25 Dec 2022
Assalamualaikum dan Hi.....
Hari ni 25 Dec. Hari Krismas kan. Biasanya, kalo kami berada di mana2 negara pada tarikh ni, seminggu lagi nak perayaan dah dengar lagu2 raya Krismas. Macam kita juga la masa hari raya kan....Masa puasa tu dah ada dah lagu raya. Tapi kat sini, aku tak dengar bunyi muzik atau lagu2 perayaan. Masyarakat setempat menjalankan aktiviti seperti biasanya. Pengetahuan baru untuk aku tentang hal ini...
|
Hari terakhir kami di Istanbul. Semua barang dah siap kemas. Flight kami balik ke Malaysia-malam nanti. Van akan ambil kami pada jam 2 petang. Tapi kena checkout jam 12. Makanya siang ni, kami mengambil kesempatan untuk membuang waktu jalan2 di kawasan berdekatan. Tempat pertama yang kami pergi ialah ke kedai Sal Oriental. Bukan nak beli barang tapi nak bagi lebihan makanan pada pekerja kat kedai tu. Pekerja dier datang dari Indonesia, jadi makanan yang kami bagi ni pasti dorang suka. Aku tak ada ambil gambar jadi guna gambar lain je la... |
|
Kemudian kitorang pergi cari kopi starbucks, coklat dan makanan ringan yang orang kata sedap kat RTT. Cari kat kedai berdekatan tak jumpa, jadi kitorang tanya cik google kat mana lagi ada supermarket. Lepastu kitorang pegi naik tram menuju ke kedai tu berdekatan dengan sultanahmet. Jumpa juga kopi starbucks tu, maka kami memborong la. Aku beli 1 kotak setiap perisa tu. Punya la teruja. Lepastu kitong dapat juga coklat baklava tu. Aku beli buat ole2......sedap tapi manisssssss.... |
|
Kami singgah di kedai Hafiz Mustafa. Z kata nak rasa juga makan Baklava. Aku tak nak beli sebab aku dah pernah rasa makanan ni. Terlalu manis. Jadi Z je la yang beli. |
|
Pekerja tengah menyediakan makanan yang dibeli untuk dimasukkan di dalam bekas |
|
Orang kata manisan yang di jual di Hafiz Mustafa ni, tak terlalu manis, sebab tu harganya lebih mahal daripada yang dijual ditempat lain. Tak pasti la pula sebab aku tak beli manisan di kedai ni... |
|
Kemudian kami singgah di Masjid berdekatan hotel untuk solat |
|
Kat ruang bawah ni tempat solat untuk lelaki. Manakala tempat solat bagi wanita di sebelah atas. Ada tangga di sebelah kanan pintu masuk. Lepas solat kami kembali ke hotel dan berehat di lobi sementara tunggu bas sampai. |
|
Tak lama tu bas pun sampai. Gambar masjid yang ambil dari dalam bas. Cantikkan....Kalo korang perasan bentuk masjidnya lebih kurang sama je rekabentuknya. Perjalanan menuju ke airport ni agak jauh juga la, mengambil masa kira2 1 jam. |
|
Dah sampai airport |
|
Ohh kat airport pun ada muzium juga...tapi kitong tak pegi pun sebab nak balik dah.... |
Yeahhhh....Alhamdulillah. Tamat cerita untuk kembara Turki. Perghhh.....lama juga nak siapkan, ambil masa setahun ya...heheh..Lepas ni baru nak masuk cerita kembara ke Kashmir. Menurut pengalaman peribadi, aku suka ke Turki. Selain kerana mata wang kita lagi tinggi, aku suka tengok pemandangan persekitarannya. lain kalo nak pergi ke kawasan lain pula di negara Turki. Banyak juga pengetahuan dan pengajaran yang baik, pahit dan manis sepanjang perjalanan ini. Bagaimana cara kita mengawal emosi, mengambil keputusan yang paling baik di saat kita mengalami masaalah. Apa yang aku cerita di sini semuanya yang indah2 sahaja, yang pahit itu biar la di simpan saja buat kenangan...😁
Jumpa lagi di cerita akan datang...Kembara ke Kashmir.....
Bye...
💖
-Niena-