3 Dec 2018
(Isnin)
Hari baru cerita baru. Yeaahhh.....Sebenarnyer sebagai penulis blog cabuk, idea aku nak bercerita tu bukan la, bak air yang mengalir. Ia bagai memerah kelapa yang tak ada santannya. Tapi alah bisa, tegal biasa.....Demi untuk kenangan masa depan! Gitewww.....Perlu banyak membaca sebenarnya baru dapat menulis dengan baik. Novel ader tapiii, alahai......sejak akhir2 ni macam malas je. Tapi aku dah abis baca Novel Pulang tau....😍 (nanti aku buat review) juga novel kekasih hati kanda. Nasib baik la sebab Remy Ishak. Kalo tak memang jadi khazanah la novel tu kat rak buku.
Isnin yang cerah. Aku pakai baju lengan panjang yang nipis. Senang katanya kalo panas pakai jaket, tinggal baju lengan panjang ni pun memadai untuk menangikis kesejukan. Ko tak tau lagi penangan awal musim sejuk di Jeju. Tunggu.....Bila turun, hujan yang tadi renyai2 manja menjadi lebat. Kau tunggu ye!..Kiranya pagi ni nak naik ke Iichulbong, tapi sebab hujan tak jadi. Tukar destinasi yang ble berteduh dari hujan. Kami memilih untuk ke Dongmun Market. Kami berpusing2 mencari parking, tak jumpa, akhirnya KD naik ke tingkat 3 baru jumpa. Alhamdulillah... Itu pun rasa mcm sempit je ruang nak corner, aihhh... bak kata #Mr. Kokom, kenapa laa ko buat ruang parking kecik chengini yang oiii. Oh ya nak datang sini jangan lupa tau setkan GPS anda dengan
No.7523001. Kalo tak sampai juga guna apps Naver. Inshaallah boleh dipercayai dan ble sampai di tempat yang dituju.
Dong Mun Market.
Orang kata kalo nak beli souvenir, kat sini la antara tempatnya yang agak murah. Jadi nak tengok la ni, murah ke tak atau ader ke tak yang berkenan di hati. Dari parking lot di level 3 tadi, kami turun ke bawah menuju ke Dong Mun Market. Cuaca nampak agak sendu sket, titis2 renyai hujan sesekali jatuh mengenai wajah. Cehh...macam tulis novel. Malas nak cakap panjang, meh tengok gambaq aper ader kat sini.
|
Jumpa gate 10, gate lain tak nampak bayang. |
|
Amboi....silau ke? |
|
Meninjau mana yang berkenan |
|
bakul anyaman |
|
Baju tidoq, agak tebal. Sedap tidoq kalo time sejuk. |
|
magnet |
|
Antara banyak2 ni mana satu comel? |
|
Ikan kering. Macam tempat kiter juga, rupanya depa pun pandai makan ikan kering....😀 |
|
Jajan.... |
|
Ginseng |
|
Ini apa ya? lupa...... |
|
Ginseng lagi. Nak buat jamu ble la cari sini.... |
|
Cendawan kering |
|
Seram tengok Kak Sotong ni. Tetiba teringat si Dave Jones dalam citer
Pirates of the Caribbean |
|
Cantik tempat bunga dier, Replika kapal |
Oleh sebab kelihatannya tak ada aper yang berkenan di hati kami pun blah. Kebanyakan barang basah je ader. Aku ingat market ni besar la dan kami salah masuk gate. Ok tak pe, tadi tujuannyer sebab nak berlindung dari hujan je kan. Jom2 g tengok tempat lain pula...
|
Masuk bandar. lenggang je, ke pagi lagi kot ni. |
Mysterious Road
Baca nama pun dah rasa.....ehhh, ape ni? Aper yang misteri nyer. Ohh...bila tanya Pakcik Goggle, rupanya tempat ni merupakan jalan paling misteri di Jeju. Bukan sebab ader angker ya anak2, tapi sebab apa jua objek yang diletakkan di sini bagaikan menentang undang2 graviti! haaa.....sape kata bumi ni flat?? Masyarakat tempatan menamakan tempat ni sebagai Dokkaebi Road dan ia terletak di kaki gunung. Kau letak la apa pun kat situ, termasuk kereta, bas semua boleh bergerak di jalan yang sedikit berbukit, walaupun enjin dimatikan dan letak gear pada mod N. Dikatakan, bila kau curah air atas jalan, pun akan kelihatan air tu mendaki naik bukannyer menurun. Kitorang tak de cuba pun guna kereta, tengok orang buat dari jauh je. Kebetulan ketika kami santai tengok orang, ader geng lain cuba guna botol yang dier letak situ nak tengok gerak ke tidak. Lama2 dier tengok tak jadi disepaknyer botol tu. Geram ke bang? Meh, mai sini tempat kami kat Sabah, pun ader juga. Lagi tinggi jalan berbukit dier. Itu pun kalo nak test ko punya kecekapan mata bermain ilusi.
|
Co-pilot beli kopi sbb dier ngantuk. |
|
Gigih Ahjuma tu citer itu ini, depa buat tak layan.....heheh |
|
Kena cuba dari belakang kete ke-2 tu |
|
Berakhir di sini.... |
Macamana depa boleh jumpa tempat ni? Ia bermula dari seorang pemandu teksi yang menghantar sepasang pengantin baru yang nak honeymoon di Jeju. Dah lama dulu tahun 80-an. Korang masa tu dah lahir ke belum? Mungkin time dier lalu jalan ni, tetiba enjin kete mati. Ye la, kete manual la katakan, kaki tak balance pijak minyak dan clutch. Eh! terkejut la mamat tu kan kete gerak sendiri. Ader hantu ke yang tolak! Balik rumah Pakcik ni pun citer la kat org rumah dier. Ko tau la org pompuan kan, kadang2 tak ble simpan rahsia.....hehheheh....dier pon citer kat jiran2. Lama2 viral. Bila viral, Dokkaebi Road pon jadi popular sbb ramai orang nak cuba fenomena ni. Nak tarik perhatian orang ramai, dier pon letak nama Mysterious Road. Bijak caturan depa kan. Sampai sekarang orang bila tengok nama je, berkobar2 nak tau, apa benda misterinya. Padahal.....ia cuma ilusi optik je sebab suasana di sekeliling yang jadi kita yang berada kat sini melihat objek bergerak ke arah jalan yang sedikit berbukit, tapi yang sebenarnya objek tu bergerak menuruni bukit. Tapi perkara macam ni tak mustahil berlaku dalam dunia ni kan? Semuanya ketentuan Allah SWT jua... Okey, kalo tak nak cuba drive kete kat sini, kiter ble juga nyantai sambil makan kacang kat cafe. Ader cafe Mystic 3 kat sini. Tak masuk pun. Ader 7E juga, nak beli kopi ble.
|
Toilet. (Gambar toilet un nak amik juga ye....? hehheh) |
|
Bangunan comel, ble beli kopi juga kat sini. Oleh sebab dier comel, S beli kat sini. |
|
Arca |
|
Bab1 nyantai bersama anak2. Tak pasti ye, kenapa depa guna Bab1 jadi icon.... |
|
Tembok batu, tak dibiar kosong. Cantik dan unik. |
|
Mystic 3 cafe. |
|
KT tengah fikir nak pupul tu tengerin...hehheh |
Bersambung..........
No comments:
Post a Comment