17 Dec 2018
(Isnin)
|
My Ozone Khao Yai
334 Moo 6, Tambon Wang sai, Ampoe Pak chong
Nakhon Ratchasima, 30130 Ban Wang Sai
Thailand
|
Selamat Pagi Malaysia....Wahhh....lama betul tak bersiaran kan?? Sebab kita bercuti raya katanya..🙊hari ni nak sembang pasal citer baru. Kiter pegi ke My Ozone, Khao Yai. Ini destinasi pertama kami untuk hari ni. Perjalanan sejauh 31km dari penginapan kami di Ban Yang Tree Homestay, mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke My Ozone. My Ozone sebenarnya merupakan salah satu resort yang terdapat di Khao Yai. Sampai2 aje, kami terus berlarian di dataran rumput hijau perkarangan hotel ni. Depan ni pun dah memukau, aper lagi di dalam sana....
|
Ini sebenarnya dalam perjalanan keluar baru jumpa. Minta Pakcik berenti sat, utk kami amik gambaq depan ni..... |
|
Bangunan hotel |
|
Merasa la juga perasan jadi Puteri Ghaje....😆 |
|
Taman nan luas di bina di hadapan hotel. |
|
Teruja |
|
Sekuntum mawar merah... Sebuah Puisi..... |
|
Ku intaimu di sebalik mawar merah |
|
Aku bantai aje la bejemur, bukan selalu katanya.....Sendayu tinggi kan ader....Ehhh?? |
Kalo kebetulan korang datang ke Bangkok, jangan lupa lajak sampai ke Khao Yai, hanya 2 jam perjalanan dari Bangkok. Berdiri di hadapan hotel ini membawa kita seolah-olah berada di Eropah. (
Walaupun kau tak penah lagi jejak kaki ke Eropah 🙈)....Terbuai-buai perasaan ditiup angin sejuk, padahal suhu mencecah 30*C, dengan panas lit-lit memanah ke bumi. Bangunan My Ozone menampilkan seni bina gaya Eropah, ibarat istana gah berdiri, dikelilingi rumput hijau. Melangkah je masuk ke dalam hotel, lagi sekali kita dikejutkan, tiba2 je suasana berubah..."eh...eh, aku hidup di zaman Renaissans ke aper ni?" Mana taknyer, penataan ruang dalam bangunan ni membawa kita ke gaya klasik Victoria. Untungnya, kau tak menginap pun, kau masih boleh tumpang amik gambaq kat sini. Semua sudut/ sisi/ ruang menarik dan menawan kalbu, lagi2 dier pasang aircond kuat gilss, jadi kau selesa je macam kat tempat omputeh, walhal kau berada di Thailand je, bejemur kat luaq sana ble rentung. Gitewww.....
Bila masuk ke kawasan belakang lagi akan jumpa bangunan ni......
|
Ini pun rasanya antara bilik hotel |
|
sisi lain |
|
Kiter boleh masuk dalam ni. Ruang bawah ni macam galeri. |
|
Dari dekat |
|
Bunga berwarna- warni.... |
Sesuai dengan binaan bangunannya yang elegant, anggun dan bergaya, My Ozone menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dan selesa kepada pelanggan. Di binanya taman bunga yang luas untuk menyerasikan hutan semulajadi yang mengelilingi resort ni, secara tak langsung, koloborasi ni membantu menyalurkan kualiti udara yang sangat baik. Kiter pun rasa selesa menghirup udara segar dari pergunungan. My Ozone menyediakan 79 bilik dan vila dengan pelbagai pilihan. Pilihan bilik hotel untuk dipilih termasuk Deluxe dengan gaya Tuscan, Executive Deluxe dengan reka bentuk mewah dengan lantai marmar dan tingkap kaca yang menyerupai lukisan landskap, Wellness Deluxe yang mempunyai reka bentuk mewah ditambah dengan pakej kesihatan yang boleh dinikmati serta The Ozone Suites yang mempunyai reka bentuk apartmen mewah yang mempunyai 2 bilik tidur serta ruang tamu yang besar dan teres mewah. (Disadur terus dari
https://www.myozonekhaoyai.com/ 😛)
|
deretan rumah kat bawah sana juga antara penginapan yang ditawarkan di resort ni. |
Bersebelahan dengan bangunan di atas, ada bangunan ni...ader kolam renang, nasib baik tak de orang berenang, tengahari buta ni. Kalo tak segan juga lalu lalang depan orang mandi. Ehh.....??
|
Rasa nak mencebur je dalam kolam renang tu.... |
Kalo rasa tak best berenang di tempat redup, ble je berenang2 di tepian kolam yang dipanah mentari. Sambil berenang, boleh siram orang yang tengah dok layan perasaan sambil berbaring di kerusi malas kat tepi kolam tu ha. Ko sorang je basah, mana aci kan????
|
Nak terjun ke macamana ni? Kalo terjun tak bawa baju lebih pula..... |
|
amik gambaq tepi kolam pun jadi la, kata Z. |
|
Kalo sewa bilik kat bangunan ni, ko kena kuat iman. Kalo tak.....kejap2 buka tirai nak tengok orang berenang...😝 |
Sesuai dengan kawasannya yang luas, My Ozone juga menawarkan perkhidmatan penyewaan tempat untuk apa jua majlis, perkahwinan, acara amal, tamat konvo etc....Nak buat photoshoot kawen pon ble, berbaloi rasanya, tempat pon cantik. Tadi aku dah check harga bilik My Ozone dari agoda. Harga boleh tahan dan bersesuaian dengan apa yang disediakan. Lingkungan harga dari RM 350 ke atas. Tepuk kocek, intai dompet........Kalo tak berenang ader juga aktiviti lain yang boleh kita buat, contohnya berbasikal.
|
Cantik kan.... |
Tiba kat belakang ni kami nampak lalang putih macam yang ader kat Jeju. Teruja gilss.....
|
lalang putih |
Bersambung......
Rujukan: