Andai ini Jalannya Di kiri jalan berliku Di kanan lautan nan biru Di hadapan menanti takdir & waktu Di Belakang kau akan melihat ku berdiri di sini sambil memandangmu dengan senyuman.
Wednesday, March 24, 2021
Kembara Medan: Istana Maimon (Part 13)
Tuesday, March 16, 2021
Dari Selatan Ke Utara Thailand: Tamat
24 Dec 2018
Saja tepek gambar ni buat kenangan....😅
Gambar ni diambil di lobi Grace Hostel... |
Kat Airport Chiang Mai.... |
Sudah sampai Malaysia..... |
Kat KLIA2, sebelum masing-masing balik ke rumah masing2. Macam biasa geng Sabahan tetap meronda lagi sebelum balik... |
Ambil gambar kat Airport yang ada nama tempat itu wajib ya kawan2....😝 |
Kat hostel lagi.... |
Dari Selatan Ke Utara Thailand: Hari Terakhir di Chiang Mai (Part 24)
Ubi bakar. Kalo lapar ble juga buat alas perut. |
Tempat ni agak cantik, sayangnya panas.... |
cantik je jalannya... |
kat sini pun ada tempat penginapan, kalo ada kereta ok la....tempat ni aku kira jauh dari pusat bandar Chiang Rai. |
cantik dan tenang je kawasan ni. |
Selesai daytrip mengejar sakura. Akhirnya lapar lalu membawa diri ke Restoran Sophea.....😅 |
https://id.wikipedia.org/wiki/Opium
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2018/10/segi-tiga-emas-asia-tenggara.html#ixzz65aMiDl3G
Monday, February 15, 2021
Prolog Trip Langkawi: Seharian sebagai "Aku"....
24 DEC 2020 (KHAMIS
Semalam 23 Dec. Aku lahir pada tarikh keramat tu. Tak ada apa yang menarik, tak ada acara tiup lilin bagai. Kalo kat kampung, mungkin la kakak aku buat surprise belikan kek, atau aku sendiri pegi beli kek dan belanja keluarga makan-makan. Atau aku cuba resepi baru terutama nasi tomato yang aku baru belajar buat masa PKP 01 hari tu. Walaupun dalam banyak kali percubaan, baru sekali menjadi. “Jangan mengalah Niena, sekali tak menjadi, kita beli bahan lagi”….Githeww aku meniup semangat pada diri sendiri. 😅…Poyo!
Semalam aku bangun awal untuk sambung kerja menyemak kertas jawapan pelajar. Aku kena selesaikan semua ni sebelum aku pergi bercuti. Petang, aku teringat kawan aku kirim pisang kaki. Aku menyempatkan diri pegi bandar sekejap, ambil duit kat ATM buat bekal untuk perjalanan esok (macam kat sana tak ada ATM kan...emm).., kemudian pegi beli buah pisang kaki sebab kawan kepingin nak merasa setelah “tergoda” melihat gambar pisang kaki yang sengaja aku post dalam group telegram kami 😁.….Kau tau tak sepanjang aku hidup ni, ini la kali pertama aku beli pisang kaki. Hari tu kawan aku S, dok citer pasal pisang kaki ni dier terkenang kan Korea/ Jepun. Aku tak ingat pun yang dia pernah beli buah ni kat sana dan kami merasa sedikit. Lupa, aku benar2 lupa. Jadi masa beli tu aku tak tau macamana cara nak makan. Isinya keras macam buah apple. Ke buah ni belum masak? Tapi kulit dia dah kuning….Aku tanya S, dia kata memang isinya rangup macam apple. Ohh…jadi sejak hari tu, Pisang kaki antara pilihan buah yang aku akan beli selalu. Kau tau tak buah ni jarang2 ada di jual di Labuan atau di Beaufort. Jadi jangan kecam aku kalo aku sedikit “kebaruan”. Aku beli 2 plastik, 1 nak bagi KH, 1 lagi aku nak makan.
Sumber: Google |
Petang sikit aku join membawang menyembang
rumah jiran sebelah, aku hulur sikit duit kopi pada maknya sebab anaknya tolong
tampalkan atap. Aku jarang bertandang rumah jiran, jika ada yang perlu saja.
Sebenarnya aku datang sebab aku nak tanya pada jiran no. 2 (rumahnya sebelah
rumah makcik), kalo2 suaminya boleh buat pintu dan syiling rumah tu. Sebab aku
pernah nampak suaminya buat perahu, mesti boleh buat pintu juga. Katanya
boleh….Wahh!! Teruja aku. Lepastu suaminya ambil ukuran pintu, dalam masa
seminggu semua tu siap dipasang, syiling
dah tukar, pintu dah dipasang, singki yang bocor pun dah dibaiki. Hebat,
kerjanya kemas dan cepat pula. Alhamdulillah, terima kasih jiran.
Masa tuan rumah datang dia sempat komen, barang aku banyak sebab tu Cik T suka datang. Bukan bersepah ya, tapi banyak. Aku ada sedikit sikap yang tak begitu nak ok, iaitu sayang nak buang barang2 lama, yang aku rasa 1 hari nanti pasti berguna. Contohnya nota2 lama, beg lama, dompet lama, kasut aku beli tapi tak muat simpan, beg yang aku beli, kecik tak muat dompet, simpan juga. …macam2 la. Bila aku fikir balik betul juga kata tuan rumah. Lepastu aku terus pegi beli 2 almari untuk simpan tudung dan barang2 lain, 1 almari untuk simpan barang make up. Aku susun perabot yang aku beli dan kemas barang dalamnya. Aku buang semua barang yang aku tak perlukan, printer lama, kipas, beg semua la. Yang masih elok aku bagi je pada jiran. Ada 1 almari pakaian, penyewa lama tinggalkan aku simpan kat dapur, aku letakkan rak pinggan mangkuk dalam tu dan susun semua pinggan mangkuk dalamnya. Jadi sekarang aku tak risau pinggan mangkuk aku kena kencing tikus! Dah siap kemas, rasa lapang je…Uhh....Terasa seperti Niena yang baru!!
Malam tadi, lepas makan, aku masukkan markah dulu dalam system. Selesai baru kemas barang. Aku tidur lewat lagi malam tadi. Selesai kemas barang dalam beg, print boarding pass segala macam….aku sambung kemas rumah pula, cuci baju, jemur, sapu lantai, lepastu pegi tengok aisbox…buang semua barang yang dah tak elok. Lepastu baru rehat.
Flight aku ke KL hari ni jam 1030am. Tapi aku kena
bergerak paling lewat 830 am. Awal kan? Sebab aku kena pegi sekolah dulu,
tinggalkan kereta kat sana, kemudian ambil grab ke airport. Sampai airport,
alhamdulillah tak ramai orang macam selalu. Aku terus pegi drop bag, kemudian
terus naik ke atas, tunggu belon tiba, sambil melayan perasaan tengok youtube
Hafiz dan Erni menyanyi lagu sekadar di pinggiran…Perghh!! Dalam belon aku
bantai tido. Tup2 dah sampai KLIA2….Eh…eh betul ke ni. Heheh…Untuk tahun ni
(2020), ini la kali pertama aku naik belon. Pramugari kata kita kena bergerak
keluar setiap 3 barisan. Elok juga tak la berebut nak keluar. Tak ramai orang
masa nak amik bagasi. Tengahari tu macam flight dari Labuan je baru sampai,
sementelahan tak banyak proses yang dilalui seperti mana penumpang dari Sabah.
Sampai tulisan ini aku post, penumpang dari Labuan yang hendak ke Semenanjung
(Sahaja) tidak perlu melakukan swab test. Apabila masuk nanti ke Labuan sahaja
WAJIB menjalani swab test (terpakai 3 hari sahaja ketika berangkat). Sebab tu
proses masuk sampai aku selamat mendapatkan beg agak lancar.
Aku kena tunggu rakan2 yang lain sampai. Malam ni kami
akan menginap di Tune Hotel. Aku berjalan santai je keluar, sebab rakan2 yang
lain sampai dalam jam 2 pm. Aku pegi Family mart sebab terasa lapar. Lepastu
pegi surau. Lepastu pegi jalan2 tengok kedai, akhirnya aku penat, aku turun
tingkat 1, cari tempat duduk. Duduk lagi sambil tengok FB, Insta, sambil makan
buah pisang kaki yang aku dah siap potong.… Lepastu aku tanya dalam whatsapp,
siapa antara rakan2 yang dah sampai. KH balas katanya depa dah ada di Tune Hotel. Aku tengok jam, rupanya sudah jam 2 pm. Aku ingatkan A yang sampai dulu.
Aku pun pegi Tune, aku tengok pintu masuk tu di tutup. Security lambai tangan
dari pondoknya..Aku pun tarik beg menuju ke arahnya. Dia tunjukkan jalan
masuk…..Ohh dah berubah. Mungkin sebab C19 ni jadi dorang kecikkan saiz kaunter
untuk checkin supaya tak berlaku kesesakan. Tak lama tu aku nampak KH dan KE
dalam bilik tengah checkin. Eh lepastu jumpa pula KP dan A, pun baru
sampai…..happy je jumpa kawan2 travel ni. Kali terakhir aku jumpa geng dari
Tawau pada bulan 8, ketika aku pergi menyibuk masuk Pulau ditengah Covid sedang
diam2 memerhati. Nahh, balik dari Tawau….kes kat sana terus BOOMMM!!
Kami tidur lewat pula malam ni, seronok bertukar2 cerita. Paling win KP la, dalam kami bersembang macam tu dia masih sibuk uruskan perkara yang berkaitan sekolah. Uhh…salute pada KP!! Tak lupa pula bantai makan aiskrim musang king.
..
Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)
26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...
-
25 Dec 2022 Assalamualaikum dan Hi..... Hari ni 25 Dec. Hari Krismas kan. Biasanya, kalo kami berada di mana2 negara pada tarikh ni, seming...
-
26 Mei 2023 (Jumaat) Assalamualaikum & Hi ... Jumpa lagi dicerita baru. Kali ni cerita tentang Kashmir pula. Bercuti ke Kashmir ni seben...
-
4 Mac 2024 (Isnin) Trip ni saya namakan Trip santai. Sebab apa? Sebab...kami pegi ni singkat sangat tempohnya. Jarang kami pegi ke luar ne...