23 Dec 2023
Taksim
Selesai urusan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Taksim. Sebenarnya untuk ke Taksim ada beberapa cara. Naik metro boleh, naik tram pun boleh. Nak mudah naik metro, nak berjalan banyak...naik tram. Oleh kerana kami nak test kekuatan kaki, maka kami mengambil keputusan untuk naik tram. 😅
|
Dari Hotel kami berjalan kaki menuju ke Gulhane Tram Station. Perjalanan menaiki tram mengambil masa kira-kira 11 minit menuju ke Findikli. Sampai di Findikli, kena jalan kaki pula menuju ke Taksim Square. Perjalanan mengambil masa kira2 11 minit. Total masa menuju ke Taksim adalah 22 minit. |
|
Tram di Turki |
|
Hagia Sophia dari dalam tram |
|
Kalo hati serapuh tisu, jangan beli aiskrim ni. Nanti kau juga yang sakit hati. Aku dan kawan2 tak beli pun aiskrim ni, sebab tau hati kami tak sekebal besi. 😅 Kita nak makan aiskrim modo. |
|
Penjual roti dijalanan. Roti ni sedap tau, sebab ada bijan. |
|
Panorama Restoran ni, salah satu restoran yang viral juga di RTT. Restoran yang menyajikan makanan halal dan sedap juga la katanya...... |
|
Bangunan kayu yang cantik. tak tau bangunan apa... |
|
Lagi Hagia Sophia dari kejauhan.... |
Pemandangan sepanjang berjalan kaki menuju ke Taksim Square....
|
Jalan yang rata, sejuk2 manja..... |
|
bangunan cantik berwarna warni |
|
nampak tak jalan raya tu? Macam tak berapa nak tinggi kalo dalam gambar tapi kalo kau lalui sendiri, baru terasa kaki kau sakit nak mendaki. Rasa macam nak minta orang tarik dengan tali je naik atas tu. Jadi kena pakai kasut yang sesuai dan selesa. |
|
Masa berjalan ni, terfikir juga kenapa tak sampai2 ni? Penat gilerr, banyak kali kami berhenti, mengatur nafas....😅Tu la, nak test kaki konon. Jangan dicabar jalan2 di Istanbul ni, semua naik bukit...😁 |
|
Baru nampak ramainya orang. Ini bermakna, kita dah sampai di area Taksim. |
|
Dataran Taksim merupakan pusat bandar moden Istanbul yang paling terkenal. Terdapat banyak hotel dan restoran, bar, panggung wayang, kelab malam berhampiran dataran dan di sepanjang jalan Istiklal. Ditambah lagi adaya stesen bas dan stesen metro yang menghubungkan Taksim dengan kawasan lan, menjadikan Taksim sentiasa sibuk. Biasanya Dataran Taksim akan digunakan sebagai lokasi sambutan tahun baru, perarakan, konsert dan apa saja pertunjukan.
|
|
Gambar di atas ialah Cumhuriyet Aniti atau Tugu Republik. Ia merupakan monumen terkenal yang terletak di Dataran Taksim. Direka dan diukir oleh Pietro Canonica iaitu seorang pengukir dari Itali. Monumen ini dibina bertujuan untuk memperingati pembentukan Republik Turki pada tahun 1923. Proses pembinaannya mengambil masa 2 tahun setengah dengan sokongan kewangan dari penduduk tempatan. |
|
Monumen Republic yang berbentuk segi empat dan berketingian kira2 11 meter adalah mengambarkan pengasas Republic Turki. Setiap sisinya mempunyai ukiran manusia. Yang paling ditonjolkan ialah sosok Mustafa Kemal Ataturk. Ismet Inonu dan Fevzi Cakmak. Monumen ini dibina dengan 2 sisi yang berbeza, yang mana disebelah utara mengambarkan Ataturk dengan menggunakan pakaian tentera semasa perang Kemerdekaan Turki, manakala di sebelah selatan , mengambarkan Ataturk dan rakan-rakannya mengenakan pakaian barat Moden, jni melambangkan peranannya sebagai ketua komander tentera dan yang kedua melambangkan peranannya sebagai negarawan. |
|
Sebelum pulang ke Hotel kami singgah makan dulu di Nur Muhammad Restorant |
|
Nasi goreng ikan masin. Nampak tak ikan masin dia...comel je...hehheh |
|
Pelbagai manisan yang dijual di MODO |
|
Aku ader beli ni buat oleh2. Sedap tapi manis gillss..... |
|
Kami masuk MODO bukan nak beli manisan tapi nak makan aiskrim. Orang kata aiskrim di sini sedap. MODO ni banyak cawangan dan salah satunya ada di area sirkeci. Dekat je dengan hotel penginapan kami. Maka nya sebelum balik hotel kami singgah sini dulu nak makan aiskrim. Suhu di luar memang sejuk tapi tak kira la, sebelum balik Malaysia semua ni kena dirasa dulu. nanti kempunan.....hehheh |
|
Ni dier aiskrim MODO dan hirisan manisan..... |
Bersambung......
No comments:
Post a Comment