Part IV
19 Nov 2013
Sambungan
Part III…
Kami meneruskan perjalanan ke Prambanan. Pak Wor guna jalan potong atau di sini kiter panggil jln kg. Hujan mula turun….renyai2. Harap2 sampai di Prambanan nanti hujan berhenti….Bas pelancong juga guna jalan ni, rasanya nak mengelak macet teruk di jalan utama...;)
|
Uihhhhh.....hebat adik ni...:D |
Urusan pembelian tiket diuruskan oleh Pak Wor. Harga tiket masuk: IDR 117.000. Ramai juga pelancong. Di pintu masuk kami diberikan sehelai kain batik jawa, siap diikatkan lagi dipinggang. Mulanya malu juga, ingatkan pelancong luar je yg kena pakai, rupanya semua. Katanya utk menghormati kawasan tersebut. Pakai aje la. Kami di sapa pemandu pelancong sekiranya berminat, dgn bayaran…ntah aku tak ingat samada Rp 10.000 atau Rp 100.000. aku blur sket bila tgk banyak kosong, kosong, kosong.....seolah2 aku jadi kaya sekejap. Padahal kayap! Hehheheh……Kami setuju, sebenarnya tak perlu ambil pun ok. Cuma sambil2 nak membantu beliau, ble juga dengar citer pasal prambanan.
|
hehehheh....nakal Kak Beth.... |
Menurut bapak (guide), Candi Prambanan ni untuk agama hindu. Kalo tengok dr senibinanya pun kiter dah tau candi prambanan ada unsur hindu. Sebenarnya Candi prambanan sudah tidak di gunakan untuk aktiviti keagamaan atas factor keselamatan. Namun setiap tahun, dlm bulan2 tertentu iaitu antara mei-julai akan ada masyarakat hindu dari serata dunia datang ke sini untuk upacara keagamaan. Tidak ada halangan untuk itu kerana mereka ada memohon kebenaran dr pihak berwajib. Dulu masyarakat hindu ramai yang tinggal di sini. Setelah berlakunya kejadian letusan gunung berapi, berlaku kerosakan teruk pada candi Pramnbanan, maka, sedikit demi sedikit masyarakt hindu meninggalkan kawasan ini dan berpindah ke tempat lain seperti di Bali. Oleh sbb itu sehingga sekarang tak ramai masyarakat hindu yang kiter ble nampak sekitar daerah Jogja. Mungkin ada cuma bilangannya minoriti saja.
|
Tiga candi utama disebut Trisakti dan dipersembahkan kepada sang hyang trimurti Batara Siwa sang Penghancur,Batara Wisnu sang Pemelihara dan Batara Brahma sang Pencipta. |
Menurut sejarah, (aku baca kat internet) Candi Prambanan merupakan sebuah candi Hindu terbesar di Indonesia dan terletak di pulau Jawa iaitu 20 km ke timur Yogyakarta, 40 km barat Surakarta dan 120 km selatan Semarang. Pendek kata ia terletak diantara sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta. Dibina pada abad ke IX oleh raja-raja Dinasti Sanjaya. Ketika ditemui, terdapat tulisan nama Pikatan pada candi Prambanan, maka depa menyimpulkan pendapat bahawa, candi ni dibangunkan oleh Rakai Pikatan dan kemudian diselesaikan oleh Rakai Balitung. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada ukiran berangka 856 M “Prasasti Siwargrarha” yang dilihat sebagai agenda politik untuk meneguhkan kedudukannya sebagai raja yang besar. (Kalo nak tengok ukiran “Prasasti Siwargrarha” bertarikh 856m tu, ble p Muzium Nasional Jakarta). Tidak lama setelah dibangun, candi ini ditinggalkan dan mula mengalami kerosakan akibat perubahan cuaca dan berlakunya beberapa kali letusan gunung berapi.
|
Khusyuk mendengar cerita bapak... |
Candi Prambanan ditemui semula oleh C.A.Lons (Orang Balanda) ketika beliau mengunjungi Jawa pada tahun 1733 dan melaporkan bahawa beliau menemui reruntuhan candi yang ditumbuhi semak belukar. Oleh itu pada tahun 1885 Ijzerman berinisiatif menyelamatkan candi Prambanan dengan membersihkan bilik-bilik candi dari reruntuhan batu. Pada tahun 1902, kerja2 pembaikpulihan bermula dengan dipimpin oleh Van Erp untuk candi Siwa, candi Wisnu dan candi Brahma. Aktiviti pembaikpulihan candi ini hingga sekarang masih belum selesai, bangunan utama telah diselesaikan pada tahun 1953. Banyak bangunan candi yang dibaikpulih menggunakan batu baru. Ini kerana batu-batu asli banyak yang dicuri atau diguna semula di tempat lain. Sebuah candi hanya akan dibaik pulih sekiranya 75% batu asli masih ada. Oleh sebab tu, kalo kiter tengok banyak candi-candi kecil yang tak dibangunkan semula dan yang kelihatan hanya tapaknya sahaja......
|
Duduk di atas runtuhan candi akibat letusan gunung berapi |
Kini, Candi Prambanan adalah sebuah warisan dunia yang dilindungi oleh UNESCO bermula tahun 1991. Candi Prambanan adalah candi Hindu terbesar di Asia Tenggara, tinggi bangunan utama adalah 47 m. Kompleks candi ini terdiri dari 8 kuil atau candi utama dan lebih daripada 250 candi kecil.
|
untuk naik dan masuk ke bangunan candi kena pakai topi keselamatan....(dah macam pekerja petronas dah aku tengok) wakakakka..... |
|
sebenarnyer tak ader la kiter naik sampai puncak bangunan candi tu....tingat bawah ni je. Tengok tu ader pagar berkunci. Dibuka pagar tu hanya semasa upacara keagamaan masyarakat hindu pada bulan antara mei-julai. Ramai masyarakat hindu dr seluruh dunia mai kat sini. Sebelum sampai pagar tu, ada ruangan yang ble kiter masuk untuk ke sebelah tangga sebelah sana pula. |
Ader 1 cerita rakyat pasal Prambanan ni. Menurutnya, Candi Prambanan ni ader nama lain iaitu candi Lara Jonggrang atau Roro Jonggrang, diberi nama oleh penduduk setempat berdasarkan kepada arca Durga Mahisasuramardini yang terletak di ruang utama sebelah utara candi Siwa. Pemberian nama Lara Jonggrang yang bermaksud “Gadis yang semampai” ini dikaitkan dengan cerita rakyat tentang asal usul terbinanya candi Prambanan. Lara Jonggrang, merupakan seorang puteri raja Baka. Beliau dilamar oleh Bandung Bandawasa, namun beliau tidak berminat karena pemuda tersebut telah membunuh ayahnya.
Bandung Bandawasa mendesak terus.....maka Lara Jonggrang mencari tipu muslihat. Ia berpura pura menerima lamaran dengan syarat agar Bandung Bandawasa dapat membuat candi/arca seribu dalam satu malam. (macam cerita klasik Puteri Gunung Ledang, minta buatkan Jambatan Emas, Darah nyamuk sekuali....nak minta darah nyamuk buat ape, elok minta buah doyan selambak ble gak makan...wakakkak....) Menjelang tengah malam ternyata candi/arca hampir selesai, Bandung Bandawasa telah berjaya membina 999 buah candi dengan bantuan jin. Maka cemas lah Lara Jonggrang, lalu beliau meminta penduduk kampung agar menyalakan obor sebanyak mungkin, dan beberapa gadis menumbuk padi, sehingga ayam jantan mulai berkokok. Ingatkan dah pagi, maka hilanglah kekuatan Bandung Bandawasa, maka tak terrealisasi lah pembinaan 1000 candi/arca. Namun ketika Bandung tahu tipu muslihat sang puteri Lara (nama bukan main romantik..:)) , Bandung sangat murka dan Lara Jonggrang dikutuk menjadi arca batu untuk menggenapi candi/arca sesuai permintaannya. Sekian...........:D (dah jd batu tak ble kawen dah.....)
|
yang bentuk macam botol susu tu, ader yang dah tergolek jatuh ke bawah akibat letusan gunung berapi. ketika kami berkunjung, masih dibiarkan di bawah. Uihhhh...nak angkat sendiri guna kudrat manusia 10 orang pun belum tentu batu tu bergerak. kalo digolek ye la ble, tp kalo nak angkat letak semula ke tempat asal mmg tak ble, perlu guna kren br ble angkat. |
|
pak guide tu yg tolong amik gambar. kami minta dier tolong pegang kamera. kalo aku yg pegang, sah2 la muka aku tak ader kat sini....Rugi owhhhhh.....(Pandai pula dier close up eh) |
|
kami posing dengan batik jawa......ader rupa org nak p cuci kain kat sungai tak...? hehehheh |
|
Beransur pulang......di depan tu pintu keluar |
|
Runtuhan akibat letusan gunung berapi. mungkin tak di baiki/dibangunkan semula kerana hanya candi yang mempunyai 75% batu asal sahaja yang hanya dibangunkan/dibaikpulih kembali |
|
abaikan horizontal aku yang senget.....wakakkaka.... |
|
kami tak bergambar mmg tak sah......wakakkaka |
|
ehhhhhh....aku lagi....:D |
|
bangunan candi ni dibangun tak pakai simen tau, dah cakap kat entry candi borobudor, depa guna sistem interlock. tengok betul2 rekabentuk batu tu.. dan bayangkan permainan lego |
|
Dulu kawasan ni merupakan sebuah kampung. kemudian setelah Candi Prambanan menjadi salah satu wisata maka penduduk kampung tersebut di pindahkan ke kawasan lain. Tentunya disediakan rumah lain oleh pihak kerajaan. |
|
Pak, mau kemana naik kuda tu? |
Bila kami mula meninggalkan Kompleks Prambanan hujan mula turun. Kmi berkongsi payung yang sememangnya tak cukup untuk 2 orang dan berlari terus ke Musolla. bagi pengunjung muslim, jangan risau disetiap wisata ada disediakan musolla, iaitu di luar kawasan wisata. Di luar kawasan prambanan juga ada banyak kedai2 menjual barangan cenderahati, kain batik, telekung, beg dan banyak lagi.
|
Mussollah.... |
|
Kembali ke Malioboro...... |
Selesai program untuk hari ni. 3 candi yang kami lawati, borobudor, mendut dan Prambanan dan menikmati salak madu di rumah Farid :)......alhamdulillah hujan hanya renyai2 sesekali berhenti terus, membolehkan kami selesa berjalan di kawasan candi. Terus pulang hujan mula lebat....ngak apa-apa2, sdh di dalam kereta....hehehe
Tinggal dulu ya, jumpa nanti di entry akan datang....naik ke Dataran Tinggi Wonosobo
Credit Info: http://www.kakiteng.com. http://www.jagadkejawen.com/. http://wisataprambanan.wordpress.com/