Thursday, April 18, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Ronda-Ronda Kota Hatyai- Chang Puak Camp & Samila Beach (Part 3)

12 Dec 2018
Selasa

Destinasi ke-2 kami menuju ke Chang Puak Camp. "Chang" dalam bahasa Thailand bermaksud Gajah. Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma, kecuali kalo kita join aktiviti yang ada di sini. Antara aktiviti yang diadakan disini seperti:

Elephant riding- 500 Bath
ATV Driving- 500 Bath
Memanah- 150 Bath
Gun shooting- 100 Bath
Elephant show/ Crocodile Show- 300 Bath

Harus diingat bayaran setiap aktiviti ni adalah berasingan.... Jarak perjalanan mengambil masa 6-10 minit sahaja dari Magic Eye 3D Museum tadi.

Kami 
Setakat naik ATV tak start enjin, Tak ada halangan untuk kau posing sampai bosan....😃
Perkarangan camp
Kalo tak nak buat apa2 aktiviti boleh lepak kat cafe dier, belakang ATV tu
A bergambar bersama anak gajah. Bayaran untuk ini berapa ya tak ingat, antara 50-100 Bath
Anak gajah makan buluh. Aku tak pasti apa motif depa lukis mata anak gajah tu, dah abih kertas agaknya. 
Anak gajah yang malang.....😢
2 sekawan anak gajak
jom gerak....ehhh...eh sempat bergambar dengan tuk2 kami
Kami tak bercadang berlama-lamaan di camp ni. Malas nak sokong penganiayaan haiwan comel seperti gajah. Kesian tengok....Abis je A berposing sakan dengan anak gajah kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke pantai Samila. 

Samila Beach

Destinasi ke-3, Driver tuk2 membawa kami ke Pantai Samila yang terletak di Mueang Songkhla, Thailand Selatan. Perjalanan dari bandar Hatyai ke Pantai Samila mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki Tuk-tuk. Dengarnya Pantai Samila ni merupakan tempat yang mecatatkan peratus paling tinggi menerima kunjungan pelancong setiap tahun, tidak kira dari dalam dan luar negara. Sudah tentu kerana keindahan panorama semulajadi dan kelembutan pasir nan putih membuatkannnya menjadi terkenal. Kalo kebetulan tinggal dekat sini, ble juga tengok matahari terbit.

Sampai2 je, terus posing depan ni...
Singgah dulu beli aiskrim kelapa.......Baik orang ni. Sementara dier siapkan aiskrim kiter, dier bagi kami minum air kelapa. Aiskrim ni sedap...ble pilih toping apa kiter nak. Rupanya toping berbeza2 ikut si penjual.
Menikmati aiskrim....
Betul la orang kata Hatyai ni, syurga makanan.....Tengok tu sampai tak tengok kiri kanan bila makan. 
Kemudian kami bergerak ke pantai, nak cari si duyung. Dalam perjalanan mencari si Duyung jumpa orang jual beg anyaman. Singgah lagi. Nak simpan buku, ke buat simpan bekal ke sekolah bagus ni. Sekali memikirkan nak membawa balik tu satu hal, terus KH letak balik beg tu....😁. Kat tepi pantai ni ramai pengunjung mengambil kesempatan berehat bersama keluarga atau kawan2, ada yang bentang tikar sambil makan2. Para penjual juga tak ketinggalan, ada pelukis, Penjual buah mangga, air....pendek kata memang tak lapar la kalo ke sini.

Penjual mencari rezeki

Jalan punya jalan akhirnya kami jumpa si Duyung.....Patung Puteri Duyung Emas yang duduk di atas batu di tepi pantai ni merupakan salah satu icon di Samila Beach, dibantu oleh rakan2nya si tukus dan si kucing. Tapi Kucing dan tikus kat sini tak gaduh, duduk dekat2 je. Patung Duyung ni dibina pada tahun 1666 semasa Chan Karnjanakpan, menjadi Datuk Bandar Mueang Songkhla. Ia direka oleh Jit Buabus iaitu mantan pengarah sekolah skuter Bangkok.

Ramai betul orang, tak dan nak amik gambar solo bersama si Duyung
Anak2 remaja juga mengambil kesempatan bergambar di Patai Samila
Batu unik berbelang di tepi pantai
Omak menghempas pantai
Ibu dan anak
Akhirnya kami dapat giliran berposing bersama si duyung. Tak yah solo, ramai2 je sebab di depan kami dah ramai yang menanti giliran. Rasa macam artis la pula bila ramai org tengok kiter depan si duyung.....😂
Mengalah. Amik gambaq dari jauh je. Tak lupa Mangga tetap ada ditangan 😂
Kenapa mesti ader patung Duyung ni di bina atas batu, tepi pantai pula tu?? Ia ada kaitannya dengan kisah lagenda yang berlaku di pantai samila itu sendiri. Dikatakan, pada suatu malam, Puteri Duyung berenang-renang ke daratan lalu duduk berehat di atas batu di tepi pantai sambil menyisir rambutnya dengan sisir emas. Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang nelayan muda. Si Puteri Duyung terkejut tengok penampilan si Nelayan yang barangkali berbeza dengan dirinya. Dia ketakutan lalu cepat2 melarikan diri dengan berenang semula ke laut. Si Nelayan cuba untuk mencari dan menunggu si Puteri Duyung namun harapannya hampa belaka kerana si Duyung sudah tidak kembali lagi ke daratan. Kisah "The Mermaid" ini juga ada diabadikan di dalam karya sastera Thailand bertajuk "Prarphaimanee", ditulis oleh seorang penyair- Soontornpoo, pada tahun 1809.

Baru-baru ni Si Duyung kena bom oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Kesian, habis rosak ekor dier. Tak faham kenapa mesti sasarkan benda yang tak bersalah. Betul2 tidak menghargai karya seni.

Bergambar bersama Pakcik penjual patung kuda
Belakang tu hotel agaknya
Mencari rezeki
Tak sekolah ye dik?
NI kawan dier, tolong ambil gambar. agaknya depa ni ader lawatan
Oleh kerana perut dah lapar, kami terus berjalan kaki ke hujung pantai menuju ke gerai makan. Tak larat dah melawat si kucing dan tikus tu. Depa ni dibina pun ada sebab. Kisahnya bermula apabila seorang kapten kapal pedagang Cina membeli seekor kucing dan anjing sebagai haiwan peliharaannya. Akan tetapi anjing dan kucing ni nak balik ke rumah, lalu mereka mula berfikir macamana caranya agar mereka dapat kembali semula ke tempat asal. Lalu mereka mendapat idea, untuk memaksa si tikus untuk mencuri kristal ajaib dari si pedagang. Kristal Ajaib ni berupaya untuk mencegah daripada ditenggelami air. Dengan adanya kristal ini mereka bertiga pun masuk ke air dan berenang kembali ke kota Songkhla. Namun atas ketidak sefahaman, mereka bertiga telah bergaduh,  sehingga menyebabkan kristal berharga itu jatuh di dalam laut. Dalam kepanikan si kucing dan tikus lemas di laut dan akhirnya bangkai keduanya terdampar di sebuah tempat yang akhirnya menjadi sebuah pulau yang mendapat jolokan "Cat & Mouse Island". Manakala si anjing pula berjuang untuk berenang ke daratan namun dia kelelahan lalu turut sama mati. Bangkainya dihanyutkan ke daratan hingga akhirnya berubah menjadi sebuah bukit yang dipanggil "Dog Hil" tidak jauh dari pantai Samila.

Dipertengahan jalan menuju ke gerai makan, terserempak pula dengan pasangan kekasih/ suami isteri yang sedang bergaduh. Nampaknya si isteri yang meradang betul, yang lelaki diam saja merelakan dirinya dipukul dan ditarik baju oleh si isteri. 2, pasangan lagi cuba untuk menyabarkan si wanita tapi tak berjaya. Kenapa aku cakap depa suami isteri? sebab si isteri nampak macam mengandung. 
Jumpa juga dengan sepasang monyet yang sedang mencari makanan. Kalo kat kampong aku jangan main2 dengan monyet, dier pandai mengejar orang.....😂

Driver tuk2 kata, kalo nak cari restoran muslim, bukan di sini tempatnya. Dier minta kami naik dan dier bawakan ke hujung pantai lagi. Boleh jalan kaki tapi rasanya boleh basah keti juga. Benda boleh naik tuk2, kenapa nak jalan kaki kan.....Giteww....

sampai dah
Restoran kt belakang tu
Kami je ader, kosong lagi. 
Daging bakar kak D. Mencicip juga kami....😃
sambal mangga
Oleh sebab nak berjimat, aku share makan dengan A, KT, Z. Kiter order tomyam (wajib ada), sayur, telur. Bayar sama2, memang jimat.....Sepanjang kembara kami, memang ini la geng berpatak kalo bab makan. 😎 Oh ya di sini juga ada disediakan kemudahan musola, jadi tak payah risau jika terlambat balik. Kebetulan kami di sini hujan turun dengan lebatnya....

Bersambung......

Wednesday, April 17, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Ronda-Ronda Kota Hatyai | Hatyai Magic Eye 3D Museum (Part: 2)

12 Dec 2018
Rabu


Hari ni cadangannya ronda2 Kota Hatyai. Breakfast dalam bilik je. Tepat jam 9 kami pun berkumpul di bawah. Abg Pok p cari tuk2, depan hotel ni je. Driver tuk2 tunjuk kad, beberapa tempat yang boleh dier bawa kami hari tu. Tawar punya tawar dapat la harga 1530 bath. Tak pasti mahal ke tak yang penting semua kos pengangkutan kiter patak2 9 orang....😂 Sebenarnya nak p Floting Market tapi tutup katanya. Tempat pertama dier bawa ialah ke Magic Museum.

Depan hotel. Sempat kami beli mangga. Pagi2 memang banyak orang jual buah2an kat depan hotel ni. Kalo suka makan pulut mangga pun ada. Aku dah cuba beli pulut mangga tu, macam tak berapa nak masuk tekak, sudahnya makan mangga dier je....😅
Sudah kautim, naik la tuk2....Tuk2 kat Hatyai ni agak besar juga ble muat 8 orang dewasa kat belakang ni. Nasib baik Abg Pok dok depan. Oh ya aku lupa nak cakap Abg Pok tu husband Kak Lia. 
Sesekali jadi hulk. 
Muzium Magic Hatyai terletak di Wilayah Songkhla, kira-kira 5 km dari pusat bandar Hat Yai. Di sini kita boleh menikmati dan mengambil gambar seni 3D yang dipamerkan. Ble la mempamerkan bakat yang terpendam sebagai seorang pelakon .Untuk menghabiskan keseluruhan tempat ni dengan mengambil gambar di semua zon foto, kita memerlukan sekurang2nya 1 jam untuk menghabiskannya. Ble minta tolong crew muzium untuk amik gambar kiter.

Photo credit: www.akulily.com
Kat muzium ni ada 2 bahagian yang boleh dikunjungi. Yang pertama Magic Eye 3D Museum, yang menempatkan koleksi lukisan 3D pelbagai tema, lukisan optik yang mennghayalkan mata dan banyak lagi. Emmm........agak berbaloi juga la, kalo ko minat 😁. Harga tiket untuk bahagian ini adalah 250 Bath (dewasa)/ 200 Bath (Kanak2). Bahagian yang ke-2 pula ialah Magic Museum dimana persembahan silap mata dari kumpulan Black Crystal. Yang ini pula harganya ialah 300 Bath (Dewasa)/ 250 Bath (kanak2). Oleh sebab kami ada banyak masa, maka kami beli tiket combo, dua2 tempat ble masuk. Harga tiket Combo ialah 400 Bath (Dewasa)/300 Bath (Kanak2). Jadi la sekali seumur hidup tengok black magic kan......


Masuk 2 tempat ni dengan tiket combo berharga 400 Bath
Meh tengok sape paling berbakat dalam lakonan....

Dorang ni antara yang kebal
Uhhhhh....asal si Badak tu seksi gilerrr!
Di alam fantasi....
Berlumba dengan si panda, sape dulu sampai puncak buluh 😝
Karya seni barat, Mona Lisa dan The Gleaners turut kelihatan 
Jadi bahan uji kaji
Perompak

Sedap dier tdo berayunkan bulan 
Sedondon
Nak terjun tapi sempat senyum......
Ko mampu naik roller coster dengan artis terkenal!! Yang depan ni anak patung tak tinggal....😂
Ditelan sotong kurita
Terperangkap dalam bebuih
Kemudian kami di panggil masuk ke bilik Khas untuk memonton persembahan dari Kumpulan Black Crystal (BC). Macam tak puas je bergambar. Tapi apakan daya, masa persembahan sudah tiba. Kumpulan BC ni memang terkenal di Thailand. Diketuai oleh si Handsome Crystal, Bank Navapol, Best dan beberapa pembantu wanita yg lain. Yang paling best tengok si Bank Navapol. Lucu je.....Crystal ok tapi muka ketat. Tak ble nak cakap lebih2, ble tengok sini----->>https://www.magicmuseum.co/. Gambar dan sebarang video tak dibenarkan jadi kiter tengok je. Ader video tapi file terlalu besar malas dah nak tepek sini. Kalo ader kanak2, bawa la ke sini pasti depa suka....😁 Aku pun terhibur juga walaupun dah dewasa. hehhehh....Oh ya lepas masuk bilik ni, tak ble dah kembali ke tempat tadi, sbb kita akan terus di bawa keluar bangunan. 

S dan si Bank Navapol
Geng Fast Furious nak balik
Kat luar ni ader kedai jual cenderahati, boleh juga singgah jika berkenan. 
Bersambung.......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...