Wednesday, June 26, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: My Ozone, Khao Yai.... (Part 12)

17 Dec 2018
(Isnin)

My Ozone Khao Yai
334 Moo 6, Tambon Wang sai, Ampoe Pak chong
Nakhon Ratchasima, 30130 Ban Wang Sai
Thailand
Selamat Pagi Malaysia....Wahhh....lama betul tak bersiaran kan?? Sebab kita bercuti raya katanya..🙊hari ni nak sembang pasal citer baru. Kiter pegi ke My Ozone, Khao Yai. Ini destinasi pertama kami untuk hari ni. Perjalanan sejauh 31km dari penginapan kami di Ban Yang Tree Homestay, mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke My Ozone. My Ozone sebenarnya merupakan salah satu resort yang terdapat di Khao Yai. Sampai2 aje, kami terus berlarian di dataran rumput hijau perkarangan hotel ni. Depan ni pun dah memukau, aper lagi di dalam sana....

Ini sebenarnya dalam perjalanan keluar baru jumpa. Minta Pakcik berenti sat, utk kami amik gambaq depan ni.....
Bangunan hotel
Merasa la juga perasan jadi Puteri Ghaje....😆
Taman nan luas di bina di hadapan hotel.
Teruja
Sekuntum mawar merah...
Sebuah Puisi.....
Ku intaimu di sebalik mawar merah
Aku bantai aje la bejemur, bukan selalu katanya.....Sendayu tinggi kan ader....Ehhh??
Kalo kebetulan korang datang ke Bangkok, jangan lupa lajak sampai ke Khao Yai, hanya 2 jam perjalanan dari Bangkok. Berdiri di hadapan hotel ini membawa kita seolah-olah berada di Eropah.  (Walaupun kau tak penah lagi jejak kaki ke Eropah 🙈)....Terbuai-buai perasaan ditiup angin sejuk, padahal suhu mencecah 30*C, dengan panas lit-lit memanah ke bumi. Bangunan My Ozone menampilkan seni bina gaya Eropah, ibarat istana gah berdiri, dikelilingi rumput hijau. Melangkah  je masuk ke dalam hotel, lagi sekali kita dikejutkan, tiba2 je suasana berubah..."eh...eh, aku hidup di zaman Renaissans ke aper ni?" Mana taknyer, penataan ruang dalam bangunan ni membawa kita ke gaya klasik Victoria. Untungnya, kau tak menginap pun, kau masih boleh tumpang amik gambaq kat sini. Semua sudut/ sisi/ ruang menarik dan menawan kalbu, lagi2 dier pasang aircond kuat gilss, jadi kau selesa je macam kat tempat omputeh, walhal kau berada di Thailand je, bejemur kat luaq sana ble rentung. Gitewww.....

Bila masuk ke kawasan belakang lagi akan jumpa bangunan ni......

Ini pun rasanya antara bilik hotel
sisi lain
Kiter boleh masuk dalam ni. Ruang bawah ni macam galeri.
Dari dekat
Bunga berwarna- warni....
Sesuai dengan binaan bangunannya yang elegant, anggun dan bergaya, My Ozone menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dan selesa kepada pelanggan. Di binanya taman bunga yang luas  untuk menyerasikan hutan semulajadi yang mengelilingi resort ni, secara tak langsung, koloborasi ni membantu menyalurkan kualiti udara yang sangat baik. Kiter pun rasa selesa menghirup udara segar dari pergunungan. My Ozone menyediakan 79 bilik dan vila dengan pelbagai pilihan. Pilihan bilik hotel untuk dipilih termasuk Deluxe dengan gaya Tuscan, Executive Deluxe dengan reka bentuk mewah dengan lantai marmar dan tingkap kaca yang menyerupai lukisan landskap, Wellness Deluxe yang mempunyai reka bentuk mewah ditambah dengan pakej kesihatan yang boleh dinikmati serta The Ozone Suites yang mempunyai reka bentuk apartmen mewah yang mempunyai 2 bilik tidur serta ruang tamu yang besar dan teres mewah. (Disadur terus dari https://www.myozonekhaoyai.com/ 😛)

deretan rumah kat bawah sana juga antara penginapan yang ditawarkan di resort ni.
Bersebelahan dengan bangunan di atas, ada bangunan ni...ader kolam renang, nasib baik tak de orang berenang, tengahari buta ni. Kalo tak segan juga lalu lalang depan orang mandi. Ehh.....??

Rasa nak mencebur je dalam kolam renang tu....
Kalo rasa tak best berenang di tempat redup, ble je berenang2 di tepian kolam yang dipanah mentari. Sambil berenang, boleh siram orang yang tengah dok layan perasaan sambil berbaring di kerusi malas kat tepi kolam tu ha. Ko sorang je basah, mana aci kan????
Nak terjun ke macamana ni? Kalo terjun tak bawa baju lebih pula.....
amik gambaq tepi kolam pun jadi la, kata Z.
Kalo sewa bilik kat bangunan ni, ko kena kuat iman. Kalo tak.....kejap2 buka tirai nak tengok orang berenang...😝
Sesuai dengan kawasannya yang luas, My Ozone juga menawarkan perkhidmatan penyewaan tempat untuk apa jua majlis, perkahwinan, acara amal, tamat konvo etc....Nak buat photoshoot kawen pon ble, berbaloi rasanya, tempat pon cantik. Tadi aku dah check harga bilik My Ozone dari agoda. Harga boleh tahan dan bersesuaian dengan apa yang disediakan. Lingkungan harga dari RM 350 ke atas. Tepuk kocek, intai dompet........Kalo tak berenang ader juga aktiviti lain yang boleh kita buat, contohnya berbasikal.

Cantik kan....


Tiba kat belakang ni kami nampak lalang putih macam yang ader kat Jeju. Teruja gilss.....

lalang putih







Bersambung......

Rujukan:

Saturday, June 8, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Piazza Palio, Khao Yai (Part 11)

16 Dec 2018
Ahad

Salam Aidilfitri semua......
Layan Blues kiter di hari raya ke-4 ni. Sebenarnya menghitung hari nak buka sekolah ni. Adoiiii la......Kalo cuti sebulan kan bagus...Ehhh?? Tetiba...


Khao Yai memang terkenal sebagai salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Salah satunya ialah Piazza Palio, destinasi seterusnya yang kami kunjungi selepas menikmati makanan yang enak di Restoran Salasa tadi."Palio" dalam Bahasa Itali bermaksud Perlumbaan kuda. Manakala  perkataan "Piazza", diambil dari perkataan Inggeris-"Plaza". Terletak kira-kira 220 km di timur laut Bangkok, Piazza Palio menghidangkan kita suasana seolah-olah berada di Tuscan, Itali. Sesuai dengan fungsinya sebagai kawasan tarikan pelancong, maka terdapat banyak kedai menjual pelbagai barangan cenderahati, pakaian, makanan ringan dan sebagainya. Jika rasa kehausan boleh singgah minum secawan kopi di cafe yang terdapat di sini. 

Parking kete kat luaq
pintu masuk
Dah nampak dah gaya Inggeris
Ibarat macam berada di Italy katanya tapi sayang.....suhu agak panas.
Jam & Kuda jadi mercu tanda
Rasanya ramai yang saja jalan2 sekadar amik gambar. 
cantik bunga hijau tu
Palio Piazza dimiliki oleh Khun Phinai Dhadasih, pemilik kebun anggur ternama di Pak Chong.  Pada suatu ketika, beliau pergi bercuti di Florance, Itali. Suasana yang cantik dan tenang itu membuatkannya jatuh hati, seolah-olah ingin berlama-lama di situ. Beliau mendapat idea untuk membawa gaya Italian ini ke tempatnya, agar kenangan indah itu dapat dirasai dan dikongsi bersama keluarga dan masyarakat di tempat sendiri. Pulang dari bercuti beliau dan rakan-rakannya membangunkan sebuah pusat membeli belah di atas tanah seluas 1-2 hektar bercirikan gaya Italian yang diberi nama Piazza Palio. Untungnya Palio terletak berdekatan dengan Taman Negara Khao Yai, iaitu taman negara pertama dan tertua di Thailand. Sudah pasti aura Taman Negara itu, sikit sebanyak kena tempias pada Palio.

Kat sini S dapat beli mangkok tingkat yang diidamkannya
Banyak patung arca yang berada di bawah kategori 18xx. Kena berfikiran terbuka dan melihatnya dari sudut positif
Dalam ni ader galeri
Walaupun Palio dikatakan pusat membeli-belah, yang kita bayangkan bangunan mega seperti MKM di Bangkok, namun di Palio tidak ada bangunan mencakar langit dibina di sini. Paling tinggi bangunan 2 tingkat. Semuanya mirip dengan suasana di Old Bridge, Florence. Terdapat lebih dari 120 gerai yang mana setiap satunya dinamakan dengan nama tokoh-tokoh terkenal dari Itali seperti Dante, Raphael, Michaleangelo, Leonardo Da Vinci, Filipo dan Donatello. Di sini juga kita dapat melihat beberapa hasil karya seni Eropa yang telah diimitasi, dijadikan sebagai dekorasi di Palio. Antaranya ialah  arca patung gangsa karya Auguste Rodin- Le Baiser dan lain-lain. Pendek kata semuanya ada di sini, dari kedai farmasi, restoran, butik, kedai runcit, aiskrim, jajan, barangan kraf, kedai seramik dan sebagainya.



So korang kalo datang Bangkok jangan skip Khao Yai, sebab banyak tempat menarik di sini. Hanya perlukan masa lebih kurang 2-3 jam perjalanan dengan memandu dari Bangkok. Senang je nak jumpa tempat ni sebab dier dekat dengan Taman Negara Khao Yai di Thanarat Road. Cuma satu je kurangnya, tak ada pengangkutan awam untuk membawa kita terus ke sini melainkan kiter bawa kete sendiri/ sewa kete atau kiter join pakej pelancongan yang ditawarkan oleh syarikat tempatan. Palio memang sesuai untuk percutian bersama keluarga sebab tempat ni kecik je, kira2 30 minit kiter dah abih round 1 kawasan ni.

Amik aura Itali, manatau ader rezeki nanti boleh jejak kaki ke sana. Inshaallah.....
cakkk....
Ala2 Che Ta tapi tak menjadi....
upppssss......🙈🙈
Bila tiba remang senja,  baru kami teringat nak kembali ke pangkal jalan 😝 Itupun masih ada hati nak tengok pasar malam. Pakcik tak banyak soal, terus dibawak nyer kami singgah ke Pasar malam Pak Chong. Pasar malam ni kecik je. Sangat banyak makanan tempatan dijual di sini, tinggal kau ble makan dengan tidak je. Tak ader yang menarik mata untuk dibeli, cumanya kebanyakan dari kami beli buah-buahan dan aku, sudah pasti mangga menjadi pilihan di hati. Tak banyak gambaq aku amik, ini je ader.

Sotong
Jajan
Sotong campo Udang
Sayuran. Banyaknya cabai dier....
Lauk pauk
Selesai untuk hari ni. Sebelum masuk bilik sempat pula kami berjalan kaki ke 7E, kebetulan dekat sangat, sebelah ni je. Apa lagi.....memborong meji la aku, buat bekal minum sebelum tidoq.

Kos Hangus hari ni:

Sewa Van Pakcik Harris untuk 3 hari: $1000/ RM 132.65
Makan Salasa Restoran: $ 73/ RM 9.68
7E (Bangkok): $ 62.50/ RM 8.29
Mangga di Night Market: $ 50/ RM 6.63
Ent. Fee: Saraburi: $ 80/ RM 10.61
7E Pak Chong: $ 75/ RM 9.95

Jumlah Keseluruhan: $1340.50/ RM 177.80

Bersambung.....

Rujukan:
http://bomanta.com/thailand/palio-khao-yai-village-mall-suasana-itali-di-thailand/

Sunday, May 19, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Menjejak Bunga Matahari di Saraburi (Part 10)

16 Dec 2018
Ahad
Gambar:S
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Ladang Bunga matahari di Saraburi. Sebenarnya ada satu lagi ladang di Lop Buri, tapi sebab depa yang lain dah pegi tahun lalu, jadi pegi ke Saraburi pula. Tempoh masa perjalanan dari kebun strawberry tadi ke Saraburi lebih kurang 1 jam 15 minit. Saraburi merupakan salah satu daripada wilayah pusat (changwat) Thailand. Berjiran dengannya ialah Lopburi, Nakhon Ratchasima, Nakhon Nayok, Pathum Thani, dan Ayutthaya. Kawasan ini dipercayai dibina pada tahun 1548 semasa pemerintahan Raja Maha Chakkraphat Ayutthaya, untuk dijadikan sebagai pusat merekrut tentera.



Terletak di sebelah timur lembah Sungai Chao Phraya, yang mana ia terlindung oleh dataran tinggi manakala bahagian barat pula kebanyakannya adalah dataran rendah. Terdapat 2 taman negara terletak di wilayah ini iaitu Namtok Chet Sao Noi dan Phra Puttachai. Taman Negara Namtok melindungi 28 km persegi hutan di sekitar air terjun yang indah. Taman Negara Phra Puttachai pula melindungi Hutan Khao Sam Lan, yang terdiri daripada landskap berbukit dan merupakan sumber air kepada beberapa sungai dan air terjun disekitarnya. Puncak tertinggi ialah Khao Khrok, berketinggian 329 m dari aras laut. Kawasan 44.57 km persegi ini telah diisytiharkan sebagai taman nasional pada tahun 1981.

Akhirnya kami tiba di Saraburi. Saujana mata memandang, tapi depa kata tahun lalu kat Lop Buri bunganya lagi tinggi dari ketinggian manusia dan lebih luas dari ni. Oleh kerana ia adalah kawasan ladang, maka panasnyer boleh tahan. Z tak nak turun sebab panas katanya, lagipun depa dah pegi tahun lalu. Aku, KD dan KT yang tak penah pegi lagi, kena turun, rugi owhhh.....tapi kena bayar la pula. Depa kata kat Lop Buri tu tak payah bayar pun, free je. Ini la namanya dugaan hidoppppp......di saat kau nak menjimatkan ongkos selagi boleh, ader2 je dugaan. dengan tangan terketar2 aku keluaqkan duit sebanyak 80 Bath, nanti boleh p ladang carnolla. Ya Allah ya tuhan ku, kau jauhkan la aku dari tipu helah duniawi...Giteww aku menitip doa dalam hati. 😎 Macam banyakkan 80 Bath tu, Rasa bagai 80 hengget, padahal RM 10.50 je lebih kurang. 😂

Bunga-bunga matahari, kembang mekar, harum mewangi....
Begambar dengan Raja Rimba...
Nasib baik ader payung, kalo tak rentung, korang pun tak kenal aku. Dah la balik Labuan seminggu sebelum meeting.....
Bergambar dengan awek Jepun.
Masa kecik dulu tak puas main buai, jadi dah besaq ni, teringin pula....
Kami di ladang carnolla dan sunflowerrrrrr.......
Saraburi mempunyai iklim savana tropika atau iklim lembap kering tropika. Kebiasaannnya kawasan yang mengalami iklim sebegini mengalami musim kering yang agak ketara. Hujan turun sesekali sahaja. Namun sekitar bulan mei- oktober, kawasan sekitar Saraburi menerima hujan paling banyak. Purata suhu tahunan ialah 28-29*C. Suhu maksimum purata 33-34* C dan purata minimum suhu 23-24* C. Bunga matahari yang ada di Thailand tidak akan berbunga sepanjang tahun. Kalo nak tengok kena datang dari Nov- Januari. Itu sedang2 elok bunga mekar dan meninggi. Bunga matahari yang matang boleh mencapai ketinggian diantara 90-170cm dan ia tumbuh menghadap arah matahari terbit. Biasanya ia akan hidup subur di kawasan tanah tinggi dan menerima cahaya matahari yang banyak. Dari jauh kita boleh terhidu bau harus kuaci yang digoreng tanpa minyak. Banyak gerai menjual makanan ringan di sini termasuk lah kuaci tadi. KH whatsapp, kalo dah siap amik gambar dier ajak g ladang Carnolla pula, sebelah ni je. 




Teruja, tempat sama, gaya je lain....😂
Panas menyebabkan perut terasa sangat lapar. Kami maklumkan pada Pakcik untuk bawa kami ke Restoran Salasa. Ia dipunyai oleh keluarga muslim, ibu nya boleh berbahasa melayu loghat kelantan. Sebelah restoran ni pula ada Resort Salasa Hill. Boleh tahan sedap menu di restoran Salasa ni. Dari saraburi ke sini mengambil masa kira2 1 jam perjalanan. Kami jemput Pakcik makan sekali, tapi dier tak nak. Rupanya restoran salasa ni akan bagi makan free kepada para pemandu pelancong. Alhamdulillah moga murah rezeki....


Muka tak sabar nak makan....
menu
Tempat solat
Tempat amik air semayang-wanita
Lepas makan kami terus je solat kat sini. Ada disediakan musolla. Ketika kami sampai tak ramai yang datang makan kat sini.....Destinasi seterusnya ialah ke Piazza Palio......

Bersambung.....

Rujukan:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...