4 Jun 2015
Sampai di Jeti, agak lama juga kami lepak di situ bersama group lain menanti bas masing2 tiba dari Hanoi. Tak banyak perkara yang dapat dilakukan di sini. Bandar Halong Bay yang menempatkan bangunan kedai pun agak jauh. Eh...?? Jauh ke?? Rasanyer tak de la jauh giler kot, aku ckp jauh sebab tak nampak bangunan2 dr kedudukan tepi jeti ni. Mungkin boleh je jalan kaki, tapi...untuk mengelakkan risiko ketinggalan bas yang tau tau bila nak sampai, eloklah kiranya membuang masa di sini saja. Aku seperti menonton wayang, melihat beberapa kumpulan pelancong datang dan pergi. Suasana agak sibuk, Halong Bay memang menjadi tarikan utama pelancong, kiranya tak sah kalo tak jejak Halong Bay :).
45 minit kemudian sampai la bas kami. Alhamdulillah. Syukur. Dalam bas, aku bantai tido. Zymah??..Tok sah cakap, dier mmg senang tdo. Bising ke, goyang ke, tak dak masalah. :D:D :D Psssttttt.....Mamat handsome baju merah tu duduk sebelah kerusi kami la. Dari ekor mata aku tengok payah dier nak tidoq, mana tak nyer, kaki panjang sangat. Hehehe......Tp sebab aku ngantuk aku tak hirau dah dier, aku sambung tdoq. Sama macam mula2 pegi ari tuh, bas ni akan singgah di satu tempat, untuk sape2 yang nak membuang hajat. Tempatnyer tak sama macam tempat ari tu. Selain dari ader "singging room", tempat ni juga ader jual jajan, buah2-an, air. Ader juga dijual makanan yang dimasak. Tak dak masaalah bagi non-muslim. Kami cuma beli air, dalam beg aku ader lagi bun import khas dari Malaya...;p, coklat juga. Cukup la... Di sini kami bertemu dengan satu kumpulan pelancong dari Indonesia. Tepatnya satu keluarga. Gak sempat bertegur tapi saling berbagi senyum. Alhamdulillah, tanda silaturrahim katanya... Gimana tau dr Indo?? Yah...sama koq, kalo pakai hijab itu pastinya, kalo tidak Malaysia, Singapura, Brunei atau Indonesia.....ahhh.. tepatnya asean lah...#tetibatukaqslangindo...:D
Tiba di Hanoi kira2 jam 6.00pm dan Kami dihantar terus ke May De Villa Hostel. Ini yang aku agak suka hostel ni, kami boleh simpan barang di stor, tumpang mandi, charge hp, tengok tv dan sebagainya. Nak makan maggie pon ble sebab ader air panas disediakan diluar. Tempatnya di tingkat 2. Ruangan ni kecik aje (macam ruang tamu) tapi agak selasa, Cuma tak de bilik untuk salin baju. Hanya kami yang ada di sini ketika itu. Jadi aku amik keputusan untuk mandi lebih awal sebab takut nanti ader pelancong lain yang sama kes macam kami, depa juga akan duduk berehat di sini. Tapi sehingga kami turun ke lobi hostel pada jam 7.30, tak de orang lain pun datang ke ruangan ni selain dari para pekerja yang melintas sekali sekala untuk ambil barang di bilik berehat mereka.
Tepat jam 8.45pm, kami dijemput oleh seorang pemuda. Aku lupa tanya nama, kiter panggil dier comel, sebab dier memang comel :) Dier carikan kami teksi untuk ke stesen Keretapi dan dier pula naik motor mengekor dari belakang. Oh ya, yang ini kami tak perlu keluar duit, oleh sebab kami amik pakej di Sa Pa nanti dari hostel ni, jadi bayaran tu masuk sekali (Hantar- Jemput) dari stesen keretapi Hanoi. Bonus katanyer, padahal dah masuk dalam harga pakej tu. :D...Si Comel ni sempat bagitau, jangan dok kalut sbb stesen ketapi tu dekat je, kira2 2km dan tambangnya sekitar USD1 (mungkin lebih murah jika di bayar menggunakan Dong/ VND). Tapi harus hati2 ya, dengarnya ramai pemandu teksi di Hanoi "kaki kenching", Bila baca blog orang lain, ader je yang kena tipu, depa guna jalan jauh, pusing2 tang tu juga, paduhal jarak ke stesen ketapi tak la jauh mana. Pastu kenakan tambang kaw2 punye...Bertabah ajerlah sekiranya terkena. Tapi ader juga yang jujur, inshaallah..seperti pemandu bas mini yang menghantar kami ke airport Hanoi. Nanti kiter cite kendian.
|
Tiket Keretapi Dari Hanoi ke Sa Pa dengan harga USD80 pergi- balik. |
Oh ya, kalo amik pakej dr hotel, pastikan depa bagi kiter tiket ketapi yang sebenar dan bukannya voucher. Sebab nanti nak kena tukar pula ke tiket original, leceh. Tiket Ketapi macam kat atas tu yang mana ada tertera tarikh, gerabak, jam berangkat dan sebagainya. Stesen ketapi Hanoi ni kecik aje. Bangunan waiting room dan tempat membeli tiket juga terpisah. Letaknyer berhadapan antara 1 sama lain. Oleh sebab kami dah ader tiket, si Comel terus bawa kami ke bangunan waiting room sambil menonton perlawanan bola. Katanya dier akan hantar kami hingga ke gerabak 6 nanti.
|
Bangunan Membeli tiket berhadapan je dengan bangunan waiting room. |
|
Bangunan Stesen Keretapi Hanoi. |
|
Gambar lebih jelas. Di"copet"dari blog http://www.farrisnoorzali.com/....Ampunkan patik kerana mencopet tanpa izin....Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali saya copet lagi...:D
"Ga Ha Noi": "Ga"bermakna Stesen Keretapi dalam bahasa Vietnam. |
|
Si Comel baju biru tengah kusyuk menonton bola... |
|
Ruang menunggu. Pintu yang aku tunjuk dengan anak panah merah tu, pintu keluar menuju ke keretapi. |
|
Menanti dengan penuh sabar....Ruang menunggu yang ader aircond. |
Oh ya di sini kami bertemu dengan seorang pemuda cina berdarah Malaysia...:D. Zymah sempat sembang ngan dier. Ayahnya warga China dari Ghuangzho. Manakala ibunya berasal dari Sandakan Sabah. Dier seorang pelajar yang sedang bercuti bersama rakan2. Tak fasih berbahasa Melayu tapi faham dan ble bertutur sket2. Orangnya baik dan agak prihatin sket, dapat dilihat ketika pengumuman meminta semua penumpang masuk, dier pergi semula ke tempat kami dan mengajak masuk ke dalam keretapi. Kak Sent kata nanti kami masuk sebab si Comel masih khusyuk menonton bola :). Aku ingat si Comel tak nak berebut2 sebab tu dier lambat sket hantar kami sampai ke gerabak. Nasihat aku kalo kiter pegi sendiri, adalah lebih baik bergerak masuk lebih awal, takut tersalah naik train. Tapi ble je tanya kat Pak Guard kalo rasa ragu2.
|
Kami... |
korang perasan tak aku pakai baju tu banyak kali?? hihhi....Sebenarnyer aku dah mandi masa di hostel tadikan, tapi pakai balik baju ni. Nak jimat baju bersih katanyer...:D. Dan sebenarnyer, baju ni aku sempat cuci malam kami sampai di Hanoi. Cuci bersih dan jemur dalam bilik mandi. Ajaibnya, esok pagi baju ni kering (kering2 manja) dan aku ble bawa pegi Halong Bay. Sampai Halong Bay, dapat bilik, aku jemur lagi atas katil. Ini bermakna cuaca Hanoi adalah sangat panas ketika ni.
|
Menuju ke keretapi |
Keluar saja dr pintu yang aku tunjuk dengan anak panah tu, terus jalan ke arah keretapi kiter (yang tertera di tiket kiter). Kami punya ketapi bukan yang depan ni ye, tapi ader di sebelah kiri (terlindung). Oleh Sebab ader si Comel yang menghantar, jadi kami tak de risau, tinggal mengekor je dier macam anak itik ;p. Sampai di gerabak 6, baru lah si Comel mengucapkan selamat jalan dan sempat mengingatkan kami, bahawa nanti dier juga yang akan menjemput kami sekembalinya dari Sa Pa. Tepat jam 9.50pm train ni pun bergerak meninggalkan bandar Hanoi. Perjalanan menuju ke Sa Pa memakan masa lebih kurang 9-10 jam.
Sebenarnyer ada 2 pilihan kalo nak mai Sa Pa. Samada nak naik bas atau Keretapi. Jika nak naik bas tambangnya adalah kira2 USD25/= dan tempoh perjalanan mengambil masa 11 jam, Untuk sampai ke Stesen Lo chai, Sapa. Kalo naik train tambangnya adalah USD40/=, tempoh perjalanan pula adalah 9-10 jam. Boleh rujuk sini
http://www.sleeperbusvietnam.com untuk menempah tiket secara online.
|
Gerabak yang ader katil. Yang ni ader 8 bilik dan setiap bilik ader 4 katil bertingkat. Tandas ader 2. Yang kat hujung sana siap ader singki lagi. senang nak cuci gigi dan muka, tak yah masuk tandas. Tandas agak bersih sebab sebelum ketapi bergerak, tak dibenarkan menggunakan tandas. sebab tak dak air. Dan di sini juga disediakan air panas. maka boleh la kami masak maggie dengan secawan nescafe sebelum tidoq. |
|
Oleh kerana kami masih muda belaka, jadi kena amik katil atas...:D |
Malam tu, tidoq ku agak selesa dan nyenyak walaupun goncangan train ni sangatlah kuat dan bunyi gedegung2 agak memekakkan. Cadar dan bantal juga bersih dan wangi.
Gambar di waktu pagi, di ambil dari dalam train yang sedang bergerak. Aku ingat train ni agak lambat sket. Dier bergerak sangat perlahan dan agak sentimental apabila tiba di kawasan petempatan/ kampung, dan bergerak laju bila sudah melepasi kawasan tersebut.
|
sungai.... |
|
sawah padi |
|
Penduduk tempatan...... |
Bersambung.......