Dari Moeraki Boulders ke Omaru Top 10 Holiday Park
2 Dec 2016 (Jumaat)
Hari ke-5
Perjalanan diteruskan menuju ke Pantai Koekohe, dimana terletaknya Moeraki Boulders yang berjarak kira-kira 103 km, dengan pemanduan berhemah selama lebih kurang 1 jam 34 minit. Moeraki Boulders adalah salah satu daripada keunikan yang wujud secara semula jadi. Ia merupakan bongkah batu besar yang membentuk seperti spera, terdapar di sepanjng pantai. Batuan tersebut adalah konkrit septarian yang berwarna kelabu. “Konkrit Septarian” adalah batuan sedimen (keladak) yang memiliki rongga di dalamnya. Pembentukan setiap batu ini terhasil dengan kandungan organik seperti daun, cengkerang, tulang ikan, atau peninggalan tumbuhan atau haiwan lain. Zarah dan mineral sedimen, seperti kalsit, terkumpul di sekitar bahan organik dalam lapisan sepusat (lapisan demi lapisan). Prosesnya sama seperti pembentukan Mutiara secara semula jadi membentuk zarah asing di dalam tiram. Dalam proses kimia yang kompleks, mineral-mineral tersebut akan bertindak menyatukan semua zarah. Prosesnya memakan masa sehingga berjuta tahun sebelum mencapai bentuk batu yang kita lihat pada hari ini.
Menurut kajian, Batu Moeraki pada asalnya berada di tebing pantai. Seiring beredarnya waktu, berlaku hakisan pada tebing pantai yang mana akhirnya menyebabkan batuan ini terjatuh dan akhirnya terdampar dan berserakan di pantai. Selepas beberapa lama batuan ini terbentuk, akan sampai masanya berlaku keretakan yang dipanggil sebagai septaria. Retakan ini akan berlaku dilapisan luar terlebih dahulu sebelum merebak ke bahagian dalam batuan. Tidak ada alasan konkrit kenapa berlakunya retakan batuan ini. Namun ada beberapa teori yang diketengahkan oleh saintis. Antaranya berkemungkinan berlakunya pengeringan pada struktur dalaman menyebabkan ianya mengecut dan kemudian pecah. Selain itu mungkin keretakan berlaku akibat gempa bumi atau tekanan yang menyebabkan struktur batuan ini pecah.
Kuat betul angin, sampai senget tudung kakak 😁 |
Dikatakan batuan ini datang dari tebing tinggi di belakang sana. Akibat berlakunya hakisan lama-lama batu ni terjatuh ke pantai.... |
Dulu batu ni banyak, tapi dah semakin berkurangan akibat hakisan |
Kat sini kami jumpa balik Geng Kak Zaleha 😊Sebenarnya tahun sebelumnya kami dah pernah menjejakkan kaki ke sini, tapi memandangkan kali ni S ada bersama, kami singgah balik. Lagipun tempat ni dalam perjalanan ke Holiday Park seterusnya. Ini adalah destinasi terakhir kami untuk hari ni, jadi kalo lambat sikit bergerak balik pun tak pe. Aku ingat dalam 30 minit pun dah cukup untuk lawatan ke sini..
Batu yang sudah menampakkan rekahan. Lama-lama nanti batu ni akan pecah |
Batu yang telah pecah |
Omaru Holiday Park
Akhirnya kami sampai di Omaru Top 10 Holiday Park. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Tahun sebelumnya semasa join trip kekawan kami menginap di sini juga, sebab di sini ada disediakan campsite untuk motorhome. Lepas check in, solat dan berehat sekejap, kami keluar balik nak beli barang. Tempat ni tak ada dapur untuk memasak, yang ada cuma microwave. Pendapat jujur aku berkenaan penginapan ni, aku bagi 8/10......kawasannya tenang tak bising sangat, bilik pun ok selesa....
Ada tempat permainan kanak-kanak |
Bilik KH & S |
Bilik aku & Z |
Credit Photo: https://top10.co.nz/park/oamaru-top-10-holiday-park |
Credit Photo: https://top10.co.nz/park/oamaru-top-10-holiday-park |
Credit Photo: https://top10.co.nz/park/oamaru-top-10-holiday-park |
Credit Photo: https://top10.co.nz/park/oamaru-top-10-holiday-park |
sumber:
http://www.actforlibraries.org/the-history-of-the-moeraki-boulders/
https://en.wikipedia.org/wiki/Moeraki_Boulders
https://www.historicmysteries.com/moeraki-boulders-new-zealand/
https://top10.co.nz/park/oamaru-top-10-holiday-park