Saturday, December 26, 2015

Hanoi (11): Skodeng kampung Cat-Cat

6 Jun 2015
Dari: part 10

Bangun pagi, gosok gigi.....:) Sarapan pagi di bilik sebelah. Semua bedal makanan yang di bawa dari Malaysia. Roti, ikan bilis goreng, maggie, indocafe 3 in 1. Save budget katanyer. Sepanjang berada di Sapa, tak pernah sekali pun kami masuk mana2 restoran, kecuali kat hotel ni, itu pun kami minta nasi dan telur rebus je, minta 4 biji depa bagi 8 biji telur rebus. :D....Yang bagusnyer owner hotel ni sangat memahami. You are mulim? From Malaysia? katanyer.....Oh ya aku ingat depa memang kenal Malaysia sebab insiden penyokong Malaysia bantai penyokong Vietnam.. nampak sangat kiter tak boleh menerima kekalahan. Eh, bukan kiter, mereka yang terlibat aje... Malu wehhhhh......di ari lain kami bertemu pemandu bas yang menghantar kami ke airport Hanoi, yang boleh berbahasa melayu, katanyer Malaysia kalah sama Vietnam  itu ari main bola.....nampak perli kiterkan???? Pada muka kiter dah jadi bahan usikan depa.....

Plan ari ni, akan menskodeng Kampung Cat-Cat yang terkenal dikalangan pelancong. Pemandangan yang cantik dengan sawah padi berteres, melihat dan merasi aura kegiatan harian penduduk kampung dan sebagainya. Tak lengkap pakej jelajah Sapa, kalo tak mai Kampung Cat-Cat, katanyer.....:D Oh ya, walaupon, kampung ni diletak nama Cat2, ia tak bermakna Kg. ni banyak kucing, sepertimana Hazwan, aku pun tak nampak walau seekor pun kucing....:D. Alhamdulillah kerbau pendek pun tak jumpa, Hazwan.....hehehhe.

Kampung Cat2 ni terletak 2 km dari Pekan Sapa. Terletak di kawasan lembah. Lagi ke bawah daripada hotel yang kami duduki. Oleh sebab kami dah masuk dalam pakej, dah ader tour guide yang akan membawa kami ke sana. Orangnya kecik molek, gadis Hmong, aku ingat umurnya masih muda dalam belasan tahun. Boleh berbahasa Inggeris, tapi tidak seperamah si Minah semalam. Yang ini kita panggil dier si Milah. Oh ya si Minah sempat berpesan pd kami semalam, minta kami charge energy lebih sket kalo nak mai Kg. Cat2 sebab katanyer perjalanan ke sini berbeza dengan perjalanan ke Kg Ta Van semalam. Di Kg. Cat2 kiter kena naik bukit turun bukit.......okey baik untuk senaman kaki. 

Geng Mat Salleh. Kali ni geng kami yang dah veteran. Perjalanan dari hotel kami ambil arah kanan
Untuk ke Kampung Cat2 dari hotel yang kami duduki, ambil arah kanan. Jalan terus, dalam perjalanan kiter akan melintasi farmasi. Kemudian jumpa satu tangga di sebelah kiri, di mana terletaknya sebuah pasar basah. ketika kami tiba di sini, pasar basah ni masih dalam proses baik pulih, jadi tak ader sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di sini. Ker ader lagi pasar basah kat atas dekat gereja tu Hazwan? Tiba kat tangga tu, turun tangga jalan terus aje.....ia akan membawa kita terus ke pintu gerbang Kampung Cat-Cat, tapi jauh lagi. Kalo dah nampak ramai orang berjalan kaki menuju ke sana, betul dah tu......Klo korang menyewa hotel di kawasan berdekatan gereja, terus aje turun ke bawah melepasi dataran (gambar dlm entry sebelum ni).

akan melalui farmasi ni.
Pasar basah yang sedang dalam proses baik pulih
Turun tangga ni
Jalan terus aje
Lepas dari pasar basah tadi akan tiba di lorong ni, jalan terus aje.




Mak cik Hmong menjual barangan
Kalo naik bas, bas akan berhenti sampai kat sini aje...berhadapan sapa Summit Hotel. lepas tu jalan kaki
Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke pintu gerbang kampung Cat-Cat, terdapat banyak kedai di kiri dan kanan jalan. Kaki2 hiking kalo nak cari barangan hiking yang murah di sinilah tempatnya. Kalo tak nak beli, di sewa pun ader, tapi aku tak penah jumpa. Lambakan jenama The North Face dan Deauter, merambangkan mata. Sempatlah di hati pasang niat nak rembat 1, sebagai kenangan.....bukan sekarang, karang masa nak balik.

Batu Tanda

kami yang gigih menurunkan berat badan.
 Akhirnya kami tiba di pintu gerbang cat2. Uhhhh....penat juga ye. nasib baik cuaca kat sini sejuk2 manja, tak la sampai migraine naik. Bayaran masuk ke sini ialah 4000 dong. Guide kami yang aku panggil si Milah, dah beli siap2 tiket, dier p tunjuk ajer tiket kami, ble la kami masuk. Selepas pintu gerbang ni, akan jumpa 2 simpang. Simpang sebelah kiri tu ialah pintu keluar apabila kita balik nanti. Jadi si Milah suh ambil simpang kanan. Perjalanan mula menuruni tangga berbatu. di kiri kanan terdapat gerai2 menjual cenderahati. Menariknya di sini ialah setiap kedai dan rumah ada tadahan air yang diperbuat daripada kayu. Bila penuh aje air dalam kayu tu akan masuk dalam longkang. mungkin fungsinya supaya air yang turun dari atas bukit tidak membasahi laluan utama.

tiba di pintu gerbang Kampung Cat2
peta 
Mulakan perjalanan

anak2 Hmong
sawah padi berteres
pemandangan cantik
kedai menjual cenderahati
Lelaki menanam padi
Di sepanjang perjalanan ada kalanya kami terserempak dengan anak-anak Hmong, kali ni tak ada yang meminta2 duit atau menjual cenderahati. Kanak2 di sini leka bermain bersama rakan2. Kat sini juga tak jumpa wanita Hmong yang akan mengikut kita sepanjang perjalanan seperti di Kg Ta Van semalam. Kelihatan juga lelaki Hmong sedang bekerja di sawah mereka. Wanita Hmong pula akan memainkan peranan menjual barangan cenderahati.


pakaian tradisional
sisi lain di Kg. Sapa
hampir tiba di jambatan
Perjalanan ini akan berakhir di kawasan sungai berdekatan air terjun. Oleh kerana masa kami p tu hujan turun renyai2, maka airnya juga berwarna kekuningan. Di sini ada sebuah dewan, dimana kita boleh menyaksikan persembahan tarian masyarakat Hmong, tarian buluh, mendengar alunan muzik tradisional Hmong dan para pelancong juga di minta menari tarian buluh bersama mereka.

Dewan besar di tepi sungai





penari Hmong
tarian Hmong
salah seorang penari.
Mok Cu ni pun pelancong juga tapi dia p pakai bju tradisional Hmong. Yang aku tergelak tengok Mok cu ni beria2 dier p naik pentas menari tarian buluh. Aku tgk penari lelaki tu pun dah macam malas nak berpasangan menari ngan Mok cu ni....Lawakk..:D

Kawan dier


pelbagai cendera hati
anak ayam kesejukan
Kerbau pendek yang ni saya jumpa la Hazwan...:D
laluan pulang. Kat sini kita akan melalui rumah orang kampung. tapi rumahnya berjarak agak jauh antara 1 sama lain. dan di sini dah jarang jumpa kedai menjual cenderahati. 
Kalo dah tak larat berjalan kaki, boleh minta orang ni tolong antar dengan bayaran USD2
laluan pulang akan melintasi jambatan gantung

chayo2 kawanku......
padi berteres

sudah tiba semula di laluan utama. dari sini masih agak jauh untuk kembali ke hotel
pagi tadi kawasan ni berkabus. tak nampak pemandangan. 
sebuah rumah di lereng bukit
kayu yang diukir menyerupai manusia
Dari atas
Bab 1 yang sedang di panggang
Selepas aje melalui kawasan air terjun tadi, amik gambar sat dan tengok persembahan tarian Hmong, kami pun beransur pulang. Laluannya bukan berpatah balik tapi ada laluan khas. kalo kita tengok peta tadi, Kampung Cat2 ni, laluannya membentuk bulatan. kiranya pusing 1 kampong. Di laluan pulang ni dah tak banyak gerai menjual cenderahati, ada tapi tak banyak, 1 atau 2 saja. Geng Mat Salleh tadi dah tak nampak bayang, depa dah balik dulu kot. Rumah penduduk kampung juga tak banyak kelihatan, agak berjarak kedudukannya antara 1 sama lain.

Selepas jambatan gantung, ader banyak motosikal sapu menanti para pelancong yang dah tak larat jalan kaki. Depa boleh hantar sampai ke pekan dengan bayaran USD 2. Aku kagum dengan semangan kental Kak T dan Kak Hasnah yang mampu berjalan kaki hingga ke hotel. Chayo2......Kesimpulannya di sini ialah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan....:D ble pakai tak pribahasa tu??? Dalam perjalanan balik tu, seperti yang sudah diangan2kan awal pagi tadi, aku sempat rembat seluar berjenama The North Face dengan harga USD18. Nipis tapi xla sampai nampak tiang bendera bila pakai, juga ringan. sesuai di bawa kalo nak travel. Mai sini aku tak tukar pun duit dong, sbb depa juga terima duit USD. leceh kira banyak gler dier punya 00000....

Jika di bandingkan antara Kg. Ta Van & Kg. Cat2, aku lagi suka Kg Ta Van, suasananya segar, luas mata memandang, pemandangan cantik dengan sawah padi berteras yang saujana mata memandang, bukit bukau yang menghijau, cuma sedikit merimaskan bila ada wanita Hmong yang akan mengikut kiter sepanjang masa. Selagi tak beli barang depa selagi itu dier tak berenggang. Tapi kalo dah beli, inshaallah depa akan tinggalkan kiter. Nasihat aku, kalo nak p Kg. Ta Van @ Kg. Cat2 bagi yang muslim bawa la sedikit jajan dan air buat pengalas perut. Memang payah nak cari makanan halal. tapi kalo lalu kat tekak, ble juga minum kopi.

Bersambung.....




Friday, December 25, 2015

Hanoi: (10) Meneliti Wajah Pekan Sapa

Bersambung dari: part 9

Masih hari yang sama. Tak lama kemudian Van pun sampai, hanya beberapa kumpulan saja yang akan kembali ke hotel. Geng Mat Salleh tadi akan bermalam di Kampung Ta Van. Sepanjang perjalanan balik ke hotel naik van baru terasa ketinggian bukit bukau di situ. Kalo aku yang drive rasanya berdebar2 juga dgn jalan raya yang tak bertar...Aku dah tak larat ambil gambar..korang bayangkan aje la. :D

Tiba di hotel kami diberikan 2 buah bilik. Sebeleh menyebelah ajer. Biliknya sangat luas. dengan katil 2 buah. 1 single bed, 1 lagi queen. Aku rasa bilik ni utk family kot, tapi kat bilik sebelah pon gitu juge. Ntah la...Serius beb, kalo kongsi 4 orang pun memang lebih dari selesa. Terasa rugi tapi sudah berlalu, tutup mata aje la. Tapi bilik ni tak de aircond ye, ko nak aircond aper lagi kalo dah memang tempat tu sejuk??? Kebal betul kulit ko ye, kalo nak minta aircond bagai....wekekkek.....Kawasan tanah tinggi la katakan. Alam semulajadinya masih dara, udara segar, kabus tebal....harap keadaan ni akan kekal tak tergugat dek arus kemodenan. Dengarnyer kalo tiba musim sejuk, ader kawasan di Sapa yang turun salji...wahhhh......

Dapat aje bilik terus bersihkan diri, mandi, solat dan kemudian makan kat bilik sebelah. Hidanganya macam biasa nasi goreng Brahims, ikan bilis goreng berlada dan ayam kari tin. Oleh sebab bilik tu cuma ader cerek, kami rendamkan ajer bungkusan nasi goreng brahims dalam cerek tu. Boleh la daripada makan nasi sejuk. Sedap juga makan gini kalo jauh diperantauan. Cewahhhh.......:D tapi kalo kat rumah, korang hadap tak kari ayam tin ni? Serius beb, aku tak penah beli ayam kari tin wpon tinggal sorang, lagi selera makan nasi kosong campur ikan bilis goreng. Yummmyyyyyy.....

Dah kenyang perut aper lagi, mata pun bagai ditarik2 untuk tido. :D....tapi Kak Hasnah kata, elok p jalan2 kat pekan Sapa dulu, kang kalo lewat hujan la pula. Betul juga lagipun depa nak p urut kaki. lenguh katanyer....Aku sebenarnyer nak p skodeng kat mana letaknyer Cozy Sapa Hotel II. Katanyer berdekatan gereja. Tapi nampak kawasan ni makin meninggi. Depa pun macam malas dah nak p jengok lagi ke atas. Dah penat berjalan 17 km katanyer....:D

Nak turun ronda Pekan Sapa
wanita Hmong
Untuk menuju ke lokasi di bawah (dalam gambar), dari hotel tadi kami terus ambil arah kanan, sebab arah kiri kami dah tengok dalam perjalanan menuju ke Kampung Ta Van tadi. Bila sampai ke atas, nampak la bangunan gereja yang sering disebut2 dalam blog para backpacker. Berdekatan dengan gereja ni terdapat sebuah dataran, mungkin bila ader keramaian, dataran ni akan digunakan. Aku sebenarnyer nak cari tasik yang Supermeng cakap dlm blognyer, tapi tak jumpa la meng, ataih lagi kot naa??

Gereja yang sering disebut di dalam blog
Dataran . Nampak kabus tebal tu?




tempat anak muda beriadah



skirt
2 Persimpangan. Sebelah kiri akan membawa terus kita ke mapung Cat2. 

topi

kraftangan depa


lambakan bag berjenama The North Face & deuter buatan Vietnam. Memang cukup murah.






wanita Hmong berjualan di kaki lima. kalo kiter ke bawah lagi, itu akan membawa kita menuju ke kampung Ta Van.

wanita Hmong dan anaknya
bangunan di sekitar Pekan Sapa
Jepret dari bilik hotel
 Akhirnya kami beransur pergi meninggalkan dataran untuk mencari tempat mengurut kaki. Depa jumpa yang murah USD7-8 kalo tak silap seluruh badan. Aku tumpang tengok aje, tak biasa la ader org urut2 kiter. Geliiii.....baru orang sentuh leher dah menjerit geli. Cemana tu?? wekekkeke......Baru aku perasan 70-90% bangunan kedai dan hotel di Pekan Sapa memang tak ader kipas dan aircond. ader kipas tapi depa tak pasang kecuali jika perlu contohnyer nak hilang kan bau. Selesai saje sesi berurut, kami pun pulang. Memang sangat penat, katil dan bantal bagai melambai2.............

bersambung.........

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...