Friday, December 1, 2023

Bercuti Ke Turki: Hari terakhir di Istanbul.....(Last Part)

 25 Dec 2022

Assalamualaikum dan Hi.....

Hari ni 25 Dec. Hari Krismas kan. Biasanya, kalo kami berada di mana2 negara pada tarikh ni, seminggu lagi nak perayaan dah dengar lagu2 raya Krismas. Macam kita juga la masa hari raya kan....Masa puasa tu dah ada dah lagu raya. Tapi kat sini, aku tak dengar bunyi muzik atau lagu2 perayaan. Masyarakat setempat menjalankan aktiviti seperti biasanya. Pengetahuan baru untuk aku tentang hal ini...

Hari terakhir kami di Istanbul. Semua barang dah siap kemas. Flight kami balik ke Malaysia-malam nanti. Van akan ambil kami pada jam 2 petang. Tapi kena checkout jam 12. Makanya siang ni, kami mengambil kesempatan untuk membuang waktu jalan2 di kawasan berdekatan. Tempat pertama yang kami pergi ialah ke kedai Sal Oriental. Bukan nak beli barang tapi nak bagi lebihan makanan pada pekerja kat kedai tu. Pekerja dier datang dari Indonesia, jadi makanan yang kami bagi ni pasti dorang suka. Aku tak ada ambil gambar jadi guna gambar lain je la...

Kemudian kitorang pergi cari kopi starbucks, coklat dan makanan ringan yang orang kata sedap kat RTT. Cari kat kedai berdekatan tak jumpa, jadi kitorang tanya cik google kat mana lagi ada supermarket. Lepastu kitorang pegi naik tram menuju ke kedai tu berdekatan dengan sultanahmet. Jumpa juga kopi starbucks tu, maka kami memborong la. Aku beli 1 kotak setiap perisa tu. Punya la teruja. Lepastu kitong dapat juga coklat baklava tu. Aku beli buat ole2......sedap tapi manisssssss....

Dah dapat semua barang, terasa lapar pula. maka kami pergi cari 1 lagi restorant Malaysia yang ada di sekitar Sirkeci. Ini dia Restoran tu, nama dia Tea Amo. Nasib baik kami awal, lepas tu dah penuh tak ada meja dah. Kat sekitar ni sebenarnya ada hotel, kedai runcit dan dekat dengan laut. Kalo ke sini lagi mungkin hotel berdekatan Tea Amo ni paling sesuai untuk kita cuba pula. 

Kawan aku punya makanan
Ni pula makanan aku nasi goreng ikan masin. Pada pendapat aku, menu di Nur Muhamad lebih sedap dan lebih banyak pilihan.. Harga rasanya lebih kurang juga. Pekerja ddi Tea Amo kebanyakannya orang tempatan (Turki)

Berdekatan dengan restoran ni ader kedai runcit, kitorang masuk dan aku beli ni. Saja cuba-cuba. Ehhh....sedap rupanya. 
Minuman...
Lepas makan kitorang pergi ke tepi laut...masa ni baru la kitorang tau yang Eminonu tu dekat gillss dengan Sirkeci. 

Best tengok orang memancing. Memang penuh tempat ni dengan pemancing. 

Datuk dan Cucu
Ikan dier kecik je.
Meriah
Galata Tower dari kejauhan
me
Dari Sirkeci ke Eminonu
Replika keretapi
lonceng. Selalu lalu di sini tapi tak pernah pun naik atau singgah ke atas tu. 
Kami singgah di kedai Hafiz Mustafa. Z kata nak rasa juga makan Baklava. Aku tak nak beli sebab aku dah pernah rasa makanan ni. Terlalu manis. Jadi Z je la yang beli. 
Pekerja tengah menyediakan makanan yang dibeli untuk dimasukkan di dalam bekas
Orang kata manisan yang di jual di Hafiz Mustafa ni, tak terlalu manis, sebab tu harganya lebih mahal daripada yang dijual ditempat lain. Tak pasti la pula sebab aku tak beli manisan di kedai ni...
Kemudian kami singgah di Masjid berdekatan hotel untuk solat 
Kat ruang bawah ni tempat solat untuk lelaki. Manakala tempat solat bagi wanita di sebelah atas. Ada tangga di sebelah kanan pintu masuk. Lepas solat kami kembali ke hotel dan berehat di lobi sementara tunggu bas sampai. 

Tak lama tu bas pun sampai. Gambar masjid yang ambil dari dalam bas. Cantikkan....Kalo korang perasan bentuk masjidnya lebih kurang sama je rekabentuknya. Perjalanan menuju ke airport ni agak jauh juga la, mengambil masa kira2 1 jam. 

Dah sampai airport

Ohh kat airport pun ada muzium juga...tapi kitong tak pegi pun sebab nak balik dah....

Yeahhhh....Alhamdulillah. Tamat cerita untuk kembara Turki. Perghhh.....lama juga nak siapkan, ambil masa setahun ya...heheh..Lepas ni baru nak masuk cerita kembara ke Kashmir. Menurut pengalaman peribadi, aku suka ke Turki. Selain kerana mata wang kita lagi tinggi, aku suka tengok pemandangan persekitarannya. lain kalo nak pergi ke kawasan lain pula di negara Turki. Banyak juga pengetahuan dan pengajaran yang baik, pahit dan manis sepanjang perjalanan ini. Bagaimana cara kita mengawal emosi, mengambil keputusan yang paling baik di saat kita mengalami masaalah. Apa yang aku cerita di sini semuanya yang indah2 sahaja, yang pahit itu biar la di simpan saja buat kenangan...😁

Jumpa lagi di cerita akan datang...Kembara ke Kashmir.....

Bye...

💖
-Niena-

Thursday, November 30, 2023

Bercuti Ke Turki: Grand Bazar (Part 25)

 24 Dec 2023

Grand Bazar

Assalamualaikum dan Hi semua....

Hari ni adalah hari terakhir kami berada di Istanbul sebelum balik Malaysia ke esokkan harinya. Maka aktiviti pada hari terakhir ini sudah pasti membeli barangan untuk ole2 nak dibawa balik. 

Kami memulakan perjalanan pagi ni menuju ke Grand Bazaar. Hari ni hari sabtu, pasti ramai masyarakat tempatan mengambi kesempatan untuk keluar jalan2. Salah satu tempat tumpuan pasti la di sini kan. Jadi, kami tak nak bersesak2....nak jalan santai2 je......Maka kami keluar awal pagi. Macam peniaga pula kan datang awal gila nak buka kedai...Macam biasa dari hotel kami berjalan kaki ke Sirkeci Tram Station. Ambil tram yang menghala ke Bagcilar, Perjalanan menaiki tram mengambil masa 6 minit sahaja dengan 3 station. Kos tambang kira2 15 Lira.

Sirkeci- Gulhane-Sultanahmet--> Cemberlitas

Turun di Cemberlitas Station dan kemudian berjalan kaki menuju ke Grand Bazaar. Sebenarnya Grand Bazaar ni sangat luas dan dia dekat je dengan Sirkeci. Seperti yang aku pernah tulis pada part sebelum ni, Sirkeci dan Eminonu tu sangat dekat dan boleh je jalan kaki. Grand Bazar ni pun keluasannya sampai la ke Eminonu. Tapi sebab kami tak tau, makanya semua perjalanan naik tram je, tak kira jauh atau dekat....😀
Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk ke Grand Bazaar
Salah satu pintu masuk Grand Bazaar
Grand Bazaar merupakan salah satu pasar berbumbung terbesar dan tertua di dunia. Terletak di tengah kota Istanbul, tepatnya di Kapalicarsi, sangat mudah diakses dari Sultanahmet dan Sirkeci hanya dengan menaiki tram. Grand Bazaar dibina di atas tapak berkeluasan 30,700 meter persegi ini terbentang dari barat ke timur antara Masjid Beyazid dan Nuruosmaniye. Mempunyai 61 rangkaian lorong berbumbung dan lebih 4000 kedai di dalamnya. 

Grand Bazaar mula dibina semasa musim sejuk iaitu pada tahun 1455/56, sebaik sahaja selesai penaklukan Uthmaniyyah ke atas Constatinople. Ia merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan Uthmaniyyah untuk merangsang ekonomi Istanbul. Sultan Mehmed II juga mempunyai bangunan yang dikhaskan untuk pedagang tekstil dan permata berhampiran dengan istananya di Constatinople. Maka tidak hairan la hingga kini Turki dilihat sebagai salah satu negara yang terkenal sebagai pemain dalam industri tekstil, kerana pihak kerajaan sangat menyokong aktiviti perniagaan terutamanya dalam bidang tekstil.
Lampu hiasan yang sangat cantik...Kalo tak memikir kesukaran mengangkut lampu ni, aku dah rembat 1 sebagai kenang-kenangan. Tapi apakan daya....
Tudung 
Aku selalu tengok kat RTT, ramai yang rembat lampu comel ni
zoom sket buat rachun. Pelita ni kalo letak bersusun masa hari raya cantik gillss. Ohh....aku sebenarnya tertarik dengan paip tu. Kalo kat kampong aku paip tu dipanggil "Sigupan". Bukan apa, teringat abah aku. Nak beli 1 untuk dia. Lama betul aku tenung bendalah tu, menimbang2...nak beli ke tak? Beli...Tak...Beli...Tak. Akhirnya aku putuskan untuk tengok2 kot ada kat tempat lain lagi. Emm.....sampai ke sudah aku tak jumpa dah paip ni....Itu la, pengajarannya, kalo dah berkenan dengan barang tu terus beli. 

zoom sket. Cantikkan baju ni.....
Beg Mutara juga ada dijual di sini
Cantik...tapi tu la berat pula nak bawa. 
Old Bazaar- kalo nak cari barangan antik kat sini la tempatnya.
Beberapa tahun kemudian, Sultan Suleiman 1 (Mehmed II) membina pasar tertutup yang ke-2 iaitu "Sandal Bedesten" yang terletak di Utara Istanbul. Selepas Sandal Bedesten siap dibina, maka pedagang tekstil berpindah ke sini. Manakala Cevahir Bedesten dikhaskan untuk barangan mewah. Pada mulanya kedua-dua bangunan bazaar ini sangat terpencil, namun seiring berjalannya waktu, lama kelamaan ramai penjual membuka kedai mereka berdekatan bazaar dan Masjid Beyazid. 

Makanan khas Turki. Ada manisan, tek dan kopi. Aku paling suka teh apple......sedap gills!
Kedai Saffron

Awal abad ke-17, Grand Bazaar hampir siap sepenuhnya. Empayar Uthmaniyyah yang semakin luas meliputi 3 benua dan kawalan penuh terhadap komunikasi jalan raya antara Asia dan Eropah menjadikan Bazaar menjadi hub perdagangan di Mediterranean, sehingga Eropah tidak dapat menandingi pasaran di Grand Bazzar terutamanya dari segi kepelbagaian dan kualiti barangan yang dijual. 
Barangan hiasan Turki
Abad ke-19, pertumbuhan insudtri tekstil di Eropah Barat semakin menampakkan taringnya. Ini disebabkan oleh pengenalan kepada kaedah pengeluaran secara besar2an (kilang) dan membekalkan bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan barangan dijual dipasaran tertutup sahaja. Ini merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan pasaran tekstil di Turki. 
Kita masuk sini sorang2 boleh sesat ya.....tak tau dah berada di mana sekarang
Pakaian dan tudung
Kitorang ada beli tudung kat kedai ni. 
Seronok kan jalan2 tengok2 barang.....tak beli pun tak pe. Terapi bagi orang perempuan...
Hiasan Galata Tower
Pada tahun 1894, berlaku gempa bumi yang kuat di Istanbul sehingga merosakkan bangunan Grand Bazaar. Semasa proses membaik pulih bangunan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan bangunan bertutup. Pada tahun 1914, Sandal Bedesten yang menjual barangan tekstil telah ditukar kepada rumah lelong untuk permaidani. 
Beg dengan hiasan khas Turki
Kawan aku borong teh kat sini. Teh tu ada macam2 fungsi.....untuk buang angin, gastrik, awet muda...ehhh
Owner kedai. memang pandai memujuk. hehehh...sampai aku terjebak lagi nak beli manisan Turki tu kat kedai dia ni
Pelbagai coklat, kekacang
Teh yang dihidangkan secara percuma. Ada pelbagai perisa dan fungsi. Kalo korang stress teruk pun ada teh khas untuk tu....hehheh
Sambil menerangkan pada KH fungsi teh.....terjebak juga dia. beberapa bulan lepas tu aku jumpa KH, "kak dah habis ke teh yang kakak beli di Turki?" "Tak habis pun sebab kakak ja 1 orang yang minum"....hehheh
kawan aku Z pun terjebak beli manisan rasanya...

Jeruk pelbagai warna....
Salah satu pintu masuk dan keluar
Masjid berdekatan Grand Bazaar. Salah satu contoh masjid adalah gaya Baroque Uthmaniyyah. 
Arca ditepi jalan
Sejadah yang kitorang beli di Grand Bazaar. Cantik
lambakan duit dari pelbagai negara....
Kitorang pegi Nur Muhammad, jumpa 1 kedai...ingat nak cari sejadah. Nampak Replika Quran ni. cantik kan.....
Aku biasanya beli piring yang ada nama negara tu, tapi kali ni tak beli piring
Hiasan
Dipertengahan jalan nak balik kitorang jumpa 1 kedai yang buat perkhidmatan hantar ke airport. Kami terus deal dengan kedai ni. Lebih murah dari bas yang diuruskan oleh pihak hotel....
Malam tu aku dan Z keluar lagi pegi Grand Bazaar sebab dia nak beli tudung dan sejadah. Sejadah dan tudung yang dia beli siang tadi tak cukup. KH tak join sebab kaki dier sakit. Aku beli sejaha corak bunga. Cantik dan ringan sesuai dibawa untuk pergi travel

Ramai yang sudah mau pulang...
Uhhh...masih meriah....
shopping mall dier ada di bawah tanah tapi kitorang tak masuk pun ke sini sebab nak pergi beli sejadah dan tudung je.
Balik dari Grand Bazar kami ke kedai ni pula beli manisan khas Turki. Aku beli ole2 untuk keluarga dan kawan2 sekolah. Baru aku tau manisan ni keras bila kita nak potong.

Sebenarnya malam ni kitorang juga ada pergi ke kedai Oriental Sal Gift Shop. Kat sini beli keychain je sebenarnya. Bila banyak tu dia bagi beg yang ada tulisan Istanbul. Tapi aku cari gambar tak ada pula....Jadi malam ni kami Overtime lagi kemas barang. Tak nak kelan kabut esok...

Bersambung......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...