19 Dec 2019
Hari ke-9 (Selasa)
Semalam kami tiba di sini sudah agak senja. Tak banyak aktiviti semalam. Pakcik Harris terus bawa ke homestay, check in, kemudian dier tunggu lagi untuk tunjukkan kami kedai makan muslim. Baik la Pakcik tu.....Sebelum kami mengucapkan selamat tinggal sempat dier menitip pesan, jaga diri, selamat menyambung kembara...aku tengok ada sedikit air mata juga begenang di kelopak mata Pakcik. Kesian Pakcik tu. Moga Pakcik Harris murah rezeki....😢
Sebelum memulakan perjalanan pagi ni, sempat kami bersarapan pagi di tebingan Sungai Chao Phraya. Kebetulan Homestay ni terletak di tepian sungai, dapurnya berkonsep terbuka. Angin pagi sepoi2 bahasa. Semua makanan bawak sendiri punya, homestay bagi air panas sahaja. Misi untuk meringankan beban makanan. Semua nampak sedap, maggie makan dengan ayam sejuk pun rasa sedap, ayam tu beli di Pasar malam.......😅😅 Kalo ikut itinerary, kami hanya semalam sahaja di Ayutthaya. Kiranya malam ni, naik train ke Chiangmai. Tapi baru perasan bahawasanya tarikh pada tiket train ke Chiangmai itu adalah pada 20hb Dec, malam. Jadi maknanya kami ada 1D2N di Ayutthaya.....Ok tak pe layan aje.
Jadi pagi tu selepas sarapan kami menyeberang sungai. Sebab kata Mak Temah (owner homestay), kat seberang sana ader pasar pagi, jual kuih muih dan sana pun senang nak dapatkan tuk2. Kalo ikutkan Mak Temah punya cadangan semalam, memang dier nak arrangekan kami tuk2 yang boleh bawa pusing2 keliling kota Ayutthaya, tapi menurut Pakcik Harris harga yang dier tawarkan tu agak mahal! Jadinyer, better cari sendiri. Jeti nak ke seberang tu dekat je, sebelah homestay ni je. Kalo nak dikira lalu dari dapur tu tadi pun ble sampai tapi sebab kiter ni masayarakat Malaysia yang diajar tentang adap sopan, budi bahasa 😎 maka kami dengan rela hati mengambil jalan jauh. Githewww.....
Jadi pagi tu selepas sarapan kami menyeberang sungai. Sebab kata Mak Temah (owner homestay), kat seberang sana ader pasar pagi, jual kuih muih dan sana pun senang nak dapatkan tuk2. Kalo ikutkan Mak Temah punya cadangan semalam, memang dier nak arrangekan kami tuk2 yang boleh bawa pusing2 keliling kota Ayutthaya, tapi menurut Pakcik Harris harga yang dier tawarkan tu agak mahal! Jadinyer, better cari sendiri. Jeti nak ke seberang tu dekat je, sebelah homestay ni je. Kalo nak dikira lalu dari dapur tu tadi pun ble sampai tapi sebab kiter ni masayarakat Malaysia yang diajar tentang adap sopan, budi bahasa 😎 maka kami dengan rela hati mengambil jalan jauh. Githewww.....
Harga tambang menyeberang tu tak ingat berapa tapi tak mahal la....kitorang guna duit syiling. |
Wat Phanan Choeng Worawihan
Ini merupakan destinasi pertama lawatan kami hari ni. Wat Phanan Choeng merupakan salah sebuah kuil Buddha yang terletak di tebing timur Sungai Chao Phraya. Ia mula dibina pada tahun 1324, kira-kira 26 tahun sebelum kota Ayutthaya diasaskan secara rasmi. Terdapat sebuah patung buddha yang berdiri setinggi 19 meter, di dalamnya. Patung Buddha yang sangat dihormati ini dipanggil Luang Pho Tho yang dianggap sebagai penjaga untuk pelaut. Pada tahun 1407, Zheng He, seorang laksmana cina muslim dari Yunan yang mengetuai pelayaran Dinasti Ming telah singgah berkunjung ke kuil ni. Ia disambut secara besar-besaran, diketuai oleh Raja Siam, dalam upacara tersebut Laksmana Zheng He telah menganugerahkan hadiah kepada kuil ini. Peristiwa ini masih diingati oleh masyarakat cina Thailand hingga kini. Wat Phanan Choeng dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Yuran masuk adalah 20 baht, dibayar di gerai kecil di pintu masuk.
Semasa kami tiba kuil ni dalam proses pembaikan dan kami tidak bercadang unuk masuk ke dalam. Lalu kami hanya mengambil gambar dipersekitaran luar. Kebanyakan pengunjung juga rasanya tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan. sekejap aje kat sini kemudian kami pegi ke destinasi ke-2.
Perjalanan menuju ke Kuil.Kebetulan kuil ni letaknya di tepi sungai |
Depan kuil ada sungai... |
Floating Market Ayodhya
Jika nak mencari sesuatu hasil seni yang unik, original, cerminan budaya setempat... di sini la tempat yang harus dituju. Terletak di Wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya, Thailand, kira2 2 jam dari Bangkok dengan memandu kereta atau menaiki kereta api. Seperti yang kita tau, salah satu daya penarik di Thailand ialah Floting marketnya, tetapi Floting Market Ayodhya (FMA) ni berbeza dengan apa yang kita lihat di tempat lain. Menurut catatan wikipedia, FMA adalah floting market buatan! Terdapat rumah kayu tradisional Thailand yang dibina berjajar sepanjang tebingan sungai. Berkeluasan sekitar kira-kira 31 ekar yang dibahagikan kepada zon, iaitu zon Ampho dan zon Phra Nakhon Si Ayutthaya. Antara barangan yang dijual di sini ialah pelbagai jenis makanan Thai terutama gula-gula, cenderahati, hiasan rumah, mainan tradisional Thai dan sebagainya. Pengunjung juga boleh mengambil bot di sekitar pasar atau menunggang gajah untuk melawat tapak bersejarah yang berdekatan. Pasaran dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Pintu masuk |
Klo kiter naik bot ni, dier akan bawa kiter ke gerai yang jual barang2 tu... |
Tak ramai orang....ker sebab hari kerja? |
Kesian gajah ni dengan anak dier sekali terpaksa hidup terkurung.... |
Aziah bersama gajah.... |
Bersambung.....