Sunday, October 6, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Naik keretapi ke Chiang Mai-(Part 19)

20 Dec 2018
Khamis
Hari ke- 10

Pagi yang masih cerah. Alhamdulillah...
Malam tadi aku kemurungan bila terkena membeli ikan yang mahal!!!!๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Kan petang semalam pg pasar malam. Sepanjang berada di Thailand ni, dah lama aku tak makan ikan. (Hantu ke aper ni??) Oh ya aku lupa nak habaq, Tahun lalu masa kembara ni, aku masih menghidapi exzema yang boleh dikatakan teruk. Kalo boleh dikatakan exzema la, sebab melalui pembacaan aku, itu la dier namanya. Dah beberapa tahun sebenarnya dapat exzema ni, seingat aku dari 2015 atau 2016. Bayangkan berapa lama aku menderita. Mula2 puncanya (Doktor kata) pencuci pinggan atau serbuk cuci kain. Yang kena tu cuma dekat jari dan tapak tanggan. Stress owhhh....gatal giler. Ehhh....asal pula ko melalut citer pasal exzema ni?? Sebenarnyer ader kaitan dengan ikan tadi. Apa yang aku perasan bila makan ayam, dier punya gatal tu...uhhh, azab sungguh sampai tak boleh bawa bincang punya. Sebab tu 10 hari di Thailand ni, bila aku rasa dier dah mula nak merebak balik, aku cuba nak elakkan makan ayam. Uhh...takut aku. Ayam kat pasar malam pula, ayam goreng. Tak jumpa ayam masak 3rasa ke, tomyam ke.... Jumpa ikan terus macam, ada harapan untuk baik. Sebab sebelum aku memulakan kembara, dier dah elok sikit, sekali.......aku pg bersihkan habuk rumah, dier datang balik. Ok lupakan pasal kemurungan tadi. Malas nak mengingat kisah kejam yang dah berlalu. 

*Nanti aku buat entry khas utk exzema ni. Saja nak share pengalaman dan memberi sokongan kepada rakan diluar sana yang masih berjuang utk bebas dari exzema durjana ni!! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ชAnda masih berpeluang untuk sembuh seperti sedia kala.

Malam ni kami akan bergerak naik train ke Chiang Mai. Check out pukul 1130 am. Jadi pagi ni kami tak bercadang kemana2. Kemas barang, check out, baru fikir nak cari makan. KN ajak sarapan pagi di beranda dapur. KD awal2 lagi dah ke seberang sungai nak ke pasar pagi katanya mencari kuih muih. Dier balik aje bawa beberapa jenis kuih muih, satu tu dier dapat "kerbau guling". Sedap juga. 

Pagi di Ayutthaya....
Bantun. 
Tengok kapal lalu lalang sedang tarik bantun ni buat aku teringat zaman kanak2 dulu di Kg. Gadong Limbang. Rindu pula zaman tu, zaman yang kita tak sibuk pun tengok hp. Zaman tu kita dengar radio, tengok tv, bermain. Hp ada tapi yang jenis besar gedabak. Kalo orang call tarik antena dulu. Kebetulan rumah kami dulu dekat dengan sungai Limbang, selalu la nampak kapal macam ni lalu, tarik kayu balak. Sekarang dah pindah tak de dah kenangan macam tu.  

Asal bagi jelingan maut tu......๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Lepas sarapan kitorang balik bilik masing2, tengah rehat2 tu kami dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkn. A bagitau Z yang ayah dier meninggal. Ahhhh?? Aku macam blur padahal dah dengar jelas. Terus terbangkit dari perbaringan. Sungguh! Kami semua terkejut. Aku tengok muka dier kosong, langsung tak menangis. "Betul ke A"?? Kami bertanya. "Ya betul, adik aku baru msg", katanya. Dier terduduk, sambil memandang Z. Barangkali memikirkan jalan terbaik yang patut dia ambil. Kami sekarang berada beribu batu jauh dari Sabah. Akhirnya kami bertanya, apa rancangan dia. Dia amik keputusan untuk balik segera ke Sabah. Kami sokong apa saja keputusan yang dia ambil. Z terus hubungi kakaknya yang bekerja dengan agent tiket, bertanyakan harga tiket paling murah dari Bangkok terus ke Sabah. KD juga menghubungi kenalannya bertanyakan soalan yang sama. Sambil2 tu A bercerita, dia sikit lagi tak jadi join trip ni sebab ayahnya baru saja menjalani pembedahan. Seingat aku baru seminggu katanya. Tapi sebelum berangkat tu ayahnya dah menunjukkan tanda2 positif untuk sembuh, itu yang membuatkan hati dia agak ringan untuk meneruskan kembara ni.

Bila terjadi peristiwa ni, aku teringatkan tentang perancangan kami yang sudah diatur rapi. Kalo dikira malam 19hb, kami dijadualkan akan bertolak ke Chiang Mai, tapi sebab tersalah tarikh masa beli tiket, ianya dibawa ke malam 20hb. Itu lah hikmah disebalik kesilapan tarikh tu sebenarnya. Bayangkan kalo kami sudah berada di dalam train menuju ke Chiang Mai, dimana berita sedih tu sampai kepada A, kami masih lagi berada di dalam train. Allah SWT permudahkan urusan A hari tu. Urusan beli tiket sudah selesai, KD maklumkan kepada owner homestay minta tolong carikan grab untuk A terus ke airport Bangkok, yang lain tolong A berkemas. Akhirnya jam 10 lebih A bertolak. Kami semua menghantarnya dengan iringan doa semoga dia selamat sampai ke Sabah.

Aku kagum dengan ketabahan hati A. Kuatnya hati dia tak menangis. Aku tau dia simpan sebak itu jauh di dalam hati. Barangkali kenangan dia menjaga ayahnya selama ni yang menjadi kekuatan jiwanya. Disela2 ceritanya ada nada sebak, sesekali aku ternampak dia menyeka air mata yang cuba jatuh dari kelopak matanya. Sungguh, aku terkesan dengan peristiwa tu. Aku pula yang menangis. Ya Allah, mohon untuk dijauhkan aku dari ujian seberat ini. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ฅ Kami mohon kepada owner untuk check out selepas zuhor, simpan barang dan kemudian bergerak mencari tempat makan. Sebelum tu pegi stesen keretapi dulu untuk tukar resit tu kepada tiket sebenar. Stesen keretapi ni dekat je dengan homestay, jalan kaki boleh sampai dan dekat juga dengan 7E. Disitu la kami membeli nasi.

Stesen keretapi Ayutthaya
Tempat beli tiket
KD tanyakan dikaunter kalo2 tiket A, boleh refund.....tapi aku tak ingat apa keputusannnya.
Ruang menunggu
Lepas selesai urusan tiket keretapi, kami terus cari tuk2 untuk pg ke restoran muslim. Mulanya nak dapatkan tuk2 dari depan stesen ni je, tapi agak mahal la pula. Akhirnya kami pegi menyeberang sungai. Di sana kebetulan pula jumpa balik Pakcik semalam tu, terus kami ambil dia je untuk bawa kami pusing2 untuk hari terakhir di Ayutthaya. Pakcik tu baik, tak banyak songeh. Bila minta dibawakan ke restoran halal dier ok je walaupun dia bukan muslim. Orangnya sangat bersopan santun. Rezeki dia agaknya bila dapat penumpang macam kami. Ehhhh......??๐Ÿ˜…

Tengah deal dengan driver tuk2 di depan stasiun train. Mahal. Bukan rezeki kau la nampaknya bang.....
Destinasi pertama kami hari ini ialah terus ke restoran halal. Pakcik terus bawa kami bila ditunjukkan alamat, tahun lalu depa ni dah pernah ke sini jadi depa tau restoran halal ni. Pakcik terus memecut ke sana dengan kelajuan maksima sebuah tuk2.. ๐Ÿ˜‚ Laju sangat karang, tesungkur pula.

Ini dia restoran tu. 
Yang gagah berdiri bercermin kaca ni sebenarnya adalah homestay, jadi korang kalo nak tinggal sini pun ok. Aku kira restoran ni sangat bagus. Luas dan bersih. Ada ruangan terbuka ada juga ruang beraircond. Kat luaq panas, tak payah la tawaduk sangat nak duduk luar, mari la kita duduk bersejuk2 kat dalam ni. Kat sini juga ader mosola, ada tandas yang bersih dan boleh dikatakan bertaraf 4*. Makanan nya juga sedap. ๐Ÿ˜‹

Sape boleh baca nama restoran ni. Ader jual jajan juga kat sini. 
Depa tengah nak beli jajan khas Ayutthaya....
Lepas makan tak tau nak pegi mana dah, tiba2 lalu dekat kedai massage. Terus minta Pakcik berhenti. Singgah pula kat sini. Tempat massage ni dipunyai oleh orang non muslim, tapi sangat positif orangnya. Kat dalam ni ader bilik kecil untuk tukar baju. Bila kami nak minta izin untuk solat dengan buat gaya takbiratu irham....dier kata boleh. Alhamdulillah.. Untuk Pakcik tu pula, aman je hidup pakcik tu, bila selesai massage, kami nampak dier tertidur di dalam tuk2 nya. Bosan kot menunggu orang sejam 2. Lama tu..... kalo tahap kesabaran tak tinggi mana, memang ditinggalnya kami kat situ.. ๐Ÿ˜‚

Kemudian kami kembali ke homestay, sebelum tu pakcik bawa kami pegi beli jajan khas Thailand pula.

Nampak macam bihun kan. Benda ni manis. 
Nak order boleh wsapp no yang tertera. Sape boleh baca tulisan Thai ni? Niwatt...tolong translate...
Kalo nak beli manisan tu, kena beli sekali dier punya kulit tu. Nak panggil kulit ke?? Dia macam kulit popia tu tapi tebal sikit. kulit yang ni depa buat sendiri. Kalo nak makan, hamparkan kulit yang macam popia tu, kemudian masukkan inti yang macam bihun ni pula, lepas tu gulung macam kita gulung popia tu....lepas tu dah boleh makan. Sedap la juga, manis. 
Tak de bahasa melayu atau BI jajan ni
Mak Ani tengah pak kan kulit "popia"
Pak man tengah mengacau masakan. Benda ni la yang akhirnya nanti jadi macam bihun tu
 Tiba di homestay, lepak pula di dapur sambil tengok kapal. Mengantuk. Mak Temah kata boleh tumpang mandi kat tandas bawah ni, nak solat boleh naik atas, solat di ruang legar kat atas tu. Rupanya bila naik kat atas tu, cantik pula tempat dier, bersih...ader toilet tapi kena share.

Luas juga kat atas ni kan
Gambaq tak berapa nak cantik, hp murah la katakan....Ini kat ruang atas. Kitorang solat kat ruang sebelah sini, kami tak pegi hujung sana. Tak ramai orang yang menginap kat atas ni jadi agak selesa. 
NI toilet dier. Luas dan bersih. 
Selesai semuanya, kami pun bergerak ke stesen keretapi. Sebelum tu amik gambaq dulu dengan Mak Temah ni. Muka garang tapi baik juga. 
Lama nau ketapi ni. Tu menahan sakit gg tu.....๐Ÿ˜‚
Ini je keje untuk menghilangkan rasa bosan....
2
Muka suci tanpa bedak. Elok la naik ketapi nanti terus tido....tak yah cuci muka....๐Ÿ˜‚
3
Ketapi dah sampai. Handsome pula mamat pamugara ni....๐Ÿ˜‚
Amboi semangat tunggu ketapi ๐Ÿ˜‚
Sempat lagi.....๐Ÿ˜
Katil aku. tingkat atas. Mengikut pengalaman malam2 sejuk giler ni. Oh ya cadar, sarung bantal, selimut semua baru ya, jadi tak de la mewarisi ayaq liur basi orang sebelum tu kan...๐Ÿ˜‚ Eh Lupa Stokin pun baru ๐Ÿ˜…
Sebelum tdo sempat berfikir tentang A, Menurut update nya di telegram, dier dah sampai ke Tuaran jam 12++ malam. Oh ya aku lupa nak cite pasal keruntuhan kerajaan Ayutthaya kan? Ok nanti aku update cita di part 18. Yang ini tak sesuai nak cite. Korang pun mesti tau kan pasal sejarah tu? Tapi tak pe, aku nak cite juga, esok aku dah tua boleh la buka balik sambi2 baca pengelaman ketika muda. ๐Ÿ˜‚
Satu lagi, balik citer pasal exzema tu kan, sekarang aku dah bebas 95%, inshaallah sembuh dari exzema. Alhamdulillah....Sepanjang aku kena ni, paling teruk adalah awal tahun 2019, balik dari kembara Thailand tu la. Sangat teruk sampai aku balut tangan dengan tisu, macam orang accident pula. Setelah beberapa tahun tu, aku jumpa juga akhirnya penawar yang sesuai. Aku pegi klinik biasa je, dier bagi antibiotik, lotion yang bertindak sebagai glove (sapu 4 jam sekali), kemudian ubat sapu. Alhamdulillah....kosnya dibawah RM50. Tapi aku kena juga hati2, kadang tu macam ada gatal2 kat jari, terutamanya lepas menyiang ikan. Aku terus je sapu lotion aveeno....alhamdulillah tak jadi dier.

Ok gais, jom tido......

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Melawat tinggalan sejarah Ayutthaya (Part 18)

19 Dec 2019 (Rabu)
Hari-ke-9


Ayutthaya

Ayutthaya merupakan sebuah bandar yang terletak kira2, 85 km ke utara Bangkok. Mula diasaskan pada tahun 1350, menjadikan ia sebagai ibukota kedua Siam selepas Sukhothai. Kedudukannya yang strategik di antara China, India dan Kepulauan Melayu memberi laluan kepada Ayutthaya menjadi sebuah pusat perdagangan Asia dan juga dunia yang terkenal pada satu masa dahulu. Pada tahun 1700, Ayutthaya muncul sebagai sebuah bandar terbesar di dunia dengan jumlah penduduknya mencapai 1 juta orang! Kegemilangannya menyebabkan ramai pelayar dari beberapa negara seperti Arab, China, India, Jepun, Portugal, Belanda dan Perancis datang berdagang ke Ayutthaya sehinggakan mereka menobatkan Ayutthaya sebagai sebuah bandar terbaik. Kehebatan kotanya saja dapat dilihat dengan senibina istananya yang sarat dengan emas, kapal2 pedagang terapung diperairannya mengambarkan betapa rancaknya urusan perdagangan di Ayutthaya ketika itu. 

Tapi sayang seribu kali sayang. Negara maju dari pelbagai aspek memang menjadi idaman semua orang. Ia bermula dengan konflik yang berlaku pada jirannya iaitu Burma. Pada tahun 1752, Dinasti Konbaung aktif memperluaskan jajahannya sehingga ke sempadan Tenasserim, yang terletak di selatan Burma. Ini merisaukan Ayutthaya, takut Burma masuk pula menyerang Ayutthaya, dah dekat sangat dah tu Tenasserim dengan Ayutthaya. Mereka bermesyuarah, lalu kata putus diambil. Untuk melemahkan Konbaung, Ayutthaya perlu berpihak kepada pihak pemberontak yang terdiri daripada kaum Mon di wilayah Tenasserim. Apabila mengetahui berlakunya pakatan antara kerajaan Ayutthaya dengan Tenasserim, maka Konbaung menghantar bala tenteranya menyerang Tenasserim seterusnya masuk ke Ayutthaya. Konbaung berjaya menakluki Tenasserim tetapi tidak sempat menjatuhkan Ayutthaya kerana Raja Konbaung iaitu Alaungpaya meninggal dunia, lalu bala tenteranya mengundur diri dari Ayutthaya. 

1765, Konbaung sekali lagi menyusun strategi untuk menyerang Ayutthaya. Kali ni dari 2 penjuru. Satu dari Tenasserim, satu lagi dari Chiang Mai. Strategi bijak ini membuahkan hasil apabila Konbaung berjaya mengalahkan Ayutthaya. Bukan mudah sebenarnya Konbaung menakluki Ayutthaya. Sebagai negara maju, Ayutthaya sudah mempersiapkan benteng pertahanan berupa tembok tinggi lengkap dengan tentera yang bersiaga dengan mariam dan senapang. Tapi akhirnya runtuh jua kerana pihak tentera Ayutthaya semakin kelaparan. Konbaung membakar bangunan2 di Ayutthaya, patung Buddha dihancurkan dan emasnya diambil. Maka dengan itu tamat lah riwayat kerajaan Ayutthaya yang gemilang itu.

Macamana pula lahirnya kerajaan moden di Thailand?? Burma ke membentuk kerajaan moden tu atau ada orang dalam?? Sebelum Ayutthaya benar2 jatuh ke tangan Burma, salah seorang jeneral Ayutthaya iaitu Taksin telah berjaya melarikan diri ke tenggara Thailand. Di situ, beliau mengumpul pengikutnya sendiri untuk dibentuk menjadi satu pasukan. Lalu denga pasukan kecil itu lah Taksin berhasil menawan kembali Kota Ayutthaya. Namun disebabkan Ayutthaya masih lagi bagai padang jarak padang tekukur maka, Taksin terpaksa menjadikan Thon Buri menjadi ibukota kerajaan barunya. Sayangnya Taksin dikuasai oleh rasa ketamakan, beliau tidak puas hanya dengan menyatukan wilayah Ayutthaya, lalu memperluaskan lagi tanah jajahannya hingga ke Loas, Kemboja dan utara Melaka. Ini membuatkannya lupa diri, sesiapa yang menentangnya akan dibunuh. Sikapnya itu membuatkan orang bawahannya menentang dalam diam. Akhirnya Taksin dibunuh. Timbalan jeneral yang bernama Chakkri diangkat menggantikan tempatnya. Apabila Chakkari diangkat sebagai Raja, itu lah petanda bermulanya dinasti moden Thailand. Raja yang ada sekarang adalah dari keturunan Raja Chakkari.

Menurut sejarah, dahulunya Ayutthaya merupakan sebuah kerajaan islam. Boleh rujuk di sini berkenaan cerita tu: https://silverheritage.blogspot.com/2015/04/sejarah-yang-tersembunyi-kerajaan-islam.html

Wat Phra Mahathat

Wat Mahathat merupakan salah satu kuil Buddha paling penting di Ayutthaya. Menurut sejarahnya Wat Mahathat mula dibina pada tahun 1374 iaitu semasa pemerintahan Raja Borommaracha Rachathirat I. Wat Mahathat adalah sebuah kuil Diraja yang terletak berhampiran istana. Raja akan melakukan upacara penting di sini, seperti upacara Royal Kathin. Pada tahun 1767, Burma telah menyerang Ayutthaya. Wat Mahathat dibakar dan sebahagian besar Ayutthaya telah musnah.

Reka bentuk seni bina Wat Mahathat sebenarnya mengambil konsep kuil-kuil kuno Khmer di Angkor, Kemboja. Ia dibina untuk mengambarkan pandangan Hindu dan Buddha tentang alam semesta.

Menara seperti lonceng masih ada kelihatan
Bangunan yang masih kekal hingga sekarang
Jepret dari luar je sebab tak masuk. Yang ini ada kat luar kawasan yang berbayar tadi.
 Wat Mahathat dibuka setiap hari dari jam 800-500 petang. Bayaran masuk adalah 50 Baht. Aku tak masuk hanya skodeng dari luar aje. Yang masuk Kak D dan KH. 

Kawasan yang sangat luas. kami terpisah dari pagar
Kepala patung Buddha di belakang kak D, terletak elok dicelah2 akar pokok ara
Keunikan Wat Mahathat ini ialah di dalamnya terdapat kepala patung Buddha di celah2 akar pokok Banyan. Apa tu pokok Banyan? Kalo kat Malaysia kita panggil pokok ara, akarnya menjalar kemana-mana. Malam2 mesti terbayangkan sesuatu yang menyeramkan. Aku kira ini lah salah satu yang menjadi daya penarik pengunjung untuk datang ke sini dan melihat sendiri bagaimana keadaannya. Macamana ya kepala patung Buddha ada kat sana? Tak ada siapa yang tahu. Menurut cerita lisan, semasa Ayutthaya dibakar oleh Burma, kepala patung Buddha terpisah dari badannya. Ada juga yang mengatakan bahawa ada orang yang cuba untuk mengambil kepada patung buddha yang terpisah dari badannya, malangnya kepala patung tersebut tidak boleh dibawa melepasi dinding kuil maka mereka terpaksa membuangnya disebalik pokok.

Patung buddha yang masih kekal elok ditempatnya
Pintu masuk. Ada pengawal yang akan tengok tiket kat dalam ni
Bangunan kuil yang ada di luar kawasan berbayar
Patung Buddha duduk yang sudah tidak ada kepala. 
Tinggalan arca patung
Kebanyakan arca patung buddha di luar tidak mempunyai kepala, berkemungkinan rosak semasa diserang Burma
Kesan runtuhan
Salah satu mercu tanda kerajaan besar Ayutthaya satu ketika dulu
Berhadapan dengan kuil Mahathat ini terdapat sebuah tasik. Kelihatan para pekerja berehat sebentar melepaskan lelah ketika waktu rehat
taman
Menara di sebalik tembok
Menara yang masih berdiri gagah
Menara. Aku tak pasti samada boleh naik atau tidak. 
candi
Menunggu geng lain...
Wihan Phra Mongkhon Bophit

Kemudiannya kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu ke Wihan Phra Mongkhon Bophit, tidak jauh dari Wat Mahathat tadi. Wihan merupakan sebuah dewan yang menempatkan Phra Mongkon Bophit iaitu patung budhha yang terselamat dalam serangan Burma. Patung buddha yang berketinggian 1245 m ini diperbuat daripada bata dan gangsa. Kat sini pun tak masuk, hanya sekadar mengambil gambar di hadapan bangunan. Cuaca sangat panas menyengat, ditambah pula lapar. 
Bangunan wihan
Kami semua...
tuk2 yang setia menannti peumpang
Wat Yai Chai Mang Khon

Wat Phra Chao Phya yang juga dikenali sebagai Wat Yai Chai Mongkol, terletak di tenggara dari bandar Ayutthaya. Memiliki keluasan 6210 km persegi dengan menggunakan 28144 tan batu bata. Terdapat sebuah candi besar yang boleh dilihat dari jauh. Ia dibina oleh Raja Ramathibodhi I yang bertujuan untuk menguburkan mayat kedua orang puteranya iaitu Chao Kaeo dan Chao Thai yang meninggal dunia akibat kolera. Kemudiannya pada tahun 1357, Raja Ramathibodhi I memerintahkan agar mayat kedua orang puteranya digali semula untuk dibakar. Biara ini keudiannya didedikasikan kepada para sami yang telah mempelajari ajaran Buddhisme secara praktikal di Ceylon. Apabila kumpulan itu menjadi terkenal, Raja kemudiannya melantik ketua mazhab untuk menjadi Somdet Phra Wannarat. Akibat serangan Burma, kuil ini antara yang terlibat dengan kemusnahan. Namun akhirnya ia dibina semula semasa pemerintahan Raja Naresuan atas kemenangannya ke atas Burma. 
Keunikan kuil ini ialah di dalamnya terdapat beratus arca patung buddha yang dibina sejajar. Terdapat juga arca patung buddha yang sedang berbaring. Bayaran masuk ialah 50 baht. 



Yang ini kami masuk dari pintu belakang, terus jumpa ni.
Rumah kayu dibina cantik
Gugih aku memanjat tembok nak amik gambar ni. Ini di ambil dari luar ya bukan aku sekodeng masuk.....๐Ÿ˜Ž
Kat sini aku tak masuk. Yang masuk sini cuma KH, S, KN. Kami yang lain hanya diluar menyusur dari tepian tembok. Mengambil gambar dari luar ni juga mengasyikkan sebab bangunannya tinggi dan boleh dilihat dari luar, terdapat juga taman yang redup disepanjang laluan ini hingga kami tak sedar yang kami menyusur hingga ke hujung tembok, rupa2nya ada laluan masuk yang terbuka yang menghubungkan dengan taman di dalam. Aku hairan, kalo ini dibiar lepas bebas terbuka macamni, apa gunanya mengenakan tiket di hadapan sana?? Hati berperang untuk jujur tapi kaki tetap melangkah masuk. Nampaknya kata hati tidak seiring dengan perlakuan.  Ehhhh.....๐Ÿ˜ฌ

Ok Masa yang ditunggu2 telah tiba. Akhirnya Pakcik Tuk2 tu bawa kami ke gerai makan muslim. Ini dia tapi aku lupa nama restoran ni. Makanannya ok juga, menepati selera. Yang paling penting kena ada tomyam.....๐Ÿ˜‹
Makcik dah tunggu depan pintu
Amboi serius KD, lapar banget gamaknyer. Hehehehhe
Lepas makan apa lagi, balik la ke pangkal jalan.....Balik untuk merehat sekejap, buat apa yang patut. malam karang katanya nak p pasar malam Ayutthaya....


Askar balik dari berperang....๐Ÿ˜
Special thanx and credit to:
https://www.re-tawon.com/2018/02/sejarah-runtuhnya-ayutthaya-berdirinya.html
https://www.renown-travel.com/historicalsites/ayutthaya/wat-mahathat.html
https://ayutthaya-history.com/Temples_Ruins_ViharnMongkhonBophit.html
https://moonfleetasia.blogspot.com/2017/07/18072560-wihan-phra-mongkhon-bophit.html
https://wikitravel.org/en/Ayutthaya

Thursday, October 3, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Explore Ayutthaya Part-17

19 Dec 2019
Hari ke-9 (Selasa)


Hari pertama di Ayutthaya. 

Semalam kami tiba di sini sudah agak senja. Tak banyak aktiviti semalam. Pakcik Harris terus bawa ke homestay, check in, kemudian dier tunggu lagi untuk tunjukkan kami kedai makan muslim. Baik la Pakcik tu.....Sebelum kami mengucapkan selamat tinggal sempat dier menitip pesan, jaga diri, selamat menyambung kembara...aku tengok ada sedikit air mata juga begenang di kelopak mata Pakcik. Kesian Pakcik tu. Moga Pakcik Harris murah rezeki....๐Ÿ˜ข

Sebelum memulakan perjalanan pagi ni, sempat kami bersarapan pagi di tebingan Sungai Chao Phraya. Kebetulan Homestay ni terletak di tepian sungai, dapurnya berkonsep terbuka. Angin pagi sepoi2 bahasa. Semua makanan bawak sendiri punya, homestay bagi air panas sahaja. Misi untuk meringankan beban makanan. Semua nampak sedap, maggie makan dengan ayam sejuk pun rasa sedap, ayam tu beli di Pasar malam.......๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Kalo ikut itinerary, kami hanya semalam sahaja di Ayutthaya. Kiranya malam ni, naik train ke Chiangmai. Tapi baru perasan bahawasanya tarikh pada tiket train ke Chiangmai itu adalah pada 20hb Dec, malam. Jadi maknanya kami ada 1D2N di Ayutthaya.....Ok tak pe layan aje.

Jadi pagi tu selepas sarapan kami menyeberang sungai. Sebab kata Mak Temah (owner homestay), kat seberang sana ader pasar pagi, jual kuih muih dan sana pun senang nak dapatkan tuk2. Kalo ikutkan Mak Temah punya cadangan semalam, memang dier nak arrangekan kami tuk2 yang boleh bawa pusing2 keliling kota Ayutthaya, tapi menurut Pakcik Harris harga yang dier tawarkan tu agak mahal! Jadinyer, better cari sendiri. Jeti nak ke seberang tu dekat je, sebelah homestay ni je. Kalo nak dikira lalu dari dapur tu tadi pun ble sampai tapi sebab kiter ni masayarakat Malaysia yang diajar tentang adap sopan, budi bahasa ๐Ÿ˜Ž maka kami dengan rela hati mengambil jalan jauh. Githewww.....

Harga tambang menyeberang tu tak ingat berapa tapi tak mahal la....kitorang guna duit syiling.
Kami dalam bot. gambar kanan tu aper cer, macam nak gadoh aje tu....Hehheh....KH sebenarnya nak menerangkan pada Pakcik tu bahawasanya esok kami nak amik dier lagi untuk bawa kami jalan2 tapi pakcik tu tak berapa nak paham. 
Sampai dah diseberang....kakak tu khusyuk mempromosi pakej yang dier tawarkan. Driver dier pakcik atas tu la. Tapi Pakcik tu baik...dier layankan aje kami nak ke sana sini. Kemudian minta dier bawakan kami ke restoran muslim, dier bawa je tanpa merungut. Senyum je dier....
Wat Phanan Choeng Worawihan

Ini merupakan destinasi pertama lawatan kami hari ni. Wat Phanan Choeng merupakan salah sebuah kuil Buddha yang terletak di tebing timur Sungai Chao Phraya. Ia mula dibina pada tahun 1324, kira-kira 26 tahun sebelum kota Ayutthaya diasaskan secara rasmi. Terdapat sebuah patung buddha yang berdiri setinggi 19 meter, di dalamnya. Patung Buddha yang sangat dihormati ini dipanggil Luang Pho Tho yang dianggap sebagai penjaga untuk pelaut. Pada tahun 1407, Zheng He, seorang laksmana cina muslim dari Yunan yang mengetuai pelayaran Dinasti Ming telah singgah berkunjung ke kuil ni. Ia disambut secara besar-besaran, diketuai oleh Raja Siam, dalam upacara tersebut Laksmana Zheng He telah menganugerahkan hadiah kepada kuil ini. Peristiwa ini masih diingati oleh masyarakat cina Thailand hingga kini. Wat Phanan Choeng dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Yuran masuk adalah 20 baht, dibayar di gerai kecil di pintu masuk.

Semasa kami tiba kuil ni dalam proses pembaikan dan kami tidak bercadang unuk masuk ke dalam. Lalu kami hanya mengambil gambar dipersekitaran luar. Kebanyakan pengunjung juga rasanya tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan. sekejap aje kat sini kemudian kami pegi ke destinasi ke-2.


Perjalanan menuju ke Kuil.Kebetulan kuil ni letaknya di tepi sungai
Depan kuil ada sungai...
Floating Market Ayodhya

Jika nak mencari sesuatu hasil seni yang unik, original, cerminan budaya setempat... di sini la tempat yang harus dituju. Terletak di Wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya, Thailand, kira2 2 jam dari Bangkok dengan memandu kereta atau menaiki  kereta api. Seperti yang kita tau, salah satu daya penarik di Thailand ialah Floting marketnya, tetapi Floting Market Ayodhya (FMA) ni berbeza dengan apa yang kita lihat di tempat lain. Menurut catatan wikipedia, FMA adalah floting market buatan! Terdapat rumah kayu tradisional Thailand yang dibina berjajar sepanjang tebingan sungai. Berkeluasan sekitar kira-kira 31 ekar yang dibahagikan kepada zon, iaitu zon Ampho dan zon Phra Nakhon Si Ayutthaya. Antara barangan yang dijual di sini ialah pelbagai jenis makanan Thai terutama gula-gula, cenderahati, hiasan rumah, mainan tradisional Thai dan sebagainya. Pengunjung juga boleh mengambil bot di sekitar pasar atau menunggang gajah untuk melawat tapak bersejarah yang berdekatan. Pasaran dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pintu masuk
Klo kiter naik bot ni, dier akan bawa kiter ke gerai yang jual barang2 tu...
Tak ramai orang....ker sebab hari kerja?
Kesian gajah ni dengan anak dier sekali terpaksa hidup terkurung....
Aziah bersama gajah....
 Kat sini pun kitorang tak lama. Tak pegi pun naik bot sebab dah penah pegi dan tengok floting market kat Bangkok. Jadi kitorang jalan2 amik gambo aje kat sekitar kawasan ni.


Aduhaiiiii.....Line internet ni, lembap pula macam kura-kura. Sambung lain kali na....

Bersambung.....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...