Friday, June 17, 2022

Menjengah ke Selatan: Part 1

Demam Konsert Search Rockin on Rooftop masih terasa. Jadi sempena itu kita ambil 1 lagu search "Melastik ke Bintang" sebagai tajuk cerita kita kali ni..😅Aktiviti kita setiap kali cuti sekolah macam biasa, jalan2....Kali ni kami memilih ke Selatan. Secara peribadi, aku dah lama teringin ke Selatan, dari tahun lalu lagi. Tapi atas beberapa sebab rancangan Melastik ke Selatan itu di tukar ke utara. Maka kali ni kita kasi jadi...... Cuti kali ni agak panjang dekat 2 minggu juga sebab Borneo cuti sempena Keamaatan & Gawai. Sebenarnya Labuan tak terlibat dengan tarikh ni sebagai cuti umum tapi sebab penduduknya ramai dari Sabah, maka sekolah ambil cuti berganti. Seminggu selepas buka sekolah, aku sekolah hari sabtu! Rasakan...!!😁
Sebagai mukadimahnya, hari ni tak banyak benda aku nak cerita. Cuma nak selit beberapa gambar yang diambil dari dalam train. Perjalanan dari KL- Kulai, mengambil masa kira-kira setengah hari. Dari Kl Sentral ke Gemas naik ETS. Bertolak dalam jam 12.19 tengahari, sampai Gemas jam 2.52 petang. Dari Gemas tukar train Intercity menuju ke Kulai, bertolak jam 3.20 petang. Jam 7 pm baru sampai ke Kulai. Kat Gemas tu aku suka style dier, keluar dari ETS...terus je masuk train Intercity tu, dier parking sebelah menyebelah je, tak kalut nak angkut beg, turun naik tangga. Dalam train intercity ni walaupun dia agak lambat tapi tetap rasa selesa, sejuk, ada toilet tapi tak ada surau. Nak solat boleh kat cafe, kebetulan cafe tak beroperasi masa tu. Kos hangus untuk tambang train sahaja pada hari tu ialah:

KL-Gemas (ETS): RM31/ Gemas- Kulai (Intercity): RM19= RM50

Stesen keretapi Bekok
Sekolah
KT kat stesen keretapi Bekok, train berhenti kejap...
Perjalanan kali ni kami memilih menaiki train. Biarpun mengambil masa yang lama untuk sampai, tapi tak apa, enjoy je...sebab dah ada pengalaman naik train ke utara. Kenapa tak memilih naik flight terus ke Johor, lebih jimat masa? Selain kerana agak mahal, flight Labuan-Johor seingat aku tak ada (Betulkan kalo aku silap). Kalo nak, kena pegi dari KK. Jadi Train adalah pengangkutan terbaik setakat ini. Apa beza ETS dan Intercity? Bezanya ETS tu laju, dier berhenti di stesen/ bandar besar je. Intercity pula dia akan berhenti di semua stesen...jadi agak lambat nak sampai. Route ke selatan untuk ETS, hanya sampai ke Gemas sahaja. Tapi mungkin lepas ni, track ETS ke selatan bakal siap lagi setahun 2. Inshaallah.....Di lain waktu nak cuba pula naik train ke Pantai Timur!
Sebenarnya ini kali ke-2 aku jejak kaki ke Johor. Kali pertama pada tahun 2015. Balik dari NZ, kami bertiga ambil flight balik: NZ-Melbourne-Bali-Spore. Geng lain singgah Bali, kami bertiga tercicir dari geng lain terus ke Spore. KN terus ambil flight Spore-KL. Aku dan Z dah pokai 😆, masuk Malaysia terpaksa naik bas. Aku ingat naik bas tu seindah memetik bunga2 di pagi hari rupanya.....kerjanya seberat menanam padi! Senang bila bawa diri je, berat bila ada karung guni yang perlu digalas dibelakang!😅Sampai beg aku tertinggal dalam bas, nasib tak hilang....panjang ceritanya, malas nak tulis je kat sini. Tapi itu la namanya kenangan sepanjang perjalanan. Manis untuk dikenang!
Merasa minum kopi Kluang dan Bun yang viral tu!!
Bersidai tunggu grab sampai

-Jumpa lagi-

Aktu tinggalkan dengan video ni sempena Demam Konsert Search ROR....😅

Special thanx to: Bigmedia TV

Saturday, March 26, 2022

Mengejar si Aki: (Part 6)- Dari Culvert View ke Kota Belud (Last Part)

 2 Feb 2022

Awal kami bersiap pagi ni sebab kecewa....😅Tidak la...Kami takut bertembung sama kereta lain. Betul la sunyi sepi tu jalan turun dari homestay ke jalan besar. Hari ni kami akan meneruskan perjalanan ke Kota Belud, tepatnya ke Polumpung. Ada suungai yang cantik di situ dan kami ingin mandi manda kononnya.  Tapi sebelum balik kami singgah dulu di Pasar Buah. Kemudian kami pegi Culvert View. Sampai sudah sana....sekali awal sangat sampai. Dia buka dari jam 10 am-2 PM. Ala...lama lagi ni kalo tunggu, inda apa la lain kali saja la pegi. Jadi kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Masa ni saya masih bersama KHana dan A bersama KH. Sampai Kinabalu Park, penuh sudah parking di bawah tu, tinggal yang masih kosong di lereng bukit. Tapi saya seram owh kalo di sana. Baru2 ini lereng bukit di sana tu, runtuh ya...Jadi saya tidak mau ambil risiko, maka saya park kereta jauh dari lereng tu. Kemudian kami naik jalan kaki saja pigi atas. Di atas tu ada galeri, office dan lain-lain la.

Gambar ini di ambil dari Pasar Sayur, Kundasang
Di Kawasan Parking Kinabalu Park
Rombongan mau naik gunung...Dari Sandakan dia bilang
Si Aki tersergam indah di belakang tu

Kemudian kami naik kereta konon-konon mau naik ke Tim Pohon. Jalan punya jalan ada road block di tengah jalan. Rupanya sekarang ni tidak dibenarkan sudah kereta persendirian masuk sampai Tim Pohon Gate. Hanya Van dari Taman2 Sabah saja di benar masuk. Maka bersyukur la jika kamu sudah pernah ke Tim Pohon, biarpun tidak pernah naik gunung, kerana di Tim Pohon tu, lain aura dia. Cantik. Boleh jumpa tupai jinak, dengar bunyi burung-burung, sejuk...kalo ada rezeki dapat nampak gunung Kinabalu begitu dekat dengan kita, macam ble di gapai tapi tidak.. 😀 
Ini berdekatan tempat penginapan di Kinabalu Park. Untung siapa yang menginap di sini...
Antara tempat penginapan berhadapan gunung kinabalu...
Tuan Tanah bergambar kenangan berlatarbelakangkan si Aki- Mac 2022
😀

Culvert View
Balik dari Kinabalu Park tu kami tengok minyak si A ni macam tinggal separuh, jadi kami tanya cukup ka ni minyak kau balik ke Tuaran? Kalo tidak cukup bagus kau isi dulu di Kundasang. Sebenarnya kali cukup ba tu tapi untuk keselamatan bagus kasi tambah la kan. Selebihnya...sebenarnya kami semua mau pigi Culvert ni balik, termasuk si A la ba mau ni kan, bukan saya seorang ya. 😀Jadi kami patah balik ke Kundasang pakai 1 kereta saja. Lepas isi minyak kami pigi Culvert. Kami 3 saja yang pegi, KHana tak mau...panas dia bilang. Bayaran masuk ke Culvert ni ialah RM 10 (dewasa) dapat free 1 air mineral. 
Kami parking di area ni sebab penuh sdh di atas

Ada homestay juga di area culvert view ni tapi saya lupa apa nama homestaynya. ini di bawah lagi dari culvert tapi tidak jauh.
Dari tempat parking tadi kami jalan kaki ke sini. Di depan ni adalah tempat pendaftaran
Bayaran masuk tertera di sini.....Tangan siapa itu?
Kalo tidak mau masuk, lepak di cafe dia saja pun boleh...
Bah masuk la kita
Nampak pendek pula...😁
Sebelum gerbang tu sebenarnya ada tangga ni, jadi ambil gambar dulu di sini....

Culvert View ni sebenarnya kecil saja kawasannya, cuma dia ada beberapa port untuk ambil gambar, ditambah lagi si Aki berdiri gagah di belakang sana, begitu menarik hati ramai pengunjung. Kalo tidak menarik, masakan kami sepakat kembali ke Kundasang biarpun sudah melajak ke Kinabalu Park. Sepakat tanpa bicara ya, hanya atas alasan mau mengisi minyak. Semua setuju...😁
4 bangunan kayu yang ada mural tu, bukan saja2 kosong ya, Mungkin bangsal ...tak pasti juga la sebab tidak nampak dr depan ni, pintu dia di belakang. bukan juga toilet sbb toiletnya di sebelah kiri yang ada tangga warna warni tu
Ramaikan orangnya...
Kenapa tempat ni di panggil Culvert? Ya sebab bilik penginapan dia dibina daripada culvert, bukan terpakai ya masih baru....hehheh. Saya tidak masuk dalam bilik penginapan, tapi saya menyubuk (mengintai) dari luar....hehehh. Saya ingat tiada orang, rupanya ada..tapi dia tidak perasan saya menyubuk sebab dia pun khusyuk tengok pengunjung bergambar sakan. Di dalamnya ada tilam Queen dan ada aircond. Kalo tiada aircond.....uhhh....Cair ni. Panas betul. Ada lagi mingkin tapi saya tidak nampak sbb tidak manis juga menyubuk terlalu lama, bila sudah tau ada orang di dalam..😅Saya ada tengok vlog orang, dalam bilik ni siap ada toilet sekali tempat mandi la kan. saya ingat toilet dia di luar. Ohh ya mungkin yang diluar tu untuk pengunjung yang datang tetapi tidak menginap di sini. Pendapat peribadi saya, tempat ini sangat menarik biarpun kawasannya kecil. Petang-petang boleh duduk depan bilik tengok gunung. Kalo mau makan pigi saja di cafe dia. Tetapi agak tidak privacy, sekiranya kita datang ke sini untuk menenangkan fikiran, lari dari kehingaran....Tapi terpulang kepada masing-masing punya keinginan dan keminatan ba kan. Tapi bagus juga dia buka jam 10 am-2 pm saja tu, agar memberi laluan kepada penginap bersantai tanpa gangguan.   
Ini saya bukan saja2 mengambar nanas CNY ni, tapi saya mengambar orang berbaris menunggu giliran bergambar di mirror glass, termsuk la kami ya. Panas betul masa ni, kalo tidak kuat hati mau bergambar di mirror glass tu, ehh tak kuasa saya berpanas2. Tapi kalo tidak panas, Si Aki tidak akan muncul, dia akan berselendang kabus..Nasib ada payung si A. Berpayung la kami ber3 ...
Begini la kemeriahan pengunjung bergambar di sini. Tidak berbaloi kalo sekejap saja sebab sudah membayar Rm10 😂
Nah ini lah yang mau dikejar sampai cair bedak di muka....😅Ada lagi gambar kami di sini, tapi ini saja la yang nampak agak senonoh sikit...😁
Ohh...ada lagi. Yang ini agak lucu. Si Adik yang ambil gambar kami tu suruh angkat tangan berdoa.....kurengg!!😆
Kalo bergambar sini, mau kena ada nampak gunung tu baru best. Kalo sudah jam 11 am ke atas si Aki sudah diliputi kabus
Mau juga ba di sini....tapi nasib juga la tiada model lain. Macam konon2 kami saja la ba yang ada di sana pada ketika itu...

Mengejar si Aki takut dia hilang

Polumpong
Kami meneruskan perjalanan ke Kota Belud. Tapi sebelum itu kami singgah dulu ke Pekan Nabalu membeli ole-ole mau di bawa balik ke Kampung. Saya beli beras kampung, serunding tuhau.....Nanti kalo kamu ke Sabah, cuba kamu makan serunding tuhau ni. Sedap! Oh ya kami menginap di Polumpong semalam di Eva Melangkap Homestay. Cantik homestay nya. RM270...ada2 bilik, ruang tamu agak besar. Bilik mandinya besar. Toiletnya asing dengan bilik mandi. Kalo kawan kau tengah mandi, kau sakit perut...tidak la kamu berebut. Dapur luas dan sangat bersih. Jangan takut guna pekakas dapur, sebab Owner ni muslim....Homestay ni juga agak berdekatan dengan Polumpong Camp site. Kamu boleh jalan kaki saja ke sana. Sekiranya penginapan di dalam camp site sudah penuh, ini adalah homestay yang boleh dikatakan strategik. 
Pekakas dapur tersusun rapi dan bersih
Dapur luas. Tingkapnya tiada grill tapi dijamin selamat kerana homestay ni kedudukannya di belakang. dikelilingi oleh rumah saudara maranya. Homestay ini juga bersambung dengan rumah owner di belakang tetapi kita tidak akan bertembung sama dia kerana ada pintu khas yang berkunci.
Toilet bersebelah dengan bilik mandi
Bilik mandi yang luas
Ada Mesin basuh yang boleh diguna...
Bilik No. 2
Ruang Tamu juga luas. Ada wifi free. Oh ya setiap bilik ada tilam extra...Akhirnya kami semua tidur depan TV 😁
Bilik No. 1
Hajat dihati mau mandi di sungai petang tu, tetapi apa kan daya hujan begitu lebat. Jadi kami tidur saja la petang tu. Gambar di bawah ini adalah gambar yang diambil keesokan harinya. Kami pegi ke Polumpung. Bayaran Masuk Rm3. Rupanya Polumpung camp site ni ada 2....Yang satu lagi perlu di booking awal. Yang kami pergi ni tidak perlu booking, terus saja masuk sana. 
Eva homestay ada dibelakang padang ni
Ohhh...ini nama dia melangkap Nabalu Reflesia. Bayar Rm3 saja....boleh mandi manda juga
Cantik ni cabin...tapi belum beroperasi kali ya.
Si Aki di sebalik batu
Si Aki di hujung perjalanan
Tuan Tanah di Jalanan KB berlatarbelakangkan Si Aki
Yang ini pun Polumpung Camp Site juga. Yang ini kena booking dulu. Banyak tempat penginapan di sini ni. Berkhemah pun boleh....Ni hari kami tidak masuk sini, nanti lagi konon masa cuti bulan Mac....😁


-Tamat-


Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...