5 Jun 2015
Bas mini tadi tu turun kan kami di tepi kaki lima. Aku keliru, mana pula hotelnyer ni?? Tak nampak pon rupa hotel. Ader banyak. Tapi yang mana 1. Kami tanyakan kat mana hotel harus di tuju. Mamat tu balas dlm bahasa Vietnam sambil tanganyer menunjuk ke satu arah, suh naik bukit, nuhh ataih tu hang punya hotel....lebih kurang itu la maksud kata2nyer. Amboiiii....bukan main bijak aku translate...wekekekke!
Tiket ni dipegang oleh Kak T, rupanyer nama hotel tu ader je dalam tiket ni. Auberge Hotel namanyer. Maka aku jadi pengekor setia ajer la depa nak p hotel mana. Hotelnyer ader kat atas bukit, naik aje. Oh ya, sebenarnyer sejak di Malaysia lagi kak Hasnah dah booking Cozy Sapa Hotel II, kalo ikut pembacaan di blog orang lain kedudukan hotel ni di atas bukit berdekatan dengan gereja. Maknanya hotel Auberge ni kedudukannya dah di bawah bukit. Oleh sebab dah ambil pakej dari Hanoi, maka kami cancel kan aje cozy hotel tu.
|
Ni dah belok kanan, sampai gerbang tu belok kiri pula. |
Tiba di hotel tu, kami tak tau kat mana receptionistnyer. Yang kelihatan cuma cafe. Kami pun naik tangga yang ader kat situ, dengan harapan mungkin kaunternyer ader kat tingkat 1. Bila naik atas, tak ader apa yg ada cuma bilik2, turun bawah balik. Last2 tanya kat kaunter cafe, laaaaaa.......rupanyer itu la dier kaunter receptionist. Dia kata checkin nanti jam 2, nanti jam 9 pagi akan bermula junggle trekking, sekarang ni guide tengah tunggu kumpulan lain. Tuan punya hotel, minta kami sarapan dulu, bila dia nak amik order kami kata tak nak apa2 kecuali air panas. Dier tau kitorang dari Malaysia. Isterinya pula tunjukkan kami bilik/stor untuk letak beg. Dalam stor tu ader 1 toilet, share dengan semua orang. Kat sebelah tu pula bilik para pekerja untuk berehat dan ader 1 bilik air.
|
cafe |
Tepat jam 9 pagi kami pun berkumpul di bawah hotel. Laluannya senang saja dari hotel ni. Tiba di bawah (tempat bas turunkan kami tadi), belok kiri, jalan terus ikut jalan raya saja jangan menyimpang ikut tangga ke aper, terus aje. Kalo pergi sendiri pon ok rasanyer tanpa guide, bole sewa motor tapi harus diingat laluannya berbukit bukau ye. Nak jalan kaki sendiri pon ble tanpa guide, nak balik nanti kalo larat jalan kaki la, kalo tak minta je orang kampong tolong hantar ke pekan Sapa. Perjalanan yang bakal ditempuh ini adelah sepanjang 17km dengan hanya berjalan kaki. Jadi kalo rasa nak kurus cepat cuba la.....hehehhe
|
antara kumpulan mat salleh yang bersama kami |
|
kak T berlatarbelakangkan Mat Salleh |
Perjalanan kami diiringi renyai hujan. Kami siap beli baju hujan takut nanti hujan turun semakin lebat, celah mana nak selamatkan kamera kalo tak de baju hujan. Sekurang2nya baju hujan akan menyelamatkan pakaian, beg dan yang penting sekali kamera. Geng Mat Salleh semua pakai kasut hiking. Kami 4 orang yang berjiwa kental (Cewahhhh......kental la sangat!!), pakai selipar jepun dan zymah memakai sandle bata. Heheh.....Sebenarnya sebelum perjalanan ni bermula kak Has dah cari kasut getah untuk disewa tapi tak ada. Jadi bantai aje la selipar jepung! Selain si Minah yang menjadi guide kami, ader beberapa orang wanita Hmong juga yang mengiringi kami, lengkap dengan pakaian tradisional mereka. Di akhir perjalanan baru aku ketahui bahawa mereka ini akan memaksa kita membeli sekurang2nya 1 jualan mereka!
|
Guide kami. Aku lupa namanyer. Kiter pannggil dier Minah. Senang. Laluan menuju ke Kg Ta Van. Ini baru permulaan |
|
amboi lajunyer depa, maklumlah kaki panjang. |
Di Pekan Sapa, khususnya kita dapat lihat ramai masyarakat Hmong yang memakai pakaian tradisional mereka. Ini mungkin salah satu dari strategi untuk menarik perhatian pelancong membeli jualan mereka. Walaupun begitu, mereka sebenarnya merupakan kaum minoriti di sini. Mereka hidup bersama suku yang lain seperti Red Dao, Tay, Xa Pho dan Giay dalam keadaan harmoni. Menurut sejarahnya, suku Black Hmong berasal dari China dan kemudian berhijrah ke beberapa buah tempat seperti di Sapa Hanoi, kira2 300 tahun dahulu. Wanita Black Hmong terkenal dengan kemahiran mereka membuat kain dari rami. Apa yang menariknya di sini ialah wanita Hmong sangat dihormati dalam komuniti mereka dan dianggap sama standard dengan lelaki Hmong.
|
pemandangan cantik dari atas bukit |
|
kami berselfie |
Nasib baik, renyai hujan sudah berhenti, namun suhu tak terlalu panas. Alhamdulillah...kalo tak cepat haus dibuatnya. Laluan semakin menuruni bukit. Dari atas kelihatan beberapa kumpulan pelancong sayup2 kelihatan nun jauh di bawah sana. Si Minah kata, kami juga akan sampai ke laluan itu nanti. Aduhhhh....jauh lagi rupanya perjalanan ini. Beberapa kumpulan Mat Salleh yang bersama kami akan bermalam di rumah masyarakat Hamong. Ini bermakna mereka tidak akan balik bersama kmi petang nanti. Aku jangkakan antara aktiviti yang mereka akan lakukan ialah belajar untuk menanam padi. Kat kampong aku pun ader sawah padi, kalo nak belajaq mai la p kg aku pula....:D
anak Hmong yang berani mati
|
kami bersama wanita Hamong yang gigih mencari rezeki |
|
di awal perjalanan |
|
laluan yang bakal kami redah nanti |
|
port untuk berehat |
Sesekali si Minah akan bawa kami berehat. Perjalanan tak terasa penatnya sebab kami dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang cantik bertingkat2. Disepanjang perjalanan juga kadang2 terserempak dengan lelaki Hamong. Rupa2 nya para lelaki Hamong akan keluar mencari rezeki, manakala para wanita akan keluar menjual barang seperti kraftangan kepada para pelancong. Ini dapat dilihat, di tapak2 sawah padi ramai para lelaki sedang mengerjakan sawah padi mereka, membuat batas, menanam dan sebagainya. Kadang2 ada juga terserempang dengan anak2 masyarakat Hamong. Semuanya pandai berdikari, si kakak/ si abang yang lebih besar akan menjaga si adik sambil sempat menjual barangan kraftangan. Biasanya mereka menyapa para pelancong dalam Bahasa Inggeris yang mudah, rupanya ayat itu sudah dihafal. Bila ditanyakan dengan lebih lanjut, mereka dah tak boleh membalas.
|
anak2 masyarakat Hamong |
|
si anak yang diberikan gula2 oleh pelancong Mat salleh, ditangannya sedang memegang barangan jualan kraftangan |
Dipertengahan jalan si Minah meminta kami meneruskan perjalanan bersama remaja Hamong tadi, yang mana kami akan melalui jalan mudah. Manakala si Minah dan kumpulan Mat salleh tadi akan lalu di petak2 sawah (jalan sukar), sesuai sbb depa pakai kasut hiking. Yang kami ni pakai selipar jepung, masuk selut dah menjerit tetiba ader mat Lintah masuk kaki....:D
|
uncle yang datang dr Sydney |
|
depa gembira bakal menamatkan perjalanan ni, yang akan berakhir di jambatan di belakang sana |
|
Tamat di Sini. Pondok di belakang sana para pelancong akan di jamu makan tengahari. Kiter Melayu tok sah makan, kami cuma minta diberi buah-buahan. |
Berjaya juga kami akhirnya menamatkan perjalanan. Perjalanan ini akan tamat sebelum jambatan. Di sini ader 1 pondok dimana para pelancong akan dijamu makan tengahari dengan menu khas Sapa. Kami hanya meminta buah-buahan, jika ada. Si Minah membawakan kami beberapa biji pisang dan tembikai. Sebenarnya air sungai di sini jernih airnya, namun disebabkan hujan yang turun, airnya bertukar warna. Di kampung Ta Van ini juga, terdapat kemudahan asas seperti sekolah dan klinik. selain itu mereka juga ada loji memproses air yang datang dari atas bukit. Selesai makan, si Minah menghubungi pemandu van untuk kami di bawa balik semula ke hotel. alhamdulillah......jika tidak berfikir juga untuk meneruskan lagi perjalanan 17km.....
bersambung......