Thursday, September 25, 2014

Travelogue Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (7) Dari Qibao ke Yuyuan Garden



Mak aihhhhh......lamanya terperam. Ari ni September, nak masuk Oktober dah pun....Bz + Malas..:D!!! ujung2 kang lupa segala macam jalan citer. Bukan apa, external aku hilang, tak ingat letak kat mana tapi dah cari kat rmh, kat opis...pun tak jumpa. emm...org dah pow kot. Kecewa sgt sampai tak de mood nak menulis. Org kata bukan rezeki, redha dalam keterpaksaan. Nasib baik dlm kamera ader lagi. selamat! Ok...Ok....jom kiter memaksa merajinkan diri.

Entry yang sebelumnya, kami berada di Qibao Old Town (QOT). Masih hari yang sama Isnin: 2 Jun 2014. Setengah hari di QOT, kami meneruskan perjalanan ke Yuyuan Garden. Jam sudah menginjak ke tengahari. Kami memutuskan untuk singgah dulu ke Masjid Fuyok sebelum menelusuri Yuyuan Garden, lambang cinta & kasih sayang....Seperti mana besarnya cinta Sah Jehan kepada Mumtaz, sehingga beliau nekad memutuskan membina Taj Mahal untuk dihadiahkan kepada cinta hatinya. Tapi....Yuyuan Garden? ekspresi cinta dan sayang kepada siapa???? Aku kah??? atau Saloma??? wahahahh.......terlajak perasan jadi Ratu! Nanti kiter cite.. ;)

Pejabat besar Hyundai
Sebenarnya Masjid Fuyok, Yuyuan Garden & The Bund ni kedudukannya berhampiran, cuma kena pandai cari arah dan dari Qibao ke Yuyuan Garden ni, ader banyak line yg link dgn line 10 (ke Yuyuan Garden), terpulang pada kiter nak yang jalan jauh tapi tambang mahal, jalan dekat tp banyak kali tukar line, nak mengelak kesesakan, atau nak redah juga kesesakan dengan harapan dapat cuci mata tengok mamat hensem. Wahahha...... Ok tak kelakar la nanie... ;D!! Oleh kerana kami nak mengelak kesesakan di Century Avenue & East Nanjing Road, maka kami memilih untuk turun di Yishan Road. Dari situ pindah ke line 3, untuk ke Hongqiao Road. Sampai Hongqiao pindah line 10 untuk ke Yuyuan Garden. Uhhh...begini rupanya. Bila sampai di (stesen) Hongqiao, punya la jauh nak menapak dari line 3 ke line 10. Ingatkan dalam 1 bangunan je tp berlainan aras, rupanya kena keluar bangunan ke bangunan yg satu lagi....perghh.....tp aku rasa sebab depa masih lagi dalam proses pembinaan, itu yg terpaksa berjalan jauh dr satu tempat ke satu tempat. Sebenarnyer tak la jauh mana pun, tapi bila memikirkan stamina harus dikekalkan diparas yang memberangsangkan kerana lepas ni kena gunakan kudrat kaki melangkah mencari lokasi Yuyuan Garden dan The Bund (kalo sempat), maka sempat la merungut jauh, jauh, jauh....padahal tempat tu kat sebelah je pon.....:D!

**Line 9: Qibao- Yishan Rd (tukar line 3)- Hongqiao Rd (tukar line 10)- Yuyuan Garden--> Exit 3
* Exit 3 ni sebab kami nak ke masjid Fuyok, dari sini lagi dekat. so kalo nak ke Yuyuan Garden lagi dekat kalo keluar ikut pintu 1. 

dari sini (depan Stesen yuyuan Garden exit 3), dah nampak dah masjid tu. terletak di seberang jalan di sebelah sana. Kubah Hijau yang ditanda anak panah itu la Masjid Fuyok.
Ok, keluar dr stesen Yuyuan ikut pintu 3, jalan terus ke depan dalam beberapa ela, sampai jumpa traffic light di sebelah kiri.


Ni la dier traffic light tu. Dari sini menyeberang jalan. Sampai sebelah sana, ambil arah kiri. Jalan terus sampai ke hujung persimpangan 1. 
Aduhhhh...jumpa la pula tempat strategik ni. Benti dulu, posing! Masa ni ramai giler org lalu lalang, tapi tak malu la, kiter kan pelancong. depa pun sporting, dier bg kami klik2 dulu baru dier melintas. Bagus. Aku suka. :D

Ok dah tiba di persimpangan jalan yang dimaksudkan, berhenti. ambil arah kanan. jalan terus sampai ke masjid.

Taraaaaaaa......sudah sampey! depan masjid ni ader orang jual kuih dan kelapa. tapi tak beli kelapa tu sbb dah tau rasanyer tak sedap. Gambar ni macam aku potong then jahit kan......uishhhh, no...no...no.... Ni gambar ori, tak mau cilok2. dinding masjid ni memang warna putih then setting kamera aku terlebih exposure, jd la macam di tampal.....:)
Masa ni, Masjid Fuyok dalam proses membaik pulih, tapi masih boleh digunakan. Kat depan Masjid ni kami jumpa 1 keluarga yang datang dari Malaysia, sedang membeli kuih, sempat bertegur sapa. Rupanya yang si jejaka tampan tu anak sedara kepada aunty n uncle tu. Menurutnya dier bekerja dengan shell di Shanghai, sudah setahun di situ. Katanya hari tersebut merupakan cuti umum di Shanghai. Ohhhhh....patut la ramai giler orang. Sempat juga si jejaka memberitahu di mana tempat yang murah untuk shopping. Nampaknyer depa bawa bungkusan makanan. Kak Hasnah tanya kat mana depa beli. dekat ajer rupanya dr Masjid tu. Ok jom masuk. Tempat wudhu bagi perempuan di tingkat atas, manakala untuk lelaki di tingkat bawah saja.

tempat wudhu. dalam ni ader tandas dan ader tempat mandi. Air dier punya la sejuk....mengiggil2. tapi paip dier unik kan...hehheh
Tempat solat pula di tingkat bawah. Bersebelahan aje dengan tempat solat lelaki cuma di pisahkan oleh tirai. (Untuk masa kami pegi tu la, tak tau kalo dah siap sepenuhnya mungkin bilik solat wanita di tempat lain, mungkin di tingkat atas). Aku tak de snap gambar dalam masjid sebab ader keluarga dr Malaysia tu juga di situ tengah solat, kang ambik gambo, rasa macam kuang hajo la pula. tak sopan la pendek citer. Dah selesai, perut terasa lapar. Jom cari makan..jejaka tampan td tu kata, dari masjid ni, ambil arah kanan jalan terus sampai di persimpangan/ hujung bangunan. Sampai persimpangan ni, berhenti. Pandang kanan. Akan nampak deretan gerai makan. kat celah2 deretan gerai ni ader gerai makan muslim.

Ni dier persimpangan tu. sepanjang lorong ni ader banyak gerai makan. Yang halal cuma 1 ni je. mula2 ingat nak duduk situ tapi tak jadi sbb nampak macam tak begitu selesa, so tapau je n cari port yang menarik untuk makan nanti. 


Tok Aji masak Mie kat situ je......aku macam biasa order nasi . dah selesai tapau makanan kami cari port menarik untuk makan.


Akhirnyer kami memilih makan di sini. Cantik rumpun buluh ni. Ko rasa nape dier buat ni?? dapat hadiah kalo jawapan betul...:) Masa ni memang ramai org dok lepak kat sini. Tengah sedap menikmati makanan tetiba apek kat sebelah ni buang kahak. adoiiiiiiii laa.....der, ko tak nampak ke kami tgh makan niiii??? aiyaaaa......terus selera terbantut. Masing2 bungkus balik makanan. Buang dalam tong sampah. Bangun dan berlalu pergi....Uhuk...uhuk...uhuk. Sepanjang aku berpergian ke China ni, satu yang aku nampak dan melekat dlm minda, mereka kurang menitik beratkan aspek kesantunan. Kat Malaysia ni aku tak penah lagi jumpa orang beludah dlm restoran. kalo ader, mau nyer tak kena sekeh kepala. kat sini aku jumpa, bukan di shanghai la tp kat Shenzhen. Ble je sebenarnyer nak berludah ke aper tapi bangun la n pegi jauh sket dr tempat org makan. itu pun nak kena bagitau ke? aiyaaaaa........

melarikan diri dari terus terasa mual....:D
bunga yang tinggal.

Perut pun dah terisi walaupun tak kenyang, maka kami memulakan misi mencari Yuyuan Garden. kalo dari stesen metro Yuyuan Garden tadi keluar ikut pintu 1. ambil arah kanan, berjalan dalam 1/2 km, akan sampai di pintu masuk Yuyuan Garden. Tapi kami jalan ikut suka je sebab kami kan dr masjid td, malas dah nak balik semula ke stesen metro. Jadi Jalan aje la. sebenarnya ader banyak signboard menunjukkan dimana Yuyuan Garden ni sebenarnya, tapi kami yang macam tak faham bahasa. dah lalu tempat tu, lagi nak pegi tempat lain. bukan apa, kalo nak kata kiter ikut je mana org ramai pegi itu la dier Yuyuan Garden (YG), tapi semua tempat pun ramai org, haaa caner tu?? ahernyer dah tawaf banyak kali, jumpa la juga. kalo korang dah nampak gerbang ni, masuk je....

gerbang yang nak p pintu masuk YG.
dah nampak bangunan berrekabentuk begini, dah dekat dah tu...

singgah beli FM dulu...


Bersebelahan dengan kedai jual cenderahati ni, terletaknya kaunter tiket masuk ke YG. Harga tiket berbeza mengikut bulan.

                          1 April- 30 Jun/ 1 Sept-30 Nov= CNY 40 
                        1 Jul- 1 Ogos/ 1 Dis- the next 31 Mar= CNY 30




Macam biasa tukan beli tiket tu Kak Hasnah, merangkap tukang pegang duit (makan, bayaran masuk, tambang metro)
kawan kami sorang ni, emamng ader penyakit....penyakit lambat nak mengatur gaya...hehheheh


Yuyuan Garden ni merupakan salah satu taman klasik yang terkenal di Anren Jie, Shanghai. Selesai dibina pada tahun 1577 oleh seorang pegawai kerajaan Dinasti Ming (1368-1644) yang bernama Pan Yunduan. "Yu"dalam Bahasa Cina bermaksud "menyenangkan dan memuaskan", dan taman ini dibina khusus untuk ibu bapa Pan sebagai tempat bagi mereka untuk menikmati masa yang tenang dan bahagia di usia tua mereka. Sayangnyer, Ibu bapa Pan meninggal sebelum Taman ni siap dibina..Kesian kan..:( haa....dah dapat jawapan? ekspresi cinta Pan kepada ibu bapanya....bagus Pan ni aku suka..:)


Dalam tempoh 400 tahun keujudanya, Yuyuan Garden telah mengalami banyak perubahan. Semasa lewat pemerintahan Dinasti Ming, ia menjadi sangat usang akibat kejatuhan keluarga Pan ini. Namun pada tahun 1760, beberapa pedagang kaya membeli dan membelanjakan sejumlah wang untuk membina semula bangunan. Semasa Perang Candu abad ke-19, sekali lagi YG mengalami kerosakan teruk. Apa yang kita lihat hari ni adalah hasil daripada projek pemulihan lima tahun yang bermula pada tahun 1956 dan ia dibuka kepada orang ramai pada bulan September, 1961. Selepas kematian ibu bapa Pan, taman ni menjadi satu kenangan peribadi untuk keluarga Pan sahaja, tapi lepas dibeli oleh saudagar kaya, YG telah di buka kepada orang ramai.


Jom kiter terjah apa ader dalam Yg ni....




ikan kaloi...hehehe.



konon2 kat korea...:D

jambatan Zigzag, laluan masuk ke Yuyuan Garden. dr kat Malaysia lagi aku kepingin nak melalui jambatan zig zag ni. tapi demi melihatkan betapa ramainya orang kat situ, seriau pula takut runtuh....:D  kalo tak nak guna jambatan zig zag ni pun ble lalu ikot tepi, pun masuk juga dalam YG.
Kapten

lagi jambatan zig zag











masih mengekalkan budaya bangsa



seni bina yang mengkagumkan


Oh ya , ada 1 kedai makanan halal kat jalan keluar dr YG. Kedai Turki. Kawan aku beli. kami tumpang makan. Sedap. sebenarnya aku teringin nak makan ais krim tu...tapi nampak macam mahal..hehehh


Dah puas keliling YG kami pun keluar. Ingat nak p carik The Bund....ble tengok sunset....tapi macam nak hujan. 








Gambar ni di ambil dari stesen metro Yuyuan Garden exit 1. belok kanan. Dari sini nampak kan bangunan yang aku tanda anak panah merah tu. kalo tak nak sesat, dari sini jalan terus ke arah tu....itu akan membawa kita menuju ke arah The Bund.
Jalan punya jalan tak jumpa The Bund tu. kalo nak ikut dari catatan yang di tulis, kena turun di East Nanjing Road- Exit 2. Nampaknya hari ni tak dapat nak p The Bund, tak jumpa. kaki dah lenguh. ari pun dah nak malam, hujan dah turun renyai2 manja. kami mengambil keputusan untuk balik. Hostel tempat kami menginap tu agak jauh juga dr stesen metro. macam takut juga la, dah la semua perempun. tapi satu hari nanti kalo aku kembali lagi ke sini aku nak tengok suasana malam dekat The Bund tu...:) sape nak p, roger saya tau.. ; )

sebelum balik sempat singgah makan. kat sebelah stesen Beixinjing exit 5 ader 1 restoran halal. keluar dr stesen tu...belok kanan....jalan sampai hujung bangunan. sampai situ belok kanan lagi. dari situ dah nampak dah restoran. nasi goreng dier sedap.

ok la, jumpa lagi...bye.

**Terima Kasih Kpd:

Kak Hasnah n Kak Lia atas sumbangan gambar
Travelchinaguide.com

Tuesday, July 22, 2014

Travelogue Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (6) Menyingkap Sejarah Qibao Old Town

2 Jun 2014- Isnin.
Qibao Old Town

*Abaikan BM aku yang sedikit kucar-kacir. Almaklum lah, broken dengan bahasa Spanyol- made in sabahan..:D

Hari ni hari isnin. Tentunya hari berkerja bagi mereka, dan sudah tentu, kami boleh bergerak dengan aman, santai dan tenang. Cewah......Mengikut plan asal, hari ni kami akan ke Qibao Old Town, antara salah satu bandar lama yang terkenal bagi para pelancong. Semalam kan kami kehujanan, maka plan nak ke Yuyuan & The Bund terpaksa dibatalkan. Jadi hari ni kena ikut dulu iti, yang telah dirancang awal. Lepas tu baru pegi ke Yuyuan & The Bund. Qibao Old Town terletak di tengah-tengah Minhang District of Shanghai, iaitu dipinggir barat, hanya 18 kilometer (11.18 batu) dari pusat bandar. Dengan adanya sistem pengangkutan awam yang sangat sistematik, memudahkan lagi perjalanan kami ke sini.

Keluar dari hostel tadi ambil arah kiri, jalan terus sampai ke persimpangan bangunan yang ada tulisan merah semalam. Bangunan yang ada tulisan merah tu disebelahnya ialah bangunan bank. Sampai situ tak payah pergi ke lampu isyarat yang di seberang sana. kali ni kami nak cuba ikut exit 5 pula. pusingkan badan ke arah kanan. ada zebra cross di situ terus menyeberang.


Ini laluan dari hostel nak ke stesen metro. Jalan terus sampai hujung sana. Alihkan mata anda ke sebelah kanan sat, objek hijau dekat pokok tu. Bukan daun ye. Itu ialah bangunan China Post. nampak tak lori china post tu. Setelah beberapa kali berulang alik dr hostel ke stesen metro, kami dah pandai ambil jalan shortcut. Tapi di bawah ni aku akan cite jalan cara skema. :D

Bangunan Oren tu ialah bangunan Hostel Shanghai Blue Mountain. Tempat aku berdiri ni ialah bangunan china post. Semalam kan kami dah sampai jalan kaki kat tempat couple tu. Berteduh kat kedai yg ada tangga tepi tu, tapi kami berpatah balik sebab kami tak nampak nama bangunan oren tu. Ada tembok menghalang pandangan di situ. Jadikan kalo korang, sekiranya nak cari hostel ni, pastikan mencari bangunan berwarna oren....hehhe...

Lepas aje deretan kedai seperti gambar di atas sana, kita akan nampak pintu gerbang ni. yang ni ialah kawasan perumahan. Jalan terus, lepas tu akan jumpa la bangunan bank ni. (gambar seperti di bawah.)

Kedudukan bank ni bersebelahan dengan bangunan yang ada tulisan merah yang aku tunjuk dlm entri sebelum ni. Dari sini, jangan pergi menyeberang ke lampu isyarat depan sana, kecuali kalo nak pergi ke stesen metro exit 2. Sebab ari ni kan nak lalu ikut exit 5. Sampai bank ni Berhenti. 

nampak kuda belang tu? Ok bangunan bank ada di sebelah kiri (kalo ikut dr arah aku berdiri yang sedang memandang ke depan) Ok, jom kita menyeberang dari kiri ke kanan.

ada laluan untuk basikal dan Motosikal. Pejalan kaki pun ble lalu ikot ni tapi jalan tepi sket. takut kena maki.....hehehh

kena abiskan garisan kuda belang ni sampai seberang sana, jangan lupa lalu ikot bawah jalanraya bertingkat ni.  

dah abih garisan zebbra cross, maknanya dah sampai ke seberang sini. laluan ni akan menuju ke stesen metro exit 5. Bangunan di seberang sebelah kiri tu ialah bangunan yang ada stesen metro exit 2.

Ni signboard Beixinjing Exit 2. ada tangga di situ, turun bawah.

jalan terus sampai hujung bangunan. bangunan seterusnya ialah pintu masuk ke stesen metro exit 5.......faham kan?
Tips: Beixinjing- exit 5 (line 2) 11 point untuk sampai ke.--> Century Avenue (sampai di sini, tukar line 9 untuk ke (14 point) --> Qibao = Exit 2

Sebeneranya ada laluan yang lagi dekat daripada yang kami ikut ni.

Beixinjing- Zhongshan Park(tukar line 3)- Yishan Road (tukar line 9)- Qibao-Exit 2. 

10 point je metro ni berhenti. tapi itu la kena 2x tukar line. Jadi Ble je, pilih mana satu suka n memudahkan. senang.




Untuk tambang subway, jangan risau, tambang adalah sangat murah. 1-2 Yuan saja untuk setiap stesen. Bila dah sampai ke Qibao, keluar dari stesen subway, ambil arah kanan. Jaraknya dalam 250m untuk sampai ke pintu masuk Qibao Old Tawn (QOT) kata dlm cik google la, tapi aku tak pandai sangat agak2 pakai meter ni. Ok, td keluar dr stesen belok kanan kan. Jalan terus saja sampai persimpangan, Dah tu belok kanan lagi, jalan terus sampai la nampak kedai Polo Villae, (gambar seperti di bawah). Dah sampai persimpangan tu (T junction yg depan nya ader kedai Polo tu) , ambil arah kiri, jalan terus lagi sampai jumpa gerbang di sebelah kanan. itu la pintu masuknyer.

Ni td keluar dr bangunan stesen metro- amik kanan- jalan terus sampai 1 simpang, ader signboard kat atas ni tunjuk belok kanan- ok belok kanan- jalan terus sampai jumpa kedai Polo Villae- sampai situ belok kiri- jalan sket je lg baru nampak gerbang di sebelah kanan. itu la QOT
Gambaq ni lagi jelas kot......jalan terus hujung nu, pastu belok kanan.

Deretan basikal sewa. Cantik seragam.

dah nampak dah kedai Polo tu? ok amik arah kiri. setakat yang kami pegi 2014, kedai ni ader lagi, tak tau la kalo akan datang dier tukar nama atau dah tak menjual lagi di situ...:)
Syok sendiri. heheh.......kakak suka beli beg hitam tu, buat simpan bekal pegi keje. Nak berjimat punya pasal. ujung tahun ble jalan2...:D

Di depan sana, lorong ni ialah lorong menuju ke pintu masuk QOT, di sebelah kanan tempat aku berdiri ni terletaknya kedai Polo tadi. Nampak tak lampu jalan macam gambar di atas :)

Jalan sikit lagi, kita akan nampak gerbang ni. Ini lah dia pintu masuk QOT. Masuk je dalam tu, buat macam kampung sendiri...heheheh. Masuk adalah percuma. 

Ku dihalaman rindu....hanya berteman bunga yang layu.....
Oleh kerana kami sampai sedikit awal maka para pelancong belum ramai memenuhi ruang di halaman QOT ni....Sekali masuk.......Nah amik ko. Ramai gilerrrr orang berpusu2 masuk ke dalam ni. Depa ni tak keje ke aper....tak kan pelancong ramai gini?? Lorong ni pula kecik, menambahkan lagi kerengasan badan yang sudah sedia berpeluh. Psssttttt.....jangan lupa bawa bekal diadorant n perfume dalam beg anda. heheh......opppssss......Juga sedikit bekalan air dan kudap-kudapan, untuk menjamin kemantapan tenaga yang berpanjangan. Memang banyak jualan makanan di situ, tak ada masaalah bagi non-muslim.

Kami disambut oleh pahlawan kaku....heheheh

Pengunjung yang maha ramai
Petunjuk arah jalan pulang....

Sampai di pintu masuk yang ramai orang tu, aku terpisah dengan rakan2. Aku kan asyik shoot sana sini, eh sekali pandang belakang, depa 2 dah hilang. Melilau mata cari tak jumpa. Ok tak pe, teruskan perjalanan. Aku ingat, kalo tak jumpa depa sampai balik nanti, aku masih boleh ingat jalan pulang. Ok berbalik pada cerita QOT tadi, QOT ni sebenarnya dibangunkan ketika pemerintahan Dinasti Song Utara pada tahun 960-1126, seterusnya ia berkembang pesat menjadi sebuah pusat perniagaan yang terkenal ketika pemerintahan Dinasti Ming & Dinasti Qing. QOT, Pekan lama China dikatakan telah merentasi sejarah lebih dari 1000 tahun. Kini QOT diangkat menjadi salah satu khazanah berharga, yang lebih dilihat sebagai fosil hidup, hasil gabungan mantap kota purba china dan perancangan bandar moden.



Qibao ni dalam bahasa china tau. Makanya Qibao bermaksud "7 khazanah/ harta'. Terdapat 2 teori yang menyokong penjenamaan tersebut. Pertama: dikatakan nama tersebut berasal dari Kuil Buddha yang terkenal dengan reputasi cemerlang/baik. Aura inilah yang menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dan perbandaran yang sebelum ini malap dan kurang diketahui umum (merujuk kepada beberapa tahun selepas pembukaan kota ini iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Song Utara). Namun masyarakat tempatan pula percaya bahawa nama tersebut sebenarnya merujuk kepada motos "7 khazanah' yang tersembunyi di kawasan tersebut. "7 Khazanah"yang dimaksudkan, termasuk sebuah patung besi Buddha yang dihasilkan ketika pemerintahan Dinasti Ming, loceng gangsa dari era yang sama, kitab yang ditulis oleh seorang gundik diraja abad ke-10, pokok Catalpa berusia satu ribu tahun, kapak jed, Ayam Emas dan sepasang penyepit jed. Daripada keseluruhan jumlah tujuh khazanah ini, hanya empat yang pertama boleh disahkan kewujudannya (Patung besi buddha, lonceng gangsa, kitab, dan pokok catalpa) dan daripada 4 khazanah ini, hanya kitab dan loceng sahaja yang terselamat sehingga ke hari ini.


Restorant
Walaupun bandar ini telah diasaskan kira-kira 1000 tahun yang lalu, ia mula terkenal hanya ketika era pemerintahan Dinasti Ming dan Qing. Oleh itu, bangunan yang kita lihat hari ini adalah bercirikan seni bina tipikal tempoh pemerintahan 2 dinasti tersebut. Kawasan ini telah mula diletakkan dalam pasca pemulihan yang ketara sejak kebelakangan ini, dari segi struktur perrancangan bandar. Walaupun begitu, kita masih boleh menemui beberapa bangunan asal/ lama  di celah-celah bangunan moden.


Hari ini, QOT terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang harus dikunjungi. Setiap hari penduduk tempatan dan pelancong perlu berselisih bahu untuk berjalan melakukan aktiviti harian/ lawatan di laluan utama yang sempit yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan tradisional. Jalan utama ini dipenuhi dengan kedai-kedai dan restoran-restoran yang menarik, menjual makanan tempatan dan cenderamata. Daya tarikan Qibao sebenarnya bukan pada rasa pada pengalaman membeli belah di sini tetapi ia terletak kepada rasa kagum terhadap bangunan2 tradisional dan jambatan indah yang menyeberangi terusan di Old Town. Rumah teh lama yang berdiri teguh dengan pemandangan indah sepanjang terusan mengamit rasa selesa untuk berehat sambil menghirup udara petang di tebingan terusan.




siput



Tak tau apa benda, tapi kalo di Sabah, aku penah tengok gamat yang telah dikeringkan. bentuknya lebih kurang macam ni.

Kelapa dengan straw berwarna warni.
Aku tak penah jumpa lagi kat malaysia kasut yang ada jari macam ni. Stokin pernah tengok. Segalanya ada di China...:)
Salah satu manisan..
kalo anda tersesat atau terpisah dengan kawan-kawan, jangan takut atau panik. Laluan/ lorong yang kami lalu di pintu masuk tadi sebenarnya merupakan kawasan tengah atau jantung QOT. Bayangkan badan seekor burung. Laluan utama tadi ibarat badan burung dan dia ada sayap kiri dan sayap kanan. kalo rasa dah jauh terlajak, pulang la ke jalan utama, pasti tak sesat. Di sebelah kanan akan ada petunjuk arah pintu/ laluan keluar menuju ke stesen metro Qibao. Oleh kerana aku belum rasa nak balik, aku cuba meninjau ke sayap kiri. Rupanya kawasan di setiap lorong/ sayap kiri (sayap kanan aku tak tau sbb aku tak pegi) sungguh mendamaikan, lenggang dan kurang orang.






Klasik

karya seni arca timbulan di dinding pagar sebuah kawasan perumahan


akhirnya aku jumpa juga depa ni, ada la juga seketul, 2 gambaq aku di sini. 

Tengok jambatan kat belakang nu, punya la ramai orang.....



Klon Kawan kami Tony Mandy......hehheheh....Dah berapa tahun beku di sini tuan??? :D






Untuk mengelak dari di kenakan royalty kepada empunya nama ada baiknya ditukar sedikit nama artis tersebut kepada Lady KAKA.......Esok2 aku harap ada kedai di sebelahnya dengan nama LADY KIKI.....:D

tertarik dengan promosi si penjual


Gambar adalah sangat banyak, kena buat entri lain......lepas drai QOT ni kami akan ke Yuyua Garden & The Bund......harap2 ble jumpa.....Bye......



**Rujukan & Terima Kasih:

Kak Hasnah & Kak Lia, atas sumbangan gambar.
www.travelchinaguide.com

www.chinahighlights.com/shanghai/attraction/qibao-town.htm

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...