4 Jun 2015
Seperti biasa bangun awal hari ni. Nak amik gambaq sunrise katanyer.....Aku dah kongsikan gambar kat entry sebelum ni. Kalo sudi ble la klik Part 5 atas tu...:) Bila aku buka pintu rupanyer jiran bilik sebelah ni pon dah bangun, siap bertenggek kat tepi bahtera. Pon sama juga gantung M-16 kat bahu. Matahari agak awal memunculkan diri. Aku tengok anak2 kapal masih tdoq dalam bot kecik tu. Ye la musim panas kan. Cuba tiba musim sejuk, rasanyer nak beku juga tdo dlm ruang terbuka macam tu. Sebenarnya ada bilik untuk anak2 kapal. Tapi mungkin depa selesa tdoq atas bot kecik, sebab sejuk.
Sarapan ala kadar. Roti, jem, air teh hangat. Masa ni siap2 dah mandi. Selepas sarapan Tuant kata kami akan di bawa melawat ke Ladang Ternakan Tiram. Ladang ok.....Sepanjang hidup ni, aku fahamkan ladang ni, satu kawasan yang ader rumput saje, rupanya atas air pun ble sebut ladang juga. Bila sebut tentang mutiara, tiba2 ingatan tentang lagenda naga berlegar kembali. Kononnya beratus2 pulau di Teluk Halong Bay ni wujud disebabkan oleh naga yang telah meludahkan mutiara ke dalam lautan.. Betul la tu, kini kita boleh cari mutiara tu di dasar lautan, klunya cari tiram dulu.....:p
|
memulakan perjalanan |
|
Dah sampai..... |
Adalah menjadi satu kelebihan bagi negara-negara yang mempunyai pantai yang luas dan panjang. Pasti di dalamnya tersimpan sesuatu yang unik dan berharga, Contohnya kalo kita pergi ke Rantai Panjang, musim Penyu bertelur adalah masa yang kita teruja untuk menyaksikannya. Di Sabah, kita boleh tengok hamparan batu karang yang cantik dengan ikan berwarna-warni di dasar lautan. Di Vietnam pula mutiara menjadi sesuatu yang unik dan menjadi tarikan pelancong. Oleh sebab itu, ianya dijadikan sebagai salah satu perniagaan yang menguntungkan.
Di sekitar Halong Bay ini saja terdapat 2 ladang ternakan tiram yang dibiayai oleh kerajaan Vietnam. Perkampungan Mutiara ni mula ditubuhkan pada tahun 1995 yang asalnya diusahakan oleh sebuah syarikat dari Jepun. Setelah bertahun-tahun diusahakan oleh pakar2 Jepun, akhirnya Ladang ini dipindah milik kepada Kerajaan Vietnam.
|
Tiram sedang dibersihkan untuk proses menanam/ telur tiram. |
|
Sangkar Tiram |
Tuant, membawa kami melawat ke ruang galeri/ pameran/ maklumat tentang mutiara ni dan menerangkan beberapa jenis mutiara dan bagaimana ia dihasilkan. Kemudian, kami dibawa keluar dari ruangan tersebut, mengelilingi sangkar tiram terapung, dimana beberapa jenis Tiram Mutiara diternak dan dipindahkan. Selepas itu, masuk pula ke ruangan pemprosesan pembiakan mutiara. Bagaimana? Iaitu memasukkan nukleus di dalam tiram induk atau ibu tiram.
|
Salah sorang pekerja yang berada di ruangan pengkulturan tiram. |
|
Kena buka mulut tiram dulu dengan menggunakan pengepit |
|
aduhhhhh.....sakitnyaaaaa |
|
ok itu depa tengah masukkan nukleus dalam ibu tiram... |
Proses memasukkan Nukleus.
Sebelum nucleus boleh dimasukkan, induk tiran perlu disuntik terlebih dahulu bagi menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripda moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit. Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam (Contoh: Pisau pembedahan –“scalpel”). Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus.”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun.
Ketika di sana, kami juga ditunjukkan cara-cara membelah tiram untuk melihat mutiara. (Biasanya depa tak makan tiram mutiara). Tiram sebenarnya ader beberapa jenis. Ader tiram yang jenis untuk dimakan saja dan ader tiram mutiara. Tiram mutiara ni pun ader beberapa jenis lagi. Tiram yang hak untuk dimakan saja tu, pun sebenarnya boleh menghasilkan mutiara tapi malangnyer mutiara tu tak berkualiti dan tidak ada nilai pasaran, tapi kalo nak simpan buat suka2 tak pe, ble je amik.
|
Pekerja tengah membelah tiram, sambil tu dier suh teka, ader mutiara ke tidak dalam tiram? Kak Tie jawab, äda". |
|
Yeahhhhh.....betul ader mutiara. Ingatkan kalo berjaya jawab dier bagi lah mutiara tu pada kak Tie, rupanyer nan hadooooo....Kesian. |
Penternakan mutiara ni juga sebenarnya bergantung kepada alam sekitar laut tu. Biasanya kalo persekitaran tu tercemar, ia akan membawa kepada kegagalan tertentu, misalnya dari segi kualiti mutiara tersebut. Selain tu faktor lain yang perlu diambil kira ialah kemasinan dan kedalaman air, apabila menaikkan pelbagai jenis tiram. Di bawah keadaan yang sesuai, maknanya takde apa2 masalah, ia mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun sebelum tiram menjadi cukup matang untuk menghasilkan mutiara dan kadar kejayaan adalah kira-kira 40%. Contoh yang kita ble amik misalnya, Mutiara yang berukuran lebih 10mm, untuk mencapai ukuran seperti ini, ia mungkin mengambil masa sehingga tujuh atau sepuluh tahun. Ada 2 perkara yang menentukan nilai/ harga mutiara. Pertama saiz. Ke-2 baru kualiti.
|
Kak Tie disangkar pembiakan Tiram. |
|
Group lain tengah meneka jumlah mutiara dalam Tiram. |
|
Kedai menjual produk mutiara di tingkat atas. |
Bagaimana kiter nak mengenal kualiti mutiara? Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan pada permukaannya. Kecacatan mutiara sukar ditentukan, tetapi ianya boleh ditentukan melalui tanda/ bintik ataupun lekuk yang kelihatan. Untuk mengenal kecacatan mutiara, permukaannya bolehlah diusap dengan hujung jari. Mutiara yang ada 2 atau lebih bintik, tidak berkilau, walaupun ada kecacatan tapi masih ble/ sesuai dibuat cincin dengan menambah sedikit kilauan pada permukaannya.
Mutiara yang berat sudah tentu mempunyai lapisan “nacre dan dapat bertahan lama, manakala lapisan yang nipis/ halus hendaklah dielakkan. Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit boleh digunakan untuk kalung (rantai leher) tetapi ianya tidak sesuai untuk cincin. Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz berbanding dengan kualiti. Contohnya harga “loose pearls’ bertambah bagi setiap milimeter garis pusat. Dengan lain perkataan, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm. Semakin besar saiz mutiara tetapi ader sedikit kecacatan, maka harganya tetap tinggi.
|
Kami di Halong Bay... |
|
Berlatar belakangkan batu kapur... |
Aku ingat, Halong Bay ni sesuai dijadikan lokasi kajian untuk budak2 Geografi. Mengenal bentuk muka bumi. Mungkin boleh berkoloborasi dengan Kelab Pelancongan.....amboi cepatnya merangka angan2. Kalau la....sekolah aku kaya, alangkah bagusnya. Banyak benda dan perkara boleh dirangka. Hahah.....#banyaknya tempat menarik dalam Malaysia, ko nak juga ke Halong Bay buat kajian katanyer....paduhal lebih nak makan angin!! :D :D
Ok, Sudah sampai masa untuk pulang ke bahtera. Biasanya kami yang kaki posing, merupakan orang yang paling akhir masuk ke bot, tengok la...orang dah duduk dlm bot, kami sempat pula jepret sehelai 2 gambaq. Sowie guys.....ini mungkin kali terakhir aku jejak kaki mengelilingi Halong Bay, maklum la bajet ciput tak mengizinkan aku untuk datang 2, 3x macam korang. So bagi chance la aku jadi jakun kejap.... ;p
|
Geng yang sporting. Handsome nyer mamat baju merah....;p |
Kami tak beli pun sebarang mutiara kat sini. Satu bajet tak cukup. Ke-2, errr......kat Sabah pun ader, banyak kot kat Pasar Budaya tu. Sangat banyak pilihan, pilih saja mana nak. Harga pun ble tahan berpatutan kalo pandai menawar, kaw2 punya harga. Kawan aku dari Klate siap borong sampai rm200 tuhhh....tapi berbaloi bila dier balik sana jual balik, dapat la balik modal.
|
Lagi kawasan penternakan Tiram. ader pelampung di situ.. |
Sekembalinya dari Pearl Farm, bahtera ini akan terus belayar pulang ke Jeti. Dalam perjalanan pulang nanti, ader beberapa geng yang amik pakej 3d2n akan berpindah ke bahtera lain dan meneruskan pelayaran ke beberapa Pulau sekitar Halong Bay. Manakala pelancong yang dah tamat pelayaran 3d2n akan berpindah masuk ke bahtera kami dah akan sama2 pulang ke jeti. Bertukar tempat la kiranya. Tuant juga sama dia akan join geng kami yang amik pakej 3d2n dan bertukar tempat dengan kawan dier. Maknanya Tuant tak kan pulang dengan kami.......alaaaaa......miss u Tuant...#flyingkissforU....:D
|
aku & kak Sent yang selalu bertelagah...wakakakak...... |
Aku ngan Kak sent, memang selalu bertelagah.. Hehhehe..... "Bertelagah" dalam erti kata perbincangan untuk mencapai kata sepakat, kadang2 ia jadi "panas". Hahah....Sebab kalo travel bersama, yang tukang plan tu kami 2 orang. Kalo ader Kak Tie, baru perbincangan tu jd 3 orang. Yang lain biasanya akan ikut saja apa jua keputusan. Tapi, sungguh kak, me tak simpan dalam hati. Hehheh...(emo sikit). Memang mula2 saja me terasa hati tapi sekejap ja lepas tu ok sdh. Aku dan Kak Sent dah lama berkawan, sejak dari zaman U lagi, jadi bila dah lama berkawan, hal yang kecik2 tu, alahhh.. tolak tepi la. Kalo kak sent baca ni, secara jujurnya me sangat menghormati kak sent dan ada beberapa perkara me sangat kagum. Pada keberanian (wpun kadang2 u takut mencuba...hehheh), pada ketabahan, ketelitian, kerjasama...dan satu yang paling me kagum, kak sent sentiasa berfikiran Positif....Moga aura positif itu tempias pada me.....hihihi.....
|
Ini la keje kami posing tak abih2.... |
Ok sambung.....Bila Tuant & geng 3D2N belayar pergi, dan diganti oleh Tour guide baru (aku lupa nama dier). Kiter panggil dier Mat la, senang. Mat ni akan mengendalikan aktiviti memasak. Memasak masakan Vietnam katanyer. Aku ingat memasak kaw2 punya resepi la macam si Jamie buat, rupanya buat kuih je. Macam buat ala2 popia la. Mat ni terangkan bahan2 yang digunakan seperti suhun, sayur, lobak, daun bawang, telur, bawang besaq.....yang hitam tu ntah lupa apa benda. Pastu dier akan campur semua bahan tadi, kacau2 sket.....dah sebati, dia bentang kulit popia, pastu amik sket bahan2 yang dah digaul tadi masuk dalam kulit popia, susun2 sket guna sudu bagi elok terletak. Pastu gulung dan gam sket guna tepung kat hujung tu bagi dier lekat supaya bila goreng nanti tak terburai popia dier. Dah siap dier tunjuk 1, dier pun suh kami cuba.
Kami 4 org tak buat pun, tumpang tengok je sebab dier ader letak daging dalam mangkuk lain, yang pastinya tak halal. So geng2 Mat Salleh ni pun buat macam yang Mat tunjuk tadi. Sape yang suka daging dier akan campur popia dier dengan daging, yang vegetarian tadi tak bubuh daging. Dah siap semua depa pun goreng dan makan sama2. Aku tak amik gambar part ni, malas. Alah aku tiap raya salu je gulung popia tapi popia kecik la. :D.... Ari tu aku ader cite kan, yang ader 1 group lagi geng sekolah aku pun sama datang Hanoi? Cik T cite, depa pun ader buat juga aktiviti masak....ader la kawan lagi satu ni cerewet sket pasal kebersihan. kan depa semua diminta mencuba untuk mengulung popia. Dier merungut geng lain ni tak cuci tangan, geli. Tapi geli2 dier makan jugak popia tu....Hahaha....
|
Ini antara bahan2 nak buat popia Vietnam... |
|
Baju pink tu geng baru yang baru pindah dari bahtera yang satu lagi. Macam dier travel solo. |
Kami dah tak dibenarkan masuk ke bilik sebab depa dah mula bersihkan semua bilik. Sebelum sampai ke jeti semua perlu siap untuk ambil pelancong baru pulak. Pelayaran pulang ni terasa agak lama, Apa lagi nak buat, selain dari melakar kenangan dari sebuah photo. Jom jepret....:)
|
Memikir perjalanan seterusnya... |
|
amboi sedap landing depan pintu lagi.... |
|
Kak Sent Berlatarbelakangkan Pulau Ti Top |
|
Pulau Ti Top dari kejauhan... |
|
bersantai atas dek bahtera.... |
|
Kenapa batu tu ader garis2 menyerong seperti dikerat pisau??? Cuba jawab.... |
|
Dah sampai jeti |
Selamat tinggal Halong Bay......
Million Thanx to:
https://mutiarasabah.wordpress.com
http://elizabatz.com
No comments:
Post a Comment