taksim. Tram ni mempunyai saiz yang tak begitu besar. Kami hanya bergambar kenangan tetapi tak naik pun tram ni.  
Deretan kedai di Taksim. Dah puas bergambar kami pun pulang ke pangkal jalan...
Sebelum pulang ke Hotel kami singgah makan dulu di Nur Muhammad Restorant
Nasi goreng ikan masin. Nampak tak ikan masin dia...comel je...hehheh
Pelbagai manisan yang dijual di MODO
Aku ader beli ni buat oleh2. Sedap tapi manis gillss.....
Kami masuk MODO bukan nak beli manisan tapi nak makan aiskrim. Orang kata aiskrim di sini sedap. MODO ni banyak cawangan dan salah satunya ada di area sirkeci. Dekat je dengan hotel penginapan kami. Maka nya sebelum balik hotel kami singgah sini dulu nak makan aiskrim. Suhu di luar memang sejuk tapi tak kira la, sebelum balik Malaysia semua ni kena dirasa dulu. nanti kempunan.....hehheh
Ni dier aiskrim MODO dan hirisan manisan.....

Bersambung......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...