Friday, January 13, 2012

Antara 10 Keajaiban Dunia yang Kurang Diketahui


Salu Kite tengok 10 Keajaiban Dunia kan? Sekarang jom kite selongkar mana2 keajaiban dunia yang jarang kite ketahui, tapi ada.........(blajaq kat mane buat ayat tunggang tebalik nih...;)..

1. Banaue Rice Terraces di Filipina
    Merupakan sawah kuno yang berusia lebih 2000 tahun, terletak di gunung Ifugao


Sawah ini berada 1500 meter di atas permukaan laut dan mengelilingi lereng gunung seluas 10360 kilometer persegi.





2. Sigiriya di Sri Lanka










Merupakan sisa peninggalan istana kuno yang terletak di atas sebuah bukit batu. Sigiriya atau Batu Singa, terletak di daerah Matale, Sri Lanka, dikelilingi hutan, takungan dan juga kebun.


3. Tower of Hercules di Sepanyol



Menara Hercules adalah mercu tanda kuno peninggalan Romawi. Berketinggian 55 meter menghadap pantai Atlantik Utara, Sepanyol. Dianggarkan, menara ini sudah berusia lebih 1900 tahun.


4. Toru, Kota Kuno di Poland Utara


Yang ni cantik, tapi terlalu padat. poning den duduk celah2 tu


Kota kuno ini wujud sejak tahun 1100 sebelum masihi, dan masih lagi wujud pada hari ini.


5. Ajanta Caves di India


Gua ini banyak terdapat dalam lukisan dan juga patung-patung Buddha yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Dianggarkan, monumen-monumen yang ada dalam gua ini wujud sejak abad ke 2 BC. 

6. Lembah Bunga di Himalaya

Lembah Bunga adalah lembah yang berada di banjaran Himalaya. Para pendaki dan juga ahli botani menggambarkan lembah ini sangat indah. Wujud sejak lebih dari seabad lalu.


7. Metéora, Bangunan di Puncak Gunung Batu Athos, Yunani


Lihat saja gambar ni, sangat menakjubkan. Istana yang ada enam biara ini sudah wujud sejak ratusan tahun dulu

**Perghhhh...HEBAT...agak2 berani tak tinggal kat situ. Aku yang gayat pada ketinggian ni, terima kasih je la. Takottttt.......



8. Grand Canyon, USA







Grand Canyon adalah sebuah tebing berjurang dalam, terbentuk oleh Sungai Colorado, di utara Arizona. Jurang ini yang merupakan salah satu keajaiban dunia sebagian besarnya terletak di Taman Negara Grand Canyon. Panjang jurang ini adalah kira-kira 446 km, dan lebarnya antara 6 - 29 km.

Ni kalo mengkaji geografi, dapat la jawapannyer.....


9. Great Barrier Reef






Great Barrier Reef adalah terumbu karang terbesar dunia yang terdiri daripada lebih kurang 3000 karang dan 900 buah pulau, yang membentang sepanjang 2600 km. Karang ini berlokasi di Corals Sea, Queensland di timur laut Australia.


10. Northern Lights

SubhanAllah....Cantik.
Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis merupakan cahaya berwarna-warni yang terbentuk akibat interaksi medan magnetik di Bumi dengan partikel matahari.



*Thanx 2: Ohblog.com

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...