16 Dec 2018
Ahad
Salam Aidilfitri semua......
Layan Blues kiter di hari raya ke-4 ni. Sebenarnya menghitung hari nak buka sekolah ni. Adoiiii la......Kalo cuti sebulan kan bagus...Ehhh?? Tetiba...
Khao Yai memang terkenal sebagai salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Salah satunya ialah Piazza Palio, destinasi seterusnya yang kami kunjungi selepas menikmati makanan yang enak di Restoran Salasa tadi."Palio" dalam Bahasa Itali bermaksud Perlumbaan kuda. Manakala perkataan "Piazza", diambil dari perkataan Inggeris-"Plaza". Terletak kira-kira 220 km di timur laut Bangkok, Piazza Palio menghidangkan kita suasana seolah-olah berada di Tuscan, Itali. Sesuai dengan fungsinya sebagai kawasan tarikan pelancong, maka terdapat banyak kedai menjual pelbagai barangan cenderahati, pakaian, makanan ringan dan sebagainya. Jika rasa kehausan boleh singgah minum secawan kopi di cafe yang terdapat di sini.
|
Parking kete kat luaq |
|
pintu masuk |
|
Dah nampak dah gaya Inggeris |
|
Ibarat macam berada di Italy katanya tapi sayang.....suhu agak panas. |
|
Jam & Kuda jadi mercu tanda |
|
Rasanya ramai yang saja jalan2 sekadar amik gambar. |
|
cantik bunga hijau tu |
Palio Piazza dimiliki oleh Khun Phinai Dhadasih, pemilik kebun anggur ternama di Pak Chong. Pada suatu ketika, beliau pergi bercuti di Florance, Itali. Suasana yang cantik dan tenang itu membuatkannya jatuh hati, seolah-olah ingin berlama-lama di situ. Beliau mendapat idea untuk membawa gaya Italian ini ke tempatnya, agar kenangan indah itu dapat dirasai dan dikongsi bersama keluarga dan masyarakat di tempat sendiri. Pulang dari bercuti beliau dan rakan-rakannya membangunkan sebuah pusat membeli belah di atas tanah seluas 1-2 hektar bercirikan gaya Italian yang diberi nama Piazza Palio. Untungnya Palio terletak berdekatan dengan Taman Negara Khao Yai, iaitu taman negara pertama dan tertua di Thailand. Sudah pasti aura Taman Negara itu, sikit sebanyak kena tempias pada Palio.
|
Kat sini S dapat beli mangkok tingkat yang diidamkannya |
|
Banyak patung arca yang berada di bawah kategori 18xx. Kena berfikiran terbuka dan melihatnya dari sudut positif |
|
Dalam ni ader galeri |
Walaupun Palio dikatakan pusat membeli-belah, yang kita bayangkan bangunan mega seperti MKM di Bangkok, namun di Palio tidak ada bangunan mencakar langit dibina di sini. Paling tinggi bangunan 2 tingkat. Semuanya mirip dengan suasana di Old Bridge, Florence. Terdapat lebih dari 120 gerai yang mana setiap satunya dinamakan dengan nama tokoh-tokoh terkenal dari Itali seperti Dante, Raphael, Michaleangelo, Leonardo Da Vinci, Filipo dan Donatello. Di sini juga kita dapat melihat beberapa hasil karya seni Eropa yang telah diimitasi, dijadikan sebagai dekorasi di Palio. Antaranya ialah arca patung gangsa karya Auguste Rodin- Le Baiser dan lain-lain. Pendek kata semuanya ada di sini, dari kedai farmasi, restoran, butik, kedai runcit, aiskrim, jajan, barangan kraf, kedai seramik dan sebagainya.
So korang kalo datang Bangkok jangan skip Khao Yai, sebab banyak tempat menarik di sini. Hanya perlukan masa lebih kurang 2-3 jam perjalanan dengan memandu dari Bangkok. Senang je nak jumpa tempat ni sebab dier dekat dengan Taman Negara Khao Yai di Thanarat Road. Cuma satu je kurangnya, tak ada pengangkutan awam untuk membawa kita terus ke sini melainkan kiter bawa kete sendiri/ sewa kete atau kiter join pakej pelancongan yang ditawarkan oleh syarikat tempatan. Palio memang sesuai untuk percutian bersama keluarga sebab tempat ni kecik je, kira2 30 minit kiter dah abih round 1 kawasan ni.
|
Amik aura Itali, manatau ader rezeki nanti boleh jejak kaki ke sana. Inshaallah..... |
|
cakkk.... |
|
Ala2 Che Ta tapi tak menjadi.... |
|
upppssss......🙈🙈 |
Bila tiba remang senja, baru kami teringat nak kembali ke pangkal jalan 😝 Itupun masih ada hati nak tengok pasar malam. Pakcik tak banyak soal, terus dibawak nyer kami singgah ke Pasar malam Pak Chong. Pasar malam ni kecik je. Sangat banyak makanan tempatan dijual di sini, tinggal kau ble makan dengan tidak je. Tak ader yang menarik mata untuk dibeli, cumanya kebanyakan dari kami beli buah-buahan dan aku, sudah pasti mangga menjadi pilihan di hati. Tak banyak gambaq aku amik, ini je ader.
|
Sotong |
|
Jajan |
|
Sotong campo Udang |
|
Sayuran. Banyaknya cabai dier.... |
|
Lauk pauk |
Selesai untuk hari ni. Sebelum masuk bilik sempat pula kami berjalan kaki ke 7E, kebetulan dekat sangat, sebelah ni je. Apa lagi.....memborong meji la aku, buat bekal minum sebelum tidoq.
Kos Hangus hari ni:
Sewa Van Pakcik Harris untuk 3 hari: $1000/ RM 132.65
Makan Salasa Restoran: $ 73/ RM 9.68
7E (Bangkok): $ 62.50/ RM 8.29
Mangga di Night Market: $ 50/ RM 6.63
Ent. Fee: Saraburi: $ 80/ RM 10.61
7E Pak Chong: $ 75/ RM 9.95
Jumlah Keseluruhan: $1340.50/ RM 177.80
Bersambung.....
Rujukan:
http://bomanta.com/thailand/palio-khao-yai-village-mall-suasana-itali-di-thailand/