15 Dec 2018
Sabtu
Depan Hostel. |
Di tepi jalan.... |
Jumpa arca ni. Arca ni terlalu seksi, Jadi tutup ye.....😎 |
Mall tak buka lagi ni.... |
Cendawan belakang tu cantik |
Senaman pagi katanyer..... |
Jalan punya jalan sampai kami jumpa sekolah. Smart School Projek katanya... Hari sabtu sunyi je, Cuti kot, orang tak p sekolah. Tapi ader juga nampak 2, 3 orang yang pegi sekolah, ader extra class agaknya. Aku dah terasa kejauhannya. Haus pun ada juga ni.....
Pengetua kat tengah tu...🙊 |
kat padang sekolah. Bangunan kat belakang tu menarik perhatian macam mewakili persatuan puteri islam je.... Putih + Pink |
Mana2 mesti nampak gajah |
Akhirnya tak tahan dah berjalan ni, haus, lapaq, nak ke toilet lagi, kena cari juga stesen metro. Jalan punya jalan, jumpa stesen Si Lom. Lega rasanya, dapat bersejuk2...klo tak kepala ni rasa mencucuk2. Dalam hati aku menitip doa, moga2 dijauhi dari rasa sakit kepala......hehehh. Kami naik MRT dari Si Lom station ke Hua Lamphong Railway station 3. Tambang aku tak ingat berapa. Sampai Hua Lamphong station: Exit 1-Jalan kaki dalam 30 meter sampai hujung blok, jumpa la office 12Go. Asia ni. Sunyi je....KH dan KD p urus pasal tiket di tingkat 1, jadi kami duduk je kat lobi.
Stesen Si Lom yang menjadi penyelamat. |
Stesen Hua Lamphong |
Asalkan bersih tempat dier ok la kan... |
Kena cari bangunan TMB ni dulu. Kalo dah jumpa ia akan membawa terus kita ke arah surau. Masuk pintu yang ada 3 segi putih tu |
kalo kita berdiri depan bangunan TMB tu, di sebelah kiri ada bangunan Food Court ni. |
Surau tu terletak di section 27. Sebelah kiri surau sebelah kanan toilet. Selamat menunaikan solat...... |
Chatuchak Weekend Market ni dibuka dari hari Selasa hingga ahad. Manakala isnin pula ditutup. Tetapi awas. Selasa hingga Khamis hanya dibuka untuk jualan berasaskan tumbuhan. Manakala hari jumaat dikhaskan untuk pasar malam borong. Sabtu dan ahad pula, semua gerai dan kedai dibuka. Jadi masa paling sesuai untuk datag ke sini tentu la pada hujung minggu. Baru berbaloi dan puas hati. Dibuka dari jam 8.00 pagi- 9.00 malam. Berkeluasan kira-kira 35 ekar, dengan 27 bahagian, menempatkan lebih 10,000 kedai dan gerai dengan menawarkan pelbagai produk dari kraftangan Thailand, produk buatan tangan, pakaian, aksesori, seni dan lukisan, hiasan rumah, hingga la ke barangan dapur. Pendek kata apa yang kita nak, Kemungkinan besar boleh diperolehi di sini.
Selesai urusan wajib baru kami pegi tawaf market ni. Aku sarankan kalo kau nampak benda yang berkenan di hati p beli terus, tak payah servey harga bagai, nanti kau tak kan jumpa balik benda tu. Percaya la...S cari mangkuk tingkat yang warna warni tu. OTW ke surau dier nampak tapi tak dan singgah beli. Lepas solat memang tak jumpa dah mangkok tingkat. Masa yang dicadangkan ialah 3 jam atau lebih. Pendek kata setengah hari la, kalo tak nak rasa menyesal. Dah puas berpanas, kami pun bergerak menuju ke MBK. Masing2 bawa hasil tuaian di Chactuchak...
Menanti KD.... |
Abg Pok tanya kat teksi tu, muat tak kalo kami 9 orang masuk sekali. Ayoooooo......sambil tepuk dahi, tapi lepas tu dier suruh je kami masuk......heheh. |
Di tingkat bawah MBK Mall, terdapat barisan kedai menjual pelbagai fesyen kasut dan beg tangan,
Sama seperti di Chatuchak Market tadi, banyak produk yang boleh didapati di sini tetapi bezanya di sini agak sejuk dan selesa, tak de la keti kau bepeluh kan....Harga pula masih boleh kawtim. Ehhh....manade mall yang boleh tawar harga, ini je bole. Benda bole kawtim kenapa nak kena bayar lebih..... Jadi pandai2 la kau mengayat si penjual.
Kami bersama si Maja |
Arca di sekitar MBK Mall.....limpahan warna warni, persediaan menyambut Krismas |
Aku pun terjebak membeli beg ni sbb aku cuma bawa beg galas 1, takut tak muat barang. |
Bersambung......
Kos Hangus ari ni: 15 Dec 2018
MRT Si Lom- Hua Lamphong: $21 (RM 2.76)
Teksi Hua Lamphong-Chatuchak Market: $150/3= $50 (RM 6.58)
Blous (3) di Chatuchak Market: $180 x 3= $ 540 (RM 71.05)
Makan di Salam Islam: $200 (RM26.31)
Aiskrim kelapa: $60 (RM 7.86)
Grab Chatuchak- MBK= $405/9= $45 (RM 5.92)
Pakaian (2): $100 (RM 13.16)
Durian Pulut: $80 (RM 10.53)
Ole2 : $99 x 8= $792 (RM 104. 20)
Seluar: $199 (RM 26.18)
MRT MBK- Ratchadewi= $23 (RM 3.03)
JUMLAH: RM 277.60
*Jumlah sudah dibundar ke sen paling hampir