21 Dec 2022
Salam dan Hi semua
Apartments of the Sultan's Favorites/Mabeyn Courtyard
Perghh...lamanya nak menamatkan cerita kat Topkapi ni. Bukan apa dah ketandusan idea dah nak menggoreng ni. Ok la kali ni untuk mengelakkan part ni tersekat sampai di sini, jom la kiter cerita dengan santai melalui gambar aje. Part sebelum ni kiter berakhir di Imperial Hall kan, jadi lepas dari situ kami meneruskan perjalanan menuju ke Apartment of The Sultan Favorites.
|
Ini la dia bangunannya. Kenapa menjadi kegemaran sultan? Sebab bangunan ini menempatkan bilik2 para gundik Sultan. Ia terletak di bahagian hadapan kediaman isteri rasmi Sultan, tepatnya paling hampir dengan ruangan Bilik Persalinan Sultan. Bangunan ini mempunyai halaman terbuka dan menghadap ke Selat Bosphorus. Korang rasa kenapa menghadap ke laut? Pastinya kerana soal ketenangan. Bila rasa gundah gulana, hati tak tenang boleh la tenangkan diri dengan memandang jauh ke lautan. kan......
|
|
Bilik para gundik Sultan dari pandangan hadapan. Pada pendapat korang kenapa sultan nak kena ada gundik?? Tak ada isteri ke? Ada....Sultan Uthmaniyah mempunyai beberapa orang isteri yang sah, yang biasanya terdiri daripada puteri raja dari negara asing. Perkahwinan itu pastinya adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan mengeratkan silaturahim antara negara-negara tersebut. Jarang adanya gundik yang dikahwini secara rasmi kerana mengikut amalannya, gundik yang sudah melahirkan waris sultan tidak akan lagi bersama dengan sultan.
|
|
Ruangan kediaman sultan. Namun dalam ramai-ramai Sultan Uthmaniyah, Sultan Sulaiman I adalah Sultan yang memecah tradisi mengahwini gundiknya iaitu Roxelana. Pada tahun 1521 Roxelana melahirkan waris sultan yang diberi nama Mehmet. Sepatutnya Sultan dah tak boleh bersama dengan Roxelana lagi kan? Tapinya dalam tempoh 1522-1531, Roxelana telah melahirkan 6 orang waris sultan lagi selepas itu dan salah seorang daripadanya adalah penerus kepada takhta kerajaan iaitu Salim II. Pada tahun 1533, Sultan Sulaiman mengambil keputusan untuk memerdekakan Roxelana dan mengahwininya selepas tu. Kalo ikut aturan bukan ke sepatutnya yang menjadi Sultan seterusnya adalah anak kepada isteri sultan yang sah? Sebab sultan masih ada anak lelaki daripada isteri yang sah bernama Mustafa. Tapi kepada Salim II diangkat menjadi pewaris takhta pula?? Tak adil la macam ni.... Haa ini ada kaitannya dengan sifat iri hati dan nak kan kuasa. Biasa la kan mata jadi kelabu bila nampak harta kekayaan. Makanya, Roxelana telah menabur fitnah mengatakan bahawa Mustafa telah menderhaka maka Sultan telah memberi hkuman bunuh kepada Mustafa. |
|
Cantiknya tingkap ni. Ok sambung cerita....ingat tak orang tua2 dulu suku buat pribahasa, "jangan tamak, orang tamak biasanya rugi". Ini lah yang berlaku kepada Roxelana. walaupun berusaha gila2 untuk menjadi Valide Sultan, namun cita-cita besarnya tu tak kesampaian, bilamana Roxelana meninggal dunia sebelum sempat anaknya ditabalkan menjadi Sultan Salim II. Akhirnya peranan Valide Sultan jatuh kepada kakak kepada sultan Salim iaitu Mihrimah, satu2nya anak perempuan Roxelana bersama Sultan. Kenapa pula Mihrimah diberi peranan Valide?? Sebab Sultan Salim belum kahwin, kakaknya la yang ambil peranan tersebut untu sementara waktu sehingga sultan Salim berkahwin.
|
|
Pemandangan Kota Istanbul dari perkarangan halaman Mabeyn Courtyard. Dulu-dulu tak ada la banyak macam ni bangunan ni kan. Kelihatan Galata Tower dari kejauhan... |
|
Yang ini adalah Masjid of Harem. Dikhaskan hanya untuk kemudahan wanita-wanita Harem beribadat. |
|
Dari masjid tadi kita akan lalu di lorong ni. Laluan ini dinamakan sebagai Golden Road. Ia adalah laluan pintas menuju ke kediaman Sultan di dalam Harem. Ia dinamakan sebagai Golden Road kerana terdapat perhiasan emas di dalamnya. Patut la kat dalam ni warnanya gilang gemilang. Pada hari2 tertentu, apabila Sultan melalui lorong ini, baginda akan membaling duit emas kepada penghuni dan petugas di Harem yang berdiri di sepanjang jalan. |
Perpustakaan Ahmed III
|
Seterusnya kami singgah ke bangunan putih tu. |
|
Cantik bangunan ni kan tapi lupa bangunan apa, ada di sebelah bangunan perpustakaan |
|
Fountain yang terletak di luar bangunan perpustakaan |
|
Ruang dalam perpustakaan |
|
Bangunan perpustakaan Ahmad III ini dikatakan salah satu contoh seni bina Turki yang paling cantik dari abad ke 18. Dindingnya dilapisi dengan marmar putih di semua sisi.
|
|
Ini bukan orang sebenar ya tapi arca patung. |
Imperial Council
|
Bangunan Majlis Diraja adalah ruang di mana Majlis Diraja yang terdiri daripada Wazir Besar dan para menteri majlis mengadakan mesyuarat.
| Bangunan Imperial Council mula dibina pada zaman pemerintahan Mehmed II. bangunan ni pernah mengalami kebakaran pada tahun 1665. Tetapi dipulihkan semula pada tahun 1792-1819 iaitu semasa pemerintahan Sultan Salim III dan Sultan Mahmud II. Semasa proses baik pulih ini lah, arkitek memasukkan seni hias zaman Rococo pada hiasan dalaman bangunan ini.
|
|
|
Pintu masuk utama ke Imperial Council |
Al-quran
|
Alunan bacaan ayat suci Al-Quran sentiasa dilantunkan di sini. |
Gerbang Felicity
|
Yang ini ialah Gate Of Felicity iaitu pintu masuk menuju ke dalam kawasan Mahkamah. Kawasan ini juga dikenali sebagai halaman ke-3. Halaman Ketiga ni terdiri daripada kawasan peribadi dan kediaman istana. Ia adalah kawasan larangan, tak ada siapa yang boleh masuk tanpa kebenaran Sultan. Malah Wazir Besar juga hanya masuk ke sini pada hari2 tertentu saja, malah terpaksa pula mematuhi syarat yang ditetapkan. Ye la kawasan penting diraja, mana boleh suka2 masuk kan...
|
|
Dalam entry sebelum ni aku ada cerita tentang peranan Black Eunuch di Harem, yang mana Black Eunuch berperanan mengawal di kawasan dalam Harem. Maka di luar Harem pula adalah tugas White Eunuch. Contohnya kat Gate of Felicity ni dikawal oleh white Eunuch. . Eunuch adalah pengawal-pengawal istana yang telah dikembiri. Oleh kerana Third Chamber adalah kawasan peribadi Sultan, perbuatan menceroboh masuk ke sini menjadi satu kesalahan yang berat. |
Bersambung...