Sunday, February 24, 2019

Kembara Jeju: Dong Mun Market & Mysterious Road | Part 6


3 Dec 2018
(Isnin)

Hari baru cerita baru. Yeaahhh.....Sebenarnyer sebagai penulis blog cabuk, idea aku nak bercerita tu bukan la, bak air yang mengalir. Ia bagai memerah kelapa yang tak ada santannya. Tapi alah bisa, tegal biasa.....Demi untuk kenangan masa depan! Gitewww.....Perlu banyak membaca sebenarnya baru dapat menulis dengan baik. Novel ader tapiii, alahai......sejak akhir2 ni macam malas je. Tapi aku dah abis baca Novel Pulang tau....😍 (nanti aku buat review) juga novel kekasih hati kanda. Nasib baik la sebab Remy Ishak. Kalo tak memang jadi khazanah la novel tu kat rak buku.

Isnin yang cerah. Aku pakai baju lengan panjang yang nipis. Senang katanya kalo panas pakai jaket, tinggal baju lengan panjang ni pun memadai untuk menangikis kesejukan. Ko tak tau lagi penangan awal musim sejuk di Jeju. Tunggu.....Bila turun, hujan yang tadi renyai2 manja menjadi lebat. Kau tunggu ye!..Kiranya pagi ni nak naik ke Iichulbong, tapi sebab hujan tak jadi. Tukar destinasi yang ble berteduh dari hujan. Kami memilih untuk ke Dongmun Market. Kami berpusing2 mencari parking, tak jumpa, akhirnya KD naik ke tingkat 3 baru jumpa. Alhamdulillah... Itu pun rasa mcm sempit je ruang nak corner, aihhh... bak kata #Mr. Kokom, kenapa laa ko buat ruang parking kecik chengini yang oiii. Oh ya nak datang sini jangan lupa tau setkan GPS anda dengan No.7523001. Kalo tak sampai juga guna apps Naver. Inshaallah boleh dipercayai dan ble sampai di tempat yang dituju.

Dong Mun Market.

Orang kata kalo nak beli souvenir, kat sini la antara tempatnya yang agak murah. Jadi nak tengok la ni, murah ke tak atau ader ke tak yang berkenan di hati. Dari parking lot di level 3 tadi, kami turun ke bawah menuju ke Dong Mun Market. Cuaca nampak agak sendu sket, titis2 renyai hujan sesekali jatuh mengenai wajah. Cehh...macam tulis novel. Malas nak cakap panjang, meh tengok gambaq aper ader kat sini.
Jumpa gate 10, gate lain tak nampak bayang. 

Amboi....silau ke?
Meninjau mana yang berkenan
bakul anyaman
Baju tidoq, agak tebal. Sedap tidoq kalo time sejuk. 
magnet
Antara banyak2 ni mana satu comel? 
Ikan kering. Macam tempat kiter juga, rupanya depa pun pandai makan ikan kering....😀
Jajan....
Ginseng
Ini apa ya? lupa......
Ginseng lagi. Nak buat jamu ble la cari sini....
Cendawan kering
Seram tengok Kak Sotong ni. Tetiba teringat si Dave Jones dalam citer
Pirates of the Caribbean
Cantik tempat bunga dier, Replika kapal
Oleh sebab kelihatannya tak ada aper yang berkenan di hati kami pun blah. Kebanyakan barang basah je ader. Aku ingat market ni besar la dan kami salah masuk gate. Ok tak pe, tadi tujuannyer sebab nak berlindung dari hujan je kan. Jom2 g tengok tempat lain pula...

Masuk bandar. lenggang je, ke pagi lagi kot ni. 
Mysterious Road
Baca nama pun dah rasa.....ehhh, ape ni? Aper yang misteri nyer. Ohh...bila tanya Pakcik Goggle, rupanya tempat ni merupakan jalan paling misteri di Jeju. Bukan sebab ader angker ya anak2, tapi sebab apa jua objek yang diletakkan di sini bagaikan menentang undang2 graviti! haaa.....sape kata bumi ni flat?? Masyarakat tempatan menamakan tempat ni sebagai Dokkaebi Road dan ia terletak di kaki gunung. Kau letak la apa pun kat situ, termasuk kereta, bas semua boleh bergerak di jalan yang sedikit berbukit, walaupun enjin dimatikan dan letak gear pada mod  N. Dikatakan, bila kau curah air atas jalan, pun akan kelihatan air tu mendaki naik bukannyer menurun. Kitorang tak de cuba pun guna kereta, tengok orang buat dari jauh je. Kebetulan ketika kami santai tengok orang, ader geng lain cuba guna botol yang dier letak situ nak tengok gerak ke tidak. Lama2 dier tengok tak jadi disepaknyer botol tu. Geram ke bang? Meh, mai sini tempat kami kat Sabah, pun ader juga. Lagi tinggi jalan berbukit dier. Itu pun kalo nak test ko punya kecekapan mata bermain ilusi.

Co-pilot beli kopi sbb dier ngantuk.
Gigih Ahjuma tu citer itu ini, depa buat tak layan.....heheh
Kena cuba dari belakang kete ke-2 tu
Berakhir di sini....
Macamana depa boleh jumpa tempat ni? Ia bermula dari seorang pemandu teksi yang menghantar sepasang pengantin baru yang nak honeymoon di Jeju. Dah lama dulu tahun 80-an. Korang masa tu dah lahir ke belum? Mungkin time dier lalu jalan ni, tetiba enjin kete mati. Ye la, kete manual la katakan, kaki tak balance pijak minyak dan clutch. Eh! terkejut la mamat tu kan kete gerak sendiri. Ader hantu ke yang tolak! Balik rumah Pakcik ni pun citer la kat org rumah dier. Ko tau la org pompuan kan, kadang2 tak ble simpan rahsia.....hehheheh....dier pon citer kat jiran2. Lama2 viral. Bila viral, Dokkaebi Road pon jadi popular sbb ramai orang nak cuba fenomena ni. Nak tarik perhatian orang ramai, dier pon letak nama Mysterious Road. Bijak caturan depa kan. Sampai sekarang orang bila tengok nama je, berkobar2 nak tau, apa benda misterinya. Padahal.....ia cuma ilusi optik je sebab suasana di sekeliling yang jadi kita yang berada kat sini melihat objek bergerak ke arah jalan yang sedikit berbukit, tapi yang sebenarnya objek tu bergerak menuruni bukit. Tapi perkara macam ni tak mustahil berlaku dalam dunia ni kan? Semuanya ketentuan Allah SWT jua... Okey, kalo tak nak cuba drive kete kat sini, kiter ble juga nyantai sambil makan kacang kat cafe. Ader cafe Mystic 3 kat sini. Tak masuk pun. Ader 7E juga, nak beli kopi ble.

Toilet. (Gambar toilet un nak amik juga ye....? hehheh)
Bangunan comel, ble beli kopi juga kat sini. Oleh sebab dier comel, S beli kat sini. 
Arca
Bab1 nyantai bersama anak2. Tak pasti ye, kenapa depa guna Bab1 jadi icon....

Tembok batu, tak dibiar kosong. Cantik dan unik.
Mystic 3 cafe. 
KT tengah fikir nak pupul tu tengerin...hehheh
Bersambung..........

Friday, February 1, 2019

Kembara Jeju: Mt. Sanbangsan (Part 5)

2 Dec 2018 (Ahad)

Sanbangsan
Perjalanan Diteruskan menuju ke Sanbangsan, 15km dari Junsangjeolli. Kira-kira 30 minit memandu sampai la kami ke sana. Sanbangsan adalah salah satu daripada beberapa kawasan tanah tinggi yang terdapat di Pulau Jeju. Kebanyakan bekas gunung berapi yang diketahui ramai hanyalah Gunung Halla, tetapi sebenarnya terdapat banyak oreums (bukit) dan beberapa gunung rendah (sans) yang boleh didaki atau hanya sekadar melawat di kaki bukit/gunung. Sanbangsan adalah salah satu daripadanya. Memiliki ketinggian 345 m, Sanbangsan menawarkan pemandangan indah dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancongan disekitarnya.

KP n Me.....Angin kuat kat sini. Konon kebal kan sekali, mari angin sejuk dari laut, terus berlari kami kat bus stop tu 😂
Laluan menuju ke Yongmoeri Beach
Kami tak pegi pun sampai yang ader replika bahtera tu.....nampak macam jauh, rasanya kalo kiter terus ke bawah sana, baru kiter jumpa pantai Yongmoeri, yang tebing batu dier unik tu.
Patung Budhha.
Pada asalnya Mt Sanbangsan adalah gunung lava vulkanik yang terbentuk sekitar 800,000 tahun yang lalu. Di pintu masuk gunung kita akan jumpa Kuil Sanbangsa dan Kuil Bomunsa, milik masyarakat Budhha. Di luar bangunan kedua2  kuil ini terletaknya patung emas Buddha yang besar, kira2 setinggi bangunan 2 tingkat. Kami parking di bawah deretan kedai di bawah kaki gunung Sanbangsan. Rasanya kena parking free sebab takde pun KD keluaqkan duit untuk bayaq parking. Sementara depa yang lain p toilet kami lepak tepi bukit sambil buang pandang ke tepi laut. Mengira2 samada nak turun jalan kaki ke tak lepas ni. Nampak macam jauhhhhhhh sangat. Nampak tak betapa kami  sayang nak membuang lemak, sejuk2 ni lemak sangat penting katanya....😝 Dan kebanyakan daripada kami tak bercadang untuk mendaki naik sampai ke kuil atas gunung Sanbangsan. Tapi sebenarnya kalo naik atas tu, pemandangan lebih cantik. 

Pekena kopi pun best juga ni..

KT
Akhirnya kami jumpa port untuk solat. Kat belakang bangunan ni ada paip air. Ingatkan free so kiter pun ambil wuduk kat sini, rupanya tak boleh sebab ader pakcik penjaga parking tu cakap ini milik persendirian, jadi tak boleh guna. Aku tak pasti ini bangunan apa, mungkin untuk penjaga parking tu berehat, nampak agak luas dan bersih. KD tanya kat makcik penjaga parking tu samada kiter ble pinjam tempat ni untuk solat atau tidak. Dier benarkan jadi kiter pun solat kat situ. 

Banguna tempat kami tumpang solat
luas dan bersih
Selesai semuanya sekali lagi kali lepak di pinggir bukit sambil memandang ke bawah sana (laluan menuju ke Yongmoeri Coast), sambil berkira2, nak turun jalan kaki ke tidak. Nampak macam ader banyak kete parking kat bawah sana. Dari sana bole jalan kaki kot. So kami pun bergerak menuju ke bawah sana. Kami tak guna GPS dah, ala...bukan jauh pun, kata kami. Sekali sampai bawah sana tak jumpa jalan masuk menuju ke tempat yang banyak kete parking tu, yang ader macam mini taman permainan. Masuk2 je jumpa macam kawasan rumah orang, jalan mati pula tu. Rasanya jalan ni dah betul, cuma tak jumpa simpang/ lorong yang betul. Kami patah balik, yang mana akhirnya membawa kami ke pinggir laut.
Kat bawah sana macam ader mini taman permainan, yang banyak2 kete tu, konon nak parking sana la, tapi tak jumpa jalan. dari sana pastinya ble sampai kat pantai Yongmoeri. 
Nampak Motorhome teringat Kampong halaman kat NZ...😢
Ini lah tempatnyer. Tak tau nama apa, tapi dekat dengan Gunung Sanbangsan dan Yongmoeri Coast tu. Turun bawah sikit je. Aku tengok John (Kaki Berangan) pun ader g tempat ni, cuma tak tau nama tempat. Kawasan ni macam kawasan pelabuhan juga. Banyak kapal dan boat2 kecil menangkap ikan kat sini. Dan rasanya kawasan ni pun ader hostel/motel/homestay yang sewaktu dengannya. Pun rasanya tempat ni pernah jadi salah satu lokasi pengambaran drama Korea. Sebab............tengok gambaq bawah ni...

Mereka peminat tegar drama Korea. Ader sorang lagi tak masuk dalam gambaq. Depa kata gambaq atas ni menandakan artis Korea pernah berlakon kat tempat ni.
Kawasan parking yang lenggang. 
Barisan Rombongan Cik Kiah berlatarbelakangkan Kawasan pelabuhan
Penat gaknya dier balik dari menyelam...


Kami ambil masa sikit berjalan kaki nak menuju ke rumah api. Oh ya, ada 2 rumah api kat sini, warna putih dan merah. Yang putih tu nampak dekattttttttt, tapi rupanya sukar ku gapai. Yang merah pun dah dekatttt sangat dengan kami, rupanya jalan menghubungkan ke rumah api tu sedang dalam pembaikan, jadi tak ble masuk. Kami layan je batu tepi pantai....

lampu boat
Berlatar belakangkan Gunung Sanbangsan
Lepak tepi batu, merajuk sebab tak ble masuk p Rumah Api Merah
Artis Korea
Miss Universe......Ehhhhhhh!
Batu dari lava gunung berapi
Boat berlabuh
Saje....nak meramaikan gambaq.....
Okey layan batu lagi. Aku tengok KT turun, kiter pun ikut. Berani sikit sebab ader 1 keluarga pun main2 kat bawah sana. Ombaknya sangat kuat dan batu2 juga agak tajam, kalo tapak kasut tak berapa nak tebal, terasa juga la sakitnya tu.

Nampak tak bagaimana lava panas tu turun dan mengalir ke laut, kemudian mengalami proses penyejukan dan membeku.
Dari dekat
Diterjah ombak

Lagi berlatarbelakangkan Gunung Sanbangsan
KT melayan perasaan
ahli arkeologi menjalankan tugas
Artis Korea
2 Korea, 1 Jepun

Punya lama kami posing macam2 gaya dah, semata2 kawah tu di kosongkan. Kiter pun nak gak rasa cebur2 kaki kat air dalam kawah tu. Tapi nampak gayanya depa masih nak berlama2 kat situ dan tak nak bagi peluang. Emm....jom la balik.



Ok teruskan merendam kaki ye kak. Akhirnyer kami blah sambil membebel...Angin kat sini agak kuat. Mengigil aku. Maklum la tak de lemak sebagai penebat 😝

Port memancing. Kaki pancing mana peduli larangan jangan masuk....depa langgar je
KT berlatarbelakangkan kaki pancing, sambil layan lagu zamani
Z di tepi laut
teka sape ni
Kalo ader joran, nak memancing la, KT kata.....
Kami yang kesejukan....


Tamat untuk hari 1. Jom balik maghrib dah.........

Bersambung.....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...