20 Mac 2017 (Isnin)
Hari-3
Salam n Hi Sume....
Hari ni semua bangun awal. Awal2 pun aku subuh gajah juge. Bilik mandi cuma 1 jadi bergilir mandi. Ari ni perjalanan dikira agak jauh dan makan masa yang lama, jadi konon2 nak bawa bekal. S masak nasi. Masa sarapan tu, semua orang cedok nasi dalam bekas masing2 tapi makan masa tu juga....Aikkk, cane nak bawa bekal?? Sebenarnyer sume pun rasa macam malas nak bawa bekal sebab berat, jadi kitorang bawa jajan masing2 dan semalam sempat beli limau mandrin dan apple, kami bawa buah tu juga sekali. Kalo kat sini payah nak dapat limau mandarin kalo bukan musim perayaan TBC. Tapi kalo kat sana senang je dapat....Manis pula tu. Rezekikan.
Selepas sarapan kami pun bersedia untuk bergerak. Hari ni tujuannya adalah untuk pergi ke Muzium Tentera Teraccota. Antara tempat yang wajib untuk dilawati sekiranya pergi ke Xián. Dari Hotel kami berjalan kaki menuju ke arah Bell Tower. Bangunan Bell Tower tu sebenarnyer terletak di seberang jalan besar. Kiter tak perlu pergi ke seberang sana, cukup sekadar kiter cari bus stop dan tunggu bas No. 603 yang boleh membawa kita terus ke Stesen Keretapi Xian. Harga tambang hanya 1Y. Sangat murah. Kenapa pegi Stesen Keretapi Xian? Sebab hanya kat sini saja ader bas menuju ke Muzium Terracota tu. Dari Stesen Keretapi Xian, ambil bas No. 306/5 menuju ke Terracotta. Perjalanan menuju ke Muzium Terracota mengambil masa kira-kira 45 minit dan tambang ialah 7Y.
*Hostel Han Tang Inn: Jalan kaki ke bus stop depan Bell Tower, ambil bas No. 603 (1Y)--> Xian
Railway Station- jalan kaki sikit lagi untuk ambil bas No. 603/5 menuju ke Muzium Terracotta.
|
Gambar ni di ambil ketika kami balik dari Muzium Terracota. Cuma sebagai ingatan di kemudian hari. Di belakang kami ni terletaknya tangga menuju ke stesen metro Zhang Lao. Dekat kedai Vivo tu sebenarnya ada 1 simpang ke kiri, itu akan membawa kita terus ke Hantang Inn Hostel. Jadi perjalanan pagi tadi (dari hostel) dari kedai Vivo tu kami terus ambil arah ke kiri, jalan terus menuju ke arah bangunan yg macam pagoda tu. Itulah dier Bell Tower. Tak perlu pg ke seberang sana, cari je Bus Stop dan tunggu bas No. 603 menuju ke Xian Raiway Station. |
|
Ini dier bangunan Xian Raiway Station. Bas tadi tak akan turunkan kiter di dalam bangunan Railway Station ni, tapi ader 1 stesen bas terbuka di sebelah kiri dr tempat aku berdiri ni. Manakala bas khas menuju ke Muzium Terracota ada di sebelah kanan dari tempat aku berdiri. Jadi Moh le kiter ke sana. |
|
Sape ble baca maksud tulisan tu? Yang ini ada di dataran terbuka di hadapan Railway Station. |
|
Ini dier Stesen bas yang menempatkan bas menuju ke Muzium Terracota. Kiter ikut bas biru tu. |
|
Naik bas dulu. Nanti ader orang kutip tambang. |
|
suasana dalam bas. Ini pun ader A/C juga. |
Perjalanan yang dikira agak lama juga, ble tido lagi jika rasa mengantuk. Jangan risau, untuk tersasar jauh sbb bas ni akan berhenti di hentian terakhir di Muzium Terracota. Disepanjang jalan kiter disajikan dengan pokok2 Sakura yang baru nak berputik, ader yang dah mekar menyebarkan warna putih dan pink. Tak kurang juga ada pokok sakura yang masih togel tak berbunga. Tapi pada aku pokok yang tak berbunga itu tetap memberi kesan yang mendalam pada mata, ia bagaikan satu lukisan alam. Dalam hati berkata2. jika satu hari nanti berkelapangan pasti akan ku abadikan ianya di dalam sebuah lukisan. Cewahhhh......
|
Bas akan berhenti di stesen bas ni. |
Bas akan berhenti di sini. Di hentian terakhir di kawasan luar muzium Terracotta. Dari sini kiter perlu berjalan kaki sikit untuk masuk ke dalam kawasan Muzium. Kat Depan stesen bas ni terdapat satu barisan restoran dan juga kedai menjual cenderahati. Dari sini kita jalan kaki ke hujung sana, yang ader konopi bentuk 3 segi tu kemudian ambil arah kiri. Lebih mudah, ikut saje ke mana orang ramai pergi. Kebanyakan yang datang ke sini mesti nak pegi ke Muzium Terracottakan, jadi mengekor je la kiter ye. Oleh kerana masih pagi, cuaca sangat sejuk. kalo tak pakai baju tebal mengigil juga la. Jadi kalo nak datang sini dalam bulan 3 jangan lupa bawa jaket. Kat luar ni sangat banyak orang menjual barangan cenderahati. Kau kena kuatkan hati, jiwa dan raga untuk tidak membeli barang di sini. Harganya lebih mahal. Sungguh. Adalah lebih baik berbelanja di kawasan Muslim Quarter, lebih murah dan berbaloi. Tapi kalo rasanya tak kisah dengan harga yg mahal, tak pe beli je. Oleh kerana kesejukan depa ni tersihir oleh kecomelan topi bulu2 ni. KH kata nak cari sesuatu yang boleh menutup kepala, rasa sejuk sangat dan jika dibiarkan mungkin ble bawa sakit kepala. Depa pun singgah. Dalam kami 6 orang, 4 daripadanyer membeli. Aku n KM memang tak beli sbb aku tau aku memang tak pakai bendalah ni, jadi agak membazir sementelahan aku seboleh mungkin cuba mengawal bajet agar tidak tersasar, maklum lah pengembara fakir. ;p. Tak pasal2 nanti aku tak balik Malaysia dan terpaksa mencari rezeki di bumi Xian untuk mengumpul dana nak balik Malaysia....Heheheh...miskin sangat bunyiknyer!
|
si comel beruang |
Seingat aku harga asal topi tu ialah 100Y- 150Y. Tawar2 turun sampai 80Y. Betul ke KH? Aku pun tak berapa nak ingat sbb tak fokus pada harga barang yang aku tak nak beli. Yang ini kat Muslim Quarter tak de. Kau beli je la kat sini. Ble tawar lebih rendah jika kau nak beli banyak (ramai2). Tapi jangan tawar harga 2x. Maknanya masa tawar harga tu siap2 letak harga rendah kaw2 punya. Kalo dier tak nak baru naikkan sikit harga yang di tawar tu. Sebenarnya topi bulu2 ni bukan datang dari bulu beruang asli, tapi ianya diperbuat daripada bulu sintetik dan kapas lembut. Kesian kat beruang oiii, Jangan bunuh beruang walaupun mereka tu garang!
|
Sedang mereka berentap tawar menawar harga dengan si Penjual, aku mengambil kesempatan untuk menjepret pemandangan di persekitaran. Nun di depan sana, jalan menuju ke muzium. |
|
Mereka bergaya dengan topi masing2..... |
|
Hahhaha....Yang ini agak lucu. Kami dah nak blah tapi si Penjual tak putus asa mengejar kami untuk menjual topi. Padahal depa dah untung banyak untuk 4 topi yang di beli oleh 4 rakan2 kami. Drg ni bijak, depa letak topi tu atas kepala suh kiter beli. |
|
Kaunter tiket |
|
Ruang dalam |
Setelah berjaya menepis segala pujuk rayu si Penjual, kami terus menapak menuju ke tempat menjual tiket. Harga iket adalah 150Y. Disyorkan untuk datang awal pagi agar keadaan lebih selesa dan tak sesak. Selesai membeli tiket, jom masuk dalam. Sebelum tu, seperti biasa kiter akan melalui proses pemeriksaan. Sebab tempat ni adalah tempat bersejarah maka, kawalan mesti dipertingkatkan, manalah tau ader yang bawa benda yang tak elok.
|
Kat Depan tu tempat pemeriksaan tiket. |
|
Yeahhhh.....dah berjaya masuk. Tapi kena menapak lagi ke Muzium tu. Tengok Pokok sakura...cantiknyer... |
|
misi mencari sakura tercapai! :D |
|
Tak larat jalan kaki, kami naik kete ni dengan bayaran 5Y. Padahal tak de la jauh mana...:D |
Tentera Terracotta (bīngmǎ yǒng) adalah Pahlawan dan Kuda TerraCotta yang dihasilkan untuk Maharaja China pertama Qin Shi Huang. Ia dikuburkan bersama dengan Maharaja Qin Shi Huang. "Huang shi"mermaksud maharaja pertama). Kenapa begitu banyak patung tentera depa buat dan kemudian dikubur pula?? Tujuannya adalah adalah untuk membantu kerajaan2 lain di akhirat nanti. Ia mula ditemui pada tahun 1974 oleh sekumpulan petani yang sedang mengali perigi. Ketinggian patung-patung ini di antara (183–195 cm - 6 kaki–6 kaki 5in) adalah mewakili peranan mereka, patung tertinggi merupakan para jeneral. Antara patung yang dijumpai termasuklah pahlawan, kereta kuda, kuda, pegawai, akrobat, orang kuat, dan ahli muzik. Anggaran semasa adalah dalam tiga lubang yang mengandungi Tentera Terracotta terdapat 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri. Sebahagian besar darinya masih berada di dalam tanah. Ramai pakar kaji purba percaya bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum ditemui.
|
Untuk bergambar di sini kami dikenakan bayaran 20 Yuan. untuk 2 kali snap. kamera sendiri ye.... |
Menurut kajian sejarah, makam ini mula dibina pada tahun 246 SM dan ia melibatkan kira2 700,000 orang pekerja. Perghhhh....ramai! Maharaja Qin, pada ketika itu hanya berumur 13 tahun telah mengarahkan penghasilan patung tentera dan setiap satu patung tersebut wajib mempunyai wajah yang berbeza. Disinilah terletaknya keunikan patung askar teracotta. Makan Maharaja Qin masih belum diterokai kerana ahli arkeologi takut ianya bakal merosakkan beberapa barang berharga. Orang awam juga dilarang sama sekali untuk mengali di kawasan tersebut. Sesiapa engkar akan terperangkap dengan panah automatik. Maka tiada siapa yang berani untuk mati yang sia2. Bahkan pekerja yang memasang perangkap juga dikubur hidup2 supaya rahsia tidak terbongkar....Pengakhiran kehiduapan yang sangat tragis...:(
|
Patung yang rosak sedang dalam proses dibaik pulih. |
Jom layan gambar....
No comments:
Post a Comment