Cerita sebelumnya: Disini
16 Dec 2017
Hari 3
Istana Maimon
Selesai membeli ole-ole di Pasar buah Berastagi tadi kami terus beredar balik ke bandar Medan. Sebelum itu singgah pula ke kebun Strawberry. Di bandar medan nanti kiranya akan menyempatkan diri singgah ke Istana Maimon. Jaraknya lebih kurang 65km dari Pasar buah tadi dan mengambil masa kira-kira 2 jam 12 minit untuk sampai ke Istana Maimon. Macam biasa bergantung kepada macet dijalanan.
Menurut sejarahnya, Istana Maimun yang juga terkenal dengan nama sebagai Istana Putri Hijau, merupakan istana kebesaran Kerajaan Deli. Dulu-dulu cite nyer kat Sumatera ni, ader 2 kesultanan Melayu yang terkenal. Satu Kesultanan Deli dan satu lagi kesultanan Serdang, tapi Kesultanan Deli tu la yang paling tua sekali. Dalam perkembangannya, satu hari berlaku pertelingkahan atau konflik dalam keluarga diraja kesultanan Deli ni. Atas konflik itu lah maka Keluarga diraja tersebut terpisah menjadi 2, yang memisahkan diri ni mengelar diri mereka sebagai Kesultanan Serdang. Maka kesimpulannya kedua kesultanan Melayu ini sebenarnya bekeluarga.
Istana Maimon selesai dibina pada Ogos 1888m, iaitu semasa pemerintahan pemerintahan Sultan Makmun al-Rasyid Perkasa Alamsyah, iaitu putera sulung Sultan Mahmud Perkasa Alam. Sejak tahun 1946, Istana Maimon dihuni oleh waris Kesultanan Deli dan pada masa tertentu, di istana Maimon ni sering diadakan pertunjukan muzik tradisional Melayu. Biasanya diadakan ketika adanya majlis besar seperti majlis perkahwinan. Setiap dua kali dalam setahun pula, Sultan Deli biasanya akan mengadakan majlis silaturahim atau hari keluarga dikalangan keluarga diraja. Manakala Pada setiap malam Jumat, keluarga sultan akan mengadakan acara rawatib adat.
Walaupun kini macam dah tak ada orang yang tinggal di sini, tapi kita masih boleh nampak koleksi yang dipaparkan di ruang tamu, seperti foto keluarga sultan, perabot rumah tangga Belanda kuno, dan berbagai jenis senjata. Pendek kata sudah jadi muzium la. Dalam istana Maimon ni terdapat meriam buntung yang mana Meriam ni mempunyai kisah lagenda yang tersendiri. Ia berkaitan dengan Putri Hijau. Kononnya di Kerajaan Timur Raya, ada seorang putri yang cantik jelita, bernama Putri Hijau. Beliau dipanggil dengan gelaran tersebut, kerana badannya mampu memancarkan warna hijau. Putri Hijau ni mempunyai 2 orang adik beradik lelaki, iaitu Mambang Yasid dan Mambang Khayali. Suatu hari Raja Aceh datang meminang Putri Hijau. Namun, pinangan tersebut telah ditolak oleh kedua abangnya. Raja Aceh menjadi murka lalu menyerang Kerajaan Timur Raya. Raja Aceh berhasil mengalahkan Mambang Yasid. Ketika tentara Aceh hendak masuk ke istana untuk menculik Putri Hijau, tiba2 terjadi satu keajaiban yang mana, Mambang Khayali tiba-tiba berubah menjadi meriam dan menembak melulu tanpa henti. Oleh kerana meriam itu melepaskan tembakan berterusan kepada tentera Aceh, maka meriam ini terbelah dua. Dibahagian depannya ditemui di daerah Surbakti, di dataran tinggi Karo, dekat Kabanjahe. Manakala bagian belakang terdampar ke Labuhan Deli. Seteah ditemui, akhirnya meriam tersebut dipindahkan ke halaman Istana Maimun.
Untuk berkunjung ke Istana Maimon, anda jangan risau, ia dibuka setiap hari kepada pengunjung kecuali sekiranya ada penyelenggaraan untuk majlis tertentu, maka ia akan ditutup kepada umum. Istana Maimon mempunyai keluasan lebih kurang 2.772 m, dengan halaman yang luasnya mencapai 4 hektar. Panjang dari depan kebelakang mencapai 75,50 m. dan tinggi bangunan mencapai 14,14 m. Bangunan istana bertingkat dua, disokong oleh tiang kayu dan batu. Biasanya setiap petang, kelihatan ramai kanak-kanak bermain di halaman istana yang luas.
Seni bina bangunan istana Maimon merupakan gabungan antara seni bina Moghul, Timur Tengah, Spanyol, India, Belanda dan Melayu. Pengaruh seni bina Belanda dapat dilihat pada bentuk pintu dan jendela yang lebar dan tinggi. Tapi, terdapat beberapa pintu yang menunjukkan pengaruh Spanyol. Pengaruh Islam kelihatan pada lengkungan (arcade) pada atap. Tinggi lengkungan tersebut adalah antara 5 hingga 8 meter. Bentuk lengkungan ini amat populer di kawasan Timur Tengah, India dan Turki. Bangunan Istana Maimon terdiri dari tiga ruang utama iaitu bangunan induk, sayap kanan dan sayap kiri. Bangunan induk iaitu Balairung, berkeluasan 412m, menempatkan singgasana kerajaan. Singgasana kerajaan digunakan dalam acara-acara tertentu, seperti pertabalan raja atau ia juga digunakan untuk ruang berkumpul keluarga diraja ketika hari kebesaran islam disambut. Di bangunan ini juga terdapat sebuah lampu kristal besar bercirikan Eropah.
Bersambung...
Rujukan
https://syair4artikel.wordpress.com/sejarah-istana-maimun/
http://resammelayu.blogspot.com/2009/04/kesultanan-deli.html
No comments:
Post a Comment