Oamaru Blue Penguin Colony
3 Dec 2016 (Sabtu)
Hari ke-6
Pagi ni sebelum keluar kami masak dulu buat bekalan. Aku tak ingat apa menu kami pada hari tersebut tapi yang penting ada telur rebus. Tapi aku tak ingat juga macamana kami masak telur tu 😁 Selesai semuanya baru la kami bergerak menuju ke Oamaru Blue Penguin Colony, 6 minit perjalanan dari tempat penginapan kami. Oamaru Blue Penguin Colony memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat penguin kecil berada di habitat semujadi mereka. Untuk melihat penguin ini pulang ke sarang, kena datang pada waktu petang bermula pada jam 5.15 petang. Aku yang tak pernah tengok penguin dengan mata sendiri agak teruja. Tapi oleh kerana kami datang pada waktu siang, tempat ni belum dibuka lagi. Jadi kami hanya mengambil gambar di sekitar tempat ni. Manatau ada rezeki boleh mengintip sarang penguin, kadang ada juga penguin yang curi tulang, heheh….
Oamaru Blue Penguin Colony adalah sebuah badan/institusi pelancongan yang menumpukan kepada program penyelidikan dan pemuliharaan penguin. Antara pengisian program yang dijalankan ialah pemuliharaan jangka panjang yang memastikan penguin dilindungi dan populasinya dapat distabilkan dari semasa ke semasa. Institusi ini tidak hanya menjalankan pemuliharaan dan penyelidikan di Oamaru sahaja, malah meliputi kawasan lain juga di NZ. Jika berminat untuk melihat penguin pulang ke sarang, kita perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam lebih awal, Sebab depa tak akan buka sekiranya tidak ramai pengunjung pada hari tersebut. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan harga atau sebagainya boleh lah berkunjung ke
website ini.
Penguin biru dikenali dengan badannya yang kecil dengan bulu yang berwarna putih pucat dan kelabu gelap. Ia merupakan spesis penguin paling kecil antara spesis penguin. Penguin dewasa biasanya mempunyai panjang sekitar 10”-12”, dengan berat antara 1-1.5kg. Penguin jantan biasanya lebih Panjang dan berat daripada penguin betina. Makanan utama bagi adalah ikan seperti ikan bilis dan pilchard (sardin), sotong dan udang. Pemangsa bagi penguin apabila berada di laut adalah anjing laut, ikan paus dan jerung. Manakala di darat penguin juga terdedah kepada bahaya seperti burung catharacta, tikus, rubah, anjing dan kucing yang sering mencuri dan memakan telur dan anak-anak penguin.
|
Rumah cantik di sekitar Oamaru |
Harbour Street
Kami meneruskan perjalanan ke Harbour Street. Parking kereta kat sana dan kemudian berjalan kaki menyusur bangunan-bangunan lama hingga lah ke Oamaru's Victorian Precinct. Bangunan di kawasan ini terdiri dari warisan sejarah yang dipelihara dengan sangat baik. Pada akhir abad ke-19, Oamaru berkembang pesat kerana adanya aktiviti perlombogan emas dan kilang kayu. Sebahagian kekayaannya dimanfaatkan untuk membina bangunan yang elegan yang diperbuat daripada batu kapur tempatan. Kemajuan bandar Omaru turut dipacu dengan wujudnya pelabuhan. Banyak kapal berlabuh untuk aktiviti perniagaan khususnya. Pada asalnya Pelabuhan Oamaru sebenarnya terbina di atas Tanjung Wanbrow yang kecil. Ia terlindung daripada angin selatan, namun tidak menghalang angin dari timur. Tidak ada benteng pemecah ombak atau jeti. Maka kapal terpaksa berlabuh dilaut terbuka. Ini sangat berbahaya. Selepas berlakunya beberapa peristiwa badai yang melanda Pelabuhan Oamaru, menyebabkan banyak kapal yang mengalami kerosakan atau tenggelam sepenuhnya barulah dermaga baru dan benteng pemecah ombak dibina.
Bangunan di kawasan ini terdiri dari beberapa warisan sejarah yang dipelihara dengan sangat baik. Pada akhir abad ke-19, Oamaru berkembang maju kerana adanya aktiviti perlombogan emas dan kilang kayu. Sebagian kekayaannya dimanfaatkan untuk membina bangunan yang elegan yang diperbuat daripada batu kapur tempatan. Kemajuan bandar Omaru juga dipacu oleh wujudnya pelabuhan. Banyak kapal berlabuh untuk aktiviti perniagaan khususnya. Pada asalnya Pelabuhan Oamaru sebenarnya terbina di atas Tanjung Wanbrow yang kecil. Ia terlindung daripada angin selatan, namun tidak menghalang angin dari timur. Tidak ada benteng pemecah ombak atau jeti. Maka kapal terpaksa berlabuh dilaut terbuka. Ini sangat berbahaya. Selepas berlakunya beberapa peristiwa badai yang melanda Pelabuhan Oamaru, menyebabkan banyak kapal yang mengalami kerosakan atau tenggelam sepenuhnya barulah dermaga baru dan benteng pemecah ombak dibina.
|
Kebetulan pada ketika itu ada keramaian dikawasan tersebut. Ini antara kereta berhias yang kebetulan berlalu di hadapan kami |
|
Mungkin ini bekas gudang lama agaknya ya |
|
Remaja sedang mengayuh basikal seperti beca |
Kini Pelabuhan Oamaru menjadi tempat bersejarah selepas ditutup untuk aktiviti pengahntaran barang pada tahun 1974. Ia gambaran bahawa pengangkutan laut sangat penting kepada masyarakat pada suatu waktu dahulu. Selain daripada itu, bangunan batu kapur yang terdapat di sekitar Pelabuhan Oamaru menceritakan kisah sebuah bandar yang dibangun di kawasan yang makmur pada tahun 1860-an dan 1870-an. Perkembangan identiti budaya kota terukir dalam pelbagai gaya dan bentuk senibina.
|
Panas. Rasanya petang agak sesuai untuk berjalan-jalan di kawasan ini. |
|
Rel keretapi lama |
Kawasan bersejarah Oamaru terdiri dari bangunan dan struktur di Harbour, Tyne, Wansbeck, Tees, Itchen, Thames, Severn, Meek, Wear, Coquet, dan Medway Streets. Ia mewakili pelbagai fungsi yang telah membentuk Oamaru dan memberinya identiti yang berbeza – pergudangan, kedai dan pejabat, hotel, bank, bangunan awam dan kerajaan, serta tugu peringatan dan gereja. Arkitek yang bertanggungjawab membangun semula bandar lama Oamaru, memanfaatkan batu kapur yang berkualiti- yang popular di sini untuk menciptakan identiti yang menyerlah untuk Oamaru.
|
Lagi rumah cantik di sekitar Oamaru |
Bersambung...
Rujukan:
https://www.penguins.co.nz/tours-and-prices
https://www.britannica.com/animal/blue-penguin
https://www.victorianoamaru.co.nz/