Sungai Yarra
Hari yang sama.
Oleh sebab depa tak naik2 lagi ke bilik, aku amik keputusan untuk mengambil angin petang dan menyusur Sungai Yarra. Jam masih awal lagi dan sangat rugi kalo aku biarkan masa berlalu begitu saja. Nak layan mata mengantuk, bila2 pun ble. Nanti balik Kampong aku cover balik masa tido yang tak menentu kat sini. Cewahh...ble gitu?? ekekke.....
Turun dari hostel, aku pilih haluan kiri untuk menuju ke Sungai Yarra. Aku ble pilih jalan mana yang aku suka, sebab aku dah hafal. Cewahh...agak berlagak kat situ. ekekek...bukan la. Ini sebagai motivasi kepada diri sendiri. Aku bawa bekal pamphlet, jd aku tau kedudukan sungai Yarra beberapa blok dihadapan sahaja dari Ibis hostel ni. Jadi, biar lorong mana ko amik yang penting terus ke hadapan, pasti akan sampai ke tebingan sungai. Cuaca agak mendung, dah terlanjur aku turun, aku berharap sangat...sangat...sangat agar hujan tak turun.
|
Bangunan berciri klasik yang masih dijaga rapi |
Betul la, dengan cuaca.. bukan lawan untuk kita berkompromi. Tiba di perkarangan Fed Sq. angin kuat dan hujan turun agak lebat. :(( aku tunggu sat hujan teduh. Nampak nun di seberang sana ader mentari dicelah2 awan. Ok...ader harapan untuk aku meneruskan perjalanan. Dah tak ramai orang di perkarangan Fed Sq. masa ni, mungkin sebab dah nak petang, atau sebab hujan atau sebab hari ni hari keje??
|
diperkarangan Fed Sq. Kalo hujan dan berangin, fungsi payung tu macam dah tak berguna. Betul...rasa mcm berlawan dengan angin. biasanya angin akan menang :D |
|
Melbourne City Town Hall |
|
ACMI |
|
Seberang nun...damai aje....tempat orang beriadah |
|
Pemandangan Southgate area dari tebingan Sungai Yarra |
|
Bangunan Arts Centre dari kejauhan. |
Jika berkeinginan, berminat juga jika ada duit lebih, boleh juga singgah ke Art Centre ni. Terdapat bannyak persembahan dijalankan di sini, daripada teater, muzik, tarian, sarkas, opera & sebagainya. Ble rujuk web https://www.artscentremelbourne.com.au/ untuk jadual persembahan dan harga tiket. Aku tak mai singgah sbb memang tak dak berhajat. Kalo masuk juga abih la lariiii bajet yg sudah sememangnya ciput sebab kat sini bukan saja boleh menonton persembahan tapi ader banyak kedai yang boleh merambangkan mata bagi kaki2 shopping ;p
Alhamdulillah hujan dah mula reda, aku pun mula bergerak ke seberang sana. Mula2 turun ke tebingan sungai. Rupanya kawasan ni laluan untuk jogging atau berbasikal atau laluan pejalan kaki. Dan katanyer kadang2 ader juga aktiviti berkayak dijalankan di sini. Sayang, masa ni tak de apa2 aktiviti berlangsung di sini. Aku bergerak ke yarra footbridge. Kebetulan pula terserempak dengan si DD (rakan yang sama2 ke GOR ari tu). Malas nak kacau DD sbb aku tengok dier tgh bz "bersiaran langsung" dengan video nyer...:)
|
Yarra Footbridge |
Berdekatan dengan Jambatan ni juga, terletaknya jeti bagi Melbourne River Cruises. Jika berminat menikmati keindahan kota Melbourne dari sisi Sungai Yarra boleh la mendapatkan tiket di office depa yang berhampiran dgn anda. Office depa ada kat Flinder St., Federation Wharf dan Southgate Promenade. Ble booking online juga.
|
Burung bersantai di tebingan Sungai Yarra |
|
Sungai Yarra berlatar belakangkan bangunan pencakar pangit di CDB |
|
rangkaian landasan keretapi di Melbourne |
|
arca di Birrarung Marr |
Dari Southgate area aku menyusur ke haluan kiri, sebab kat situ lebih santai dan ada banyak taman. Kadang2 aku berselisih dengan beberapa orang yang berbasikal, jogging dan dating juga...ekekke....santai aper kat sini, jauh dari gangguan orang yang lalu lalang, tapi sebenarnyer agak bahaya utk berjalan sendirian dalam gelap. Tapi dah terlanjur berjalan agak jauh aku teruskan ajer la. Aku sebenarnyer takut hujan turun sebab tak bawa payung & mcm tak banyak tempat nak tumpang berteduh. Akhirnya aku tiba di Swan St. Bridge. Di sebelah timur jambatan ni terletaknya Sidney Myer Misic Bowl. Jika berjalan ke depan sikit akan jumpa Royal Botanical Gardens & di sebelahnyer terletak bangunan rumah kerajaan. Kalo tak memikirkan hari dah nak gelap, nak ajer rasanyer berjalan hingga ke Morell Bridge tapi apakan daya, akur saja la hingga ke Swan St Bridge dan berjalan terus untuk kembali ke pusat bandar. Ader juga hujan turun tapi renyai2 manja. alhamdulillah.
|
St Paul Cathedral di waktu malam |
|
Flinder St. di kala malam.. |
Akhirnya aku sampai di bilik. Alhamdulillah selamat dari hujan. Jika berkesempatan ke Melbourne aku syorkan keluar la bersiar2 amik angin di waktu malam. Suasananya lebih ummhhh, lebih menawan, lebih mengoda.....Kami sembang2, rupanya depa bukan p naik bas city sighseeing tu sebab mahal. Depa lama jalan2 kat bawah cari kedai monopod. Ohhh...ye la semalam kan pegi GOR, payahnyer selfie guna tangan, nampak muka besaq. Masing2 mengelak nak pegang phone bila tiba nak menyelfie...ekekekek. Ahernyer Kak Nana berjaya membeli monopod, ehhhhh....panggil ape ek? stick ke? I org kampong, mana tau pasal benda2 ajaib ni. Wekekekekke.....aku panggil monopod ader org marah. Aku pun confius, apa salah aku???? #sambil hentak2 kaki!! :p Satu aku tabik ngan Kak Nana. Dia seorang yang selamba dan muka tebal. hehheh....jgn marah Kak Nana ya. Aku ngan kak Nana sama je, "Spanyol" kami ke laut banyak. Ntah2 Kak Nana lagi ok. Zymah kata masa nak beli monopod tu, Kak Nana nak tya camane nak guna. Dier p belasah aje cakap melayu pd penjual tu, tapi yang peliknyer penjual tu pun paham. Sampai kat NZ monopod tu tak ble guna. Aduhaiiii...hehhehe! Bukan rosak tapi tak pandai nak guna ke aper.. ntah. Cane eh Kak Nana? hehehh.....
Kalo berhajat nak naik bus city sightseeing ble p kat web depa untuk skodeng harga tiket dan jadual perjalanan. http://www.citysightseeing.melbourne. Ader pakej untuk 24 jam dan 48 jam. Semalam aku tengok kat blog mana ntah, ader harga AUD 19/= per1. Perrghhh...cuba ko tukaq duit Mesia....Rm55++ beb. Ni tgk kat web depa ni pula kalo yg 24 jam punya pakej AUD 35/=adult. 48 jam: AUD45/=. Emhhh....Time kaseh. Cik Nanie kalo rasa diri adalah pengembara fakir, baek tak yah. Rasa agak mahal. Sungguh. Jalan terbaik adalah naik tram percuma no 35.
Malam tu aku ngan Zymah turun balik cari Cyber cafe untuk print tiket flight kami. Kat Ibis hostel tu ader juga komputer siap dengan talian internet katanyer. Meh aku bagitau, kalo berhajat nak cari info kat internet atau nak print tiket macam kes kami ni, aku syorkan elok la hang turun bawah aje. kat bawah sepanjang beberapa blok dari pintu Ibis hostel tu ader beberapa CC yang tak makan duit hang secara percuma. Betul.. Kat Ibis hostel tu makan masa 1 jam looding tak abih2, buang duit aje. Aihhh la.... sabaq2.... kat CC beberapa blok dari pintu Ibis hostel tu, kami masuk tak sampai 1 jam urusan selesai. Alhamdulillah....
Bersambung.....