Saturday, January 4, 2014

Hello Jogja: (8) Seharian di Kota Solo..............

PART VIII
21 NOV 2013
Assalamualaikum & Hi....



Kalo ikut plan awal, hari ni kami akan ke Merapi. Tambahan pula cuaca hari ini cerah. Tapi dari semalam kami dh memutuskan untuk ke Kota Solo. 2 jam perjalanan dari Kota Jogja. Solo atau dikenali juga dengan nama Surakarta, merupakan sebuah daerah yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Kedudukannya sangat stategik, ia berada di tengah laluan antara Jakarta- Surabaya-Bali. Perkataan “Solo”mengingatkan aku pada lagu “Bongawan Solo” (tahun lalu kami gunakan lagu tu bermain Angklung untuk persembahan Anugerah Inovasi Pendidikan di Ujana Kewangan Labuan). Alhamdulillah, geng yang mabuk teruk semalam, ari ni dah sihat sket...:)

bapak tuk tengah main krincing, mun sudi ble merik duit. seikhlas hati. mun sik maok, diam2 jak, sik boh bukak mulut...;)
Aku: Pak, apa itu Bongawan Solo?

Pak Wor: Bongawan Solo itu sebatang sungai. Bongawan maksudnya sungai…Sungai Solo.

Aku: tempat wisata pak?

Pak Wor: Ngak mbak. Ia cuma sungai biasa. 

Dalam perjalanan, (oleh kerana cuaca cerah), kami dapat melihat Gunung Merapi dari kejauhan. Aku lepaskan bidikan bertalu2, untung dapat angle yang bagus. Ya…alhamdulillah, dapat dong…syukur dengan mobilnya bergerak terus...(tetiba…..wekekekekk). 






Mercu tanda Kota Solo

Welcome to Solo
Kami di bawa ke ke Pusat Batik Solo. Sememangnya kota Jogja hingga ke Solo terkenal dengan Batik Jowo, tak banyak kain ela seperti mana di Bandung dan Jakarta. Aku membeli 2 pasang kain batik dan telekung khas untuk di bawa travel. (Gambar tak de......sbb mata dah jd rabun tengok bati jawo....)

Kemudian kami ke Pasar Klewer. Di sini kami berpisah haluan. Kak Enai, Kak T n kak Beth, 1 kumpulan. Kami ber-4 kumpulan 2.....cewah ader pla kumpulan2....Wahhhh…teruja tengok buah manga besar dan segar. Mungkin musim mangga di Solo. Makanan kering seperti Bakpia juga ada. (sekarang baru aku tau bakpia itu ada beberapa perisa seperti keju, kacang hitam, durian, oreo dan banyak lagi) Aku hanya penah rasa makan bakpia berintikan kacang hitam yang dibeli K. Hasnah. Sayang Bakpia hanya ble tahan sehingga 4 hari saja. Maka aku tak beli sbb selepas ke jogja kami ada seminggu lagi masa untuk jalan2 di hatyai dan kl sblm balik ke sabah). 

Depa di hadapan Pasar Klewar


aku teruja tengok buah mangga besaq2 segar. musim mangga kot kat Solo skg......


makanan khas jogja juga ada...





Penat pula jalan2. meh le kiter duk berehat dulu.....Sempat pula jeprt2....:D

sempat lagi....:D

Maaf Bu.......Moga ibu dikurniakan rezeki, kesihatan yang berpanjangan......
Ke Solo kami tidak bercadang untuk melawat wisata mahupun ke karaton. Hanya untuk melihat wajah Kota Solo dan sedikit shopping. Di sini banyak kelihatan beca dan kereta kuda.





Setengah hari di situ kami singgah ke Masjid Agung Surakata untuk Solat. Rupanya Masjid ini juga terletaknya Pondok Pasantren Tahfidzwa-Talimil Quran. Telekung yang disediakan juga bersih, ketika aku berdiri di kaunter tersebut, seorang wanita menghulurkan aku telekung dan sejadah. Ada juga telekung yang disediakan di almari khas.






Ok Selesai....masa untuk pulang. Dalam perjalanan balik aku tanyakan pada Pok Wor samada kami ble singgah ke mana-mana pantai yang berhampiran….

Pak Wor: Jauh mbak, kita tidak sejalan seperti kelmarin kita ke candi mendut kemudian ke prambanan. Sedangkan solo itu di bahagian selatan dan pantai itu ke utara. Cuma kalo tadi kita ke Merapi ya dekat mbak dgn pantai….

Aku: oh……ngak apa2 Pak. Saya ingat dekat tadi. 






WoWWWWW........................

tong gas dier kecik comel je.....:)


Akhirnya Pak Wor membawa kami singgah makan di Satria Resto. Tempatnya cantik tapi tak ramai orang yang datang. Aku memesan nasi goreng seafood, begitu juga akak Lia. Kak Hasnah memesan nasi putih bersama burung goreng. Kak Amy dan Kak Enai memesan nasi putih dan berkongsi ikan masak 3 rasa. Kami pun join gak mencedok ikan 3 rasa depa.....hheheh.....



memula pilih tempat ni yang ader kusi.....pastu maser mcm tak best la pulak, pindah lagi....


haaaaa.....yg ni br best duduk bersila........persis perempuan Melayu Terakhir....wakakkakak.....

muka tak puas ati sbb burung goreng dier kecik gilerrrr......GANTUNG!! Hehehheheh...................

Kak T, jika ader kesempatan tetap pilih ikan keli goreng..........:)


uiiiiihhhhhh..............sedap ikan goreng masak 3 rasa dier..............


Ketika di dalam kereta, kak enai perasan bayaran makan di sini terlalu mahal. (lebih mahal daripada 2 restoran yang kami pergi sebelum ini). Bila diteliti rupanya taxnya mahal dan ada makanan yang casher kira 2x. makanan aku dan makanan kak hasnah. Ya lain kali perlu berhati2…..ngak apa2 halalkan aja. Itu bukan rezeki kita namanya. 




Dah abihhhh???????? ehhhhh....belommm. ader lagi. Malam nyer kami kembali menyusur ke Malioboro Street......Tunggu entry seterusnya...Jumpa lagi...Taaaaaaaaa...............:D

Hello Jogja: (7) Mengintai Hamparan Turquoise di Telaga Warna....

Bersambung dari Part VI

Part VII
20 November 2013


Assalamualaikum n Hi....

amboiiii.....depa 2org ni....langsung tak tgk kiri kanan dah.....Teruja! :D
Cuaca semakin suram, apabila kami sampai di sini (Telaga Warna), ramai juga pelancong, termasuk pasangan berbangsa cina dr kedah tadi. Kedudukan Telaga Warna dan Kawah Sikiddang tadi sebenarnya dekat je, tp masih kena naik kete. Bayaran masuk untuk pelancong asing Rp. 6000.

Oleh kerana cuaca mendung dan hujan renyai, air telaga yang dikatakan berwarna tidak kelihatan warnanya. (Aku imagine telaga warna ni sebuah telaga/ perigi macam yg ader kat kg2 @ yang tak de kg ble tgk cite P. Ramlee, tapi ia sebenarnya adalah sebuah tasik yang sangat luas......)Yang kelihatan cuma warna hijau yang biasa kita lihat air laut. Kami difahamkan apabila ada mentari memancarkan cahayanya ke tasik, barulah akan kelihatan warna air yang cantik berwarna-warni. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan sulfur yang sangat tinggi yang bermakam sekian lama di dalam tasik.



Oh ya, di dalam kawasan Telaga Warna tidak ada gerai menjual makanan. Maka, pandai2 la bawak bekal ye. Tapi sampah jgn buang merata pula, buang la ditempat yg disediakan......Tempat ni keras , jd mulut tu kawal2 sket...kang tak pasal2 ader yg buat teater Ramayana pula....:). Kami menyusur jalan sambil mengambil gambar sebagai kenangan. Tiba-tiba aku terdengar…..
"Ëh, mbak itu bicara seperti Om, lucu”……:D……OM? Aku tak pasti sape yang dimaksudkan. Antara aku atau rakan2 yg lain sbb rakan2 aku sumanya dari Tawau dan rata2 punya slanga sabahan mirip Indonesia. Hehehh….Adik, Om itu apa ya? Maksudnya pakcik ya? Kalo di sini, om itu….maaf ya, om itu masyarakat dr Popua Guine….



Telaga Warna yang berkeluasan 39,60 pesegi ini terbentuk akibat letusan Gunung Purba Dieng yang berlaku pada zaman dahulu. Jangan risau gunung berapi tu dah mati/ tak aktiflagi. Oleh kerana ia terletak di kawasan dataran tinggi, secara tidak langsung ia berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Bila tengok gambar bawah ni, rupa2 nya Telaga Pengilon tu bersebelahan dengan Telaga warna, dan warnanya begitu kontras dengan telaga warna. Memang aku nampak signboard ke sebelah kanan menuju ke telaga ni tapi ingat kan sama je. rupanya tak...aduhhhhhhh..............RUGI BESAQ!!!!! Takpe2 2nd trip ader lagiiiiiiiiii.....(Ayat penyedap!)

Photo By: diengindonesia.com
Subhanallah......cantik nya.

Jaga Jatuhhhh.....





Dlm entry yg lepas2 aku ader cite pasal kisah lagenda sesebuah tempat tu kan. Telaga warna ni pun ader juga cite mitos. (maner ble tak de kan...) Menurut kepercayaan masyarakat sekitar, kononnyer pada zaman dahulu ada seseorang bangsawan yang cincinnya jatuh ke dalam telaga tersebut. Mungkin, cincinnya telalu 'sakti', sehingga ble mengubah warna pada telaga warna.......




Itu 1.....ader lagi versi lain. ahaaaa......Kononnyer di zaman dahulu kala ader sebuah kerajaan bernama Kutatanggeuhan (sila baca satu2.......tegeliat lidah nyebut....hehheh). Rajanya bernama Prabu Suwartalaya manakala permaisurinya bernama Ratu Purbamanah. Hidup bahagia namun sayangnya mereka tak de cahaya mata. Maka Raja pun berinisiatif untuk bertapa di sebuah gua. Di sana raja berdoa agar dikurniakan anak... Suatu hari, tiba2 Raja mendengar suara Ghaib yang bertanyakan kebenaran hajatnya itu, lalu disuruh pulang.





Beberapa minggu kemudian Permaisuri pun didapati berbadan 2 dan akhirnya melahirkan anak perempuan yang diberi nama Putri Gilang Rukmini. Puteri Gilang sangat disayangi dan dimanjakan sehingga menjadikan Puteri membesar menjadi anak yang kasar. Pada hari ulang tahun Puteri yang ke-17 tahun, Raja berhasrat untuk mengadakan pesta di istana. Raja menjemput semua rakyat jelata hadir. Maka rakyat pun berkumpul dan berbincang hadiah apa yg paling baik untuk dihadiahkan kepada Puteri. Akhirnya mereka sepakat untuk menghadiahkan sebuah rantai emas yang diperbuat dr dari emas terbaik dan ditaburi batu-batu permata yang berwarna warni. Bermula hari itu rakyat dengan rela hati berkongsi wang sesama mereka dan menempah pandai tukang untuk membuat rantai tersebut. 


Tiba hari berlangsungnya pesta, semua rakyat jelata hadir ke istana. Pesta hari jadi berlangsung dengan meriah sehingga tibalah saat untuk rakyat memberikan hadiah. Kotak hadiah itu dihulurkan kepada puteri sebagai tanda kasih rakyat kepada puteri. Namun Puteri begitu sombong dan angkuh telah membuang rantai tersebut ke lantai sehingga hancur. Demi melihatkan itu Permaisuri menangis kesedihan melihat sikap anakandanya yang bersikap sombong. Rakyat jelata turut sama menangis.....sehingga air mata mereka membanjiri istana. Tiba-tiba, keluar air yang deras dari bawah tanah. Semakin lama makin banyak hingga akhirnya kerajaan Kutatanggeuhan tenggelam dan terbentuk lah sebuah danau yang sangat indah.




Danau itu lah yang dinamakan sebagai Telaga Warna yang terletak di Puncak, Jawa Barat. Kenapa Telaga Wrana? Sebab.......kalo airnya disimbah cahaya mentari, ia akan kelihatan berwarnawarni. Kononya itu adalah pantulan warna yang datang dr rantai emas putri Gilang Rukmini.........


Dah...aper lagi, moh le kiter melakar kenangan di Telaga Warna...;)






Batu yang meyerupai Penyu......

comel pula aku tengok kak T, menyorok bawah kayu tu......teringat semalam budak darjah 1 tersepit celah krusi.....hahhahah

Makan jagung bakar sambol menikmati angin sepoi2 bahasa......:)

Dr tempat kami makan jagung td, pandang kiri, nampak la jalan ni....mcm seram je kan.....tp sebenrnya idak le.....ader je org p tempat tu.....tp depa dah p jauh...aku tak nampak dah.....


sebelah kanan aku tu jalan menuju ke telaga Pengilon. tp kami tak p....ingat kan sama je rupanyer tak. pengilon ni air dier warna coklat. lagipun KH dah kesejukan. lepas makan jagung kat tempat td, kami berpatah balik. kat belakang aku tu musollah...air dalam kolah punyer la sejukkkkkkkkkk......


haa...ni jalan p Telaga Pengilon tu

Tepi mussolah ader tangga ni. Ibu yang duduk kat musollah tu cakap kat atas tu ader teater Ramayana....aku tak berminat menonton teater Ramayana, cukup la aku pening2 lalat blajaq sastera klasik ramayana Form 6 dulu....

Bunga Kembang Seribu Mak aku cakap. Balik sabah, p tamu Putatan, jumpa lak bunga ni terus beli. La ni ader kat kg, aku letak bawah pokok mangga, biaq teduh sket.......maser cuti tu, tiap pagi p jengok bunga ni, kot le ader siput naik pasu. Dah sekolah ni aku pesan kat mak, tolong jaga bunga, jangan bagi siput naik...hehhehehh

amboiiii kak Amy, sejuk sangat ye, siap pakai sarung tangan lg...:) Masa ni kak amy sihat lg, ble senyum ....tapi....turun je dr Telaga warna nak balik Malioboro....terus tak larat bangun. Makan malam pun tak. :) 

Nak balik dah......Pak Wor tlong jepret kan. Maser ni hujan dah nak lebat....suma terus lari masuk kete.....:D
Untuk makan malam, Pak Wor bawa kami singgah makan di Restoran Taman Pring Sewu. kat sini hujan dah reda.......sebelum sampai ke restoran ni, sempat pula singgah beli mangga di tepi jalan. malangnya mangga tu tak segar.....:( makan aje la....sape yg mengidam??????? hehheh.......(JAWAB!!!). Dek kerana kelaparan juga, kak enai order makan punyer banyak....hehheh.....dier order untuk makan 7 orang walhal 2 orang dah tak lalu nak makan. ahernyer tapau bawa balik.....




Adik tu tanya sape yg birthday bulan ni. Kak Beth angkat tangan......ader hadiah katanyer. Nak tau aper? Hadiahnya ialah secangkir air bandung Free sambil dialunkan muzik angkung berirama happy birthday to you......:)

kami yang kesakaian......hehheheh.....turut bertepuk tangan...


Kat dalam ni ader pula main magic2........

Ni....dah tak magic dah....ader ke org kena potong kepala sempat plak sign peace........wakakkak!!!

aku disebalik buah2an......ko tengok aku senyum kan??? padahal, kaki lenguh kena menahan kaki, berdiri separuh je. dalam tu sempit tau, muat sorg je....

adik ni relex je kan.....ye la dier pendek, aku tinggi....itu la dier berdiri cun2 je sama tinggi ngan bendalah ni..

Kak Enai selaku ketua rombongan mengisi ruangan komen.....
 Sampai hotel, memasing kepenatan. yang punyer tenaga kuda, kak T n Kak Enai......hehheh....pas maghrib larat lagi depa 2 org tu p menyusur Malioboro Street...aku ngan kak Lia, pas mandi, solat terus tesadai......Ngantuk giler!!

Jujur aku katakan aku belum puas menyusur jalan meneroka Telaga Warna. Pastinya di setiap sudut berbeza pemandangannya walaupun yang kita lihat sebenarnya sama iaitu sebuah tasik. Kot le ader geng yang menyimpan hasrat yg sama, jom kita buat 2nd trip ke Jogja untuk cover tempat yg kita tak p lagi seperti ke Merapi, Telaga warna (ya kita sdh p tapi belum puas, aku nak tengok apa ada di telaga Tengilon…….), Pantai, dan ble trus p ijen Bromo utk 2H...:D

Roger tau...;) bye....

Info: Indonesia.travel.id- http://legendakita.wordpress.com/

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...