Ke Shanghai hari ni. Oleh kerana Zhijiang Railway Hotel hanya berkongsi bangunan dengan Hangzhou Railway Station (HRS), maka kami keluar dari hotel agak lewat. Sebelum turun kena sarapan dulu. Sarapan itu penting ye anak2.....untuk menjana perkembangan otak dan tenaga yang superpowerrrrrrrrr.......Cewahh...:D. Menu aku hari ni ialah maggie goreng dari Malaysiaku tercinta, semestinya bersama Indocafe 3 in 1.
Hangzhou Railway Station ni, antara salah satu stesen yang maha ramai orang. Seawal pagi sebelum buka kaunter tiket, orang dah duduk menanti dengan barang yang berguni2 di sisi, siap ader yang berbaring santai di cerun bukit (tak la tinggi mana) sambil merokok. Aku ingat depa ni peniaga la.. Eh, tapi kan.....bukan semua stesen di China ni memang ramai gilerr orang ke??? Ok, sambung cite. Dah keluar dari hotel, (jalan ke depan je) sila naik ke tingkat 1 untuk ke ruangan waiting room. Q- tunjuk tiket/ pasport- scan bag - ambil beg- masuk menuju ke waiting room no. 7 untuk train ke Shanghai.
Tiket Train. Dari Hangzhou- Shanghai Hong Qiao. Nombor bermula huruf G itu ialah No. Train. Harga tiket ialah RMB 77.50 |
Ruang dalam Waiting Room. |
Begitu ramai orang. Kami jadi perhatian kerana lain dari yang lain...heheheh |
Penghadang dikunci. 5 minit sebelum berlepas (mcm flight la pula sampai guna istilah "berlepas" :D), pegawai bertugas akan buka kunci, masukkan tiket, amik balik dan keluar kat pintu depan tu. |
Perjalanan dari Hangzhou ke shanghai memakan masa lebih kurang 50 minit- 1jam lebih. Dalam tempoh tu, mata tak nak tido sbb nak jepret suasana di luar tingkap.
Padat. Tapi flat depa cantik kan. |
Akhirnya, kami sampai di Shanghai. Ini merupakan point pertama train berhenti. Dalam train Hangzhou- Shanghai ni tak ada pula skrin yang menunjukkan destinasi perhentian train sepertimana yang ada dlm train Shenzhen-Ghuangzhou, hanya ada diumumkan melalui pembesar suara yang menyebut "Shanghai". Jika betul sepatutnya kami akan turun di Hongqiao Railway Station dan dari situ akan naik metro Beixinjing iaitu station metro yang paling dekat dengan Hostel yang bakal kami menginap sepanjang berada di Shanghai. Hanya 3 station yang perlu dilewati sebelum sampai ke Beixinjing. Keluar dari station train, kami disapa oleh pemandu teksi sapu, tapi....kalo ada sistem pengangkutan awam yang lebih baik, kenapa mesti nak kena buang duit naik teksi sapu yang kemungkinan besar kita akan kena pow giler2??... dan kami memang tak plan untuk naik teksi sepanjang trip ni, kecuali jika terpaksa. Ok keluar saja dari bangunan stesen keretapi ni, terus bergerak ke bangunan coklat di sebelah kanan (gambar seperti di bawah). Dalam Bangunan coklat ni ada stesen metro.
Masa ni tak tau lagi kami tersalah station. Masa beli tiket metro baru perasan, sebab kalo turun di HongQiao Railway station ia hanya bersebelahan dengan stesen metro (1 bangunan) tapi masa ni tak tau lagi tersesat di mana. heheh......Lepak dalam bilik, tengok balik buku guidebook, baru la tau latitud mana kami tercampak..;D Sebenarnya di Shanghai ada beberapa stesen keretapi. Setakat yang aku nampak dalam subway map ader 3. SongJiang South Railway Station (line 9), Hongqiao Raiway Station (line 2) dan Shanghai South Railway Station (Line 3). Tapi sesat mana pun takpe sebenarnyer. Semua ada perkhidmatan subway cuma kena keluar duit lebih sket untuk bayar tambang subway sebab jaraknya jauh dari destinasi yang bakal kita tuju.
ada 3 stesen keretapi dalam subway map ni. |
Jangan lupa scan bag anda... |
tiket subway |
Songjiang South Railway Station( line 9: 15 stesen subway utk sampai ke--> Yishan Road (sampai sini tukar ke line 3) 3 stesen untuk sampai ke --> Zhongshan Park (sampai sini tukar pula ke line 2) 3 stesen untuk sampai ke--> Beixinjing= Exit 2
SHANGHAI BLUE MOUNTAIN HONGQIAO YOUTH HOSTEL
106, HAMI ROAD, SHANGHAI
TEL: 86-21-62918386
Nampak gayanya hujan memang tak kan berhenti sepenuhnya, akhirnya kami mengambil keputusan untuk meredah hujan yang tinggal renyai2. Kami memang tak tau lagi kedudukan hostel, maklumat yang diperolehi dari internet juga kurang membantu. Yang diberitahu hanya, belok kiri selepas lebuhraya bertingkat, 5 minit berjalan kaki. Sebenarnya, kalo tak hujan, misi mencari hotel ni, ok je...tapi apakan daya, mari la kita cari sendiri.
Hujan turun dengan lebatnya. Berdiri di hadapan stesen metro Beixinjiang- Exit 2 sementara menanti hujan teduh. |
Nampak tak jalan raya bertingkat tu, pergi ke arah tu |
Oh ya, bagi yang tak pernah ke China mesti hairan apasal aku asyik sebut Exit 2....Meh aku cite sket. Setiap setesen subway/metro ni, ada banyak pintu keluar. Kadang-kadang ada yang sampai 10. Boleh je ikut pintu mana yang kita suka, bergantung pada jarak tempat yang kita nak tuju. Untuk permulaan ni, kami ikut je arahan yang dibaca dari blog orang, keluar ikut pintu 2. Ok sambung cite.....Selepas menyeberang di bawah jalan raya bertingkat ni, korang akan nampak di hadapan sana ada lampu isyarat. Ok, menyeberang lagi ke arah lampu isyarat tu. Jangan hairan ye, lalu ikut pintu 2 ni memang banyak kali menyeberang jalan. hehheh........Masa ni memang banyak kali berhenti, berteduh bawah jalan raya ni la, kat tepi2 kedai la......Hujan teduh sket, jalan balik.
Bila dah sampai ke lampu isyarat tu, korang jangan jalan terus ke depan. Nampak tak bangunan di sebelah kiri yang ada tulisan merah tu? Ok, kalo dah nampak, sila pusing kiri dan menyebarang lagi jalan menghala ke sebelah sana (bangunan tulisan merah). Bila dah jejak kaki ke sebelah sana, ok berhenti. JANGAN AMBIL ARAH KANAN. Kalo korang ke kanan, korang akan pergi ke bangunan yang ada tulisan merah tu. JADI, KORANG MESTI JALAN TERUS KE DEPAN. Jalan terus saja, sampai jumpa hostel tu. Dipertengahan jalan sebelum sampai hostel, kita akan nampak di sebelah kanan ada 1 kawasan apartment, pastu ader deretan kedai, sebelah kiri pula ader bangunan China Post dan berdepan dengan hostel ni ada stesen bas. Ble faham tak? ok tak pe......nanti aku akan cite balik versi tak hujan pula.....:D
Sebenarnya, kami dah sampai dah di laluan yang betul untuk menuju ke hostel tu, oleh kerana hujan kami berteduh di tepi deretan kedai. Sayang, kalo kami jalan terus mesti dah jumpa hostel tu, tapi kami berpatah balik. Cuba pula pegi tengok di tempat yang ada bangunan2 di hadapan Beixinjing-Exit 2. Kot la ader kat deretan kedai ni pula. Jalan punya jalan, tak jumpa. Yang kami jumpa ialah Beixinjing-Exit 5. Ok dah tau dah....:) Kadang2 ada baiknya bila kita tersesat. Kita mesti akan jumpa sesuatu. Contohnya macam ni la, jumpa Beixinjing-exit 5, jumpa kedai2 baju, jumpa kedai buah2an, jumpa restoran halal muslim.....:)
Nampak tak bangunan depan tu? Kat sana la Beixinjing-Exit 2 tu...Dalam tu ader kedai2 juga tapi kami tak explore pun kedai2 dalam tu. Tempat aku berdiri ni pula Beixinjing- Exit 5. Berdepan je. |
Hujan lebat. Lokasi di bangunan Beixinjing-Exit 5. |
Kami kehujanan |
Kak Lia dah surrender bercuti begini.....hehheh.....Penat katanya. Ok.....:) |
Hostel ni memang glamer untuk para backpacker. Kalo ikut kedudukannya dengan stesen metro, jauh sangat tak juga, dekat pun tak juga, kira ok la..tapi mungkin orang suka sebab kedudukannya yang berada di line 2. Nak naik train, pun senang. 3 stesen saja dari Beixinjing. Nak pergi Pudong airport pun senang. tak perlu nak bertukar2 line sebab Pudong Airport terletak, juga di line 2. Nak angkut2 beg bukan senang ye, lagi2 kalo masa nak balik. Masa datang mungkin bawa 1 beg, bila balik beg mesti dah beranak pinak. Itu mungkin salah satu faktor Shanghai Blue Mountain Youth Hostel jadi pilihan para backpacker. Kami dapat bilik tingkat 3. Tak ada lif kat sini, naik tangga. Dapat bilik yang tak ada tingkap. Yang bagusnya bila cuci baju gantung dalam bilik air, cepat je kering. Hostel ni biasa je. ader wifi, tapi tak power.
Aku akui, emosi aku jatuh habis masa ni. Tapi tak ada la sampai nak mengherdik orang. Aku banyak diam dari biasa. Diam lebih baik daripada berkata2, takut nanti kata2 tu bakal menguris hati. Entah la. Biasanya aku releks orangnyer, lebih banyak diam, lebih banyak jadi pemerhati. Aku org kg yang biasa hidup secara sederhana, jadi bukan la masaalah besar bagi aku kalo terpaksa berjalan jauh mencari hostel, sebab memang ini adalah pilihan aku. Hati besar nak bercuti tapi bajet ciput. Semua tu aku terima dengan hati terbuka dan pada aku itu perkara kecil saja. Sepatutnya hari ni dalam iti, kalo tak hujan, kami boleh explore Yuyuan Garden, boleh jengok Masjid Foyou, boleh pegi The Bund sekejap, sekadar untuk sesi mengenal jalan. Tapi sebab hujan, semua tu tak ble dilakukan. Aku tak de nak salahkan sesiapa pun, faktor cuaca itu dah ketentuan ilahi, siapa kita nak mempersoalkannya. cuma apa yang aku ble cakap, aku harap kita sama2 ambil ini sebagai satu pengalaman berharga, belajar dari kesilapan, saling percaya antara satu sama lain, saling hormat menghormati, tanpa mengira umur, bertolak ansur, sentiasa menerima pendapat orang lain. Oleh itu, di sini aku nak minta maaf secara terbuka kepada rakan2...Mana2 sikap yang orang lain tak boleh terima, aku harap kita sama2 hindarkan. Semoga trip akan datang lebih banyak mengembirakan. O-O = 0 kan.....:)
10 comments:
Betul..Metro Line 2 satu bangunan je ngan HongQiao Railway station, x perlu keluar dari bangunan pun :) - Ved
Aha. Kami silap sbb turun di chk point pertama train berhenti. Mungkin point ke2 kot br stesen hongqiao railway station
Ehhh..kat dlm G Train dan D train yang Ved naik mmg ada tunjuk next destinasi dan arrival station kat skrin dlm train tu..juga tunjuk speed semasa train tu bergerak.
Oh...yang kami naik ni xde pula ved. ke gerabak 7 tu je xde skrin? mustahil...:) Hari ke 3 saya ke suzhou, naik train dr Hongqiao station tu la. Bila saya balik dr suzhou- shanghai, pun saya tak turun di Hongqiao station. Saya turun di 1st point train berhenti, sekali keluar rupanya turun di shanghai south railway station. dlm tiket sy pun dia tulis suzhou-shanghai. sebelum turun tu sy tanya org sebelah, ini hongqiao station ke, dier pun xtau. sy takut je terlajak sampai keluar dr shanghai. heheh
Oooo.....mmg bullet train situ destinasi x sama barangkali. Sebab masa Ved balik dari Suzhou - HongQiao..ada dekat 5 hentian gak dia singgah sebelum sampai HongQiao...pastu kat tiket train memang tulis Shanghai HongQiao..
Dari HongQiao - Suzhou..then balik SUzhou - HongQiao..route keretapi x sama tau...lain2 stesen yang dia singgah sebelum sampai HongQiao tu.
ved, masa saya nak balik dr suzhou- shanghai, dlm tiket tu dier tulis shanghai saja.....tak ada pun dier letak shanghai south ke, atau shanghai hongqiao...lepas tu kan. masa nak masuk train, kat bawah tu, saya naik train yg sebelah kanan, yg sebelah kiri tu pun pegi shanghai juga. dier bergerak pun hampir sama beza, 10 minit je. sy takut, train yg sy naik ni akan turun di station selatan saja dan yg sebelah kiri tu akan turun di barat saja. sebabkan, bila tgk subway map, songjiang south railway station tu dier kat bawah lg, yg sy turun tu shanghai south ader kat atas sket (ada gambar kat ats), macam pelik pulak kalo dier patah balik ke songjing. hehhee.......punya la penakut kan. tapi takpe, pengalamankan....
adatlah tu jadi backpacker...lebih2 lg kalau dgn kawan2 yg ramai kan, nda semua boleh harungi susah payah jadi backpacker ni... apapun last jumpa juga hostel tu kan...
Hehe...bila ramai macam2 peél. Tapi kalo tak ramai tak meriah pula. Cuma itu la belajar dr pengalaman dan kesilapan. mana yg baik kita simpan, yang buruk kita tinggalkan jd kenangan. :) alhamdulillah jumpa juga, itu pun selepas naik teksi...hehehe!
adus hujan.. lebat pulak tu.. boleh lencun bag tapi itulah pengalaman kan.. CT kenot la bekpek sangat. jiwa tak cekal hehehe..
isu kita sama pasal station di shanghai tu.. ada orang sudan mai tegur kami then ajar pasal subway.
terus okay dah lepas tu hehehe..
aha tu la, musim hujan kot masa tu. yg mudah nya di sini perkhidmatan subway depa yang sangat sistematik. sesat2 pun mesti ble jumpa jalan balik, dengan tambang nya yg super murah, sangat tak membebankan :)
Post a Comment