30 NOv 2016
Hari ke-3
BRINGTON BEACH
BRINGTON BEACH
Lama aku berehat dari menulis kan. Susah.. orang banyak hobi ni. Ikut mood. Sekarang ni tengah rajin belajar menjahit. Gigih merencana masa depan katanyer...ekekkeek...Malam ni mesin jahit meragam, jadi kasi rehat dulu sama dia...
Sambung cite kembara (part 5) yang lalu. Kami meneruskan perjalanan ke Brington Beach pula setelah melambai2 riang ke arah Thomas n Friends yang sudah pun meneruskan semula perjalanan ke Menzies. Dari Belgrave kami menaiki train menuju ke Richmond. Turun di Richmond, kemudian pergi ke platform menuju ke Sandringham. Tak yah risau, kat sini ader je signboard menunjukkan arah perjalanan train. Kalo sesat sket2 tu perkara biasa. Kali ni pun sesat juga, balik dari Puffing Billy tu masing-masing mengantuk. Tengah sedap melayan mata mengantuk, train pula bakal berhenti kat Ringwood. Tetiba KH terbangun dan terus bagitau kami akan turun di situ. Dalam hati bukan sepatutnyer turun kat Richmond ke...?? Tapi soalan tu macam berlegar2 dalam minda dan hati je sebab aku ni kadang2 cuai juga. Nama dah dekat2 sama, takut aku silap tengok. Jadi diam dan ikut aje. kami turun dan ikut orang ramai p mana. Laluan tu rupanya akan memabawa kita ke luar dari kawasan hentian train. Memang sah salah. Jadi Zymah pun p tanya kat kaunter pertanyaan, depa pun tunjukkan arah yang betul. Maka betul la turun di Richmond sepatutnyer. Jadi, sesat adelah perkara biasa. No meradang2 ye..... oh ya, kalo ambil train dari Flinder St, kiter terus pegi platform No. 8 untuk menuju ke Sandringham.
Ini di stesen Ringwood, tengah menunggu train sampai |
BELGRAVE- RICHMOND (TUKAR TRAIN)--> SANDRINGHAM.
Mohon menggunakan kanta sekiranyer tak dapat bace ;p |
Hentian terakhir train ni ialah di Sandringham, tapi kiter tak yah terus ke sana kalo tak berhajat. Oleh kerana kami berhasrat untuk melihat Ikan Duyung maka kami turun di Brington Beach Station. Tiba di sini, keluar dari bangunan ambil arah kiri. Jalan terus sampai jumpa traffic light, menyeberang jalan menuju ke pantai. Tiba di seberang sebelah pantai tu...ambil pula arah kanan. Jalan terus sampai hang nampak bathing box dari kejauhan melambai2.
Keluar dari stesen, ikut aje arahan. Dari sini memang tak nampak pun Bathing box tu, kena jalan banyakkkkk lagi... |
melintas jalan ni pergi ke arah pantai. Tu nampak kat kayu tu ader gambar rumah kecik2. ikot aje. |
Brington ni merupakan sebuah kawasan di pinggir bandar yang paling eksklusif di Melbourne. Terletak kira2 11 km ke tenggara dari pusat bandar. Kenapa eksklusif? sebab ramai orang2 kaya tinggal kat sini. Rumah2 besar tersergam indah di sepanjang pinggir pantai. Apa yang membuatkan kami datang ke sini sebenarnya bukan la kerana ikan duyung tetapi ingin melihat rumah2 kotak yang berwarna warni (bathing box), berdiri teguh di sepanjang pantai. Reka bentuknya sama, tidak berubah dan semunya mengekalkan ciri-ciri senibina victorian klasik dengan kerangka kayu, weatherboards dan berbumbungkan zink. Hiasan, warna dan sebagainya terpulang kepada mereka asalkan rekabentuk asal tidak berubah.
lalu ikut laluan jalan kaki adalah lebih baik dari berjalan di atas pasir. |
sangat panas, lalu ikot jalan kampong, sejuk sket. |
Cuaca adalah sangat panas ketika ini. Ramai warga tempatan dan pelancong mengambil kesempatan berjemur, mandi manda, membaca buku atau sekadar mengambil angin di tepi pantai. Pada masa kami p ni, jam baru menunjukkan ke angka 2 petang. Sangat gigih berjemur di tengah panas walaupun berangin. Kalo kat sini, jam 4-5 baru turun, panas owhhh.....kalo turun awal pun pastinyer berteduh di bawah pokok. Tapi difahami dan dimaklumi bahawa bukan selalu depa ble bersantai begini. Kalo musim sejuk berbaring di tepi pantai itu lagi aku tabik spring...:D
antara rumah agam di pinggir pantai |
Brington beach station |
Secara peribadi, pada aku Brington beach ni biasa-biasa je. Cuma, dah alang2 sampai ke melbourne nak tengok juga la bathing box yang telah menjadi salah satu tarikan pelancong. Jarak antara stesen dan lokasi bathing box tu agak jauh. Beberapa kali juga kami berhenti rehat di taman awam melepaskan lelah. dinasihatkan bawa bekal air yang banyak jika berkunjung dikala musim panas. Kak Nana & Kak Hana memang tak join sampai ke lokasi rumah kecik tu, jauh dan demi nak menjaga pandangan mata. heheheh......Kami ni je, Astaghfirullahal'adzim....insaf.....insaf.
Sebenarnya, pusat utama di Brington terletak di sepanjang Church St. Terdapat banyak tempat membeli belah, restorant, cafe dan sebagainya. Ble juga menginap di sekitar Brington sebab ader hotel di sini. Mungkin jika berhajat untuk membeli belah ble turun di Sandharingham.
Selesai semuanya, kami kembali semula ke stesen Brington Beach menanti train untuk balik semula ke Melbourne City. Untuk perjalanan pulang ni tak perlu tukar train terus aje ke bandar. dan kami turun di Flinder St.
Jumpa lagi...
Bersambung....
No comments:
Post a Comment