|
Gi amik map kat Tourist Centre. Banyaknyer pokok sakura. Aku ingat
hujung Mac nak masuk April baru Sakura ni kluaq dengan meriahnyerrr... |
Bila sampai tempat ni dan tengok map, punya la luas. Tak ble jadi ni nak jalan kaki, kena juga naik basikal. Kat luar Tourist Centre ni ader banyak basikal untuk di sewa. Ada 2 jenis, 1 yang single, 1 lagi yang kembaq. Aihh...aku tak tau la aper istilah untuk basikal. Aku panggil gitu je la. Jangan mara naa, peminat2 basikal. 😁😀 Oleh sebab dalam kalangan kami ni KL tak berapa nak pandai nak bawa basikal, jadi kami pakat nak sewa basikal kembaq supaya kami dapat bergerak sekali. Jadi kami pun masuk dalam bangunan tourist centre tu, tanya kat depa apa prosedur nak sewa basikal ni. Depa pun terangkan kalo nak sewa basikal ni, kena letak deposit RMB 200. Sewa basikal single RMB 20. Kalo yang kembaq tu RMB60 untuk 1 jam. Deposit akan dikembalikan sekiranya Basikal dapat dikembalikan tepat pada masanya dan tiada kerosakan berlaku. Dah paham kami pun isi borang. KH, KL & KM 1 team. Aku, S, F: 1 team. Ok jom kayuhhhh.....Misi untuk mengecilkan paha, pula kali ni. Heheheh.....
|
Depa try dulu, senang tak balance kan....hehhe |
|
zoom kat wajah KH, sampai ketap bibir tu. Berat kayuh ke kak?? 😂😂 |
|
Senyum tetap maintain walaupun ketiak basah dek peluh.......😂😂😂 |
|
Naib baik ader sakura.... |
Oleh sebab kami semua tak penah lagi bawa basikal kembaq camgini, maka kiter try dulu. Part itu pun dah amik masa. Berat giler nak kayuh. Tapi dah terlanjur bayaq, redho je la. Dan aku rasa.....bukan rasa lagi dah, confirm! Basikal kembaq ni sesuai untuk family, 2 orang dewasa dan 1 orang kanak2. Ko tau la saiz org dewasa macamana kalo dah duduk sederet 3 orang, yang duduk hujung2, bertahan je la ko duduk dengan sebelah punggong je. Hahaha.....sakit kot.!! Adoiii....Lawak ader juga. Gelak je sepanjang bawak tu. Kitorang tukar2 juga untuk duduk tengah, tapi sebab F lebih rendah dari kami maka kaki dier agak2 tak berapa nak sampai, kesian dier jadi kami mintak dier duduk tengah.
|
Comel arca ahjuma tu |
|
Add caption |
Oleh itu, aku tak nak pedajal kengkawan yang rasa2 nak datang sini, pastu nak sewa basikal. Nasihat aku tak yah la sewa basikal kembaq ni. Membazir je dan tak berbaloi. Jalan kaki lagi baik. Berat 1 hal, ketiak basah dek peluh tu sape nak cover. Hahahhah....Sib baik pakai perfume mahal. 😝😜 Ko kayuh la macamana gaya pun, dengan semangat yang tinggi, gigih, sedaya upaya, sekuat tenaga.......dia punya kelajuan, macamtu juga. Penat gilerr. Sungguh. Kalo nak sewa pun, pilih yang single tu. Yang itu agak ringan, ntah2 1 jam boleh pusing 1 tasik. Yang kembaq ni aku rasa, kami kayuh tak sampai pun 1 km. 500 meter je kemudian patah balik sebab masa 1 jam dah nak abis, sayang deposit. Kawan2 kata depa ok je happy dengan basikal tu. Happy memang la, aku pun sama, gelak sepanjang jalan. Tapi itu la realitinya. Aku cuma nak cakap jujur pada diri sendiri. Tapi itu la dier pengalaman, kenangan yang tak dapat kiter beli dengan duit, bila kita dapat bersama dan berkumpul di satu tempat dengan rakan2 yang duduk berjauhan. Ada saja perkara lucu, mengeramkan ada juga. Hahahahha....
|
Atas: Kepenatan selepas kayuh basikal, terus depa cari pisang.....hhehheh |
|
Kami tetap ceria setelah berehat di hadapan Tourist centre tadi |
|
Banyak sangat bunga kuning kat sini |
|
Kawan kat tengah tu ader sakit, jadi sejuk biasa bagi kiter, tapi luar biasa bagi dier. Maka itu salah satu langkah penjagaan kesihatan untuk dia. |
Setelah berehat lebih kurang, kami pun meneruskan misi mencari arca tangan tadi. Kami berjalan mengelilingi tasik. Sangat banyak pokok sakura ditanam di sini tetapi masih banyak yang belum berbunga. Oh ya nak sambung citer pasal pameran tadi. Pameran Holtikultur ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan ekonomi, budaya dan teknologi dari pelbagai negara yang berbeza. Setiap negara yang mengambil bahagian boleh memanfaatkan peluang ini untuk menunjukkan pencapaian masing-masing dalam bidang yang berbeza. Sejak pameran Hortikultur Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1851 di London, ia telah diadakan sebanyak 30 kali selepas itu, secara tidak langsung ia pameran sebegini diangkat sebagai "Olimpik" dalam bidang ekonomi. Ia membawa manfaat yang besar dalam sektor ekonomi di bandar pameran ini diadakan dan seterusnya membantu memperbaiki sistem pembinaan bandar.
|
Kami di sebalik unggu karmilla |
|
Kebetulan masa tu ramai pula pengantin amik gambar..... |
|
Rasa nak guling2 je macam kajol |
|
Pokok di tanam cantik di sini. dapat bayangkan kalo la musim bunga mesti kawasan ni dipayungi oleh bunga yang berwarna warni. |
|
Chang'an Flower |
Gambar kat atas ni merupakan bunga Chang'an.
Chang'an bermaksud membawa nasib baik dan kesihatan kepada orang
ramai. Ia digunakan sebagai maskot semasa berlangsungnya Pameran
Antarabangsa Hortikultur, pada 2011. Uihhh...dah lama dah tu, 6 tahun berlalu tapi maskot tu masih ader sampai sekarang. Bunga
Chang'an dibentuk seperti buah delima. Dicipta untuk menunjukkan
hubungan harmoni antara manusia dan alam semula jadi. Ia
terdiri daripada beberapa kelopak semulajadi, mencerminkan ciri-ciri
asli di Xi'an. Ungkapan wajah kartun menunjukkan keramahan bunga dan
mata besarnya menunjukkan betapa bahagianya dia untuk melihat semua pelancong yang datang.
Ia juga mempunyai badan yang comel dan gemuk untuk menunjukkan bahawa ia
menjalani kehidupan harmoni yang baik, dan ia sentiasa melambai
tangannya untuk menunjukkan ia benar-benar mengharapkan pelancong untuk
melihatnya.
|
lagi bersama sakura yang baru nak berputik |
|
macam kat korea |
|
berlatarbelakangkan Chiang'an Tower. Kiter ble naik kat menara tu dan dari situ boleh tengok keseluruhan kawasan ni. |
|
Dua rakan yang baru menyertai geng kaki jalan |
|
laluan balik |
Pada pendapat aku, kalo ada banyak masa ble la masukkan Xi'an World Expo Park ni sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi. Jika masa tak banyak memadailah melawat bangunan bersejarah seperti muzium Terracotta, Bell Tower, Drum Tower, City Wall dan lain-lain tempat yang berdekatan dengan bandar Xi'an. Dan Jika datang ke sini jangan lupa bawa bekal secukupnya. Kat dalam ni memang tak de restoran halal. Arca Tangan pun tak jumpa, maka kami pun balik dengan rasa penuh kecewa...cewahh....
Balik dari sini guna laluan ni:
Line3: Xianghuawan- Xiao Zhan (Turun sini untuk tukar ke line 2)-Zhong Lou (Bell Tower)--> Exit 2D
Bersambung....
TQ: S/ KM- atas sumbangan gambar
Rujukan: https://en.wikipedia.org
https://emparkgrandhotel.com/expo-xian.htm
No comments:
Post a Comment