Tuesday, September 12, 2017

Mengejar Sakura di Xian : Part 5: City Wall...

21 Mac 2017
(Selasa)

Salam n Hi....

Fuhh!....Fuhh!....achemm!!....emmm... Berhabuk betul la blog ni, lama tak menjengok umah. Hehehhe.....Lama betul kiter tak jumpa kan....Ari ni agak rajin sket, sementelahan line celcom agak ok sket. Sketttt aje.....tak laju mana pon. Sebenarnyer aku menulis bergantung kepada ke "okey" an line internet. Kalo ciput macam kura2, baik tak payah. Nanti stress sendiri je. Aku takut kalo stress nanti aku makan banyak, susah nanti kalo lemak bermaharajalela. Meh kiter sambung semula cite ari tu...

Semalam, 20 Mac kiter pegi Muzium Terracota kan? Balik je dari Muzium tu kami terus pegi cari makan. Kebulur katanyer...wekekekk. Maka kami singgah la kat restorant halal yang ada dekat2 dalam perjalanan balik ke hostel, ader beberapa restorant halal tapi kami pilih yang kecik. Tak ramai orang, jadi cepat la dier masakkan. Menu kat sini biasa2 je, bukan macam kat Shanghai ader ikan masak 3 rasa, ader sayur....kat sini cuma yang goreng2 dan sup2 je, dan semestinyer menu mie wajib ada. Aku dah tau dah penangan mie kat China mesti penuh 1 mangkuk. Aku tak ble makan mie besaq jadi aku pilih nasi goreng cina. Rasanya ble la diterima tekak. Lepas makan tu kami terus balik je, sbb petang tu nak p cari makan kat Muslim St.

tengok mie dier banyak 1 mangkuk....
Ok sambung cite. Ari ni kami p City Wall. Macam biasa bangun awal sebab bilik mandi cuma 1, sape cepat dier mandi dulu. Siap2 semua kami pun bertolak pegi. Macam biasa keluar dari pintu Hantang Hostel, amik arah kiri, jalan terus sampai hujung simpang. Sampai hujung simpang ader tanda arah "Bell Tower"- ikut arah tu sampai hujung simpang lagi. Dah sampai hujung- ambil arah kanan- dr situ dah nampak tangga laluan bawah tanah menuju ke stesen metro. Sebelum tu singgah beli buah dulu. Ader je kedai jual buah kat tepi jalan keluar dari Hantang Hostel tu. Nak pegi City Wall ni sebenarnyer boleh je jalan kaki, dari Bell Tower tu. 10 Minit katanyer untuk sampai ke South Gate. Tapi kapten kata naik subway, kiter anak2 kapal ikut je. Dah hari ke-3 ni tak de dah drama sesat mesat mencari jalan ke laluan bawah tanah stesen metro. Sampai kat bawah laluan bawah tanah terus beli tiket. Laluan yang dipilih

Zhonglou (Bell Tower) line 2 - Yong Ning Men Station---> Exit A2.

  • Atas: Bergerak turun menuju ke stesen metro
  • Bawah: 1 stesen je dari stesen Bell Tower
Dah sampai...cari pintu A2 pula
  • Atas: Di hadapan stesen Yong Ning Men
  •  Bawah: Kelihatan City Wall South Gate dari kejauhan
Jalan yang sunyi.....
Tembok Kota Xi'an, terletak di daerah bandar Xi'an iaitu sebuah ibukota purba China. Kedudukannya berada di penghujung laluan sutera purba China. Mewakili salah satu tembok kota Cina yang tertua, terbesar dan masih terpelihara hingga kini. Mula dibina di bawah pemerintahan Maharaja Zhu Yuanzhang sebagai sistem pertahanan ketenteraan. Ia mempamerkan ciri2 lengkap seni bina benteng masyarakat feudal. Telah banyak menjalani proses ubahsuai dan penambahbaikan sejak ia dibina pada abad ke-14 hinggalah pada tahun 1983. Tembok Besar Xi'an yang meliputi kawasan seluas kira-kira 14 kilometer persegi (5.4 meter persegi) ini telah tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008.
Kami berlatarbelakangkan City Wall yang merentang sebahagian bandar Xian
Pekerja sedang membersihkan sungai di hadapan tembok
Jumpa arca, berhenti lagi...:)
Dalam perjalanan mencari pintu masuk, ader taman kat luar ni
Tembok Kota Xi'an mula dibina semasa pemerintahan Zhu Yuanzhang iaitu Maharaja pertama dinasti Ming (1368-1644). Beliau dinasihatkan oleh Zhu Sheng seorang bijak pandai (Petapa), untuk membina tembok tinggi di sekitar bandar bagi kemudahan penyimpanan makanan dan kemudian menubuhkan empayarnya dengan menyatukan semua negeri yang lain. Hasil dari nasihat tersebut, Maharaja Zhu menubuhkan Dinasti Ming, dan kemudian membina tembok yang sangat bertenaga di atas tembok yang telah sedia wujud sebelum dinasti Tang (618 -907). Beliau mula membina Tembok Kota Xi'an, sebagai ibukota wilayah Shaanxi barat laut pada tahun 1370. Kemudian Beliau menggabungkan benteng purba kuno yang dibina oleh Dinasti Sui dan Tang dengan menyambungkan benteng lama ini ke bahagian dinding sebelah barat dan selatan, membesarkan bahagian timur dan utara. Bangunan ini dibina dalam tempoh lapan tahun dan dikekalkan dengan baik semasa pemerintahan Dinasti Ming, dan kemudian diikuti oleh Dinasti Qing.

Bayaran masuk ke City Wall ni ialah RMB 54, dan kalo nak sewa basikal kat atas tu harganya ialah RMB 45 untuk 2 jam. api kena letak deposit RMB200. Nanti dier akan pulangkan balik duit kiter jika kiter berjaya hantar balik ke tempat asal dan tak de kerosakan apa2. Oleh sebab kami datang awal pagi memang tak ramai lagi orang yang datang... Jadi kalo datang sini datang pagi dan jangan lupa bawa bekal air dan jajan sket. Atas ni payah sket nak cari makanan halal. Kalo target nak p tengok depa punya persembahan, kena alert dengan jadual. Ada 2 persembahan yang diadakan di sini iaitu Worrior Parade Performance (Barbican) pada jam 11 a.m, jam 2pm dan jam 5pm. Manakala Relieving Guard Ceremony diadakan pada jam 10.00 a.m dan 3pm. 

Kat belakang tu kaunter tiket
deretan basikal untuk di sewa.
kami semua
Kami dan 3 orang tibet...:D
okey luar tandas pun ble je posing....:D
Zaman dulu2 kan, tak de satu pun senjata kuno yang mampu untuk memecahkan tembok, dan satu-satunya jalan untuk musuh masuk ke bandar adalah dengan menyerang pintu gerbang tembok kota. Ye la dulu kan manade meriam, bom bagai…paling2 yang ader panah, pedang… Sebab tu la depa bina struktur pintu yang rumit, kukuh di dalam dinding. Tembok Kota Xi’an ni terdiri dari empat pintu. Ada nama tau.. Pintu sebelah timur diberi nama Changle (bermakna kegembiraan abadi), Anding (Tetiba aku teringat Anding Ayangan..LoL) (kedamaian harmoni) di Pintu sebelah barat, Di selatan, Yongning (kedamaian kekal) dan Anyuan (selamanya harmoni) di utara.
atas: kedai jual cenderahati, juga ble beli poscarddan post kan. Kat atas ni ader peti surat tu
pandagan dr atas tembok
Itu tanda masa ye?
Kat luar cit Wall
Dalam banyak2 Pintu, pintu belah selatan, di Yongning ni yang paling cantik. Macam yang aku cakap diawal tadi Ia sangat dekat dengan Menara Loceng, di pusat bandar. Tapi sebanarnyer dekat tak dekat 10 minit juga jalan kaki, tu tak masuk lagi sesi salah jalan. Biasanyer jika ader apa2 program yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri, depa akan buat di dataran pintu selatan ni. Sejak ia di bina, mustahil la kalo kata tak de rosak, ader…. beratus tahun kot umur dier ni. South Gate Square dipulihkan secara berperingkat dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 6 September 2014. Meliputi kawasan seluas 7.9 ekar (32,000 meter persegi), berbentuk U dan dibahagikan kepada tiga bahagian, jalan diraja utama, jalan diraja kedua dan perayaan. Di bawah dataran ni ader tempat letak kereta bawah tanah yang besar. Wow….baru ku tau, tak perasan pula masa jejak kaki ke sana.
cantik....
Reka bentuk bangunan yang masih mengekalkan kebudayaan China

Nk balik dah
Nak keluar kena turun tempat ni. kawasan lapang ni la tempat depa buat persembahan tu
Luar City Wal, nampak bangunan tinggi mencakar langit

taman kat luat City Wall

Gazebo
masih kat luar taman
Gerbang

Kedai jual cenderamata. Dah beli poskad td masukkan dalam peti merah tu, nanti ader orang kutip.
comelll
ader pengantin amik gambo...
kat sini ader muzium tapi tak masuk

Setelah puas menikmati keindahan alam dari tembok kota Xian ni, kami pun beransur balik. Petangnya tak de apa nak buat, aktiviti petang tu hanya untuk jalan-jalan melihat sekitar bandar Xi’an. Mulanya nak cari tempat shopping tapi tak jumpa. Jadi akhirnyer kami menapak menuju ke Muslim St. Syurga makanan bagi mereka yang meminati satey kambing…:D

Bersambung….

TQ atas sumbangan gambar: KM, S

Rujukan: www.travelchinaguide.com

Sunday, May 14, 2017

Mengejar Sakura Di Xi'an: Part 4: Muzium Teracotta

20 Mac 2017 (Isnin)
Hari-3

Salam n Hi Sume....
Hari ni semua bangun awal. Awal2 pun aku subuh gajah juge. Bilik mandi cuma 1 jadi bergilir mandi. Ari ni perjalanan dikira agak jauh dan makan masa yang lama, jadi konon2 nak bawa bekal. S masak nasi. Masa sarapan tu, semua orang cedok nasi dalam bekas masing2 tapi makan masa tu juga....Aikkk, cane nak bawa bekal?? Sebenarnyer sume pun rasa macam malas nak bawa bekal sebab berat, jadi kitorang bawa jajan masing2 dan semalam sempat beli limau mandrin dan apple, kami bawa buah tu juga sekali. Kalo kat sini payah nak dapat limau mandarin kalo bukan musim perayaan TBC. Tapi kalo kat sana senang je dapat....Manis pula tu. Rezekikan.

Selepas sarapan kami pun bersedia untuk bergerak. Hari ni tujuannya adalah untuk pergi ke Muzium Tentera Teraccota. Antara tempat yang wajib untuk dilawati sekiranya pergi ke Xián. Dari Hotel kami berjalan kaki menuju ke arah Bell Tower. Bangunan Bell Tower tu sebenarnyer terletak di seberang jalan besar. Kiter tak perlu pergi ke seberang sana, cukup sekadar kiter cari bus stop dan tunggu bas No. 603 yang boleh membawa kita terus ke Stesen Keretapi Xian. Harga tambang hanya 1Y. Sangat murah. Kenapa pegi Stesen Keretapi Xian? Sebab hanya kat sini saja ader bas menuju ke Muzium Terracota tu. Dari Stesen Keretapi Xian, ambil bas No. 306/5 menuju ke Terracotta. Perjalanan menuju ke Muzium Terracota mengambil masa kira-kira 45 minit dan tambang ialah 7Y.

*Hostel Han Tang Inn: Jalan kaki ke bus stop depan Bell Tower, ambil bas No. 603 (1Y)--> Xian
   Railway Station- jalan kaki sikit lagi untuk ambil bas No. 603/5 menuju ke Muzium Terracotta.

Gambar ni di ambil ketika kami balik dari Muzium Terracota. Cuma sebagai ingatan di kemudian hari. Di belakang kami ni terletaknya tangga menuju ke stesen metro Zhang Lao. Dekat kedai Vivo tu sebenarnya ada 1 simpang ke kiri, itu akan membawa kita terus ke Hantang Inn Hostel. Jadi perjalanan pagi tadi (dari hostel) dari kedai Vivo tu kami terus ambil arah ke kiri, jalan terus menuju ke arah bangunan yg macam pagoda tu. Itulah dier Bell Tower. Tak perlu pg ke seberang sana, cari je Bus Stop dan tunggu bas No. 603 menuju ke Xian Raiway Station. 
Ini dier bangunan Xian Raiway Station. Bas tadi tak akan turunkan kiter di dalam bangunan Railway Station ni, tapi ader 1 stesen bas terbuka di sebelah kiri dr tempat aku berdiri ni. Manakala bas khas menuju ke Muzium Terracota ada di sebelah kanan dari tempat aku berdiri. Jadi Moh le kiter ke sana. 
Sape ble baca maksud tulisan tu? Yang ini ada di dataran terbuka di hadapan Railway Station.
Ini dier Stesen bas yang menempatkan bas menuju ke Muzium Terracota. Kiter ikut bas biru tu. 
Naik bas dulu. Nanti ader orang kutip tambang. 
suasana dalam bas. Ini pun ader A/C juga. 
Perjalanan yang dikira agak lama juga,  ble tido lagi jika rasa mengantuk. Jangan risau, untuk tersasar jauh sbb bas ni akan berhenti di hentian terakhir di Muzium Terracota. Disepanjang jalan kiter disajikan dengan pokok2 Sakura yang baru nak berputik, ader yang dah mekar menyebarkan warna putih dan pink. Tak kurang juga ada pokok sakura yang masih togel tak berbunga. Tapi pada aku pokok yang tak berbunga itu tetap memberi kesan yang mendalam pada mata, ia bagaikan satu lukisan alam. Dalam hati berkata2. jika satu hari nanti berkelapangan pasti akan ku abadikan ianya di dalam sebuah lukisan. Cewahhhh......

Bas akan berhenti di stesen bas ni. 
Bas akan berhenti di sini. Di hentian terakhir di kawasan luar muzium Terracotta. Dari sini kiter perlu berjalan kaki sikit untuk masuk ke dalam kawasan Muzium. Kat Depan stesen bas ni terdapat satu barisan restoran dan juga kedai menjual cenderahati. Dari sini kita jalan kaki ke hujung sana, yang ader konopi bentuk 3 segi tu kemudian ambil arah kiri. Lebih mudah, ikut saje ke mana orang ramai pergi. Kebanyakan yang datang ke sini mesti nak pegi ke Muzium Terracottakan, jadi mengekor je la kiter ye. Oleh kerana masih pagi, cuaca sangat sejuk. kalo tak pakai baju tebal mengigil juga la. Jadi kalo nak datang sini dalam bulan 3 jangan lupa bawa jaket. Kat luar ni sangat banyak orang menjual barangan cenderahati. Kau kena kuatkan hati, jiwa dan raga untuk tidak membeli barang di sini. Harganya lebih mahal. Sungguh. Adalah lebih baik berbelanja di kawasan Muslim Quarter, lebih murah dan berbaloi. Tapi kalo rasanya tak kisah dengan harga yg mahal, tak pe beli je. Oleh kerana kesejukan depa ni tersihir oleh kecomelan topi bulu2 ni. KH kata nak cari sesuatu yang boleh menutup kepala, rasa sejuk sangat dan jika dibiarkan mungkin ble bawa sakit kepala. Depa pun singgah. Dalam kami 6 orang, 4 daripadanyer membeli. Aku n KM memang tak beli sbb aku tau aku memang tak pakai bendalah ni, jadi agak membazir sementelahan aku seboleh mungkin cuba mengawal bajet agar tidak tersasar, maklum lah pengembara fakir. ;p. Tak pasal2 nanti aku tak balik Malaysia dan terpaksa mencari rezeki di bumi Xian untuk mengumpul dana nak balik Malaysia....Heheheh...miskin sangat bunyiknyer!

si comel beruang
Seingat aku harga asal topi tu ialah 100Y- 150Y. Tawar2 turun sampai 80Y. Betul ke KH? Aku pun tak berapa nak ingat sbb tak fokus pada harga barang yang aku tak nak beli. Yang ini kat Muslim Quarter tak de. Kau beli je la kat sini. Ble tawar lebih rendah jika kau nak beli banyak (ramai2). Tapi jangan tawar harga 2x. Maknanya masa tawar harga tu siap2 letak harga rendah kaw2 punya. Kalo dier tak nak baru naikkan sikit harga yang di tawar tu. Sebenarnya topi bulu2 ni bukan datang dari bulu beruang asli, tapi ianya diperbuat daripada bulu sintetik dan kapas lembut. Kesian kat beruang oiii, Jangan bunuh beruang walaupun mereka tu garang!

Sedang mereka berentap tawar menawar harga dengan si Penjual, aku mengambil kesempatan untuk menjepret pemandangan di persekitaran. Nun di depan sana, jalan menuju ke muzium. 
Mereka bergaya dengan topi masing2.....
Hahhaha....Yang ini agak lucu. Kami dah nak blah tapi si Penjual tak putus asa mengejar kami untuk menjual topi. Padahal depa dah untung banyak untuk 4 topi yang di beli oleh 4 rakan2 kami. Drg ni bijak, depa letak topi tu atas kepala suh kiter beli. 
Kaunter tiket
Ruang dalam 
Setelah berjaya menepis segala pujuk rayu si Penjual, kami terus menapak menuju ke tempat menjual tiket. Harga iket adalah 150Y. Disyorkan untuk datang awal pagi agar keadaan lebih selesa dan tak sesak. Selesai membeli tiket, jom masuk dalam. Sebelum tu, seperti biasa kiter akan melalui proses pemeriksaan. Sebab tempat ni adalah tempat bersejarah maka, kawalan mesti dipertingkatkan, manalah tau ader yang bawa benda yang tak elok.

Kat Depan tu tempat pemeriksaan tiket.
Yeahhhh.....dah berjaya masuk. Tapi kena menapak lagi ke Muzium tu. Tengok Pokok sakura...cantiknyer...
misi mencari sakura tercapai! :D
Tak larat jalan kaki, kami naik kete ni dengan bayaran 5Y. Padahal tak de la jauh mana...:D


Tentera Terracotta (bīngmǎ yǒng) adalah Pahlawan dan Kuda TerraCotta yang dihasilkan untuk Maharaja China pertama Qin Shi Huang. Ia dikuburkan bersama dengan Maharaja Qin Shi Huang. "Huang shi"mermaksud maharaja pertama). Kenapa begitu banyak patung tentera depa buat dan kemudian dikubur pula?? Tujuannya adalah adalah untuk membantu kerajaan2 lain di akhirat nanti. Ia mula ditemui pada tahun 1974 oleh sekumpulan petani yang sedang mengali perigi. Ketinggian patung-patung ini di antara (183–195 cm - 6 kaki–6 kaki 5in) adalah mewakili peranan mereka, patung tertinggi merupakan para jeneral. Antara patung yang dijumpai termasuklah pahlawan, kereta kuda, kuda, pegawai, akrobat, orang kuat, dan ahli muzik. Anggaran semasa adalah dalam tiga lubang yang mengandungi Tentera Terracotta terdapat 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri. Sebahagian besar darinya masih berada di dalam tanah. Ramai pakar kaji purba percaya bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum ditemui.



Untuk bergambar di sini kami dikenakan bayaran 20 Yuan. untuk 2 kali snap. kamera sendiri ye....
Menurut kajian sejarah, makam ini mula dibina pada tahun 246 SM dan ia melibatkan kira2 700,000 orang pekerja. Perghhhh....ramai! Maharaja Qin, pada ketika itu hanya berumur 13 tahun telah mengarahkan penghasilan patung tentera dan setiap satu patung tersebut wajib mempunyai wajah yang berbeza. Disinilah terletaknya keunikan patung askar teracotta. Makan Maharaja Qin masih belum diterokai kerana ahli arkeologi takut ianya bakal merosakkan beberapa barang berharga. Orang awam juga dilarang sama sekali untuk mengali di kawasan tersebut. Sesiapa engkar akan terperangkap dengan panah automatik. Maka tiada siapa yang berani untuk mati yang sia2. Bahkan pekerja yang memasang perangkap juga dikubur hidup2 supaya rahsia tidak terbongkar....Pengakhiran kehiduapan yang sangat tragis...:(


Patung yang rosak sedang dalam proses dibaik pulih.

Jom layan gambar....

Di luar Pit...(No. Berapa tak ingat dah)
Terjebak membeli cenderahati. Harga di sini agak mahal ye...
Bangunan besar warna putih tu dewan kot....ini dah di luar dari kawasan pit tu

Gambar atas: sementara menanti depa siap membeli belah kami amik kesempatan berposing.
Gambar bawah: Restoran moslim katanyer, mulanya kiter nak makan kat sini, tapi bila kiter bagi salam depa tak jawab pun cuma angguk kepala je. Kiter pun tak jadi nak makan kat sini. Sudahnya terus begerak keluar dan balik. 
Gambar bawah: Kat belakang tu laluan masuk dan keluar. Nak masuk kena touchkan tiket, ala macam kiter naik metro tu. Tiket jangan bagi hilang. nanti balik kena touch sekali lagi. 
Teruja tengok pokok yang togel di belakang sana. Macam lukisan. cantik.....
Berlatar belakangkan pasu gergasi dan bunga sakura putih....eh sakura ke??



sakura yang cantik...:)

gigih mencari cenderahati, padahal mahal giler. 
Nak bergambar kat sini ala2 pahlawan China, kena bayar ye....
Si penjual layang2 dan pelancong 


Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Terracotta

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...