Monday, April 8, 2019

Kembara Jeju-Busan | Part 15: Gamcheon Culture Village

7hb Dec 2018
Jumaat

Hari terakhir kami di Busan. Pagi ni kami akan ke Gamcheon Culture Village. Untuk menjana tenaga yang kuat dan mantap sepanjang hari, mari mulakan hari kita dengan sarapan yang berkhasiat. Hotel ni menyediakan sarapan secara percuma, iaitu di tingkat 7. Bermula pada jam 8.00 am- 11.00 am. Bila semuanya dah selesai bersiap kami pun naik ke atas. 

Sesi menjelajah ruang tingkat 7. Besar juga tempat ni. Ada beberapa ruang untuk bersantai. Aku ingat tingkat 7 ni khas untuk tuan rumah sebab, ada 1 bilik kat sini. Selain dapur Ada beberapa kelengkapan lain seperti printer, ader cctv juga di 4 penjuru. Ader miow 2 ekor, bulu lebat menemani kami. Kiter tak kacau barang lain selain menikmati sarapan yang disediakan sendirian berhad dan bermain2 dengan kucing comel. 
Antara kelengkapan dapur yang ada di sini. 
Tak de nasi lemak, makan corn flekes je. Macam2 ader. Apple, pisang, jus orange, teh, susu, kopi..... tinggal kau buat je. Lepas guna barang jangan lupa cuci dan bersihkan dapur seperti sedia kala ya. 
KD & S, belum ada, depa masih kat bilik lagi. 
Dah kenyang, jom kiter bergerak. Menapak keluar je dah rasa angin sejuk mebelai2 pipi. Keluar jalan kaki dari hotel, sampai jalan utama belok kiri sampai hujung bangunan. Tiba hujung bangunan belok kiri lagi, dari sini dah nampak dah tangga Doraemon. 

Yang aku cakap hujung bangunan tadi tu, ini la tempat aku berdiri ni. Bila sampai sini jalan terus sampai jumpa tangga. 
Sebelah kiri ni kedai runcit tempat kami selalu beli susu la, tangerin la.....macam2.....Oh ya sebelum balik aku borong Seaweed snacks kat sini. Nak buat ole2 bawa balik kampong 😎
Ini dia tangga subway Busan Station
 Busan Station (Line 1)-->Toseong Station (Exit 6)

Tunggu subway. Tak perlu beli tiket sebab kami ader T-Money....Aku pinjam dari Sara je. 😁
Dah sampai Toseong Station, cari pula exit 6
Ader signboard ikut je....
Keluar je dari Exit 6 tu, Jalan terus sampai simpang jalan, kemudian ambil arah kanan, jalan terus lagi sampai la jumpa bus stop. Belakang bus stop ni ader Hospital Universiti National Pusan. Sebelah kanan kita je, tak perlu melintas jalan. Duduk situ tunggu Bas No. 2 / No Bus 2-2 / No Bus 1-1. Semua bas ni akan membawa kita ke Gamcheon Culture Village.

Jalan kaki menuju ke Bus stop
Dalam bas, tambang tak ingat berapa, yang penting kau touch kan aje T-Money kat mesin kat tiang tu. 😁
Jalan naik atas ni agak jauh juga, (kalo jalan kaki boleh juga tapi sampai tak tau bila 😂) melalui bukit tinggi dan berliku.......
Konon2 keluaq asap, sejuk2 macam ni, tak ada rupanya.....🙈
Sampai dah...amik gambar dulu
depa berlatar belakangkan alien
Gamcheon Culture Village  terletak di bandar Gamcheon-dong, Daerah Saha, Busan. Sekali pandang, macam Santorini kan, bezanya kat Santorini semua bangunan berwarna putih. Pada mulanya ia merupakan kawasan setinggan yang menempatkan pelarian Perang Korea yang berlaku sekitar tahun 1950-an. Oleh kerana kedudukannya yang berada di kawasan berbukit- berpotensi sebagai salah satu dari tarikan pelancong, pihak kerajaan Korea kemudiannya mengambil inisiatif untuk mengangkat kawasan ini sebagai perkampungan budaya. Pihak kerajaan telah menyuntik dana untuk tujuan penjanaan semula kawasan ini. Rumah kediaman di cat dengan pelbagai warna, beberapa karya seni di tempatkan di kawasan strategik menjadikan perkampungan ini kembali ceria dan menjadi pilihan para pelancong. Oleh kerana ia dibina di atas cerun gunung yang curam, kampung ni mendapat julukan "Machu Picchu dari Busan".

Cantik kan arca bunga kat tembok batu tu
Tembok batu dilukiskan mural beridentitikan perkampungan itu sendiri
Simple tapi menarik
Ikan berenang2 di tembok. Labuan boleh buat macam ni, buat ia sebagai pulau seni. 
Wow...beraninya aku bagi makan gorila 😂
Oleh sebab kawasan ni sangat besar maka kalo rajin korang boleh dapatkan map perkampungan ni kat kaunter dengan harga 2,000 won. Bukan saja2 amik ye, korang juga boleh dapatkan cop  stamp setiap kali jumpa check point. Kalo dapat penuh cop stamp, ada hadiah sebagai ganjaran. Nak pusing habis kampong ni perlukan masa setengah hari atau lebih. Sanggup tak? Kalo memang tinggal berdekatan kampong ni dan tak ada nak buat apa, boleh kot. Tapi faktor cuaca tu perlu diambil kira juga. Kat atas ni sejuk dier lain macam.... 

Macam poskad je
Tengok apa??
Toilet dier comel je
Mural ada di mana2....
Salah satu check point untuk cop stamp. Mengantuk makcik tu tunggu orang datang.....
Jalan pintas nak naik atas. Kitorang main redah je nak naik atas, lalu celah2 lorong sempit, 
Oh ya, kalo datang sini korang tak ble bising2, nanti menganggu ketenangan orang kampong ni. Aku tengok depa ni pun macam orang Jepun dah, sunyi sepi je biarpun kiter tau ader orang dalam rumah tu. Buktinya dengar bunyi periuk belanga belaga, tapi suara orang tak dengar. Tak kan tikus langgar kot? Tikus tak hidup tempat sejuk 😝 Menurut ceritanya, kebanyakan yang masih tinggal di sini adalah warga emas dan anak2 yang masih bersekolah. Anak muda kebanyakannya dah berhijrah ke bandar mencari rezeki. Kalo sesekali terserempak orang kampong, kiter tak boleh mabil gambaq depa suka2 hati, depa tak suka. Kalo nak minta izin dulu ya...

Banyaknya rumah tu kan.....semua rapat2
Ikan lagi....
sisi 1
dari dekat...
sisi 2
Tuan tanah jumpa pintu rahsia
Hard Rock.....ehhhh!


Sambil2 berjalan2, jangan lupa tengok kiri kanan. Sebab banyak lukisan mural yang cantik, unik, bukan beshe2 di sepanjang lorong sampai la di puncak bukit. Ada lebih 50 daya tarikan yang terdiri dari pelbagai bentuk hasil seni, dari lukisan mural hinggalah kepada arca. Setiap satu daripadanya mempunyai cerita yang tersendiri. Menarik untuk diteliti dan dihayati. 
Kat sini boleh sewa hanbok, jalan2 di kawasan sekitar amik gambar dengan hanbok tu. Ramainya orang Q? apa yang menarik??
Taraaaa....ini la dier. Bukan yang pakai hanbok tapi yang baju hijau tu dan si comel meow2 tu.....

Sementara tunggu giliran, amik gambaq orang. Depa ni pelancong juga jadi amik gambaq curi di alu2kan......😜
Malu2 kucing mamat tu sebab dier tau ader orang lain amik gamabq dier....hehheh
Wow...uncle ader gaya, mutu dan keunggulan
Hallo Bro, senyum sikit!
kami pula....
Aku dah mula kesejukan ni. Mengiggil!! Tu aku cakap sejuk dier lain macam, naik sampai peha.....😂 Maklum la pakai kasut skechers muroh. 
Mengigil pun tetap kacau daun......😂
Sama juga kacau daun!
Z kenal watak lelaki tu, sbb dier suka drama korea. 😂
Sweet lelaki bawa beg ni....Hehheheh
kami lagi....
Masuk kedai ni beli poskad. Lega rasanya dapat panaskan badan
Dapat poskad.......tapi macam tak sampai pun lagi ke sini??
 Bersambung........

Tuesday, April 2, 2019

Kembara Jeju-Busan | Part 14: Halloo Busan...

6hb Dec


Hari ni kami akan patah balik ke Busan untuk menghabiskan trip yang berbaki 2 hari lagi. Flight kami 6 orang ke Busan adalah pada jam 10 am. KD/S punya flight jam 3pm rasanya. Jadi KD kata depa akan hantar kami dulu ke airport jam 6 am. Ada banyak sebab, menurut KD:

1. Kalo kami berangkat semua sekali, takut kalut hantaq kete lg, kemudian cari teksi lagi nak p airport, dah la GPS ni kadang2 macam tak ble pecaya sangat. Nanti terlewat mengejar masa, paling tidak jam 8 kena ader kat airport.

2. Takut tak muat kete dengan beg lagi.....Masa mula sampai hari tu, KP duduk depan, skg S kena duduk depan sbb dier je yang boleh set kan GPS.

3. Tak nak berebut mandi pagi2 buta....hehhehe

Kami di airport Jeju
Malam ketika kami lepak santai dalam bilik di Busan KD cite, ader drama masa nak antaq kete. Kesian juga la. Aku pun tak tau nak cite macammana sebab aku tak berada bersama mereka berdua masa tu. Apa yang aku boleh cakap Allah SWT permudahkan jalan dan urusan mereka pada hari tersebut, atas kemurahan hati dan kebaikan yang mereka berdua buat selama hidup ni. Kalo tak kerana flight mereka deley, confirm mereka terpaksa beli tiket baru. Dalam kami sembang tu tergelak juga dengar cara KD bercerita, depa berlari tak tengok kiri kanan dah, memang pecut terus, mengejar masa.

Dipihak kami, semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Tiba di Busan lebih kurang jam 11++. Selesai urusan semuanya, kami pun menapak ke luar mencari teksi. Menyeberang jalan je. KH dah pesan awal2 jangan naik teksi warna hitam, mahal! Jadi naik teksi warna apa saja selain hitam. Kami naik teksi warna biru.....Tambang berapa ya? Tak ingat! share 3 orang ok la.

Gambar atas: KH tengah cari nama dier. Sepatutnya tuan rumah tinggalkan kunci dalam box, tapi nama dier tak ada. Jadi KH terpaksa call dier balik.
Gambar bawah: Sementara menunggu dapat kunci, kami mengigil kesejukan. Tak ble masuk sebab pintu tu ader password. Kira selamat juga la motel ni 😁
Oh ya kami menginap di Mintparadise Guesthouse. Boleh rujuk sini untuk info lanjut-------> www.mintparadisebusan.com..... Ini bilik kami 304. 
Sempoi je kan, studio style, agak selesa untuk kami ber-4

Kelengkapan dapur semua cukup dan boleh guna kecuali Dapur gas dan peralatan pinggan mangkuk tu tak boleh guna. Tuan rumah kunci siap2 dalam kabinet. Kalo nak guna, boleh maklum kan awal pada tuan rumah, dan ada bayaran untuk itu ya. Kat Busan kami tak bercadang untuk memasak, microwave dan kettle tu pun lebih dari cukup. 
Oleh sebab terlebih rajin, malam tu kami cuci baju berjemaah. Al-maklum la, wanita kan tak suka angkut2 baju kotor ni. Cehhh....😝  Penyidai ada tapi tak cukup, maka kami bentangkan semuanya atas lantai, kan lantai dier panas. 2 hari di sini inshaallah kering!

Toilet dier, bersih. Lepas tu Shampoo segala tu dier letak botol besar. Wow......Bagus, tak kedekutz 
towel dier, alahai pendeknyer.....I segan U...🙈
Selepas berehat beberapa jam, kami turun bawah. Ala saje la nak kenal jalan. Sebenarnya nak beli sabun cuci. Jom mari lah kiter.....

Kitorang tinggal kat bangunan signboard warna biru "Mint Paradise"....JMC tu pun hotel juga, depan pun ader motel....Ok juga tempat ni, agak tenang dari bunyi2 kereta. 
Nampak macam jauh ke dalam kan, tapi sebenarnya jalan sikit lagi ke depan akan jumpa jalan besar. Masa nak balik (Malaysia), awal pagi dalam jam 6 kitorang dah keluar cari teksi, mudah je dapat. 

Balik dari membeli di kedai runcit, Semua penuh beg plastik tu, tau tak borong aper tu? Semua borong minuman pisang tu, jumpa pula perisa oren, aduhaiii.....

Russian Street bercitarasakan budaya China
Nak tau kenapa adanya Russian Street di tengah2 kota Busan ni?
Boleh baca sini--> https://en.wikipedia.org/wiki/Russians in_Korea. Kebanyakan daripada depa berniaga di sini. Kalo tengok wajah, dah tak banyak baka Russia tu, sudah berasimilasi dengan wajah Korea. Ini yang aku nampak ahjuma yang duduk di depan kedai, mungkin iras Rusia tu jatuh pada anak2 depa ni. Orang kata orang Rusia cantik2.....Tengok la permaisuri sultan Kelantan, macam anak patung!

Bunga kobis putih
Cantiknya la kau ni. Kobis pink di tanam je tepi jalan. 
Wow, jauhnya nak berjalan....
Rahsia kaki cantik, ini lah dier, tiap hari turun naik tangga
Pondok telefon cantik
Tengok kobis depa tanam gitu je boleh tumbuh. Untung kan? Sebelah kobis ni sekolah rendah, tak mau ambil gambar, nanti cikgu dier marah.....
Ok itu je, malamnya kami jalan2 lagi ke Night Market. Jalan Kaki je....

Bersambung......

Saturday, March 30, 2019

Kembara Jeju | Part 13: Lepak Santai

5 Dec 2018

Sampai di Homestay ni, masih terang lagi. Penat mendaki tadi dah hilang. Oleh kerana hari ni hari terakhir kami di sini, maka kami mengambil kesempatan untuk lepak2 di perkarangan homestay ni. Tinggal kami ber-4 je, yang lain dah naik ke bilik.

Aku belanja gambar ye....

Belakang umah uncle. Tuan rumah ni tinggal kat tingkat 1
Tengak syok ambik gambar, tak perasan rupanya ader uncle tengah buat sesuatu......
Dia sedang membakar kayu untuk memanaskan lantai bangunan ni secara manual.
Kami tinggal tingkat 2
 Uncle kata kalo nak ke pantai jalan kaki 5 minit je, nak tengok sunset, pegi cepat katanya...

Mereka berlatarbelakangkan pokok tangerin. 
Laluan ke pantai. Tempat (Bangunan) yang ader warna putih tu, dalam dier ader pokok tangerin yang tumbuh segar dan berbuah lebat. Orang kampung ni punya, uncle tak de ladang tangern katanyer....
Bunga kuning tumbuh melata, cantik macam carnola......ke.....dah memang carnola pun?
Sekarang kiter tau la kan, kenapa tangerin depa ni manis tak dimakan ulat......
Rumah kayu cantik, unik, simple, kemas je, ......Benar kata Remdambul: "Bahagia itu tidak semestinya sentiasa mendapat yang terbaik, tercanggih dan terulung, TAPI bahagia itu adalah apabila kita tahu memilih apa yang kita mampu dan kita suka apa yang kita dapat". 
mampu ambil gambar dari jauh je. Dekat2 karang kita dituduh mencuri.....😂
Belakang rumah uncle ni memang kebun tangerin je.
Sape boleh baca
Skodeng kebun orang. Rasa nak petik je. Geram!
Macam keretapi
Dekat pantai pun ader juga tempat penginapan. Yang ini unik sikit dier guna caravan sebagai tempat penginapannya. 
Terkenang kampung halaman ku NZ yang sudah 3 tahun tak ku ziarahi.....😥
Pintu masuk 
Dah jumpa pantai.....
sisi 1
sisi 2
sisi 3
Rumah api
Sungai kecil, berair jernih......
Ada cerita ni.....KT minta aku amik gambar dier kat jambatan kecik ni. Tapi masa dier nak turun dier terasa macam ader benda jatuh.....raba2 poket rupanya hp dier. masa tu dah gelap sikit, tak nampak, KC suluh gua hp dier lama2 nampak juga ada dalam air. amik kayu panjang sikit bawa ke tepi dan ader yang amil guna kaki. Nasib baik dapat balik dah la hp baru....Alhamdulillah rezeki KT......😀
Bersambung........

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...