Mirror Lakes
1 Dec 2016
Hari ke-4
Mentari sudah terpacak tegak di atas kepala. Kami harus beransur pergi…Perjalanan masih jauh menuju ke Dunedin. Dapat bayangkan tak kami tak berasa lapar untuk makan nasi pada hari tersebut? Nampaknya hanya dengan melihat pemandangan yang cantik, minda boleh tersihir dan boleh lupa segalanya. Tapi jangan lupa bekal roti dan jajan kami masih bayak lagi… Dalam perjalanan balik ni kami singgah di salah satu tarikan utama di Milford Road iaitu di Miror Lakes. Mirror Lakes terletak berhampiran dengan Lembah Elington. Ia terkenal selain kerana tempatnya yang cantik, juga kerana air tasik ini mampu memantulkan bayangan gunung Earl yang melatari tasik ini. Sebab tu ia digelar sebagai Tasik Cermin.
Signboard “Mirror Lakes” terletak di tepi jalan utama sahaja dan ia mudah dilihat. Syaratnya jangan bawa kereta macam pelesit. Dari tempat parking kita perlu berjalan kaki sekitar 5 minit menuju ke bawah. Laluan seperti jambatan kayu ada disediakan dan ia agak selamat dan mudah digunakan walaupun membawa kanak-kanak ataupun kerusi roda. Jika cuaca elok, tenang tanpa angin, kita berpeluang untuk merakam gambar pantulan gunung di atas tasik ni. Untuk mendapat reflection effect yang sangat baik, sengaja depa pasakkan sign board kayu “Mirror Lakes” ke perut tasik, betul2 timbul atas permukaan air, jadi pantulan nama tu nampak sangat atas air. Dicadangkan untuk datang ke sini waktu pagi yang damai ketika air tenang tidak berkocak….pasti hasil gambarnya sempurna dan menyenangkan!
Bersesuaian dengan kedudukannya yang berada di hutan tebal, maka kawasan ini juga merupakan habitat haiwan seperti burung, itik dan serangga. Kalo ada rezeki mungkin kita oleh nampak burung yang jarang ditemui bertenggek atas pokok, atau nampak itik sedang berenang atas air. Pastinya dalam tasik juga ada pelbagai jenis ikan seperti belut!
Dah puas ambil gambar di Miror Lakes, kami beredar pulang. Ehhh....di tepi jalan nampak pula banyak motorhome berhenti tepi sungai. Kitorang pun berhenti....ada sungai yang cantik di sini. Aku kurang pasti kalo ini The Chasm...tapi singgah aje la, dah alang2 sungai dia cantik.
Teringat Trip Kekawan, macam ni la dulu berkonvoi |
Kalo sesiapa yang rasa nak pegi kemana-mana tapi tak berani pegi sendiri, boleh join Trip Kekawan, depa bukan pegi NZ saja, tetapi pegi ke pelbagai negara. Harga mampu milik. Inshaallah....puas hati. |
Sungai yang jernih.... |
Sungai ni tepi jalan je |
Kereta kami...walaupun kadang2 terasa macam kena renjatan eletrik je sentuh kereta ni 😀 |
S & Z ambil gambar air |
Perjalanan kami hari ni... |
Lembu meragut rumput |
Selepas berhenti di tepi sungai di Milford Road tadi kami meneruskan perjalanan tanpa henti lagi di mana-mana. Di NZ, kita tak boleh bawa kereta laju gilerr. Di kawasan bandar had laju pemanduan yang dibenarkan hanyalah 50km/j, manakala di highway dibenarkan memandu dengan kelajuan 100km/j. Kalo didapati memandu laju, saman akan dikenakan, lebih kurang S630. Kadang-kadang kita tak nampak pun polis tepi jalan, ehh tup-tup memo...memo dah mengejar dari belakang. Sebab masyarakat tempatan boleh laopr terus kepada polis kalo kita memandu laju atau parking tepi jalan yang agak membahayakan. Tapi masa tu kami tak memandu lebih dari 70km/j. Stress oiii....
Biarpun begitu, akhirnya kami sampai juga ke Dunedin Holiday Park dengan selamat. Hujan renyai menyambut kedatangan kami di sini. Tak ada gambar nak tepek semasa kami sampai, mungkin dalam ext HD ada tapi masih kong lagi. Selesai urusan check ini, kami terus masuk bilik. Tahun sebelumnya kami tak singgah menginap di sini, seingat aku kami menginap di Gore campsite dan kemudian terus ke Omarama. Bilik agak besar dan selesa, alhamdulilah...Perkara pertama yang kami buat bila sampai ni adalah membersihkan diri dan kemudian solat. Lepas maghrib baru pegi masak. Dapurnya ada di luar, paling hujung sekali. Masa nak ke dapur tu nampak dah banyak motorhome, ingatkan ramai dah orang kat dapur. Rupanya tak juga. Kemudiannya masuk pula En. Azli ke dapur bawa maggie 😀(Kali ke-3 jumpa En. Azli). Dia kata memang dapur ni hanya dikhaskan untuk orang yang menginap di bangunan sederet dengan dapur tu je. Penginap yang lain masak di dapur umum yang disediakan.....
Bersambung......
sumber:
https://guidesify.com/ms/kereta-sewa-dalam-new-zealand-11-memandu-tips-helah/
https://internationaldriversassociation.com/ms/international-drivers-license-new-zealand/