Friday, May 5, 2023

Bercuti Ke Turki: Red Tour- Zelve (Part 6)

15 Dec 2023 (Khamis)

ZELVE OPEN AIR MUSEUM

Zelve Open Air Museum terletak kira-kira 4km dari Pasabaglar. Tak jauh mana pun sebab dua lokasi ni berjiran je. Nak masuk sini kena bayar 65 Lira. Sebelum masuk tu sempat Mr. Yunus mengingatkan aku untuk menyimpan selfie stick, katanya kat sini mungkin tak dibolehkan membawa benda yang Panjang dan mungkin membahayakan. Ok aku simpan je dulu sebab memang nampak beberapa pegawai dia berda di lokasi. 
Nak pergi ke kawasan perbukitan tu kena lalu di laluan berbentuk Y ni. 
Ni kalo musim bunga cantik rasanya...
Musim terbaik untuk berkunjung di sini ialah Ketika musim bunga sebab masa tu kan bunga tengah mekar. Pasti cantik seperti di taman bunga. Ketika kami perginya adalah musim sejuk, pemandangannya cantik juga tapi semua warna coklat. Kami memulakan perjalanan dengan laluan pejalanan kaki yang dikira agak baik, tanah rata menuju ke kawasan perbukitan, dimana terletaknya gua yang dijadikan sebeagai penempatan. Pelawat perlu berjalan kaki sejauh 2 km melalui lembah berbentuk “Y”.
Menurut sejarahnya, pada zaman era Byzantine, Zelve merupakan salah satu kawasan penempatan dan ia kekal sehingga lah pada tahun 1960-an. Kemungkinan penempatan bagi para petani. Ini kerana, tidak ada dikesan tinggalan bangunan seperti dewan besar, ukiran dinding juga tidak begitu jelas dan hanya berbentuk hiasan sahaja yang terdapat di dalam gua. Mungkin juga sebab banyak bangunan gua telah runtuh dan telah diubah suai. Namun begitu. terdapat kira-kira 15 buah gereja di sini. Berbeza dengan gereja yang terdapat di Muzium Terbuka Gerome, gereja di Zelve pula tidak begitu. Ianya kurang dijaga dengan baik. Namun tak mengapa, lanskap semulajadinya juga sudah cukup mempersonakan. Sama seperti jirannya disebelah, Zelve juga turut menghidangkan pemandangan batuan berbentuk kon. Batuan tajam yang mengalami hakisan dapat dilihat dari kejauhan seolah-olah dipotong oleh manusia.
Gua batu yang pernah menjadi petempatan satu ketika dahulu
pandangan dari atas bukit
batu tu nampak macam kepala dolphin kan
Dari jauh
kalo musim bunga pasti cantik
Selepas era Byzantine berakhir, Zelve berubah menjadi sebuah perkampungan bagi masyarakat setempat. Ini berlaku semasa zaman Uthmaniyyah berkuasa, banyak pembaharuan yang telah dibuat, contohnya kebanyakan ruang diukit bercirikan islam. Masjid juga sudah mula dibina, manakala tanah perkuburan pula ditempatkan secara berpusat. Bangunan yang dulunya berfungsi sebagai gereja ditukar menjadi ruang pertanian, tetapi tidak semua ditukar, hanya sebahagian sahaja.
Oh ya, dekat sini kami terjumpa rakan yang satu bas dengan kami semasa tiba di sini 2 hari yang lalu. Nama dia macam iras2 nama Kak Hasna. Pasangan dari Indonesia yang bercuti selama sebulan di Turki. Dia pandang lama kat Kak Hasnah, aku pula tengok dia, lepastu aku tegur...."Bukan ini ke, yang satu bas dengan kita malam tu dari airport?" "Ohh iya mbak, saya tadi tengok ibu itu (tunjuk kat kak Hasnah), suaranya sepertinya saa kenal tapi gak berani tegur," Ujarnya.....Yang peliknya kami tak terfikir nak ambil gambar bersama. Lucu pula....


Deverent Valley-Imagine Valley

Lokasi seterusnya kami lajak ke  ialah ke Devrent Valley. Ia juga dikenali sebagai Imagine Valley atau Pink Valley. Pnk Valley?? Tak tau la dapat nama dari mana tapi mungkin juga bila berlakunya pertukaran musim, musim bunga contohnya, kawasan ini akan dilimpahi dengan warna pink bunga-bungaan. Logik juga kan... Mengambil masa kira-kira 7 minit atau 4.7 km dari Zelve dengan memandu kereta. 
Berbeza dengan lembah yang lain, Devrent Valley ni, tak ada satu gereja dan makam pun ditemui di sini. Salah satu faktornya mungkin sebab lokasi ini bukan merupakan kawasan penempatan. Cuma yang menjadi minat pelancong untuk datang ke sini ialah lanskapnya yang unik. Emm...tempat lain tak unik ke?? 😏Unik juga tapi tempat ni lagi satu level dia punya unik. Haa....Berada di sini seperti kita berada di zoo, melihat haiwan-haiwan. Bezanya di sini haiwan tu kaku. Sesuai la dengan namanya Imagine Valley, dia suruh kita berimaginasi melihat bentuk-bentu batu yang kaku yang tafsirkan sendiri mengikut interpretasi kita. Gituhh....Kat sini kita boleh nampak unta, rupa figura yang menyeramkan, kura-kura, cendawan.....Pendek kata semua ni kita nampak dalam watak-watak kartun la.. Kami kat sini tak lama, sekejap je ambil gambar...
Bersama Mr. Yunus
Berbeza dengan lembah yang lain, Devrent Valley ni, tak ada satu gereja dan makam pun ditemui di sini. Salah satu faktornya mungkin sebab lokasi ini bukan merupakan kawasan penempatan. Cuma yang menjadi minat pelancong untuk datang ke sini ialah lanskapnya yang unik. Emm...tempat lain tak unik ke?? 😏Unik juga tapi tempat ni lagi satu level dia punya unik. Haa....Berada di sini seperti kita berada di zoo, melihat haiwan-haiwan. Bezanya di sini haiwan tu kaku. Sesuai la dengan namanya Imagine Valley, dia suruh kita berimaginasi melihat bentuk-bentu batu yang kaku yang tafsirkan sendiri mengikut interpretasi kita. Gituhh....Kat sini kita boleh nampak unta, rupa figura yang menyeramkan, kura-kura, cendawan.....Pendek kata semua ni kita nampak dalam watak-watak kartun la.. Kami kat sini tak lama, sekejap je ambil gambar...

Ortahisar Castle
Tak jauh dari Imagine Valley, terletaknya Ortahisar Castle. 17 minit perjalanan dari imagine Valley. Berada di sini pun tak lama kira-kira 30 minit sahaja. Tempat ni kecil je, tepatnya hanya menempatkan kedai cenderamata, cafe tapi cafe nya tak buka masa ni. Untungnya, si pemilik tempat ni, membina beberapa spot untuk bergambar. Lokasi tempat ni juga sangat strategik, iaitu berada di kawasan yang agak tinggi. Maka bila berada di sini, kita boleh melihat pemandangan cantik di bawah sana. tak tau nak sembang apa dah tengok gambaq je la...



Lokasi terakhir ialah ke sini.....👇Tapi aku tak ingat nama tempat ni. Pun tak lama ambil gambar je....

-Bersambung-

Thursday, February 16, 2023

Bercuti ke Turki: Red Tour Bersama Mr. Yunus (Part 5)

15 Dec 2023 (Khamis)

Salam dan Hi...

Hari ke-2 kami di Cappadocia. Jika semalam kami ambil pakej Green Tour dengan Mr. Yunus, hari ni pula ambil pakej Red Tour. Bezanya ialah, Green Tour meliputi lawatan lokasi yang berdekatan, manakala Red Tour meliputi lawatan di kawasan yang jauh-jauh. Pagi ni kami mulakan dengaan aktiviti sarapan pagi di rooftop.

Pokok ni kalo berdaun mesti cantik
Bangunan di hadapan tempat penginapan kami
Kami bersama owner cafe
Menu pada hari ke-2...sama je
Tempat pemanas klasik tapi menarik
Lokasi pertama yang kami pergi hari ni ialah Cavusin Castle. Tapi kami tak pergi dekat ke istana Cavusin, hanya ambil gambar dari jauh sahaja. Çavuşin ialah salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Avanos. Bahagian kampung yang lebih tua terletak di bahagian atas kawasan bebatuan yang boleh dilihat dari jauh. Kebanyakan rumah moden dibina lebih dekat dengan jalan utama. Pada tahun 1960-an, penduduk kampung telah ditempatkan semula kerana bimbang rumah lama mereka yang ada di bebatuan akan runtuh. Kini Cavusin kurang menerima pelancong tetapi tetap ada yang memilih untuk menginap di Cavusin terutama di bahagian perkampungan lama di atas bebatuan. 

Perjalanan menuju ke Cavusin
Ada pakej naik MTV juga dari sini
Cantik
Rumah moden adalah rumah baru 

Pasabaglar Open Air Museum

Lokasi ke-2 yang kami lawati hari ini ialah Pasabag Open Air Museum. Dikenali sebagai Lembah Paderi yang meliputi kawasan yang sangat luas, dikelilingi oleh batuan cerobong berbentuk cendawan. Lembah Pasabaglar sering dikunjungi pelancong kerana pemandangannya yang unik dan mempunyai aura mistik. Menurut ceritanya, pada zaman dahulu pendeta kristian tinggal dan berkerja sebagai mubaligh di Pasabaglar. Para paderi telah membuka kawasan penempatan dan gereja di lembah sepanjang hidup mereka. Terdapat sebuah gereja, dipercayai dibina 1000 tahun dahulu. Gereja yang terletak di dalam batuan cerobong berbentuk cendawan ini la yang menarik minat pelancong untuk melawat nya.
Beli tiket dulu di sini
Tiket berharga 65 lira
Dah beli tiket, masuk dari sini.....
Menurut cerita mitos, batuan berbentuk unik dibina oleh pari-pari yang membina rumah mereka di bawah tanah, maka dari situ la ia dinamakan 'cerobong dongeng'. Tapi sebenarnya ia adalah hasil dari hakisan angin, air dan perubahan cuaca. Cerita sejarahnya sama dengan rumah2 batu di kawasan lain di cappadocia. Lembah Pasabag terletak berhampiran dengan Muzium Terbuka Zelve dan Lembah Devrent,  tapi untuk lawatan hari ni kami hanya pergi ke Pasabag dan Zelve. Untuk melawat ke semua kawasan di Pasabag , kita perlukan 45 minit dengan berjalan kaki. dibuka jam 800- 7.00 petang. 

Bersambung....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...