Monday, June 19, 2023

Bercuti Ke Turki: Terbang ke Istanbul, mencari menu Malaysia....(Part 12)

 19 Dec 2022 (Isnin)

Assalamualaikum & Selamat pagi...
Hai semua jumpa lagi...

Hari ni kami akan terbang semula ke Istanbul.....Malam tadi dah siap kemas barang. Macam biasa bangun awal. Flight kami ke Istanbul dijadualkan pada jam 10.30 Pagi (waktu Turki). Perjalanan menuju ke Izmir Adnan Menderes Airport mengambil masa kira-kira 20 minit dengan jarak 19 km. Maka awal pagi kami sudah keluar dari hotel. Kami memutuskan untuk naik teksi saja sebab agak leceh nak mengheret beg yang berat menuju ke train station. 2 kawan aku keluar cari teksi, aku tunggu barang. Akhirnya dapat dan depa bawa teksi ke depan pintu hotel. 
Tiba di Izmir Airport
Besar juga Izmir Airport ni, cuma macam tak banyak kedai-kedai makan kat depature hall 
Roti dia besar tapi tak beli pun
Boleh charge handphone....
Yeahhh sudah dipanggil masuk.....
Dari Izmir ke Istanbul kami menaiki Pengasus. Tiket sudah dibeli awal dari Malaysia lagi berharga RM 177, Inc. 20kg dan makan sandwich...
Wajah ceria kami nak balik ke Istanbul...😀

Perjalanan dari Izmir ke Istanbul melalui udara mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit. Sekejap je, tup...tup dah sampai. Dapat sandwich tapi tak makan sebab tawar....😀Aku tak sabar nak jumpa 1 beg aku yang tercicir tu, sebab aku bawa dia dari Labuan. Banyak jajan sedap2 aku bawa, nescafe, milo, maggie😅Hari tu kitorang sampai Istanbul, tak keluar dari airport pun, sebab terus terbang ke Cappadocia. Jadi hari ni baru nampak wajah "Istanbul" yang sebenar....

Tunggu di tiang No. 2

Dah sampai di luar airport. KH req kat hotel untuk minta disediakan pengangkutan untuk jemput kami. Jadi arahannya ialah kami kena tunggu di tiang No. 1/2. Nanti akan ada orang pakai baju kuning, akan jumpa kami di sini. Orang yang berdiri di tiang ni pun sebenarnya menunggu orang datang jemput juga. Pada mulanya kami ingatkan Pemandu bas tu yang akan jumpa kami di sini tapi rupanya bukan. Orang baju kuning tu sebenarnya bertugas macam orang perantaraan. Pemandu bas akan tunggu di lot parking, kemudian dia akan bagitau orang baju kuning bahawa dia dah sampai untuk jemput tetamu yang menginap di hotel Marmara. Lepas tu orang baju kuning akan pergi ke meeting point (di tiang no 1/2) dan panggil kami. Kadang2 dia akan bawa kertas nama hotel kita. Tapi masa ni dia tak bawa pun kertas, dia panggi je kami semua termasuk Min Salleh pergi ke kawasan parking di seberang sana (gambar bawah). Kami ingatkan kami 1 bas, tapi rupanya tak, 1 van tu kami 3 orang je. Van nya besar pulak tu. Masa kami sampai ni, hujan renyai2 jadi aku tak banyak ambil gambar. Bagus juga ada orang baju kuning tu, sebab kalo kita sendiri yang cari bas memang tak jumpa la. Bukan bas tapi van. Van tu sebenarnya bukan van hotel tapi dia deal dengan syarikat yang buat perkhidmatan penghantaran ke airport. Sebab kos pengangkutan ni pun kita kena bayar. 
Aku ambil gambar ni dari meeting point. Jadi kena pergi ke seberang sana. Kat sana tempat parking bas, van dan sebagainya....

Perjalanan dari Istanbul airport ke Marmara Deluxe hotel mengambil masa kira-kira 45 minit - 1 jam. berjarak kira2 53 km, bergantung kepada jalan yang dipilih oleh pemandu. Aku hilang kiraan tempoh masa diperjalanan sebab aku tertidur. Tak sangka pula jauh macam ni. Heheheh.....Sebenarnya lama juga kami tunggu di meeting point tu, sebab sampai di hotel macam dalam jam 3++ petang. Lama juga tu kan... Sampai di hotel pun hujan lagi. Tak ada gambar yang aku ambil sendiri, jadi aku mohon ehsan ambil gambar dari website Marmara Hotel. Hotel ni senibinanya ada ciri2 Roman. Aku rasa ini bangunan lama. Nampak dalam gambar macam hotel 5* kan tapi bukan. Masa Van ni sudah berada di bandar Istanbul, dia lalu kawasan berbukit... Masing-masing berteka teki. Kat mana la kedudukan hotel ni. Takut je nun jauh atas bukit, hari2 kena turun naik tangga. Lagi parah kalo tak ada lift. Pengsan owhhh.....Tiba2 teringat cerita  "Istanbul Aku Datang"... Teruk tak imaginasi kami 😂

Sumber: http://www.marmarahoteldeluxe.com/photo-gallery
Sumber: http://www.marmarahoteldeluxe.com/photo-gallery
Sumber: http://www.marmarahoteldeluxe.com/photo-gallery
Lobi Hotel
Sumber: http://www.marmarahoteldeluxe.com/photo-gallery
Toilet

KH pilih hotel ni sebab kedudukannya terletak di tengah-tengah Sulanahmet area, tepatnya di Sirkeci. Berdekatan dengan Hagia Sophia dan Istana Topkapi, hanya 300 meter sahaja. Tapi sepanjang berada di sini kami tak pernah lagi jalan kaki menuju ke Hagia Sophia. Ada disediakan WIFI (Oksigen) percuma, ada aircond, TV dan mini bar. Kitorang tak pernah pasang TV, Tak tau kenapa ya. Masing2 bukan kaki TV kot...

"Sarapan harian kat hotel ni dihidangkan dalam gaya bufet":
Ini aku setuju dan aku suka, banyak betul makanan dia, tinggal boleh masuk tekak ke tidak je. Tapi aku ok je.....ada pilihan. Tak ble makan zaitun aku pilih telur. 😀Ia termasuk pelbagai keju, buah-buahan dan pastri. Kadang ada nasi goreng juga tapi tak selalu. Oleh sebab kami lama menginap di sini jadi pernah la sekali dia hidang nasi goreng. 

"Terdapat juga banyak restoran dan kedai makan yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa di kawasan ni": Ya betul tapi kami pergi restoran Nur Muhammad dan ada 1 lagi restoran malaysia, lupa nama dia. ada di area Sirkeci ni juga. 

"Pasar raya terdekat terletak sejauh 1 minit berjalan kaki": Emm....macam kedai runcit la kecik je. memang betul tak jauh selang 2 pintu dari hotel je kedai runcit SOS tu. memang tiap hari singgah situ beli air mineral. 

"Perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang boleh disediakan dengan bayaran tambahan": 
Ya betul la...dia boleh sediakan tapi kena bayar. Masa balik ke Malaysia kitorang cari sendiri Van untuk hantar ke airport, lagi murah cari sendiri.  

"Hentian Trem Sirkeci terletak sejauh 200 meter, membolehkan akses mudah ke banyak tempat di bandar ini termasuk Dataran Taksim. Stesen Kereta Api Marmaray Undersea berjarak 5 minit berjalan kaki. Grand Bazaar berjarak 900 meter, Galata Tower berjarak 1.8 km dari hotel: Ya yang ini betul, yang penting dia dekat dengan Station tram Sirkeci. 

Sumber: http://www.marmarahoteldeluxe.com/photo-gallery
Sumber: http://www.marmarahoteldeluxe.com/photo-gallery
Bilik yang kami ambil ni family room agak besar juga. Ada 3 single bed dan 1 queen bed. Kenapa pilih bilik besar?? Sebab pada mulanya kan kembara kami terdiri dari 4 orang, tapi 1 kawan tak jadi pergi, aku ada cerita pada part 1. Semua penginapan sudah ditemah awal dari Malaysia lagi. Bilik kami ada tingkap tapi ianya menghadap dinding bangunan. Kalo kena kat bilik yang ada balkoni, aku rasa best ni. cahaya matahari boleh masuk dalam bilik, boleh tengok suasana kat luar. 

hotel Check-in. KH tanya ada tak apa2 barang sampai atas nama NA. Belum ada katanya....tapi kalo ada nanti dia akan maklumkan. 

Selesai semua urusan, kami keluar semula untuk makan malam. Hari ni kena cari nasi la pula, masakan Malaysia jadi pilihan. Carian di Internet menunjukkan Resoran Nur Muhammad hanya berjarak 600 meter dan hanya mengambil masa 9 minit berjalan kaki. Kami pun memulakan perjalanan dengan berpandukan google map. Oleh kerana baru lepas hujan suasana agak sejuk dan berangin. Dan cepat pula gelapnya. Terasa agak jauh dan memenatkan sebab goggle map ni bawa kami ikut jalanan berbukit. Rasanya ada jalan shortcut, tapi sebab hari pertama jadi tak tau lagi. Ikut je la apa kata cik Google.

Yang ini Stesen Feri
Jalan ni agak berbukit. Penat juga tapi digagahkan juga demi sepiring nasi 😁
Bangunan masjid 

Setelah berjalan menempuh onak duri😁akhirnya kami tiba di Restoran Nur Muhammad. Banyak cawangan restoran ni di banyak negara. Teruja gilerr dapat jumpa menu Malaysia

Restoran Nur Muhammad
Nampak kosong kan tapi sebenarnya ramai orang di ruang depan. Selepas gambar ini diambil, dah ramai orang masuk
Menu pilihan kami nasi ayam...Tambah pula sambal belacan. Perghh...padu beb!!

Macam tak nak keluar dari restoran ni rasanya, sebab kat dalam ni panas. Tapi hidup mesti di teruskan, jom la kita balik ke hotel....😁 Keluar dari restoran hari dah gelap. Tapi inshaallah selamat je..

Kedai jual manisan Khas Turki. 
Lampu2 comel dan cantik. Ingat nak beli tapi memikir nak bawa balik tu...aihhh laa...
Tram
Hotel ni pun dekat area Sirkeci
Teh pelbagai jenis 
Magnet
Pelbagai barangan cenderahati
Hafiz Mustafa ni banyak cawangan, salah satunya ada di Sirkeci. Dekat je dengan hotel kami....
warna warni manisan khas Turki
Cantiknya.....Hari2 lalu kat sini mesti pandangan tak lari dari pandang makanan. Kadang2 menempel je muka kat cermin sambil ambil gambar. 😂 Mesti pekerja kat dalam tu cakap "Kesiannya la orang tu tak mampu beli agaknya"...😅

Akhirnya sampai hotel.....

Horeeeyyy.....Barang aku dah sampai 😍😽
Sayang gillls dengan beg ni. Hehhe....Dia macam kawan. Aku bawa 2 beg, 1 beg berisi pakaian, 1 lagi beg makanan. Jadi kalo 1 tak ada, dia punya rasa tu lain macam. Rasa macam kehilangan kawan. Macam tak lengkap.. Aku memang suka bawa makanan, sebab aku suka mengunyah. Bukan makanan berat tapi makanan ringan. Kalo kat sekolah, orang selalu nampak aku makan je kerja😁Tapi makanan berat aku makan dalam kuantiti yang sikit. Tak percaya, tanya geng travel aku 😀Mungkin orang kata tak payah mengangkut makanan, enjoy je dengan makanan kat sana. Ya betul, ikut la masing-masing punya citarasa. Dalam ni semua jajan yang aku suka makan, dan aku dapat jimat duit dari membeli jajan kat sana. Oh ya lupa, aku juga bawa ikan bilis goreng! Pembuka selera ni😋

Ni la sahabat aku yang hilang selama seminggu. 

Jumpa lagi. Bye....

-Bersambung-

Sunday, June 18, 2023

Bercuti ke Turki: Hari terakhir di Izmir, Cerita tentang Ikan....(Part 11)

18 Dec 2022 (Ahad)

Kemeralti Market

Kedai pertama yang baru buka, kedai rempah ratus

Selesai melihat arca Atarturk kami kembali ke teksi kami. Hairan dier kenapa kami terlalu cepat selesai sebab dia kata kami boleh memperuntukan masa sehingga 40 minit dan dia akan tunggu. Ni tak sampai 30 minit dah siap..😁Dalam kebingunggan dia pun masuk kereta, start enjin dan meneruskan perjalanan. Dalam kereta dia translate ayat: katanya kalo kami nak pergi kemana-mana dia boleh bawakan, ke Ephesus misalnya...KH sebagai wakil menjawab bagi pihak kami semua, menyatakan bahawa kami dah pergi ke Ephesus semalam, dan hari ni kami ingin pergi ke Kemeralti Market. Dia meneruskan pemanduan menuruni laluan sempit dan berbukit. Akhirnya dia berhenti di tempat kami mengambil teksi tadi. Hairan kami, KH kata kami nak pergi ke Kemeralti Market, kenapa berhenti di sini? Mana bazaarnya? Bagai peluru berpandu KH memuntahkan ayat tanpa noktah...😀Dia senyum dan membalas: This is the Kemeralti Market. The market is a large area and this is one of the entrances... sambil menunjuk ke satu lorong. Agak menghairankan sebab tak ramai orang, sempat kami berfikir dia tipu ke ni? Ke awal sangat? Awal tak awal, tengok jam dah pukul 9 pagi juga....Dalam berteka teki, KH bayar tambang dan kemudian kami bergerak masuk ke lorong yang di tunjukkan. Jalan masuk dalam sikit baru la ada nampak rupa market. Ada yang baru nak buka kedai....patut la tak ada orang lagi....
Sunyi je, sebab banyak kedai tak buka lagi
Masa ni kawan aku batuk teruk tak baik2 dari Malaysia lagi, jadi dia cari madu sebagai rawatan alternatif melegakan batuk....sebab makan ubat tak jalan juga. 
Bahan masakan
Sabun

Kemeraltı merupakan bazaar bersejarah dan ia kekal sebagai salah satu kawasan paling meriah di Izmir. Meliputi kawasan yang luas dari Agora Smyrna (kawasan Namazgah, Mezarlıkbaşı dan İkiçeşmelik) sehinggalah ke pantai di sepanjang Dataran Konak. Banyak barangan boleh di dapati di sini, daripada barangan dapur, pakaian, eletronik dan pelbagai lagi. Kami datang ke sini bukan untuk bershopping sakan. Saja nak cuci mata, jika ada berkenan boleh la rembat sehelai dua. Dan perkara paling penting, kami kena cari makan di sini sebab tak sempat bersarapan pagi tadi. Emm....sebenarnya terfikir juga, nak makan apa pagi tadi?? Sebab beg yang berisi bekal makanan dari Malaysia tercicir entah di mana dan beg tu sekarang dalam perjalanan menuju ke hotel kami di Istanbul! Tak sabar nak jumpa dia esok....😁

Beg bermacam design. KH cari beg juga...
Warna warni...
Rambang mata terlalu banyak beg
Pakaian sejuk untuk lelaki. Cantik...
Selipar di rumah pun ada. Comel2 belaka
Cenderahati
Kasut
Lagi kedai cenderahati. Dia baru buka kedai..Aku rasa urusan harian mereka bermula pada jam 10 pagi kot. Sebab ketika berada di Cappadocia, Mr. Yunus juga memulakan perjalanan kami pada jam 10 pagi...
Lagoda
Kedai pakaian
Lagi kedai pakaian
KH beli winter jacket. Cantik...
Masjid
Pintu masuk
manisan Turki
Tiba di area makanan
Kedai makan
Pelbagai buahan kering
Kami singgah di kedai ni. Depa sedang tanya menu. Sebelah tu kedai minuman....
senarai menu yang ada
Makanan kami yang dikongsi bertiga 😁 Kopi tu rasa dia pekat gilerr....Yang putih tu gula. kalo nak bubuh je....
Ni macam burger. Dalam dia ikan. Yang ini sedap gills.....cukup rasa masin ada manis pun ada. Menyesal beli 1, tapi roti ni besar tau....
Yang ini pun kira ok, boleh masuk tekak. Warna kuning tu ikan goreng selut tepung. sedap juga...yang lain salad....kita sendiri boleh bubuh garam ...

Dah selesai di sini kami kembali ke hotel dengan menaiki teksi. Berehat sebentar di hotel, buat apa yang patut, kemas barang dan lain-lain. Agak2 petang cuaca dah kurang panas kami turun dan jalan-jalan ke arah tepi laut. Mengambil angin petang kononya....Ini hari terakhir kami di Izmir, Esok akan terbang semula ke Istanbul. 

Cantik macam di Eropah
Cafe terbuka macam ni banyak di Izmir. 
Hari ahad orang ramai mengambil kesempatan berkumpul bersama keluarga
Gerbang cantik di laluan pejalan kaki di tepi laut Alsancak
Mercu tanda Izmir....
Senja di Alsancak, Izmir
Tram pun ada. tapi kitorang tak naik sebab dah nak malam
Arca
Ingat tak masa mula2 sampai Izmir, aku ada cerita yang orang hotel tu ada bagitau kami restoran yang menghidangkan menu2 yang sedap? Ini la restorannya. Nampak mahal je kan...sebab dia terletak di tepi laut Alsancak. 

Tengok menu di bawah....😀

Cai ni wajib ada ketika makan
Menu tu datang satu2 tau....Roti ni macam biasa mesti ada
Sayur dan yang putih tu macam sambal la kalo kat tempat kita cuma nya ini tak pedas dan tawar. Sedap sebab dia kentang

Taraaaaaaa.......Yang ini special...

Dah kau minta ikan, kau dapat la ikan 2 ketul 😂 Tergelak kami semua tengok menu ni. Yang pergi ambil order dan tengok makanan depa 2, aku tanya aikk, ini ka ikannya? Semua macam terkedu. Tak kan kau jauh2 datang ke Turki semata-mata nak makan ikan merah ni!!!😅Tak tau dimana silapnya, mungkin la faktor bahasa kan. Depa ingat ikan yang dihidangkan tu sebesar ikan yang macam kami makan kat pasar tempoh hari. Dah orang hotel kata ini restoran paling sedap, jadi tak sangka la ada ikan merah dijual di sini....Tapi tak apa, anggap la ini rezeki pada hari tersebut. Alhamdulillah....😁Pekerja restoran tu asyik melirik je ke meja kami. Mungkin dalam hati dia berkata2: Pelancong dari negara mana la dorang ni ya???😂


Mengembara ni banyak benda yang kau dapat kutip. Semuanya berkisar tentang pengalaman, cerita tentang kehidupan. Ada gembira, ada sedih, ada lucu.....Begitu la...

Bersambung.....
😅😀

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...