Tuesday, December 31, 2013

Hello Jogja: (2) Meneliti Candi Borobudur, Mendut, Prambanan Dari Perspektif Sejarah & Senibina.


Part II
19 November 2013

Mengikut perancangan awal, hari ni kami akan ke Gunung Merapi (Plan A) dan (Plan B) ke Gua Jomlang dan kemudian meneroka Gua Pindul dan rafting di Sungai Oya. Dlm perbincangan kami di LCCT, aku sempat cite sket aper ader kat Gua Jomlang. Menurut aper yg aku baca, Gua Jomlang ni berbentuk Vertikal, nak masuk ke Gua Jomlang yang berkedalaman 60m ke bawah ni ada 1 cara sahaja iaitu menggunakan Single Rope Technique (SRT) tapi bukan sendiri tau. Kiter ble dapatkan guide, depa akan sedia semua peralatan. Aktiviti ke Gua Jomblang dibatalkan atas faktor keselamatan dan tak ramai yang minat aktiviti sebegitu. Tak pe, mungkin ble p lain kali dan carik geng yang punya minat yang sama… Kalo ader pembaca kat sini yang nak p, jangan lupa ajak saya sekali ye… Maka hari ni akan p ke Merapi dan Gua pindul.


Photo By: http://mystoriesmories.blogspot.com/
Mulut Gua Jomlang. Bak kata blogger mystoriesmories, nak terjun ble juga tp innalillah la jawab nyer......:D

Namun, bila bangun pagi dan menjengok ke luar tingkap, nampaknyer cuaca tak menyebelahi plan awal kami. Hujan turun renyai2. Kami berkumpul di luar bilik sementara menanti jam 8 pagi untuk bertolak pergi. Masing2 bancuh minuman sendiri. Aku tgk depa dah pakai baju sukan sesuai utk aktiviti sedikit lasak. Amboi semangat….:) Cuma aku yg pakai jeans dan T-shirt. KH kata ada baiknya aktiviti hari ni kita ubah melawat ke candi borobudor, nak rafting rasanya tak selamat lagipun hujan. Kami, anak2 kapal  setuju je arahan kapten :D n masing2 tukar baju balik.






Tepat jam 8am. Pak Wor sampai. Beliau juga setuju agar hari ni kami melawat ke Candi Borobudor, kemudian ke Candi Mendut dan akhir sekali ke Candi Parambanan. Alhamdulillah, tiba di Borobudor hujan berhenti walau ada sedikit renyai. Beberapa orang menawarkan sewa payung dengan bayaran Rp 10.000. Aku amik 1, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tak hujan ble juga melindungi Puteri Payung ni dr panas terik. Hehhehehe……

kami di pintu masuk Candi Borobudor.
Sementara menanti Pak Wor mengurus pembayaran tiket masuk kami sempat klik2 di depan pintu masuk. Harga tiket untuk pelancong luar: IDR 135.000.


laluan menuju ke Candi Borobudor





Candi Borobudor merupakan sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. (Dapat nama dr tempat tu kot) heheh.....xla aku main2 je. Ianya berbentuk stupa, 4 segi, bertingkat2 dan dibina oleh para penganut agama Buddha Mahayana dalam tahun 800-an M iaitu ketika pemerintahan wangsa Syailendra. Menurut sejarahnya, Borobudur ditinggalkan pada abad ke-14, apabila pengaruh islam mula bertapak di Jawa dan ketika itu pengaruh kerajaan Hindu dan Buddha sudah mula mengalami kemalapan.



Posing dulu sebelum mendaki..:D





kami ber-5
Sampai di sini (photo atas) kami berpisah haluan. Terpulang kepada pendirian masing2, tiada sebarang paksaan sbb candi ni pernah menjadi tempat upacara keagamaan agama buddha. Sekiranya berat hati, elok jangan naik. Maka kami ber-5 sahaja yg mendaki naik hingga ke puncak. Jujur dari hati, tujuan aku mendaki naik ke atas, tiada sebarang niat berunsur keagamaan. Sebagai seorang guru, aku ingin sekali melihat pemandangan dr puncak borobudor, meneliti senibina dan seterusnya mengaitkan dengan sejarah Borobudor. Membayangkan bagaimana ia bermakan sekian lama, betapa gigihnya pekerja2 menimbulkan semula monumen bersejarah. Ini semua sangat menarik. Mungkin satu hari nanti ble di bawa ke dalam kelas sebagai salah satu set induksi atau hanya sebagai sembang2 kosong bersama pelajar.

Apa yang menariknya, dipercayai (dulu) kawasan di sekeliling Borobudur merupakan sebuah danau purba. Ini dapat dilihat apabila Borobudur dibina di atas bukit dengan ketinggian 265 m (870 kaki) dari permukaan laut dan 15 m (49 kaki) di atas dasar danau purba yang telah mengering. Ader banyak lagi la teori dikemukakan demi menguatkan hujah keujudan danau ni. Nak tau lebih lanjut, ble goggle kat cik wikipedia. Sebelum ditemui, Borobudur tersembunyi selama berabad-abad lamanya, bermakam di bawah lapisan tanah dan debu vulkanik yang kemudian ditumbuhi pohon dan semak belukar sehingga Borobudur ketika itu kelihatan seperti bukit. Oleh kerana ianya berdekatan dengan Gunung Merapi, maka letusan gunung berapi dipercayai adalah punca Borobudor tertimbus selama berabad2 lamanya. Namun disebalik tertimbusnya borobudor, tersimpan hikmah disebaliknya, yang mana ia terselamat dari kerosakan yang melampau akibat gempa bumi dan perubahan cuaca.

agaknyer orang dulu2 badan besaq2.....sbb bila tengok jarak antara 1 anak tangga dier perghhhh...... tinggi. aku ingat tempat ni bagus untuk melatih orang berkawat. kan bebudak sekolah kalo berkawat maser sukan punyer la tak nak angkat kaki. malu konon...:D

Naik heran budak tu tengok kak Beth.....hehheh








Menurut pembacaan dan melihat sendiri, Borobudur tidak memiliki ruang-ruang (bilik) pemujaan seperti candi2 yg lain. Yang ada hanyalah lorong2 panjang yang merupakan jalan sempit (xde la sempit mana, ble lagi 5 orang berbaris selari-melebar). Setiap lorong  dihadang oleh dinding yang mengelilingi candi tingkat demi tingkat. Di lorong2 inilah masyarakat Buddha (dahulu) dikatakan melakukan/menjalankan upacara berjalan kaki mengelilingi candi ke arah kanan. Sesuatu yang menarik dapat kita lihat dari struktur binaan Borobudur, yang mana ia langsung tidak menggunakan simen. Tetapi pembinaannya menggunakan kaedah interlock. Senang cite bayangkan permainan lego yang boleh kiter cantumkan dan kemudian ble dileraikan semula.















Photo tuan tanah kena ader....wekekekk

Pemandangan dr tempat yang tinggi sangat berbeza. 


Pintu masuk n keluar berbeza ye.....







dah turun, maser untuk tengok2 barangan jualan....

dalam banyak2 T-shirt, aku tertarik ilustrasi nyer...:D

Kak T beli sinduk kat sini...:D



Bila dah turun, tak jumpa lak geng kami lagi 2 orang yg tak naik td. Ingatkan depa masih tunggu kat tempat masuk tadi, Rupanyer tengah makan kat gerai ni......:)


Ok....sekian saja dulu untuk hari ini...:D. Jumpa lagi di lain waktu, di lain entry.........wekekekk.....Uhhhh....banyak giler gambar. Sila tabahkan diri menatap photo2 kami yang eksen je lebeyhhhhh.....hhahahh... ok tattatatatattatatatta....................................

Bersambung.........


Monday, December 30, 2013

Hello Jogjakarta (1).....

Part I
18 Nov 2013

Assalamualaikum…..Good Morning Kuala Lumpur…
Hari ni kami menikmati mentari pagi di KL. Tepatnya di surau LCCT. Biasanya mmg di situ la tempat kami menumpang bermalam, kalo nak terbang ke mana2, jimat kos n tak risau pasal jam…:)..alahhh…mcm tak biase, dulu2 maser blajaq, kat KLIA tu la tempat lepak tunggu flight esok balik kg…:).

siap2 nak p bfast..;)

bz booking colourfull hotel hatyai
Flight kami hari ni ke Jogja dijadualkan berangkat jam 11am (lebih kurang). Dah nama tdo kat surau, mmg tak mandi la kan, hehheh……..sttttttttt……...diam2 tau. Kiter2 jer tau ;) Bangun pagi, lepas solat kami masih lagi duduk santai, sambil bersembang. (Semalam tak sempat sembang panjang lebar sbb aku n kak lia sampai lewat jam 12 am. Depa ader yg dh landing” baek punyer….ntah2 ader yag dah mimpi sampai ke jogja.) bersiap ala kadar, tukar baju n terus g bfast kat café.

Dipendekkan cite, kami pun sampai ke Bandara International Yogyakarta. Airportnyer kecik, comel jer. Maka, faham2 ajer la, Q mmg panjang n bila amik bagasi pun, tabah ajer la ye, dgn org yg maha ramai. Urusan tempahan Sewa kereta n driver untuk 3 hari di sini dh selesai, cuma kami hanya guna perkhidmatan tersebut bermula esok 19hb. Untuk ke hotel kami dh plan utk naik teksi je. Sebenarnyer percutian kali ni memakan masa 5H4M. 2 hari tu xperlu la sewa kete sbb hanya nak ronda2 sekitar hotel. Katanya Malioboro Street tu tumpuan ramai pelancong untuk membeli-belah…nanti kiter terjah sesama eh…:)




Depa dah sampai...amboi....seronok sakan...:)
Keluar je dr Airport, para pemandu teksi akan menyapa. Sebenarnyer dr sini (airport) pun kiter ble dapatkan sewa kete + driver. Tapi peluang untuk compare harga mmg tak ader, maka adalah lebih baik jika sekiranya buat tempahan awal.

Tgh tunggu Pak Wor amik kete....andu...kesian ba kamu...hehheh

Gerbang Kota Jogja, seolah2 mengalu2kan kehadiran kami...:)

Dalam perjalanan ke hotel, Pak Wirdoyo tanyakan dah ader tak kitorang sewa kete? Kalo belum beliau sendiri ader menawarkan perkhidmatan tersebut. 1 hari Rp 500.0000, untuk Inova. K. Hasnah kata malam nanti dier akan call balik Pak Wirdoyo utk bagi keputusan. (Malam tu setelah berbincang kami sebulat suara setuju utk sewa kete + driver untuk 3H melalui Pak Wordoyo). Tempahan awal yg dah buat tu serta-merta cancel. Kalo nak cite pasal etika, mmg tak beretika la kan tp bila tgk age mmg harga yg Pak Wor (susah nak sebut nama penuh panggil pak Wor je…senang) tawarkan lebih murah. Urusan tempahan hotel juga telah dibuat awal melalui agoda. Senang. Kami menginap di 1001 malam hotel yang terletak di Jalan Malioboro. 




Aku suka hotel ni. Ruang ok sederhana tapi selesa dan bersih. Tapi tak ada TV. Takpe yang penting ader wifi free. Itu yang penting..:) status fb kena update selalu…wakakakk….kawasan hotel ni berbentuk 4 segi & di tengahnyer ader taman. Ader ruang untuk minum2, semua bahan dan peralatan disediakan tinggal buat sendiri je.

Kami menginap di sini....

Alamat Hotel : 

Hotel 1001 Malam, 
Sosrowijayan Wetan, Gt I/57, Yogyakarta, Indonesia ‎
No. Tel: 1-800-814648 (Bebas tol) 






Tempat kami melepak malam2, sambil minum kopi..


Setelah berehat, kami pun turun semula untuk ronda2 di jalan Maliboro. Katanyer di sini memang tempat tumpuan pelancong membeli ole2 khas dr Jogja. Sambil2 berjalan tu sempat pula ambik gambar kenangan. begitu la pompuan kalo bercuti....sket2 benti amik gamba....wakakakk.....


yang ni lorong nak keluar dr 1001 malam hotel....

Ok.....nama Jogja Harus ader ye.....

kami ber-6.....
Kami menyusur sampai la ke Mirota Batik…aduhh…jauhnyer. bisa kaki saya melecet ni..(cehh...merungut tak abih2...) Tak banyak benda yang kami beli di Mirota Batik, aku cari Fridge Magnet, tapi tak byk pilihan. Aku rembat 2, 3 ketul......rasanyer nak datang sini, fikir 2x juga. Jauh. Elok beli skg. Sepanjang jalan di Maliboro juga aku tak nampak org jual FM.

Berphoto Kenangan ( :) ) : Dalam Mirota Batik tu ader demonstrasi mencantik Batik jawa. Material warna semua menggunakan warna asli dari alam semulajadi. Contohnyer Kopi, rempah dan sebagainya. Terus kenangan sama bapak......(aduh...lupa nama lect. Batik kat Upsi dulu) maser amik subj. Batik kat upsi dulu,  terbit di layar minda...:)

berphoto dekat nama khas Yogya itu wajib dong, katanya sebagai bukti....hehheh

amboi...Kak Enai...hehheh. Sebelah Kak Enai (Tudung merah) tu sebenarnyer restoran tau. Tingkat 3 kat bangunan Mirota Batik. kat sini juga ditempatkan ruangan kantor nya, juga ada musollah. Entah nape tak makan kat sini.....pompuan biase la...CEREWET!....:D

Tingginyer raksasa ni....
Sebenarnyer sambil2 tu nak cari tempat makan. Jalan punyer jalan tak jumpa yang berkenan di hati. Ader je tempat makan yang ader duduk bersila tu. dah siap duduk ni....ahernyer order minum je....(hampeh)......Emmmhhhh....meh la  balik hotel makan Maggie/bubur/ roti yang kami bawa dr Malaysia. oh ye, malam tu kami jumpa hantu ala2 zombie kg pisang, maser nak cari tempat makan di Maliboro Street (Aku malas nak sebut hantu P*****g…..lain maknanyer kat borneo) wakakakk.....sape tau diam2 sudah….sayang aku tak bawa kamera malam ni….Dier saje..utk org yg berkenan nak amik gambar.

Jika mengikut itinerary yang kami rancangkan, esok kami akan ke Gunung Merapi tapi bergantung pada cuaca. Kalo hujan kiter tukar plan B….Ok jumpa lagi di entry akan datang…..Tunggu ya..:) Bye..

Wednesday, October 30, 2013

Hello November


BLUR

Aku ni kdg2 kalo dikejar deadline, tahap blur aku smakin parah. sume org suka pilih tarikh keramat 30 okt. msa tu jga DL utk pbs, mrkh exm aher thn, sarana, pantau file, aihhhh....sume la. tambah m'debar'n lg bilamna sume ni perlu deal dgn segala mcm sistem yg......errr....salu kong ;( line internet laju mcm bullet train pun klo dh ramai berpusu2 masuk, ttp dier loading berjam2. sbb tu aku suka lepak minum teh kat FB ni sambil tunggu sist. ni stabil.

eh, aku bkn nak ckp psl ni, tp nak cite psl blur..DL utk sarana ari tu dimaklumkn, 30 okt...aku punyer la cemas. masuk id, pswd dh betul, asal tak leh msk dlm sist. sarana? aku ingat pesan tok guru, msa b'tapa dulu "sila baca arahan sebelum jawab soalan". aku dh buat dh, baca berkali2 memo yg ader kat page sarana. oleh kerana nak elak traffic jam, depa dh bg2 DL m'gikut zone. aku tgk tarikh utk zone Malaysia Timur: 14-19 dan ianya diletak paling bawah sekali. aku dah gelabah dah....alamak. dah terlepas tarikh, cemana ni? smlm aku dh pegang phone dh nak call Tn. Hj. (boss sarana). nasib baik waras lagi pas mkn nasi... klo tak, terkejut boss terima cll dr sang ratu tgh2 mlm buta! Warasku bertahan hingga la pg td. br la cl Tn. Hj.

A: aku
B: Boss

A: Assalamualaikum Tn. Hj.....
B: Waalaikumussalam...
A: Saya C. NA dr smkl.
B: Iyaa...
A: Begini tn. hj....yg pasal sarana tu, saya mo masuk kan data tp tutup sdh. saya nda sempat kc masuk, cemana tu a.....??
B: (nada tenang) jgn risau cguuu....cgu ada masuk prtal br sarana?
A: ada....itu la dia tulis tarikh, limpas sdh.....
B: cuba cgu baca betul2. belum lagi tu. kita di Malaysia Timur 14 November- 19 November 2013. sbb tu bila cgu msk nda dapat sbb kita belum lagi sampai tarikh tu.....

A: Ohhhhh?????? November??? Nov. ka tu tn. hj....?
B: iyaa cgu.....jd jgn risau. cuma kc emel saja rumusan pasal taklimat sarana tu pd saya mlm ni sbb esok en. Omar akan bentang kpd kpm.

A: alhamdulillah, ingatkan telepas flight sdh sy.. mlm ni sy emelkan. terima kasih tn. hj. assalamualaikum.
B: waalaikumussalam.....

Lantas aku klik2 portal sarana tgk nota tu.......laaaaa........(terus tepuk dahi) cemana ble aku tak perasan "NOVEMBER" tu???...arghhhhh.......Malu...Malu....Malu.......!!! xsabar nak bercuti ke aper??? emm......tu la aku ckp, blur aku makin parah hujung2 tahun ni. apepun aku sokong pertemuan DS Najib dgn Mark Zuckerberg. harap2 semua sist. yg dibangunkan sehebat FB. berbilion org serbu pun tak goyah. salute. dan malam ni aku terima infoblast dr jab. mengingatkan tarikh keramat utk Malaysia Timur...14 Nov-19 Nov 2013.

aku klik post. kemudian menjengok si pbs.......emmmmhhhhhh.......still loading.... ku tinggalkan begitu, lalu ke dapur membancuh teh panas kegemaranku. uhhh......segarnya Teh Lipton!

Saturday, October 19, 2013

Bibir Kawah Gunung Berapi



Original Photo By: Nanie Amat
Location: Bukit Tengkorak, Semporna Sabah

BIBIR KAWAH GUNUNG BERAPI


Katanya,

Satu ketika dulu... 
"aku" adalah saksi 
amarah Sang Gunung
memuntahkan lahar panas dari perut bumi, 


Maaf, sudah ku siapkan tembok tinggi
telah ku pahat, ku patri, kusimpul segala rasa belas kesal 
Untuk tidak tunduk berpaling melihat air mata tangis mu
kerana aku tau ITU yang terakhir
sebelum aku nekad berundur, terkubur
dimamah sejarah


agar hari ini aku mampu bahagia
melihat pohon, lalang tumbuh hijau, segar
Menumpangkan segerombolan fauna membesarkan generasinya
pasrah dalam redha membenarkan anak cucu ADAM berdiri megah di bahuku 
sambil menyapa "Ässalamualaikum Wahai Orang Tua Yang Sedang Tidur"


ku cuit kakinya, kubisikkan pesanan bersama bayu laut
"Jangan kau cuba kejutkan, kerana dia adalah sebahagian dari rembesan air liur panas nenek moyang ku. aku khawatir jika dia terjaga dari lena yang panjang, ia mampu membangkitkan ghairah rasa angkuh si Magma 
yang sudah lama ku MAKAM kan, jauh di Dasar Lautan.....


Nanie Amat
Labuan F.T
19 Oktober 2013

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...