Sunday, October 6, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Melawat tinggalan sejarah Ayutthaya (Part 18)

19 Dec 2019 (Rabu)
Hari-ke-9


Ayutthaya

Ayutthaya merupakan sebuah bandar yang terletak kira2, 85 km ke utara Bangkok. Mula diasaskan pada tahun 1350, menjadikan ia sebagai ibukota kedua Siam selepas Sukhothai. Kedudukannya yang strategik di antara China, India dan Kepulauan Melayu memberi laluan kepada Ayutthaya menjadi sebuah pusat perdagangan Asia dan juga dunia yang terkenal pada satu masa dahulu. Pada tahun 1700, Ayutthaya muncul sebagai sebuah bandar terbesar di dunia dengan jumlah penduduknya mencapai 1 juta orang! Kegemilangannya menyebabkan ramai pelayar dari beberapa negara seperti Arab, China, India, Jepun, Portugal, Belanda dan Perancis datang berdagang ke Ayutthaya sehinggakan mereka menobatkan Ayutthaya sebagai sebuah bandar terbaik. Kehebatan kotanya saja dapat dilihat dengan senibina istananya yang sarat dengan emas, kapal2 pedagang terapung diperairannya mengambarkan betapa rancaknya urusan perdagangan di Ayutthaya ketika itu. 

Tapi sayang seribu kali sayang. Negara maju dari pelbagai aspek memang menjadi idaman semua orang. Ia bermula dengan konflik yang berlaku pada jirannya iaitu Burma. Pada tahun 1752, Dinasti Konbaung aktif memperluaskan jajahannya sehingga ke sempadan Tenasserim, yang terletak di selatan Burma. Ini merisaukan Ayutthaya, takut Burma masuk pula menyerang Ayutthaya, dah dekat sangat dah tu Tenasserim dengan Ayutthaya. Mereka bermesyuarah, lalu kata putus diambil. Untuk melemahkan Konbaung, Ayutthaya perlu berpihak kepada pihak pemberontak yang terdiri daripada kaum Mon di wilayah Tenasserim. Apabila mengetahui berlakunya pakatan antara kerajaan Ayutthaya dengan Tenasserim, maka Konbaung menghantar bala tenteranya menyerang Tenasserim seterusnya masuk ke Ayutthaya. Konbaung berjaya menakluki Tenasserim tetapi tidak sempat menjatuhkan Ayutthaya kerana Raja Konbaung iaitu Alaungpaya meninggal dunia, lalu bala tenteranya mengundur diri dari Ayutthaya. 

1765, Konbaung sekali lagi menyusun strategi untuk menyerang Ayutthaya. Kali ni dari 2 penjuru. Satu dari Tenasserim, satu lagi dari Chiang Mai. Strategi bijak ini membuahkan hasil apabila Konbaung berjaya mengalahkan Ayutthaya. Bukan mudah sebenarnya Konbaung menakluki Ayutthaya. Sebagai negara maju, Ayutthaya sudah mempersiapkan benteng pertahanan berupa tembok tinggi lengkap dengan tentera yang bersiaga dengan mariam dan senapang. Tapi akhirnya runtuh jua kerana pihak tentera Ayutthaya semakin kelaparan. Konbaung membakar bangunan2 di Ayutthaya, patung Buddha dihancurkan dan emasnya diambil. Maka dengan itu tamat lah riwayat kerajaan Ayutthaya yang gemilang itu.

Macamana pula lahirnya kerajaan moden di Thailand?? Burma ke membentuk kerajaan moden tu atau ada orang dalam?? Sebelum Ayutthaya benar2 jatuh ke tangan Burma, salah seorang jeneral Ayutthaya iaitu Taksin telah berjaya melarikan diri ke tenggara Thailand. Di situ, beliau mengumpul pengikutnya sendiri untuk dibentuk menjadi satu pasukan. Lalu denga pasukan kecil itu lah Taksin berhasil menawan kembali Kota Ayutthaya. Namun disebabkan Ayutthaya masih lagi bagai padang jarak padang tekukur maka, Taksin terpaksa menjadikan Thon Buri menjadi ibukota kerajaan barunya. Sayangnya Taksin dikuasai oleh rasa ketamakan, beliau tidak puas hanya dengan menyatukan wilayah Ayutthaya, lalu memperluaskan lagi tanah jajahannya hingga ke Loas, Kemboja dan utara Melaka. Ini membuatkannya lupa diri, sesiapa yang menentangnya akan dibunuh. Sikapnya itu membuatkan orang bawahannya menentang dalam diam. Akhirnya Taksin dibunuh. Timbalan jeneral yang bernama Chakkri diangkat menggantikan tempatnya. Apabila Chakkari diangkat sebagai Raja, itu lah petanda bermulanya dinasti moden Thailand. Raja yang ada sekarang adalah dari keturunan Raja Chakkari.

Menurut sejarah, dahulunya Ayutthaya merupakan sebuah kerajaan islam. Boleh rujuk di sini berkenaan cerita tu: https://silverheritage.blogspot.com/2015/04/sejarah-yang-tersembunyi-kerajaan-islam.html

Wat Phra Mahathat

Wat Mahathat merupakan salah satu kuil Buddha paling penting di Ayutthaya. Menurut sejarahnya Wat Mahathat mula dibina pada tahun 1374 iaitu semasa pemerintahan Raja Borommaracha Rachathirat I. Wat Mahathat adalah sebuah kuil Diraja yang terletak berhampiran istana. Raja akan melakukan upacara penting di sini, seperti upacara Royal Kathin. Pada tahun 1767, Burma telah menyerang Ayutthaya. Wat Mahathat dibakar dan sebahagian besar Ayutthaya telah musnah.

Reka bentuk seni bina Wat Mahathat sebenarnya mengambil konsep kuil-kuil kuno Khmer di Angkor, Kemboja. Ia dibina untuk mengambarkan pandangan Hindu dan Buddha tentang alam semesta.

Menara seperti lonceng masih ada kelihatan
Bangunan yang masih kekal hingga sekarang
Jepret dari luar je sebab tak masuk. Yang ini ada kat luar kawasan yang berbayar tadi.
 Wat Mahathat dibuka setiap hari dari jam 800-500 petang. Bayaran masuk adalah 50 Baht. Aku tak masuk hanya skodeng dari luar aje. Yang masuk Kak D dan KH. 

Kawasan yang sangat luas. kami terpisah dari pagar
Kepala patung Buddha di belakang kak D, terletak elok dicelah2 akar pokok ara
Keunikan Wat Mahathat ini ialah di dalamnya terdapat kepala patung Buddha di celah2 akar pokok Banyan. Apa tu pokok Banyan? Kalo kat Malaysia kita panggil pokok ara, akarnya menjalar kemana-mana. Malam2 mesti terbayangkan sesuatu yang menyeramkan. Aku kira ini lah salah satu yang menjadi daya penarik pengunjung untuk datang ke sini dan melihat sendiri bagaimana keadaannya. Macamana ya kepala patung Buddha ada kat sana? Tak ada siapa yang tahu. Menurut cerita lisan, semasa Ayutthaya dibakar oleh Burma, kepala patung Buddha terpisah dari badannya. Ada juga yang mengatakan bahawa ada orang yang cuba untuk mengambil kepada patung buddha yang terpisah dari badannya, malangnya kepala patung tersebut tidak boleh dibawa melepasi dinding kuil maka mereka terpaksa membuangnya disebalik pokok.

Patung buddha yang masih kekal elok ditempatnya
Pintu masuk. Ada pengawal yang akan tengok tiket kat dalam ni
Bangunan kuil yang ada di luar kawasan berbayar
Patung Buddha duduk yang sudah tidak ada kepala. 
Tinggalan arca patung
Kebanyakan arca patung buddha di luar tidak mempunyai kepala, berkemungkinan rosak semasa diserang Burma
Kesan runtuhan
Salah satu mercu tanda kerajaan besar Ayutthaya satu ketika dulu
Berhadapan dengan kuil Mahathat ini terdapat sebuah tasik. Kelihatan para pekerja berehat sebentar melepaskan lelah ketika waktu rehat
taman
Menara di sebalik tembok
Menara yang masih berdiri gagah
Menara. Aku tak pasti samada boleh naik atau tidak. 
candi
Menunggu geng lain...
Wihan Phra Mongkhon Bophit

Kemudiannya kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu ke Wihan Phra Mongkhon Bophit, tidak jauh dari Wat Mahathat tadi. Wihan merupakan sebuah dewan yang menempatkan Phra Mongkon Bophit iaitu patung budhha yang terselamat dalam serangan Burma. Patung buddha yang berketinggian 1245 m ini diperbuat daripada bata dan gangsa. Kat sini pun tak masuk, hanya sekadar mengambil gambar di hadapan bangunan. Cuaca sangat panas menyengat, ditambah pula lapar. 
Bangunan wihan
Kami semua...
tuk2 yang setia menannti peumpang
Wat Yai Chai Mang Khon

Wat Phra Chao Phya yang juga dikenali sebagai Wat Yai Chai Mongkol, terletak di tenggara dari bandar Ayutthaya. Memiliki keluasan 6210 km persegi dengan menggunakan 28144 tan batu bata. Terdapat sebuah candi besar yang boleh dilihat dari jauh. Ia dibina oleh Raja Ramathibodhi I yang bertujuan untuk menguburkan mayat kedua orang puteranya iaitu Chao Kaeo dan Chao Thai yang meninggal dunia akibat kolera. Kemudiannya pada tahun 1357, Raja Ramathibodhi I memerintahkan agar mayat kedua orang puteranya digali semula untuk dibakar. Biara ini keudiannya didedikasikan kepada para sami yang telah mempelajari ajaran Buddhisme secara praktikal di Ceylon. Apabila kumpulan itu menjadi terkenal, Raja kemudiannya melantik ketua mazhab untuk menjadi Somdet Phra Wannarat. Akibat serangan Burma, kuil ini antara yang terlibat dengan kemusnahan. Namun akhirnya ia dibina semula semasa pemerintahan Raja Naresuan atas kemenangannya ke atas Burma. 
Keunikan kuil ini ialah di dalamnya terdapat beratus arca patung buddha yang dibina sejajar. Terdapat juga arca patung buddha yang sedang berbaring. Bayaran masuk ialah 50 baht. 



Yang ini kami masuk dari pintu belakang, terus jumpa ni.
Rumah kayu dibina cantik
Gugih aku memanjat tembok nak amik gambar ni. Ini di ambil dari luar ya bukan aku sekodeng masuk.....😎
Kat sini aku tak masuk. Yang masuk sini cuma KH, S, KN. Kami yang lain hanya diluar menyusur dari tepian tembok. Mengambil gambar dari luar ni juga mengasyikkan sebab bangunannya tinggi dan boleh dilihat dari luar, terdapat juga taman yang redup disepanjang laluan ini hingga kami tak sedar yang kami menyusur hingga ke hujung tembok, rupa2nya ada laluan masuk yang terbuka yang menghubungkan dengan taman di dalam. Aku hairan, kalo ini dibiar lepas bebas terbuka macamni, apa gunanya mengenakan tiket di hadapan sana?? Hati berperang untuk jujur tapi kaki tetap melangkah masuk. Nampaknya kata hati tidak seiring dengan perlakuan.  Ehhhh.....😬

Ok Masa yang ditunggu2 telah tiba. Akhirnya Pakcik Tuk2 tu bawa kami ke gerai makan muslim. Ini dia tapi aku lupa nama restoran ni. Makanannya ok juga, menepati selera. Yang paling penting kena ada tomyam.....😋
Makcik dah tunggu depan pintu
Amboi serius KD, lapar banget gamaknyer. Hehehehhe
Lepas makan apa lagi, balik la ke pangkal jalan.....Balik untuk merehat sekejap, buat apa yang patut. malam karang katanya nak p pasar malam Ayutthaya....


Askar balik dari berperang....😁
Special thanx and credit to:
https://www.re-tawon.com/2018/02/sejarah-runtuhnya-ayutthaya-berdirinya.html
https://www.renown-travel.com/historicalsites/ayutthaya/wat-mahathat.html
https://ayutthaya-history.com/Temples_Ruins_ViharnMongkhonBophit.html
https://moonfleetasia.blogspot.com/2017/07/18072560-wihan-phra-mongkhon-bophit.html
https://wikitravel.org/en/Ayutthaya

Thursday, October 3, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Explore Ayutthaya Part-17

19 Dec 2019
Hari ke-9 (Selasa)


Hari pertama di Ayutthaya. 

Semalam kami tiba di sini sudah agak senja. Tak banyak aktiviti semalam. Pakcik Harris terus bawa ke homestay, check in, kemudian dier tunggu lagi untuk tunjukkan kami kedai makan muslim. Baik la Pakcik tu.....Sebelum kami mengucapkan selamat tinggal sempat dier menitip pesan, jaga diri, selamat menyambung kembara...aku tengok ada sedikit air mata juga begenang di kelopak mata Pakcik. Kesian Pakcik tu. Moga Pakcik Harris murah rezeki....😢

Sebelum memulakan perjalanan pagi ni, sempat kami bersarapan pagi di tebingan Sungai Chao Phraya. Kebetulan Homestay ni terletak di tepian sungai, dapurnya berkonsep terbuka. Angin pagi sepoi2 bahasa. Semua makanan bawak sendiri punya, homestay bagi air panas sahaja. Misi untuk meringankan beban makanan. Semua nampak sedap, maggie makan dengan ayam sejuk pun rasa sedap, ayam tu beli di Pasar malam.......😅😅 Kalo ikut itinerary, kami hanya semalam sahaja di Ayutthaya. Kiranya malam ni, naik train ke Chiangmai. Tapi baru perasan bahawasanya tarikh pada tiket train ke Chiangmai itu adalah pada 20hb Dec, malam. Jadi maknanya kami ada 1D2N di Ayutthaya.....Ok tak pe layan aje.

Jadi pagi tu selepas sarapan kami menyeberang sungai. Sebab kata Mak Temah (owner homestay), kat seberang sana ader pasar pagi, jual kuih muih dan sana pun senang nak dapatkan tuk2. Kalo ikutkan Mak Temah punya cadangan semalam, memang dier nak arrangekan kami tuk2 yang boleh bawa pusing2 keliling kota Ayutthaya, tapi menurut Pakcik Harris harga yang dier tawarkan tu agak mahal! Jadinyer, better cari sendiri. Jeti nak ke seberang tu dekat je, sebelah homestay ni je. Kalo nak dikira lalu dari dapur tu tadi pun ble sampai tapi sebab kiter ni masayarakat Malaysia yang diajar tentang adap sopan, budi bahasa 😎 maka kami dengan rela hati mengambil jalan jauh. Githewww.....

Harga tambang menyeberang tu tak ingat berapa tapi tak mahal la....kitorang guna duit syiling.
Kami dalam bot. gambar kanan tu aper cer, macam nak gadoh aje tu....Hehheh....KH sebenarnya nak menerangkan pada Pakcik tu bahawasanya esok kami nak amik dier lagi untuk bawa kami jalan2 tapi pakcik tu tak berapa nak paham. 
Sampai dah diseberang....kakak tu khusyuk mempromosi pakej yang dier tawarkan. Driver dier pakcik atas tu la. Tapi Pakcik tu baik...dier layankan aje kami nak ke sana sini. Kemudian minta dier bawakan kami ke restoran muslim, dier bawa je tanpa merungut. Senyum je dier....
Wat Phanan Choeng Worawihan

Ini merupakan destinasi pertama lawatan kami hari ni. Wat Phanan Choeng merupakan salah sebuah kuil Buddha yang terletak di tebing timur Sungai Chao Phraya. Ia mula dibina pada tahun 1324, kira-kira 26 tahun sebelum kota Ayutthaya diasaskan secara rasmi. Terdapat sebuah patung buddha yang berdiri setinggi 19 meter, di dalamnya. Patung Buddha yang sangat dihormati ini dipanggil Luang Pho Tho yang dianggap sebagai penjaga untuk pelaut. Pada tahun 1407, Zheng He, seorang laksmana cina muslim dari Yunan yang mengetuai pelayaran Dinasti Ming telah singgah berkunjung ke kuil ni. Ia disambut secara besar-besaran, diketuai oleh Raja Siam, dalam upacara tersebut Laksmana Zheng He telah menganugerahkan hadiah kepada kuil ini. Peristiwa ini masih diingati oleh masyarakat cina Thailand hingga kini. Wat Phanan Choeng dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Yuran masuk adalah 20 baht, dibayar di gerai kecil di pintu masuk.

Semasa kami tiba kuil ni dalam proses pembaikan dan kami tidak bercadang unuk masuk ke dalam. Lalu kami hanya mengambil gambar dipersekitaran luar. Kebanyakan pengunjung juga rasanya tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan. sekejap aje kat sini kemudian kami pegi ke destinasi ke-2.


Perjalanan menuju ke Kuil.Kebetulan kuil ni letaknya di tepi sungai
Depan kuil ada sungai...
Floating Market Ayodhya

Jika nak mencari sesuatu hasil seni yang unik, original, cerminan budaya setempat... di sini la tempat yang harus dituju. Terletak di Wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya, Thailand, kira2 2 jam dari Bangkok dengan memandu kereta atau menaiki  kereta api. Seperti yang kita tau, salah satu daya penarik di Thailand ialah Floting marketnya, tetapi Floting Market Ayodhya (FMA) ni berbeza dengan apa yang kita lihat di tempat lain. Menurut catatan wikipedia, FMA adalah floting market buatan! Terdapat rumah kayu tradisional Thailand yang dibina berjajar sepanjang tebingan sungai. Berkeluasan sekitar kira-kira 31 ekar yang dibahagikan kepada zon, iaitu zon Ampho dan zon Phra Nakhon Si Ayutthaya. Antara barangan yang dijual di sini ialah pelbagai jenis makanan Thai terutama gula-gula, cenderahati, hiasan rumah, mainan tradisional Thai dan sebagainya. Pengunjung juga boleh mengambil bot di sekitar pasar atau menunggang gajah untuk melawat tapak bersejarah yang berdekatan. Pasaran dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pintu masuk
Klo kiter naik bot ni, dier akan bawa kiter ke gerai yang jual barang2 tu...
Tak ramai orang....ker sebab hari kerja?
Kesian gajah ni dengan anak dier sekali terpaksa hidup terkurung....
Aziah bersama gajah....
 Kat sini pun kitorang tak lama. Tak pegi pun naik bot sebab dah penah pegi dan tengok floting market kat Bangkok. Jadi kitorang jalan2 amik gambo aje kat sekitar kawasan ni.


Aduhaiiiii.....Line internet ni, lembap pula macam kura-kura. Sambung lain kali na....

Bersambung.....

Saturday, September 28, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Primo Piazza (Part 16)

18 Dec 2019
Hari ke-8 (Isnin)


Primo Piazza

Jarak dari The Bloom ke Primo Piazza mengambil masa kira-kira 21 minit iaitu sejauh 16 km sahaja. Aku kira Khao Yai adalah cerminan kepada mini Italy. Tengok la, The Bloom, Primo Piazza, My Ozone, Palio, Winter Wind....semua ada ciri2 Italy tu. Ok kali ni nak cite pasal Primo Piazza pula. Reka bentuk seni bina sama saja seperti tempat yang kami kunjungi sebelum ni, masih tak lari dari ciri Italy tu. Walaupun begitu, tetap tak membosankan....

Beli tiket
Bangunan kat depan sekali
Sakura menanti di laluan pintu masuk...
Cafenyer tak buka lagi, ke petang2 sket baru buka? 
Selepas menngunjungi beberapa tempat, masuk ke Primo Piazza ni tidak la begitu mengujakan seperti pertama kali kami masuk ke My Ozone. Terkagum sungguh......Primo Piazza juga merupakan sebuah perkampungan buatan yang dihampari dengan padang rumput yang menghijau. Ia terletak berdekatan dengan Khao Yai National Park, Pak Chong. Oleh kerana kawasan ni cantik dan mempersona, plus banyak pula aksesori yang romantis githeww...... maka berduyun2 para pengantin buat pre-weeding photoshhot di sini. Satu yang menjadi trade mark di Primo Piazza yang membezakannya dengan tempat lain ialah perkataan "love". Di mana2 ceruk akan nampak perkataan ni.

ruang dalam galeri, ke cafe....entah. Tapi tak de orang
Love dimana2....
kat sini pun ada kambing....juga ada cik alma. Eh betul ke nama dier Alma??? 😎


Taman bunga.....
Di bahagian belakang Primo Piazza, terdapat sekumpulan kambing biri2 dan alpaca. Pengunjung boleh membeli rumput dan boleh suap makanan pada si kambing dan cik Alpaca. Aku amik gambaq depa je sebab tak teruja nak bagi makan, panas dan bau.....😅 Di sini juga terdapat kedai menjual barangan cenderahati, nanti boleh la singgah beli. Cafe juga ada tapi tak banyak yang buka. Tak pasti adakah sebab kami datang agak awal atau perniagaan di sini tak begitu menguntungkan? Entah la....yang pastinya kami tak makan di sini. Primo Piazza dibuka setiap hari dari jam 9.00- 8.00 petang. Tiket masuk adalah 200 Bath

ni pun kat depan
melawat kambing
Bukan main landing atas rumput macam kat rumah, padahal belakang tu kandang kambing...
Aku tak de
Gambar sama tapi aku ada....😝
Haus. Nak minta ayaq, tapi orang nyer tak dak....
Muka berpeluh....
Sebelah aku tu Che Ta....😝
Sedap nyer menyandar, luruskan pinggang ni ha....

Nak terbang sbb panas lit2
Tumpang lalu.....
Sejam di sini, kami pun beransur pergi. Lepas ni akan terus ke Ayutthaya. Tapi sebelum meninggalkan Khao Yai kami nak singgah makan dan solat dulu di Salasa restoran...😋. Perjalanan ke Ayutthaya mengambil masa kira2 2 jam dengan pemanduan penuh hemah pak cik Harris....

Bersambung......




Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...