20 Mac 2017 (Isnin)
Hari-2
Bell Tower & Drum Tower
Selesai semuanya, maka pada jam 3 petang kami bergerak memulakan sesi mengenal jalan. Di kaunter hostel KH bertanyakan ke mana arah menuju ke stesen metro. Kenapa perlu cari stesen metro? kena naik metro lagi ke? Cari stesen metro sebab di situ la punca arah menuju ke Bell n Drum Tower. Kebetulan Han Tang Inn Hostel tempat kami menginap ni terletak berdekatan dengan kedua2 bangunan bersejarah ni. Jalan kaki je.
Ok jom pg cari stesen metro….
Keluar aje dari pintu hostel amik arah kiri. Jalan kaki sampai hujung lorong. Sepanjang lorong kecil ni, kiter boleh nampak sebelah kanan ader kedai makan kecik2, sebelah kiri pula ader kedai dobi, kedai buah, kedai runcit, pun kecik2 juga. (Kat hujung lorong ni ader nama jalan “Nan Xin Jie”, sebelah kiri ader kedai runcit kecil.) Bila sampai hujung lorong, ambil pula arah kiri lagi sekali. Jalan kaki sampai hujung simpang. Bila tiba hujung simpang, kat depan tu kiter akan nampak logo jenama “apple” kat satu bangunan besar (jual handphone). Ok amik arah kanan pula. Jalan kaki lagi sampai hujung simpang. Sepanjang jalan ni kiter akan jumpa 2 restorant halal. Kami pernah masuk untuk makan2 kat restorant Halal yang kecik tu je. Restoran Halal yang satu lagi tak penah masuk makan2 tapi depa yang lain selalu je beli kuih muih. Kuih cakoi pun ader, sedap agak rangup. Ok sambung, bila tiba di hujung simpang bermakna kita sudah tiba di jalan raya besar. Dari sini dah ble nampak dah stesen metro Zhonglou Zhan. Ambil arah kanan menuju ke stesen metro tu. Sape2 yang penah pg China, mesti tau kan yang China ni terkenal dengan Sistem pengangkutan awam yang sangat mengkagumkan. Semuanya tersembunyi di bawah tanah. Jadi bila aku kata stesen metro tu harap semua ble faham bahawa ianya hanya sebuah tangga, bukannyer bangunan besar. Hehehhe…..
Bila jumpa tangga tu, turun la bawah. Stesen metro ni bersambung dengan laluan bawah tanah. Oleh sebab kiter tak naik metro maka kiter perlu jalan kaki menuju ke laluan bawah tanah. Jalan sampai hujung bangunan atau cari exit B. bila tiba di exit B (hujung bangunan bermakna kita sudah tiba di laluan bawah tanah. Laluan bawah tanah ni pula ditandai dengan nombor. Dari No. 1- No. 9. Laluan bawah tanah ni kalo ko tak masuk mana2 exit, inshaallah ko takkan sesat punya. Dua2 pintu besar exit No 1 dan No. 9 akan membawa kiter keluar ke dataran menuju ke Drum Tower. Ok cari pintu No 9. lagi dekat menuju ke Drum Tower. Keluar pintu no 9, kiter akan nampak 1 dataran yang mana starbucks di sebelah kanan dan di sebelah kiri ader tangga. Dari starbucks ni jalan kaki terus ke depan, dari sini dah nampak dah Drum Tower tu. Kalo kat China ni agak jarang kiter nampak orang melintas jalan raya di tengah2 kesibukan lalulintas kete, bas, motosikal... agak bahaya sebenarnyer atau mungkin bakal di denda sekiranya melintas jalan raya. Sebab tu kerajaan China buat laluan bawah tanah. Sebab tu kadang2 ader sesetengah tempat/ bandar kiter tak nampak orang, macam bandar tu kosong, tak ramai penduduk, tapi bila kiter pegi ke laluan bawah tanah di mana di tempatkan stesen metro...haa...kat situ la baru kiter nampak ramai orang.
Laluan yang selalu di jejaki samada nak balik atau baru nk bepergian ke mana2 |
menuju ke Drum Tower. Selepas naik tangga tu, kalo kita ambil arah kanan, ia akan membawa kita terus ke Muslim Quarter |
Drum Tower dari bawah |
Menara Drum Dan Menara Lonceng terletak di tengah-tengah bandar Xi'an di wilayah Shaanxi China. Dibina pada tahun 1380 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Hingga kini kiter masih berpeluang melihat dan mengunjungi kedua2 menara yang gagah berdiri di atas pusat bandar dan pastinya jika kiter berada di atas bangunan ini, ia mejanjikan pemandangan yang luar biasa sekitar bandar Xi'an. Menara Drum mendapat namanya daripada sebuah Drum besar yang terdapat di dalam bangunan ini. Berfungsi sebagai penanda masa, yang mana bila tiba saat matahari terbenam, drum ini akan digendang/ dipalu, menandakan hari sudah beransur gelap. Sebelum itu, terutama semasa pemerintahan Dinasti Yuan (1271-1368), selain berfungsi sebagai penanda masa, gendang juga digunakan sebagai alat penggera jika berlaku sesuatu kecemasan.
Gendang gergasi |
Ruang dalam |
Bell Tower dari kejauhan. Nampak tak lorong yang ader ramai orang kat bawah tu? Itu la laluan yang kiter jejak tadi. Kalo terus ke depan ia akan membawa kiter ke laluan bawah tanah menuju ke stesen metro. Dalam keadaan kita berdiri memandang ke depan- di sebelah kiri terletaknya Muslim Quarter yang sangat popular tu. |
Muslim Quarter |
pemandangan dari Tingkat 1 Menara Gendang |
pintu no 9, lebih dekat dengan Bell Tower |
Masa tu F berjalan paling depan sekali. F kata bila dier toleh belakang semua kawan2 dah tak ader, dier p keluar pintu 7, dari situ dier nampak payung unggu dekat Bell Tower nun diseberang sana. (kebetulan masa tu hujan renyai2, ntah sape buka payung KM atau KL) Jadi dier turun balik dan cuba cari pintu nak ke Bell Tower. KM mencadangkan kiter masuk balik dan cuba nasib, kot la rezeki ble masuk kali ke-2 sbb F ader tiket yang belum digunakan. Kalo ikutkan memang tak ble masuk dah, sbb tiket kami dah berlubang. KM pun cuba terangkan pada pengawal tu dalam bahasa ayam itik, yang kami belum sempat explore Bell Tower walaupun dah punch tiket sbb kami turun balik nak cari kawan yang hilang. Sambil tangan KM terawang2 menunjukkan tiket, menepuk bahu F…hehhe…aku gelak aje kat belakang. Bukan apa memang lucu tengok KM. hehheheh… Dan pengawal tu pun cuba terangkan balik yang kami tak ble masuk dah sbb tiket dah berlubang. Ahernyer pengawal tu cakap, “how le…How le” sambil tangan nyer menyuruh kami masuk. Mungkin dier dah penat memberi penjelasan tapi minah ni tak paham2. Heheh….Alhamdulillah rezeki.
Bergambar bersama maharani. Ader 4 Maharani tapi amik 1 je. |
Berlatar belakangkan lonceng gergasi |
Kami ber-6 |
Bell Tower di malam hari |
Bila kiter naik ke ruangan Bell Tower ni, kiter akan di sambut oleh gagahnya warna merah yang melatari bangunan Bell Tower. Di tingkat 1 terdapat beberapa tinggalan budaya China dan di dinding bangunan dicatatkan sejarah menara ni. Di luar bangunan terdapat lonceng gergasi setinggi 2,45 meter dan berat 6,5 tan dengan hiasan yang diukir di atasnya. Bel asli yang dikenal dengan namaJingyun Bell kini telah berpindah ke Forest of Stone Steles Museum pada tahun tahun 1953. Yang kita lihat di menara ini merupakan replika yang diletakkan sejak tanggal 30 Januari 1997.
Lebih kurang 1 jam kami pun keluar dan patah balik ke Drum Tower dimana terletaknyer Muslim Quarter. Banyak barangan ble di dapati di sini. Tinggal saja tekak kiter ble terima atau tidak masakan China. Untuk hari2 yang akan datang sepanjang seminggu kami di sini, Muslim Quarter dah ibarat dapur kami, hampir setiap hari mesti datang sini, apatah lagi semua kawan2 ni peminat setia satey kambing. Aku pula jenis tak berapa nak makan kambing, mie juga tak berapa nak pandai makan yang jenis besar2, jadi aku sekadar ambil gambar dan tumpang gembira tengok kawan2 teruja jumpa makanan kegemaran mereka.
Kami di Muslim Quarter |
Bersambung….
Rujukan:
http://jalan2.com/forum/blogs/entry/1662-xian-bell-tower-dan-drum-tower/
http://jalan2.com/forum/blogs/entry/1662-xian-bell-tower-dan-drum-tower/
Trimas : KM, S atas sumbangan gambar