Thursday, November 30, 2023

Bercuti ke Turki: Taksim (Part 24)

 23 Dec 2023

Taksim

Selesai urusan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Taksim. Sebenarnya untuk ke Taksim ada beberapa cara. Naik metro boleh, naik tram pun boleh. Nak mudah naik metro, nak berjalan banyak...naik tram. Oleh kerana kami nak test kekuatan kaki, maka kami mengambil keputusan untuk naik tram. 😅

Dari Hotel kami berjalan kaki menuju ke Gulhane Tram Station. Perjalanan menaiki tram mengambil masa kira-kira 11 minit menuju ke Findikli. Sampai di Findikli, kena jalan kaki pula menuju ke Taksim Square. Perjalanan mengambil masa kira2 11 minit. Total masa menuju ke Taksim adalah 22 minit. 
Tram di Turki
Hagia Sophia dari dalam tram
Kalo hati serapuh tisu, jangan beli aiskrim ni. Nanti kau juga yang sakit hati. Aku dan kawan2 tak beli pun aiskrim ni, sebab tau hati kami tak sekebal besi. 😅 Kita nak makan aiskrim modo. 
Penjual roti dijalanan. Roti ni sedap tau, sebab ada bijan. 
Panorama Restoran ni, salah satu restoran yang viral juga di RTT. Restoran yang menyajikan makanan halal dan sedap juga la katanya......
Bangunan kayu yang cantik. tak tau bangunan apa...
Lagi Hagia Sophia dari kejauhan....

Pemandangan sepanjang berjalan kaki menuju ke Taksim Square....
Jalan yang rata, sejuk2 manja.....
bangunan cantik berwarna warni
nampak tak jalan raya tu? Macam tak berapa nak tinggi kalo dalam gambar tapi kalo kau lalui sendiri, baru terasa kaki kau sakit nak mendaki. Rasa macam nak minta orang tarik dengan tali je naik atas tu. Jadi kena pakai kasut yang sesuai dan selesa. 
Masa berjalan ni, terfikir juga kenapa tak sampai2 ni? Penat gilerr, banyak kali kami berhenti, mengatur nafas....😅Tu la, nak test kaki konon. Jangan dicabar jalan2 di Istanbul ni, semua naik bukit...😁
Baru nampak ramainya orang. Ini bermakna, kita dah sampai di area Taksim.
Dataran Taksim merupakan pusat bandar moden Istanbul yang paling terkenal. Terdapat banyak hotel dan restoran, bar, panggung wayang, kelab malam berhampiran dataran dan di sepanjang jalan Istiklal. Ditambah lagi adaya stesen bas dan stesen metro yang menghubungkan Taksim dengan kawasan lan, menjadikan Taksim sentiasa sibuk. Biasanya Dataran Taksim akan digunakan sebagai lokasi sambutan tahun baru, perarakan, konsert dan apa saja pertunjukan.  

Gambar di atas ialah Cumhuriyet Aniti atau Tugu Republik. Ia merupakan monumen terkenal yang terletak di Dataran Taksim. Direka dan diukir oleh Pietro Canonica iaitu seorang pengukir dari Itali. Monumen ini dibina bertujuan untuk memperingati pembentukan Republik Turki pada tahun 1923. Proses pembinaannya mengambil masa 2 tahun setengah dengan sokongan kewangan dari penduduk tempatan. 
Monumen Republic yang berbentuk segi empat dan berketingian kira2 11 meter adalah mengambarkan pengasas Republic Turki. Setiap sisinya mempunyai ukiran manusia. Yang paling ditonjolkan ialah sosok Mustafa Kemal Ataturk. Ismet Inonu dan Fevzi Cakmak. Monumen ini dibina dengan 2 sisi yang berbeza, yang mana disebelah utara mengambarkan Ataturk dengan menggunakan pakaian tentera semasa perang Kemerdekaan Turki, manakala di sebelah selatan , mengambarkan Ataturk dan rakan-rakannya mengenakan pakaian barat Moden, jni melambangkan peranannya sebagai ketua komander tentera dan yang kedua melambangkan peranannya sebagai negarawan. 
Majid Taksim yang terletak di tengah bandar Istanbul. Mempunyai kubah setinggi 30 meter dibuka secara rasmi oleh Erdogan. Pembinaannnya dianggap sebagai simbol islam dan ia sengaja dibina di Taksim kerana sebelum ini Turki sering dianggap simbol sekularisme yang dibawa ole Mustafa Kemal Atarturk. 
Tugu Republic dari sisi belakang
Kalo malam pasti cantik tempat ni meriah dengan lampu pelbagai warna...
Bergambar kenangan bersama tram lama di Dataran Taksim. Biarpun ia tram lama, namun ia masih berfungsi sebagai salah satu tarikan pelancong. Ia membawa pelancong yang tunel ke Dataran Taksim. Tram ni mempunyai saiz yang tak begitu besar. Kami hanya bergambar kenangan tetapi tak naik pun tram ni.  
Deretan kedai di Taksim. Dah puas bergambar kami pun pulang ke pangkal jalan...
Sebelum pulang ke Hotel kami singgah makan dulu di Nur Muhammad Restorant
Nasi goreng ikan masin. Nampak tak ikan masin dia...comel je...hehheh
Pelbagai manisan yang dijual di MODO
Aku ader beli ni buat oleh2. Sedap tapi manis gillss.....
Kami masuk MODO bukan nak beli manisan tapi nak makan aiskrim. Orang kata aiskrim di sini sedap. MODO ni banyak cawangan dan salah satunya ada di area sirkeci. Dekat je dengan hotel penginapan kami. Maka nya sebelum balik hotel kami singgah sini dulu nak makan aiskrim. Suhu di luar memang sejuk tapi tak kira la, sebelum balik Malaysia semua ni kena dirasa dulu. nanti kempunan.....hehheh
Ni dier aiskrim MODO dan hirisan manisan.....

Bersambung......

Saturday, October 14, 2023

Bercuti ke Turki: Dari Bursa Ke Istanbul menaiki Ferry (Part 23)

 23 Dec 2022 (Friday)

Happy Birthday Niena.....😀

Balik ke Istanbul
Hari ni kami akan kembali semula ke Istanbul. Tapi sebelum tu kitorang pegi sarapan dulu di cafe hotel. 
Sebahagian pemandangan di Ulu Cami Bursa
Oleh sebab ke cafe terlalu awal, depa belum siap lagi nak taruh makanan di atas meja. Makanya kami mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan pagi di luar cafe
Matahari mula menampakkan diri
Sekitar cafe.. Meriah makanan dier, tinggal boleh terima dek tekak ke tidak je. 
sayuran pilihan utama
ader kentang, ble la amik...
aku lupa apa benda ni....macam buah-buahan tapi bukan.  
cantik bekas minuman dier, klasik
Love yang ini....

Dari Hotel ke Tram Station

Kami berjalan kaki je dari hotel ke tram station. Seperti yang aku dah tulis pada entry sebelum ni, kami sebenarnya mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke train station. Sebab kitorang ikut je google map bawa ke mana. 
Mall tak buka lagi
Gambar PM di dinding bangunan
Masjid
Selepas berjalan agak jauh, akhirnya kami sampai ke train station. Nampak tangga kat depan tu? itu la dier...
Sehrekustu Station
Top up Bursakart
Kita kena pegi ikut signboard "Emek" tu....
train dah sampai, jom masuk...
Dalam train menuju ke Emek
Sampai Emek station, tengok signboard yang bertulis "Mudanya", ikut arah tu....
Nampak tak kat signboard tu bertulis "1-M" Mudanya? 1-M tu adalah nombor bas yang perlu kita naiki untuk pergi ke Mudanya. Naik escalator ni...
keluar dari bangunan Emek station, kita akan terus nampak bas kuning ni. Bas ni la yang akan membawa kita ke Mudanya. Kat sisi bas tu ada bertulis signboard "Mudanya"..
Cantik Mural yang ada di dinding bangunan Emek Station
Sampai di Mudanya.....berjalan menuju ke terminal ferry Budo
Terminal Ferry
Beli tiket ferry
Sebelum masuk ferry, singgah beli roti ni. Roti ni sedap tau, atas roti ada bijan. 
Z & KH
travel jauh2 usung plastik, kesian.....😅
Masuk di ruang menunggu...
Dah sampai masa naik ferry
Dalam ferry...ok tido la untuk 1 jam 30 minit....
Tiba di Eminonu....
Tengok orang mancing dulu....
Sebab ada perkataan Istanbul, amik gambar dulu kat sini....😅
Z & KH
Me & KH
Ehh dia lagi.....?? Dia birthday hari ni, ok la. kasi la dia lambak gambar banyak2, esok kita bahan dia!!

Kami kembali ke hotel untuk simpan barang. Masa ni tak sedar lagi yang Eminonu tu dekat gills dengan Sirkeci, makanya naik la tram kan, macam orang kaya 😆 Lepas Zohor, kami keluar semula menuju ke Taksim. 

Bersambung......


Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...